Breaking

Tuesday, April 28, 2020

Tuesday, April 28, 2020

Tiga menu ringkas berbuka puasa


Assalamualaikum! Since tiada bazar Ramadan tahu ni, kenalah masak sendiri. Hari pertama dan kedua Ramadan, cik abg jadi chef di dapur menyediakan juadah berbuka puasa. 

Hari ketiga dan keempat, giliran aku pulak sediakan makanan berbuka. Menu hari ketiga takda nasi hehe. So, aku gorengkan kuey tiow kerang. Kebetulan rezeki dapat kerang hari tu, terus cik abg beli sekilo. Walaupun kecil tapi cantik isinya.

Monday, April 27, 2020

Monday, April 27, 2020

CoVID-19 | Hari ke-41 PKP


Assalamualaikum! Sepanjang tempoh PKP ni, macam-macam ragam macam-macam pesen perangai baik dari warga asing mahupun dari orang tempatan yang dibongkarkan.

Yang ingkar PKP satu hal. Yang menghina frontliners satu hal. Yang minta layanan 'first class' dari kerajaan satu hal jugak. Yang demand nak lebih pun isu tak setel lagi. Tup tup aku terbaca pasal seorang pesakit Covid-19 warga emas yang sepatutnya dah discharge dua hari lepas tapi meninggal dunia di hospital.

Yang buat aku sedih tu arwah dah disahkan negatif Covid-19 selepas buat ujian swab. Pihak hospital call waris untuk datang ambil arwah tapi.... Allahuakbar 😭😭😭😭😭😭😭


sumber : fb

Monday, April 27, 2020

Shopee | Sambal Malas & Sambal Gila Dari Bettys Kitchen


Assalamualaikum! Alhamdulillah syukur kita dah masuk dalam bulan Ramadan 1441H. Walaupun tahun ni kita berpuasa dalam suasana ujian Covid-19 yang masih berpanjangan dari bulan Januari, tapi aku sangat bersyukur masih diberikan kesempatan untuk merasai nikmat Ramadan yang sangat-sangat dirindukan dan dinantikan oleh seluruh umat Islam di dunia.


Mesti kita semua ada persiapan untuk Ramadan ni kan. Selain niat nak perkemaskan ibadah dan menambah pahala, mak-mak macam kite ni mesti fikir nak masak ape la untuk berbuka dan bersahur nanti. Dah la hari-hari time PKP ni mak-mak asyik masak je kan. Aku pun cemuih makan lauk sendiri haha. Nak membeli kedai tak bukak. So, aku kena ada lauk back-up!

Sunday, April 26, 2020

Sunday, April 26, 2020

CoVID-19 | Hari ke-40 PKP


Assalamualaikum! Sayu Ramadan kali ini terasa sungguh bila masjid-masjid dan surau-surau ditutup. 

Bila tengok gambar yang dikongsikan di IG Dr. Zaharuddin ni lagi bertambah sayu dan sedih. Selalunya setiap tahun dalam bulan Ramadan kita dapat tengok para jemaah mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah, namun tahun ini Kaabah sepi tanpa ibadah tawaf.

Pun begitu, solat terawih berjemaah dibuat disitu dengan jemaah yang sedikit. Macam Dr. Zaharuddin cakap, barangkali mereka yang dibenarkan solat disitu mungkin telah disaring terlebih dahulu.


Saturday, April 25, 2020

Saturday, April 25, 2020

Bila suami memasak ....


Assalamualaikum! Sejak dilaksanakan PKP ni, aku dan cik abg bergilir masak di dapur. Tapi kalau aku penat sangat maka cik abg la amik alih. Ada masa aku terlajak tido (haha) so dia la yang tolong masakkan lauk.

Kali ni dia masak lauk ayam. Aku keje siang, so untuk makan tengahari lauk anak-anak dia lah yang uruskan di rumah. Balik rumah buka pintu semerbak harum bau dia. Bila ditanya lauk apa ni, dia jawab dia pun tak tahu. Belum ada nama lagi katanya.

Friday, April 24, 2020

Friday, April 24, 2020

CoVID-19 | Hari ke-38 PKP


Assalamualaikum! Masuk PKP ke-3 makin ramai yang tak patuh pada perintah kawalan pergerakan. Kereta makin banyak di jalanan macam dah hari biasa aku tengok.

Sekarang timbul pulak masalah PATI langgar arahan PKP dengan meniaga dari depan rumah. Macam-macam perangai la diaorg ni!


sumber : fb

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.