Breaking

Thursday, February 17, 2022

Thursday, February 17, 2022

Cara Selesaikan Masalah Gambar Thumbnail Yang Blur

 

Assalamualaikum! Fuh .. naik pinau biji mataku nak cari penyelesaian untuk masalah blog aku ni. Sikit lagi aku nak tukar template baru tau dak. Tapi hati aku cakap, sabar Nim ... cari lagi. Cuba cara lain mungkin ada cuma kena sabar.


Kalau bab coding html ni aku banyak kali cakap aku tak pandai nak buat. Bab ni lah aku paling tak suka. Masalah aku bermula pada Ogos tahun lepas, bila aku perasan gambar thumbnail blogpost aku blur dan tak jelas. Aku ingatkan masalah sementara oleh google je. 


Rupa-rupanya berlarutan sampai ke harini. Sebelum tu, gambar thumbnail takda masalah, jelas dan terang. Tapi bila update entry baru dan publish, gambar thumbnail tu akan jadi blur. Sakit hati!


Blur! Tak syok bila orang masuk blog nak baca


Bukan saja menyakitkan mata memandangnya, aku jadi sakit hati jugak! Aduh .. macam mana nak buat ni. Nak kena godek-godek coding lagi ke? Aku cukup malas nak masuk dalam 'Edit HTML' tu. 


So aku mula google dan cari jawapan kepada masalah blog aku ni. Aku masuk dari satu entri ke satu entri mengenai masalah gambar thumbnail blur. Kebanyakannya dari blog negara seberang. Aku cuba cari punca masalahnya, dan aku dapati ada yang berubah.


Sebelum ni kalau kita upload gambar, format gambar itu akan jadi https://*.bp.blogspot.com, tapi sekarang ia dah jadi format https://blogger.googleusercontent.com. Tak percaya, boleh semak dengan HTML View seperti di bawah ni :



Yang aku highlightkan itulah yang dimaksudkan. Format gambar dah takde .jpg atau .png kat belakang. Aku syak itulah yang buatkan gambar thumbnail aku blur dari tahun lepas lagi. 


Ada juga aku baca kat forum blogger luar negera, mereka juga mengatakan sejak format gambar ni jadi blogger.googleusercontent, gambar thumbnail blogpost blur dan not-seo-friendly. So, trafik ke blog juga akan berkurangan.


Try and error 'edit HTML'


Oooo bukan senang nak senang weh! Walaupun banyak tips blogger kongsikan di entri masing-masing tentang nak selesaikan masalah ni, tapi satu pun yang aku cuba tak menjadi!


Nak mencari kod tu satu hal, bila paste dengan kod yang diaorang bagi tetap takda perubahan pada gambar thumbnail aku! Aku rasa ada dekat 10 entri aku masuk dan kebanyakannya suruh tukar kod di 'Edit HTML'.


Cara Selesaikan Masalah Gambar Thumbnail Yang Blur


Yesss! aku dah jumpa caranya. Alhamdulillah ... terus tak jadi tukar template haha. Dia punya happy tu Allah je yang tahu. Untuk orang yang tak terer macam aku ni, rasa macam dapat award tau! :p


Ada satu entri ni aku baca dan aku ikut caranya. Begini caranya ...


1. Bila kita nak buat entri baru, gambar pertama kita akan upload. Tekan kat gambar tu, akan keluar kotak kecil untuk edit gambar. Klik pada simbol macam 'Setting' tu. Rujuk gambar bawah👇




2. Kemudian, pilih 'Original Size' dan klik 'Update'. 




3. Kemudian, klik 'Update'




4. Klik anak panah '←' untuk keluar dari entri. Masuk balik blog utama.





5. Tadaaaa ....dah siap! Gambar thumbnail dah kembali normal dan jelas lagi terang!




Mudah sangat kan! Takde sangkut paut dengan javascript/html punya kod. Thank you so much pada blogger di atas perkongsian tips ni. Sebenarnya, kita kena try and error bila berkaitan dengan blog ni sebab dia main coding. Tapi bila segala jenis coding html tak menjadi, kita guna cara ni pulak. Keberkesanannya pula bergantung kepada jenis template yang kita guna. 


Kalau korang guna template yang lebih kurang sama macam aku, bolehlah try cara ni. Selamat mencuba!

