Breaking

Tuesday, April 21, 2020

Tuesday, April 21, 2020

Adakah PKP penyebabnya?



Assalamualaikum! Dah masuk PKP fasa ke-3, moga semuanya sihat dan baik-baik belaka. Moga sihat fizikal, mental dan rohani. Luar dan dalam. Ye la time PKP ni memang sesuatu yang sukar untuk semua orang. Tak boleh keluar, tak boleh berkumpul, tak boleh melakukan urusan seperti biasa macam dulu.

Jujur, aku mengaku aku juga terkesan dengan PKP. Fasa pertama dan kedua aku ok lagi, tapi masuk fasa ketiga seperti terumbang-ambing sedikit. Nak kata stres terkurung, takda yang berubah sangat pun. Aku kena juga keluar pergi bekerja.

Nak kata tak cukup makan, alhamdulillah walaupun tak mewah tapi barang asas dapur cukup. Cuma hati tu rindu nak balik kampung. Rindu nak naik bas macam dulu. Rindu nak bawa mak pergi Family Store beli barang. Mujurlah bulan awal bulan Mac aritu aku sempat balik jenguk mak dan abah, kalau tak lagi tak stabil emosi aku ni.


Monday, April 20, 2020

Monday, April 20, 2020

CoVID-19 | Hari ke-34 PKP


Assalamualaikum! Syukur alhamdulillah kes baru Covid-19 dalam tiga hari berturut-turut ni ada penurunan. Perkembangan yang cukup memberangsangkan walaupun kita belum boleh lagi menarik nafas lega.

Dr. Hisham cakap walaupun tiada lagi kes baru dan PKP ditamatkan, kita tetap perlu hidup dengan 'New Normal' iaitu tiada bersalaman, tidak berkumpul secara beramai-ramai dan jaga penjarakan sosial sehingga vaksin Covid-19 berjaya dihasilkan.

sumber : malaysiagazette
Monday, April 20, 2020

Pancake PKP


Assalamualaikum! Amboiii tak pernah pernah aku buat pancake, tahun ni aku buat. Untuk siapa? untuk anak-anak tersayang la. Tekak nak makan pancake katanye. Omak kau dah la tak berapa pro tapi demi nak memenuhi hajat anak-anak omak ni buat jugak lah. 

Jadi tak jadi, belakang kira. Janji buat dulu.


Sunday, April 19, 2020

Sunday, April 19, 2020

CoVID-19 | Hari ke-33 PKP


Assalamualaikum! Dalam keadaan sekarang dimana satu dunia menghadapi wabak Covid-19 ini, banyak benda yang aku dapat pelajari dari semua ini. Walau pelusuk mana sekalipun kau pergi, kau tetap kena bersyukur dilahirkan sebagai rakyat negara ini.

Kadang-kadang aku terfikir, apa guna label negara maju kalau pemimpinnya tak cakna kebajikan rakyat. Walaupun negara kita bukan negara maju, tapi kerajaan kita sentiasa mengutamakan rakyat. Walaupun PKP dilaksanakan, walaupun kita mempunyai kekangan untuk keluar bekerja mencari rezeki, tapi kerajaan tetap membantu sedaya yang boleh untuk memastikan rakyat cukup keperluan dalam waktu serba mencabar seperti sekarang.

Aku bukan nak 'menjilat' sesiapa, tapi bila siang tadi tengok berita luar negara, bagaimana sebahagian rakyat US yang memprotes di jalanan kerana kerajaan mereka melaksanakan 'lockdown' walaupun satu dunia termasuk rakyat mereka sendiri tahu bahawa US merupakan negara tertinggi di dunia yang mencatatkan kes Covid-19 dan kematian. Aku rasa bersyukur bersyukur bersyukur dilahirkan dan menjadi rakyat Malaysia.



Sunday, April 19, 2020

Status i-Lestari KWSP Sudah Lulus!


Assalamualaikum! Jawapan yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Permohonan pengeluaran duit KWSP aku telah pun diluluskan. Syukur alhamdulillah.

Walaupun aku dah lama tak cakna pasal KWSP aku sejak bergelar penjawat awam, dan aku tak tahu sebenarnya berapa yang ada dalam akaun tapi kita cuba juga la untuk daftar. Mana la tau ada baki lagi kan hehe.

Last aku amik tahu pasal KWSP ialah masa pengeluaran duit. Sah je jawatan, aku terus gi KWSP keluarkan. Lepas tu tak pandang dah sebab dah pilih pencen hehe. Rasanya ramai je yang macam aku ni kan haha. Ni pun aku tak tahu berapa aku ada dalam akaun tu.



Saturday, April 18, 2020

Saturday, April 18, 2020

CoVID-19 | Hari ke-32 PKP



Assalamualaikum! Syukur hari ni ada penurunan kes baru CoVID-19. Jumlah kes yang sembuh juga melebihi kes baru. Tapi kan sesetengah orang kat Malaysia ni tak boleh dengar "penurunan". Asal dengar kes turun je diaorang akan keluar beramai-ramai. Asal dengar ramai orang sembuh je mesti akan ada yang mula nak berniaga balik dan sebagainya.

Macam Dr. Noor Hisham cakap la, kita belum kalah dan kita juga belum menang. Jangan ingat bila kes baru menurun, kita kata wabak ni sudah atau semakin pulih. Ingat .... kita masih dan kena terus berjuang sehingga betul-betul disahkan bebas CoVID-19!



Saturday, April 18, 2020

Donat PKP



Assalamualaikum! Oh yess oh yesss, eksperimen donat aku berjaya juga akhirnya! haha. Anak dara sulung tu banyak nau hajat dia sejak dua menjak ni. Nak makan roti jala la, pancake la itu la ini la. Hari ni dia minta donat untuk berbuka puasa.

So tugas ayahnya lah kena keluar pergi beli mauri-pan. Mauri-pan ni pun sejenis bahan yang sangat laku keras di pasaran sejak PKP ni kan. Kalau tanya kat kedai tu mesti jawapannya dah habis! So kali ni bila tuan kedai cakap ada, terus ayahnya rembat 3 paket. 

Lama gila tak buat donat huhu. Tengok pulak orang dok share kt fb donat masing-masing, teringin juga nak buat sendiri. Mana tau nanti puasa boleh buat lagi kan, dah la takda bazar Ramadan tahun ni :(.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.