Bela kucing memang kena bagi sampai gemok ke?
Assalamualaikum! At least itulah yang aku fikir dulu. Bela kucing kena sampai gemok baru sihat. Kalau tak gemok something wrong. Rupanya aku salah!
Assalamualaikum! At least itulah yang aku fikir dulu. Bela kucing kena sampai gemok baru sihat. Kalau tak gemok something wrong. Rupanya aku salah!
Assalamualaikum! Bulan ni kena topup kibbles untuk anak-anak bulus kesayangan. Dah 2-3 bulan mereka makan kibbles jenama yang sama. So bulan ni, aku tukarkan ke jenama lain pulak. Tukar selera sekali sekala katanya!
Jenama Snappy Tom memang dah biasa aku beli. Macam aku cakap la, aku suka tukar-tukar selera makan mereka. Kalau ada bajet lebih sikit, beli yang mahal sikit. Kalau bajet sikit beli yang sederhana premium. Yang penting mereka suka dan berselera makan.
'Model' tak berbayar. Dia berdiri situ dengan harapan mama nak bagi dia makan la kibble tu. Banyak cantik! Habiskan yang kat dapur tu dulu ye hahaha |
Aku cukup takut kalau makanan mereka habis. Jadi tak keruan! Alhamdulillah rezeki anak-anak bulus sentiasa ada. Kalau tak sayang lagi tak tahulah hahahaha!
Assalamualaikum! Covid-19 telah mengubah banyak cara hidup kita sekarang. Dulu kita tak risau bersesak-sesak di pasar nak beli ikan, sotong, udang dan sebagainya. Sekarang nak gi kedai pun aku kena pilih waktu yang sesuai supaya tak bertembung dengan orang ramai.
Dengan kes Omicron yang sana sini rancak naik setiap hari, aku lebih berhati-hati. Barang dapur tetap kena beli tapi nak berhimpit-himpit dengan orang ramai tu tak nak la. Ada barang yang kita boleh masuk kedai beli sendiri. Tapi sekarang aku lebih memilih beli barang dapur secara norma baharu.
Mula-mula aku skeptikal sikit, sebab bukan senang nak percaya barang jual online ni. Tak best la tak dapat pegang ikan tu, udang tu kan. Tapi, lama-lama aku suka pulak sebab barang sampai fresh dan elok ikannya.
Orang lain happy parcel tudung, baju, kasut sampai rumah. Tapi aku happy dan eksaited bila kotak ikan aku sampai! Puas hati tengok barang yang kita order dalam live, sampai dengan selamat dan barang segar.
Dari tahun lepas lagi aku dah start beli barang basah secara online ni. Sangat memudahkan kerja aku di rumah. Ikan siap siang tinggal nak masak je. Aku suka cara diaorang packing barang basah, kemas dan teratur.
Mahal sikit tu takpela kan, barang fresh kot. Boleh simpan lama dalam peti sejuk buat stok. Takda duit pun takpa janji ada barang makan kat rumah. Sama je kalau aku keluar pergi kedai beli sendiri. Bezanya, risiko kena Covid tu sangat kurang la sebab beli online je kan. Pastu ikan semua fresh tak macam dekat pasaraya ada 'ubat'.
Biasanya aku suka pergi kat 2 FB ni kalau nak tengok2 makanan laut yang dijual:
1) https://www.facebook.com/Hasil-Laut-Hutan-Melintang-Abang-Omel-100500071868723 (Hasil Laut Melintang Abang Omel)
2) https://www.facebook.com/kakomelsekinchan (Hasil Laut Sekinchan Kak Omel)
Aku suka shopping barang basah kat dua-dua fb ni. Tapi jangan keliru pulak, nama fb hampir sama tapi peniaganya tak sama tau. Selalu sangat orang confuse dengan dua platform ni hehe. Satu dari Hutan Melintang Perak, satu lagi dari Sekinchan.
Mana-mana pun aku suka, sebab barang diaorang dan servis tiptop. Terpulang pada kita nak pilih mana sesuai dengan bajet dan ikan apa kita nak beli. Haa gituu..
Assalamualaikum! Kenapa susah sangat nak cari petai di zaman Covid ni? Dah la payah nak jumpa, mahal pulak harganya! Mana pergi petai 5 papan RM3 macam dulu?? Sekarang 5 papan sepuluh ringgit pun ada! Mata kecik jarang-jarang pulak tu. Haihhhh ....