Wednesday, February 16, 2022

Wednesday, February 16, 2022

Diaorang tak puas lagi!

 


Assalamualaikum! Memandangkan aku keje tak menentu, makanya nak jumpa anak pun selang sehari atau dua hari. 


Bila dah bersemuka tu, aku suka tanya buat apa kat sekolah hari ni? makan ape? belajar ape? So kadang-kadang tu ade la diaorang mengomel pasal makanan kat kantin. 


So aku pun cerita la pengalaman aku masa sekolah rendah dulu makanan kat kantin macam mana. 


Fuhhhh kantin sekolah rendah memang nikmat! Bawa duit belanja singgit je masa tu dah boleh beli air sirap satu gelas besar dan mihun sup lima posen satu mangkuk! 


Tu baru sekolah rendah. Naik sekolah menengah, lagi heaven! Selera memang dah kuat masa tu, aku pulak jenis kuat makan tapi badan masih macam 'papan', so aku bedal la nasi lauk campur setiap kali waktu rehat haha. 


Lauk yang aku suka ayam masak merah dan sayur bayam sekali ngan tempe goreng ....fuhhhh kenyang weh! Time kelas, aku bantai tido sebab mengantuk kekenyangan haha. 


Aku bukan nak menyakitkan hati diaorang, aku cuma nak cerita pengalaman aku dulu je. Aku cakap walaupun awak berdua hidup di zaman Covid-19 dan persekolahan awak tak sesempurna sebelumnya, tapi awak kena bersyukur sebab awak masih boleh jumpa kawan-kawan sekolah dan belajar sebaik mungkin. 


Memang tak boleh nak bandingkan dulu ngan sekarang sebab situasi dan waktunya pun dah berbeza. Cuma aku suka ingatkan diaorang, bila dah ada peluang pergi ke sekolah, gunakan untuk belajar sehabis baik. Janji pandai bawa diri dan jaga diri.


Aku pun tak sampai hati nak tanya diaorang seronok belajar ke tidak sepanjang 2 tahun ni sebab realitinya pdpr memang tak seronok! Tapi nak buat macam mana kan .... dah Covid-19 satu dunia!


Kakak cakap,"maaa ...tahun depan kakak form 3 agak-agak boleh pergi sekolah macam biasa dulu ke?" nampak sangat betapa dia rindu nak aktif di sekolah. 


Wallahualam kakak .... apa yang kita boleh buat jaga diri dan berdoa agar semuanya kembali pulih. Kalaupun tak boleh pulih 100%, 99% pun ok dah. Moga mereka ada peluang untuk merasai nikmat belajar dalam kelas dan beraktiviti sukan/koko di sekolah macam dulu balik.

Monday, February 14, 2022

Monday, February 14, 2022

Selamat datang Elba!

 

Assalamualaikum! Barang elektrik yang paling aku impikan sekarang adalah peti sejuk. Peti sejuk sangat penting untuk dapur kecilku tapi peti sejuk yang sekarang ni telah terlalu uzur dan menanti masa untuk 'mati'.


Dah lebih 5 tahun sebenarnya peti sejuk National tu tak berfungsi seperti yang sepatutnya. Bahagian freezer jer elok tapi yang bawah tu langsung tak sejuk. Aku dah cuba juga panggil orang baiki tapi kate dia,"aiyooo ... ini brand (National) susah mau cari spare part orr. Kalau ganti motor kena tiga latus juga... baik u beli baru saja maaa"


Ishhh nak beli baru bukan kaleng-kaleng harga dia pun. Harga satu pintu pun dah lima enam ratus. Aku nak dua pintu sebab boleh simpan banyak barang. Setiap kali balik kampung, aku hanya mampu merenung serai, daun pandan, daun pisang, daun limau purut, daun kari, daun kunyit, cili padi bla bla bla dalam kebun mak. Bukan tak teringin nak bawa balik tu semua, tapi freezer aku mana sesuai nak simpan tu.


Bayangkan bertahun-tahun aku hidup dengan freezer je haha. Situlah simpan ikan, cili boh, ayam, udang, sotong. Sayur jauh sekali! Nak makan baru beli. Nak simpan jangan harap! 




Bye bye National!


