Breaking

Tuesday, March 22, 2022

Tuesday, March 22, 2022

Tolong jangan pdpr lagi!


Assalamualaikum! Pagi yang indah, sejuk mata memandang. Dalam banyak-banyak sekolah, sekolah adik la yang paling banyak pokok di sekeliling. Ni kalau pagi-pagi belajar dalam kelas rasa tenang je, hirup udara segar, senang ilmu nak masuk dalam otak.


Rutin mak-mak bila sekolah nak buka. Harini aku bersiap sedia depan pintu kedai buku. Ada beberapa parents yang dah tiba lebih awal. Ikut jadual bukak pukul 9.30am. Tapi biasanya, kalau berjanji 9.30 bukaknya belum tentu 9.30 kan haha. Kena faham la paling koman pun kena tunggu setengah jam lagi. Mujurlah, dia sampai 10 minit lepas tu.



Kami yang duduk depan pagar pengawal sekolah terus berjalan kaki ke kedai buku. Kena beratur cepat bila parents dah ramai ni. Tunjuk je senarai buku tingkatan 1 yang wajib dibeli dan bayar. Walaupun sekolah dibuka pada 21 Mac, tapi adik masih perlu belajar secara pdpr di rumah sehingga 3 April.


Bila beratur feeling dia macam anak nak masuk darjah satu walhal dah tingkatan 1! Sekolah kakak lebih praktikal. Ibubapa hanya dibenarkan beli buku dengan cara drive-through. Sebut tingkatan berapa dan terus orang bookshop tu hulur beg plastik berisi buku dan ibubapa hulur duit je dari dalam kereta.





So setel sudah buku-buku adik. Tak banyak benda nak dibeli buat masa ni sebab kakak dan adik kena pdpr dulu. Start posa barulah diaorang boleh jejakkan kaki di sekolah baru, jumpa guru kelas baru dan belajar bersama kawan-kawan baru. 


Ya...harap-harap begitulah perancangannya. Kalau boleh janganlah pdpr lagi tahun ni. Budak-budak dah 'lemau' belajar dengan cara ni. Since kebanyakan pelajar sekolah menengah pun ramai yang dah vaksin, aku takda kebimbangan kalau anak-anak pergi sekolah. Yang penting jaga SOP. 


Moga diaorang ada peluang untuk belajar secara normal, dalam kelas macam dulu.

Monday, March 21, 2022

Monday, March 21, 2022

Gara-gara terlepas tarikh vaksin!

 

Assalamualaikum! Perkataan vaksin memang dah normal kita dengar dari fasa pandemik, epidemik dan sekarang nak masuk fasa endemik. Zaman banyak penyakit, banyak virus memang ada risiko yang kita tak boleh nak elak. Nak tak nak kena ikhtiar dengan cara vaksinasi. 


Ada yang rekomen amalkan pemakanan sunnah, pemakanan sihat, makan suplimen, makan buah, makan sayur, minum madu. Itu semua memang perlu tapi kena konsisten. Bukan dah sakit baru terhegeh-hegeh nak makan. Berapa kerat sangat yang konsisten ye dak. Tambah sekarang nak beli tu semua guna duit. Orang baru nak 'hidup' lepas 3 kali PKP dengan harga barang melambung lagi ... memang tak terkejar nak suap ke mulut.


Tapi apapun caranya, terpulang kepada tuan punya badan. Nak vaksin ke, tak nak vaksin, takut vaksin ke takda sapa boleh paksa. Badan sendiri kan. 



Bukan manusia je kena lengkap vaksin la ni. Haiwan peliharaan pun kena lengkap vaksin jugak! Tiga kali cucuk baru dikira lengkap. Bezanya, vaksin kita PERCUMA, vaksin mereka BERBAYAR! Tapi demi kesihatan kucing, kena la bawa pegi cucuk jugak.


Sapa kena gi cucuk vaksin? Batch terakhir, Dino dan Mochi. Dua ekor ni masih baby masa aku amik. Sorang 'budak pasar', sorang lagi 'budak bumbung'. Patutnya mereka dah lengkap vaksin awal bulan Januari, tapi aku terlepas tarikh dos ketiga, maka dos pertama dan dos kedua automatik terbatal. Tak pasal-pasal kena ulang balik jadual vaksinasi mereka! Bukan salah mereka, tapi salah aku le haha. Mereka salah pun mereka tak perlu bayar hahaha.




