Nak mandulkan ke tak nak?
Assalamualaikum! Setakat ini Putam dan Mia dah selamat dimandulkan. Kalini turn Milla dan Millie pula. Pejam celik pejam celik, Milla dan Millie dah menginjak ke usia 6 bulan. Jadi memang sesuai sangatlah dengan usia dan berat serta kondisi kesihatan mereka.
Milla dan Millie ni bukan stray. Walaupun owner diaorang tak pernah tanya khabar macam owner lama Mia, tapi aku akan pastikan mereka dijaga dengan baik. Dari hari pertama sehingga kini, aku pastikan mereka dapat vaksin mengikut jadual dan ubat sekiranya sakit. Aku rasa tahun ni aku banyak pergi vet dari pergi klinik manusia hehe.
Selain dari ubat cacing, ubat kutu dan vaksin kucing kita kena juga consider untuk mandulkan mereka. Aku tahu isu mandulkan kucing ni sensitif di kalangan pencinta kucing. Walaupun telah keluar fatwa mengharuskan dengan sebab demi kemaslahatan kucing itu, namun masih ada perbezaan pendapat.
Vet ada bagi ubat anti-radang tapi aku bagi bila perlu je. Tengok Milla dan Millie sihat dan aktif tak nampak sakit so aku stop bagi. Alhamdulillah, seminggu je dah sembuh luka dan hampir tak nampak parut. Nanti bila bulu dah tumbuh balik kat situ langsung xnampak kesan jahitan tu.
Setel sudah empat ekor dalam rumah ni dimandulkan. Tinggal lagi dua ekor. Tak dinafikan banyak pakai duit bila bela kucing ni terutama indoor. Tapi bila kau dah setel vaksin dan mandulkan kucing, insyaAllah kurang sikit la belanja tu cuma maintain makanan vaksin tahunan je.