Lama-lama aku fikir ah tak boleh jadi camni! Kena korbankan jugak wang ringgit untuk peti sejuk baru. Peti sejuk National pun dah 25 tahun usianya! Dari aku darjah 6 tuuu! Memang tahan lasak jugak walaupun bahagian bawah dia tak beku dan kaki sebelah dah reput.


Ok, kali ni aku nekad aku kena beli jugak. Aku try usha kat Shopee tapi harga dia aduh makkk .... ! Walaupun kerajaan bagi baucar Save 3.0 untuk tebus peti sejuk baru tapi harga dia lepas tolak masih lagi seribu lebih! Aku try usha kat Mudah.my dan akhir sekali kat Marketplace fb. Nak beli baru aku tak mampu, so aku pilih yang second-hand pun jadi la...asalkan berfungsi elok atas dan bawah.


Aku try hubungi seller tu dari marketplace. Dia dari Sungai Buloh dan boleh cod ke rumah aku di Ampang. Sebelum tu aku dah tengok siap-siap jenis peti sejuk yang dia jual di marketplace tu. Aku berkenan dengan jenama Toshiba dan Hitachi, 2 pintu dan kondisi mantap. Tapi, aku terjumpa peti sejuk Elba 3 pintu yang sama harga dengan Toshiba dan Hitachi tadi. Kondisinya bagus dan besar sikit dari peti sejuk lama.



sumber : carousell

sumber : fb marketplace



Akhirnya aku deal dengan dia untuk Elba. Yang mana rongak tu aku mintak dia gantikan yang baru dan dia setuju. Warranty 2 bulan. Kenapa 3 pintu? Senang aku nak simpan barang basah macam seafood, ayam, daging, tulang. Tempat dia memang dah ada di tengah tu. Yang atas aku boleh isi aiskrim, cili boh, sosej, daging burger, kentang goreng dan lain-lain so dia tak bercampur dengan barang basah. Yang bawah sekali aku boleh letak segala macam jenis sayur-sayuran, roti canai frozen, buah-buahan dan banyak lagi!


Haaa sekarang aku boleh tersenyum lebar tiap kali balik kampung. Memang aku akan pau habis-habisan serai, kelapa parut dan segala jenis daun yang ada dalam kebun mak hehehe. Ni kalau beli kat kedai dah takda sen sen harga dia. Satu ikat mau seringgit lima posen! Balik kampung aku petik je dalam kebun😁


Aku dah tak perlu beli sayur atau fishball atau buah-buahan sikit-sikit. Aku boleh simpan tanpa was-was dan makan bila-bila masa. Lega rasanya dah bertukar baru. Walaupun hanya second-hand syukur sangat aku masih mampu beli. Ramadan pun dah nak dekat kan, peti sejuk kena lengkap dan barang kena stenbai nak masak. Sekurang-kurangnya lauk tak habis tu aku boleh simpan dalam peti sejuk kan. Ais pun takyah beli boleh buat sendiri.


Dah lebih 2 minggu aku guna setakat ni berfungsi dengan baik dan sejuk! Biarlah melayang lima ratus lebih janji barang ada kan hehe.


Next kitchen gadget Air fryer!

Friday, February 11, 2022

Friday, February 11, 2022

Sebab nilah aku tak suka kerja waktu pejabat!


Assalamualaikum! Benda yang paling aku tak suka malas nak hadap akhirnya terjadi jugak pada aku. Sepanjang dua tahun sejak mula tercetusnya pandemik Covid-19 di seluruh dunia, inilah kali pertama aku punya rekod MySejahtera jadi merah!


Sebab tu lah aku tak suka kerja sama dengan orang pejabat. Memang takkan terlepas dari risiko jadi kontak rapat. Walaupun kita dah amalkan penjarakan 1 meter dan jauh dari meja masing-masing, tiada percampuran atau nak borak-borak ape ke, tapi kalau dah duduk satu tingkat tu mesti akan terkena jugak.




Alkisahnya, akhir bulan Januari aku kerja siang dua hari berturut-turut Khamis dan Jumaat. Kebanyakkan orang keje pejabat datang pada hari2 tersebut. Walaupun aku keje syif tapi meja aku duduk dalam satu tempat dengan orang keje pejabat. 