Gatal punya tekak ni, teringin pulak dia nak makan petai. Sambal udang petai, sambal ikan bilis petai. Apa saja yang ada petai mesti sedap makan lebih-lebih lagi waktu-waktu sejuk camni. Kalau makan nasi mau menambah 2-3 kali kalau ada petai.
Rasanya sedap namatey! Halal duit aku beli 2 botol hehe. Puas makan sorang! Takda laun pun takpa, goreng telur mata tambah sambal tempoyak ni pun boleh menambah nasi dibuatnya!
Assalamualaikum! Macam tak percaya Mira dah habis sekolah rendah haha. Dari tadika umur 4 tahun, naik sekolah rendah selama 6 tahun sampai dah terbiasa pandang dia sebagai budak sekolah rendah.
Tahun 2021 adalah tahun terakhir Mira di sekolah rendah, tapi disebabkan Covid-19 sesi persekolahan sekolah rendah dilanjutkan sehingga bulan Februari 2022. Maknanya secara rasmi, Mira akan ke tingkatan 1 pada bulan Mac nanti!
Mira dah jadi seorang remaja. Mujurlah mama ada gambar kenangan Mira dari darjah 1 sampai darjah 6. Rasanya mana-mana mak pun gigih nak snap gambar anak setiap kali naik darjah kan haha.
2016
Assalamualaikum! Deodoran ... barang terpaling penting dalam hidup seorang wanita. Tanpanya, kita rasa tak selesa nak keluar rumah. Lebih-lebih lagi remaja macam kakak dan adik. Stok kat rumah dah hampir habis. Spray pun keluar bunyi angin je.
Ada jenis deodoran bila spray ketiak kita jadi gatal. Ahh tu memang aku pangkah terus! Ada pulak yang melekit-lekit basah ketiak bila berpeluh. Erghhh tak best! Lagi teruk ketiak berbau balik lepas 3-4 jam. Rasa nak lari balik rumah! Malu weh kalau dalam train atau kat opis.
Tapi anak aku sempat menginsafkan, katanya "maa ... kita nak beli makanan kucing dan pasir kucing ni". Oh ya, banyak lagi barang nak beli hahaha. So aku amik 4 perisa dulu. Kalau tanya aku yang mana bau wangi, semua wangi! Bau lembut dan paling penting cepat kering bila sembur.
Sapa-sapa yang nak pergi Watson tu bolehlah try deodoran ni. Tengah harga murah ni! Selamat shopping ...!
Assalamualaikum! Berdebor-debor rasa bila cikgu bagitau surat penempatan sekolah menengah dah keluar. Dah la si kecik tu tak gi sekolah semalam. Dia pun kabo gi sekolah tak belajar, buat bising je dalam kelas. Nak buat aktiviti kecergasan pun cikgu tak bagi. Memang boleh dibayangkan tahap kebosanannya!
Alang-alang semuanya tak boleh buat di sekolah, aku cutikan je dia. Lagipun kes Omicron sedang 'mengganas' kebelakangan ni. Gi sekolah kalau duk berborak ngan kawan pun berisiko tinggi gak. Elok le duduk di rumah. Hari anugerah cemerlang baru pegi sekolah.
Dia tak pandang langsung MRSM atau SBP hahaha. Takde dia heran. So kita pun ok la, mintak sekolah harian sudah. Pagi tadi cikgunya maklumkan dalam grup kelas, surat penempatan telah diberikan kepada murid.
Alhamdulillah permohonan diterima. Memang dia nak sangat sekolah ni. Maka, bermula la urusan pendaftaran sekolah menengah untuk Mira. Minggu depan kena gi sekolah untuk proses pengesahan dulu. Lepas tu, urusan buku teks la, beli buku latihan la, yuran pibg la dan yang berkaitan dengannya.
Walaupun tak sama sekolah ngan kakaknya, tapi sekolah ni masih sekolah perempuan. Kakaknya pulak dah selesa di sekolah sekarang. Yang penting mereka selesa di sekolah masing-masing. Dari kecil mereka belajar di tadika yang sama, sekolah rendah yang sama. Sudah masanya mereka teroka dan alami pengalaman belajar di sekolah menengah yang berbeza.
Doakan semoga segala urusan kami dipermudahkan ye...aamiiinn.