Breaking

Sunday, April 12, 2020

Sunday, April 12, 2020

CoVID-19 | Hari ke-26 PKP


Assalamualaikum! Sebak rasa tengok gambar perkongsian dari fb ni. Ye, kita semua rindukan kehidupan normal sebelum PKP. Rindu untuk bertemu peluk cium ibu dan ayah di kampung. Rindu untuk makan ramai-ramai satu meja. 

Banyak perkara yang kita rindu nak buat benda yang kita tak dapat laksanakan sebelum hadirnya virus meragut nyawa ni. Tapi semua itu takkan tertunai selagi kita tak patuhi PKP dan bantu frontliners kita.

sumber : fb
Sunday, April 12, 2020

Fesyen Baru Raya 2020


Assalamualaikum! Nampak gaya kita akan berpuasa dalam suasana musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) la ye. Puasa dan raya kita pasti takkan sama macam tahun-tahun lepas. Begitulah juga dengan fesyen baju raya tahun ini. Biasanya, 3-4 bulan sebelum puasa kita dah berangan nak pakai baju warna tema apa, corak apa, designer mana, dah start beli kain, atau dah start pilih baju secara online tinggal nak masuk cart dan check-out je lagi kan.

Tapi kali ni, ramai yang dah kongsikan fesyen baru raya untuk tahun 2020, versi CoVID-19 hehe. Tak tahu nak gelak ke nak nangis.

Saturday, April 11, 2020

Saturday, April 11, 2020

CoVID-19 | Hari ke-25 PKP


Assalamualaikum! Sejak pengumuman PM membenarkan beberapa sektor perniagaan seperti kedai hardware dibuka dua kali seminggu, ramai yang memberikan respon berbeza.

Tapi bila kedai gunting dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP ni, rata-rata masyarakat kita tidak berapa setuju dengan langkah tersebut.

sumber : facebook
Saturday, April 11, 2020

Shopee | Blank White Canvas Art


Assalamualaikum! Musim PKP semua pergerakan keluar terbatas. Dah dekat sebulan PKP, bermakna dekat sebulan jugalah dua beradik tu tak keluar rumah. Bila tak keluar, maka perlu diadakan aktiviti dalam rumah supaya tak bosan.

Buat homework saja tak cukup excited untuk diaorang. Kena ada aktiviti sampingan, hobi yang dapat release tension sebab terkurung di rumah. Kakak pernah cakap dia nak mewarna macam dalam video 5-minutes Craft tu, so ibu belikan White Canvas Art ni di Shopee dalam beberapa saiz.

Friday, April 10, 2020

Friday, April 10, 2020

CoVID-19 | Hari ke-24 PKP


Assalamualaikum! Hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan seluruh rakyat jelata. Walaupun rata-rata tentu dah tahu kesudahannya dan yakin akan jawapannya tapi debaran nak tahu dari mulut PM sendiri tu tetap ada. 

Tepat pukul 4.00pm kami bersedia menanti depan tv. Dia punya excited tunggu tu macam tunggu pengumuman bila puasa dan bila raya. Bezanya, puasa dan raya kita dah tahu kat kalendar, yang ni takda di kalendar huhu.

Mira antara orang yang teruja tunggu pengumuman PM. Doanya harap janganlah PKP ini disambung. Dia nak pergi sekolah, nak jumpa Sarah. Bosan terkurung dalam rumah lagi katanya. 

Namun, jawapan PM sangat mengecewakan. PKP disambung lagi dua minggu sehingga 28 April 2020. Sebenarnya, kami dah bagi hint lebih awal kat dia, suh dia jangan berharap sangat dapat pergi sekolah dalam waktu terdekat. Tapi dia punya azam dan wawasan sangat tinggi. Kecewa betul dia bila PM umumkan PKP kena sambung lagi. Berlari dia masuk ke dalam bilik bagitau kakaknya hehehe.

Agaknya, Mira sorang je kot kat Malaysia ni yang kecewa PKP disambung lagi haha. Sabar ye sayang, semua ni untuk kebaikan kita. 


Wednesday, April 08, 2020

Wednesday, April 08, 2020

CoVID-19 | Hari ke-22 PKP


Assalamualaikum! Satu benda yang kita semua patut kena belajar dan sedar. Tiada yang pasti dalam kehidupan ini, melainkan mati.

Kita takkan boleh yakin seratus peratus yang kita tidak akan terkena wabak CoVID-19 walaupun kita telah berusaha untuk mencegahnya bilamana kita mengambil risiko untuk terdedah kepadanya.

At least itu yang aku dapat simpulkan dari situasi Puteri Aishah yang semalam disahkan positif CoVID-19 di dalam portal berita tempatan. 


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.