Hari Sabtu dapat perkhabaran bahawa salah sorang rakan sekerja positif Covid-19! Dan dia hadir pada hari Khamis dan Jumaat jugak! Assudohhh ..... hati dah tak sedap ni!


Dia buat RTK sendiri dan positif so kena buat PCR di klinik untuk kesahihan. Sementara tu, kami semua yang terlibat kerja pada hari tu kena buat RTK jugak. Hmmm .... tak pasal-pasal!


29/1/2022


Dan aku juga buat RTK sendiri pada hari Sabtu tu jugak dan keputusannya negatif! Tapiiii ...jangan percaya sangat sebab kadang-kadang ailio dia detect negatif, bila buat swab hidung jadi positif! Nakkan kepastian buat PCR terus.


Rakan sekerja yang positif tu dah lengkap vaksin dan takde gejala ye. Wife dia je yang mengalami gatal-gatal tekak perit macam nak terbakar malam sebelum tu. Tu dia yang kabo le. Kalau dah ada simptom lagi kuatla result dia.


Makanya, kami semua kena kuarantin kendiri di rumah masing-masing. Terus kemaskini status Covid-19 di MySejahtera dan aku kena kuarantin bermula 31/1/2022 sehingga 4/2/2022.  Disebabkan RTK aku negatif, takde gejala dan sudah lengkap vaksin maka kuarantin hanya dikenakan selama 5 hari. Ya Allah ... tu pun aku rasa macam aku 'mereput' di rumah 5 tahun!





Syukurlah 5 hari telah berlalu dan sekali lagi aku buat RTK untuk pengesahan. Alhamdulillah keputusan masih negatif dan aku boleh masuk kerja macam biasa.
 

4/2/2022


Ya Allah ... inilah kali pertama dalam masa 2 tahun aku jadi kontak rapat Covid-19. Nak salahkan dia pun tak boleh jugak sebab benda tak nampak kan. Kalau virus tu kita boleh nampak, senangla nak elak. Ni tau-tau je dah gatal tekak!


Tak pasal-pasal kitaorang berkurung je dalam rumah 5 hari tu. Yang nak balik kampung atau pergi bercuti sempena CNY terus kena berpatah balik atau kuarantin di hotel. Plan aku nak balik kampung pun tergendala dan terpaksa call akak aku minta balik jap tengok mak. Mujurlah hari Ahad dia cuti.


Sekarang ni aku dah jadi tak syok kalau kerja sekali dengan orang pejabat. Trauma aku! Ni pun masa aku menaip ni, ada sorang lagi kakitangan kat bahagian aku telah disahkan positif Covid-19 pagi ni dan diarahkan kuarantin. Yang mana kontak rapat kena balik terus. Aduhhhh .... bale bale!

Tuesday, January 18, 2022

Tuesday, January 18, 2022

[Kibbles Kucing] - Beli Online atau Petshop?

 

Assalamualaikum! Ingat lagi masa zaman sekolah rendah bela kucing, aku hanya tahu 2 jenis makanan (kibbles) kucing yang popular ... jenama F****** dan W*****. Dulu aku tak tahu nak jaga pemakanan anak bulus. Main bedal je bagi makan kibbles berwarna dan nasi gaul ikan rebus. Takde fikir tentang kandungan garam ke, kurang nutrisi ke, sesuai ke, tak sesuai ke ... asal kucing boleh telan sudah.


Tapi sekarang dah ada banyak pilihan kibbles di pasaran. Cuma nak kena pandai pilih dan ngam dengan bajet marhaen aku. Sebab itu aku suka baca perkongsian pencinta-pencinta kucing dalam fb tentang pemilihan kibbles. Kalau bajet kayangan, boleh amik kibbles yang super premium. Kalau bajet biasa-biasa, boleh amik yang sederhana premium. 


Bukan bajet harga je yang kita kena tengok, kandungan nutrisi pun kena cakna jugak. Sebab tu nak bela kucing jangan ikut orang. Nak bela nak jaga dia kena ada ilmu. Jangan tengok kucing orang comel gebu gebas, kita pun nak ikut bela jugak tapi pengetahuan zero! Akhirnya, kucing sakit kena bawak pergi vet. Beratus ringgit lebur untuk ubat-ubat dia je.