So, bulan 1 start balik dos pertama. Bulan Februari dos kedua dan Mac dos ketiga. Satu kali dos RM40, kena tiga kali sila kira sendiri. Itu belum kira lagi yang 2 dos yang terbatal tu hahaha. So jangan gatal-gatal terlepas tarikh vaksin mereka ye.


Biasanya, kalau aku amik stray cat bawa balik rumah, dalam minggu tu jugak aku akan bawa mereka pergi vet untuk vaksin dos pertama dan ubat cacing. Dua tu penting. Alhamdulillah setel bab vaksin. Tahun depan pulak kita jumpa vet untuk vaksin secara tahunan. Repot kesihatan mereka pun bagus. Berat naik, aktif, selera makan baik dan tiada masalah penyakit serius. 


Mochi

Dino a.k.a Prince


Lega bab vaksin. Next, nak setelkan bab mandul mereka pulak. Kakak-kakak dan abg Putam semua dah selamat mandul. 


Tengok la yang bongsu (Dino) tu pun. Mentang-mentang dah lengkap vaksin, bukan main terkangkang dia duduk! Dia lupa agaknya yang dibawah tu kena potong separuh nanti wakakakaka! Jahatnye mama .... :p



Sunday, March 20, 2022

Sunday, March 20, 2022

Hadiah Sempena Anniversary Ke-16

Assalamualaikum! Bulan Mac bulan terpenting dalam hidup kami dan anak-anak. Hari istimewa biasanya makan-makan kat luar. Tapi tahun ini, tiada sambutan seumpamanya. Kita hanya mampu merancang tapi Allah menentukan. Hanya kerana dua calit itu kelihatan, semua yang dirancang terpaksa ditangguhkan.


Petang tu suami call cakap tekak dia dah start perit dan terasa lenguh2. Petang tu jugak dia pergi cari Covid test kit. Keluar masuk dari satu pasaraya ke satu pasaraya. Dapat pun..disambar 3 kotak!


Sekali dia hantar gambar....tediaaaaa! Terang jelas lagi nyata. Simptom yang tadi semakin terasa. Balik umah duduk dulu asing dalam balik. Esok pagi sebelum mandi dan gosok gigi dia test lagi.


Keputusan sekali lagi....sah itu Covid-19! Simptom dah ada, keputusan positif. Perkara yang sama berulang kembali. Bulan lepas macam ni jugak kejadiannya. Time nak balik kampung, time nak bercuti time tu lah kami kena kuarantin. Bulan lepas kami kena kuarantin sebab kontak rapat (masa tu kontak rapat kena kuarantin jugak)


Tapi kali ni suami disahkan positif. Maka dia kena kuarantin di rumah. Namun, aku dan anak-anak negatif dan hanya kontak rapat. Bagusnya, start bulan Mac kontak rapat dah boleh keluar rumah selagi tiada simptom dan perlu buat ujian kendiri. Jadi kami boleh pergi ke kedai dan mendapatkan barang keperluan.


Mujurlah masa ni aku memang ambil cuti jadi tak ganggu kawan-kawan lain. Sedihnya tak dapat balik kampung jumpa mak. Padahal awal bulan tu, mak kena pergi jumpa doktor tapi disebabkan ini, terpaksa ditangguhkan.





Mak kata, takpela ... yang penting bagi suami aku sihat dulu. Allahuakbar ... sedih dengar tapi apakan daya bukan kita nampak virus tu kan. Redha dan hadapilah hari-hari kuarantin dengan tabah. Dah la kena masa tarikh anniversary kami yang ke-16. Dia di dalam bilik, aku di ruang tamu. Wish gitu-gitu je la dalam wassap hehe.


Alhamdulillah 7 hari kuarantin dilalui dengan penuh kesabaran. Syukur status Covid suami dari Cat-2 bertukar ke Cat-1. 


Simptom yang dialami suami agak mild tapi yang tak tahan tu, lenguh dan sakit sendi serta selsema dan batuk. Alhamdulillah lepas makan ubat ok dah sikit, cuma sekarang ni walaupun dah bebas Covid, dia mengadu sakit gigi pulak. Mungkin ini yang dinamakan post-Covid simptom.


