Breaking

Tuesday, April 14, 2020

Tuesday, April 14, 2020

CoVID-19 | Hari ke-28 PKP


Assalamualaikum! Hari ni hari terakhir PKP fasa kedua. Esok bermula PKP fasa ketiga, bermaksud tindakan dan penguatkuasaan terhadap pelaksanaan PKP akan menjadi lebih ketat dan tegas. Tadi menteri dah kabor lepas ni pihak polis tidak akan bertumpu kepada denda RM1000 kepada yang ingkar PKP tapi akan direman dan dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa. Dari situ, hakim akan memutuskan jenis hukuman yang sesuai.

Bayar seribu tak jadi masalah kot, sebab aku tengok makin ramai yang keluar setiap hari terutama lepas PM umum tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April ni. Amboiiii seribu tu banyak tau dak. Kalau tak sayang duit sekalipun, sayangla nyawa tu! Nah, sekarang duit tak laku tapi kalau kena cekup terus kena tahan reman woi! 

sumber : fb 
Tuesday, April 14, 2020

Permohonan Baru i-Lestari Untuk Keluarkan Duit KWSP


Assalamualaikum! Kan mudah macam ni. Permohonan baru i-Lestari secara online untuk pengeluaran duit KWSP sudah boleh digunakan. Tak perlu keluar pergi mencari kiosk KWSP untuk mendaftar dan dapatkan nombor TAC. Semuanya sudah siap di hujung jari.

Minggu lepas aku dah hantar permohonan melalui emel, tapi masih belum dapat jawapan. So aku try isi secara online pula. 

Cara Mohon i-Lestari KWSP

  1. Klik https://ilestari.kwsp.gov.my/
  2. Klik "PERMOHONAN BARU"
  3. Isi maklumat diri dengan lengkap dan betul
  4. Klik ✅ pada kotak Terma & Syarat dan Captcha "Saya Bukan Robot"
  5. Klik "Hantar"

Monday, April 13, 2020

Monday, April 13, 2020

CoVID-19 | Hari ke-27 PKP


Assalamualaikum! Harini takda aktiviti sangat selain dari temankan Mira buat homework. Dia tu kena duduk disebelah baru ada semangat nak buat kerja sekolah. 

Time off day sebolehnya aku nak hadkan keluar rumah, kecuali untuk perkara yang penting macam pergi kedai beli barang nak masak dan sebagainya. Tapi, kebiasannya cik abg aku la yang banyak keluar hehe.

Minggu lepas on the way pergi kedai, aku lalu di deretan kedai-kedai yang tutup tidak beroperasi. Tapi dalam selang 4 buah kedai ada hamba Allah letakkan makanan kucing untuk kucing-kucing di sekitar kawasan tu.



Sunday, April 12, 2020

Sunday, April 12, 2020

CoVID-19 | Hari ke-26 PKP


Assalamualaikum! Sebak rasa tengok gambar perkongsian dari fb ni. Ye, kita semua rindukan kehidupan normal sebelum PKP. Rindu untuk bertemu peluk cium ibu dan ayah di kampung. Rindu untuk makan ramai-ramai satu meja. 

Banyak perkara yang kita rindu nak buat benda yang kita tak dapat laksanakan sebelum hadirnya virus meragut nyawa ni. Tapi semua itu takkan tertunai selagi kita tak patuhi PKP dan bantu frontliners kita.

sumber : fb
Sunday, April 12, 2020

Fesyen Baru Raya 2020


Assalamualaikum! Nampak gaya kita akan berpuasa dalam suasana musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) la ye. Puasa dan raya kita pasti takkan sama macam tahun-tahun lepas. Begitulah juga dengan fesyen baju raya tahun ini. Biasanya, 3-4 bulan sebelum puasa kita dah berangan nak pakai baju warna tema apa, corak apa, designer mana, dah start beli kain, atau dah start pilih baju secara online tinggal nak masuk cart dan check-out je lagi kan.

Tapi kali ni, ramai yang dah kongsikan fesyen baru raya untuk tahun 2020, versi CoVID-19 hehe. Tak tahu nak gelak ke nak nangis.

Saturday, April 11, 2020

Saturday, April 11, 2020

CoVID-19 | Hari ke-25 PKP


Assalamualaikum! Sejak pengumuman PM membenarkan beberapa sektor perniagaan seperti kedai hardware dibuka dua kali seminggu, ramai yang memberikan respon berbeza.

Tapi bila kedai gunting dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP ni, rata-rata masyarakat kita tidak berapa setuju dengan langkah tersebut.

sumber : facebook
Saturday, April 11, 2020

Shopee | Blank White Canvas Art


Assalamualaikum! Musim PKP semua pergerakan keluar terbatas. Dah dekat sebulan PKP, bermakna dekat sebulan jugalah dua beradik tu tak keluar rumah. Bila tak keluar, maka perlu diadakan aktiviti dalam rumah supaya tak bosan.

Buat homework saja tak cukup excited untuk diaorang. Kena ada aktiviti sampingan, hobi yang dapat release tension sebab terkurung di rumah. Kakak pernah cakap dia nak mewarna macam dalam video 5-minutes Craft tu, so ibu belikan White Canvas Art ni di Shopee dalam beberapa saiz.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.