Permulaan aku bela Putam sekor dulu, aku beli kibbles jenama seperti diatas. Sebalang tu rasanya sebelas ringgit lebih kalau tak silap aku la. Tapi yang ni dia tak berapa berkenan pulak. Nak habiskan sebalang tu cukup payah. Last-last aku beli kibbles lain dan yang ni aku bagi kalau jumpa kucing kat tepi jalan.


Ramai yang cadang bagi Cindy's Recipe, so aku try tengok-tengok dekat Shopee. Harga boleh tahan jugak tu untuk 7-8kg. CR ni kira jenama super premium sebab dia grain free (tiada garam) dan holistik. Haaa giler ah makanan kucing pun kita kena pilih yang grain free tau haha. Malah vet pun galakkan bagi kibbles tidak berwarna dan grain free untuk pencernaan yang sihat. Kandungan protein yang tinggi juga bagus kalau nak gemukkan anak bulus.




Kalau ikutkan taste anak-anak bulus, memang mereka suka CR ni. Tapi CR ni termasuk dalam golongan super premium jugak. Tak boleh beli tiap-tiap bulan, sebab harga takkan dapat lapan puluh ringgit ke bawah. Mama punya bajet marhaen je hahaha.


Kita kena tahu jugak bukan semua anak bulus boleh bagi sembarangan kibbles. Katanya, kalau kucing berbaka macam BSH, DLH, Persian dan yang sewaktu dengannya, kibbles pun kena jenama kayangan seperti TOTW, B&B, Molly, RC. Kalau kau bela BSH pastu kau bagi makan F****** pastu kau gi cerita kat grup kucing, samada kau akan kena kecam, kena sindir atau kena gelak berjemaah disitu haha.






Since anak-anak bulus aku semuanya baka kampung jadi takda masalah kalau aku nak bagi mereka kibbles super premium atau tidak. Yang penting grain free, tidak berwarna dan kandungan protein yang tinggi.


Aku suka tukar-tukar kibbles. Ada masa aku akan beli yang repack punya bagi anak-anak bulus merasa. Kalau ngam, sedap aku akan beli pek besar. Setakat ni aku dah bagi Dormeo, B&B, Reflex, Molly dan EQ. Semuanya mereka suka! 

Dan, yang terkini aku beli Petland untuk mereka. Harga memang terbaik setakat ini. Satu beg 10kg terlebih cukup untuk 6 ekor anak bulus kat umah. Boleh tahan lebih dari sebulan. 






Selain dari kibbles, aku bagi mereka cat treats sekali sekala. Macam snek ringan la untuk kucing haha. Bila kat Shopee ada sale, aku grab banyak-banyak buat stok di rumah. Mula-mula dulu bagi Sheba treats tapi harga dia kayangan sangat haha.


Selain kibbles dan treats, aku bagi wet food jugak. Wet food ada 2 jenis, satu buat sendiri dan satu lagi dalam tin. 


Kalau tanya aku, mana molek beli online atau masuk petshop? Pilihan aku, semestinya online! Harga dalam online dengan dalam petshop macam langit dengan bumi weh! Nangis aku tengok beza harga bila masuk petshop. Tapi kita fahamla harga dia menjulang tu untuk cover kos segala kan. Sebab tu aku pilih beli kat Shopee je. 


Pilihan ditangan anda...gituuuu!



Membongkang kerana kekenyangan


Thursday, January 13, 2022

Thursday, January 13, 2022

2021 yang produktif!

 

Assalamualaikum! Syukur alhamdulillah last minit aku dapat cuti sehingga tahun baru. Anak-anak memang dah berada di kampung 2 minggu sebelumnya, bersama 6 lagi anak bulus kesayangan hamba. Ya Allah..rindunya pada mereka! Sampai-sampai je salam anak, terus sambar 6 ekor ni dukung peluk bagai hahaha.


Gitulah ... sayang kucing lebih dari sayang anak. Anak-anak pun rindu ....sayang. Giler tak sayang ... kluar dari rahim aku kot. Sayang kucing kategori lain. Bila jiwa kau memang dah sebati dengan kucing, dari kecil membela kucing memang takkan lari perasaan kasih sayang, obsesi dan rindu terlampau tu hehehe.



Bila aku tengok balik gambar ni, macam tak percaya yang aku dah ada enam ekor dalam masa setahun! Tapi ia juga menunjukkan betapa bahagianya aku dikurniakan rezeki untuk jaga anak-anak bulus ni. Anak aku asalnya nak sekor je. Tapi Allah bagi sekor demi sekor. Kucing orang bagi ada, kucing jalanan pun ada. Tapi kasih sayang, kebajikan dan perhatian tuk diaorang sama rata. 


Sekarang kalau balik dari kerja pun, aku akan gomol anak-anak bulus dulu. Anak-anak pun dah faham perangai ibu diaorang. Aku kalau dah bela kucing, memang akan all-out 100% semampu aku. Alhamdulillah anak-anak pun bagi kerjasama yang baik sebab diaorang pun suka dan sayang dengan keenam-enam anak bulus.


Nak cerita benda lain pun takda yang menarik sangat tahun lepas. Takda pegi mana-mana selain dari balik kampung rutin aku setiap bulan. Temankan mak dan tolong mak dapatkan keperluan asas itu pun dah buat aku rasa lega dan bersyukur. Setiap bulan dapat balik jenguk mak adalah nikmat dan rezeki yang terindah bagi aku. So walau apapun dugaan yang aku hadapi kena usahakan jugak demi mak.


Semoga tahun 2022 kita semua dikurniakan rezeki dan nikmat kasih sayang dari ibubapa. Al-fatihah buat arwah abah yang dirindui, Hj. Hashim Ahad...aamiinn.


Wednesday, December 29, 2021

Wednesday, December 29, 2021

Akhirnya, keputusan UPKK Mira dah keluar!

 

Assalamualaikum! Debaran itu datang lagi. Pagi semalam adalah waktu paling genting dalam hidup ibubapa dan anak-anak termasuklah aku sebab berdebar tunggu tengok result UPKK anak masing-masing. Serius aku cakap, dua tahun ni memang sekolah agama Mira tak berapa aktif pdprnya. Harapkan kelas online dan homework yang diberi ustazah, itu sahaja yang menjadi 'bekalan'. Mujurlah sebelum lockdown tahun ni, sekolah ada buat kelas tambahan.Bila sekolah dah buka dan datang sekolah bergilir, barulah dia boleh belajar.


Bila JAKIM umum ibubapa dah boleh semak keputusan UPKK 2021 di fb, maka berbondong-bondonglah ibubapa cuba nak pergi ke website https://simpeni.islam.gov.my .Tapi macam biasalah .... masalah yang sama berulang kembali. Bila dah ramai-ramai 'masuk' memang website jadi jem. Sama la jugak tahun 2018 masa nak semak keputusan UPKK kakak. Website takleh masuk dan hantar sms pun takda reply!




Bila aku tanya Mira berapa target Mira untuk UPKK, jawabnya 5A. Sebenar dan sejujurnya, aku tak sampai hati nak tetapkan target untuk dia sebab corak pembelajaran dia untuk dua tahun kebelakang ini penuh dengan 'lompang'.


Dengan Covid-19nya, dengan lockdownnya, dengan pdprnya. Kelas tambahan pun setengah jalan je pergi sebab lockdown. Selebihnya belajar sendiri dan secara online dengan ustazah. So aku cakap, asalkan jangan gagal dah la. Cuma macam biasa. subjek Bahasa Arab/Lughatul Quran tu aku cakap siang-siang dengan dia, mama memang takleh bantu haha. 


So semalam, dari pagi aku cuba semak masuk website tapi asyik jem tak boleh akses. Hantar sms dua kali sampai ke sudah tak dibalas! Mira pun asyik wassap mama dah boleh tengok result ke. Alahai anak mama ...tak sabar berdebor jugak le tu😁


Last-last jam 12 tengah malam, aku try refresh lagi dan wallaaaaa! 




Alhamdulillah.....syukur segala puji bagi Allah! Sebak aku tengok result Mira. Alhamdulillah memang bersyukur sangat. Target Mira tercapai malah lebih lagi Allah bagi. Terus aku screenshot dan wassap ke dia dan kakaknya di kampung.


Suka betul dia. Barangkali dia sendiri pun tak sangka boleh capai result sebaik ini. Mama tumpang bangga dan gembira dengan Mira. Nak peluk jauh pulak ... takpe nanti tunggu mama balik, mama peluk adik kuat-kuat!


Congratulation my precious pearl!

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.