Hmm..mungkin ada hikmah semua ini. Dua kali perancangan nak balik kampung tertunda kerana Covid. Tapi aku syukur suami buat ujian dulu bila terbit simptom sebelum balik kampung. Kalau tak tentu kami akan rasa bersalah dengan mak. 


Moga semua yang terkesan dengan virus ini diringankan kesakitan dan dipermudahkan segala urusan.



Friday, March 18, 2022

Friday, March 18, 2022

Bela kucing memang kena bagi sampai gemok ke?


Assalamualaikum! At least itulah yang aku fikir dulu. Bela kucing kena sampai gemok baru sihat. Kalau tak gemok something wrong. Rupanya aku salah!


Dulu zaman aku budak2 bela kucing, hanya pandai bagi makan, belai dan main bersama. Kalau sakit baru bawak pegi vet. Vaksin jauh sekali. Ubat cacing tak pernah amik tahu.


Dino - Makan hanya kibbles dan wetfood. 
Terpaling gemuk dalam keluarga hahaha!



Sekarang, vaksin kucing kena 3 kali untuk tahun pertama. Vaksin dia saje dah seratus lebih untuk 3 sesi. Belum citer pasal ubat kutu dan cacing. Belum citer pasal bayaran mandul. Tapi itu semua satu kewajipan untuk jaga kebajikan mereka. Kasih sayang dan ilmu kena seiring. 


Dalam 6 ekor ni, 4 ekor alhamdulillah berat naik cantik. Yang lagi 2 ekor, Mia dan Mochi maintain slim. Makan sama, vitamin semuanya sama. Putam dan Milla naik sikit. Tapi 'johan' dan 'naib johan' milik Dino dan Millie hahaha.


Millie - Pose tido kegemaran dia. 
Kalau hati senang, perut kenyang camnila dia lena hehe



Dua ketul ni senang naik badan. Tak taulah apa rahsia mereka. Dino tu tak padan dengan 'budak pasar' ... dia punya berat mendadak lebih lagi dari Mochi padahal aku ambil Mochi dulu. Kali terakhir timbang kat vet 4.6kg! Sikit lagi nak sama dengan beras 5kg hahaha.


Sekarang aku tak kejar 'gemok'. Cukup mereka lengkap vaksin tahunan, makan berselera, aktif dan selesa. Bila mereka aktif aku tahu mereka cukup sihat. Bila mereka sihat aku pun tenang.


Wednesday, March 16, 2022

Wednesday, March 16, 2022

Kucing pun nak tukar selera!

 

Assalamualaikum! Bulan ni kena topup kibbles untuk anak-anak bulus kesayangan. Dah 2-3 bulan mereka makan kibbles jenama yang sama. So bulan ni, aku tukarkan ke jenama lain pulak. Tukar selera sekali sekala katanya!


Jenama Snappy Tom memang dah biasa aku beli. Macam aku cakap la, aku suka tukar-tukar selera makan mereka. Kalau ada bajet lebih sikit, beli yang mahal sikit. Kalau bajet sikit beli yang sederhana premium. Yang penting mereka suka dan berselera makan.


'Model' tak berbayar. Dia berdiri situ dengan harapan mama nak bagi dia makan la kibble tu. Banyak cantik!
Habiskan yang kat dapur tu dulu ye hahaha



Kibbles kena sentiasa free-flow. Sebab tu tak boleh beli sikit-sikit. Biasanya aku beli yang 8kg hingga 10kg. Boleh tahan sebulan atau sebulan setengah untuk 6 ekor. 


Selain itu, aku bagi jugak mereka makan wetfood dari tin. Semua ni aku beli kat Shopee je. Senang dan murah. Beza giler harga dengan petshop


Tak cukup dengan tu, aku rebuskan lagi ayam dengan labu dan kadang-kadang lobak merah. Kalau asyik makan dari tin je 'kopak' jugak poket aku haha. So selang selikan dengan ayam rebus. Barulah ekonomi.



Aku cukup takut kalau makanan mereka habis. Jadi tak keruan! Alhamdulillah rezeki anak-anak bulus sentiasa ada. Kalau tak sayang lagi tak tahulah hahahaha!


Tuesday, March 08, 2022

Tuesday, March 08, 2022

Beli ikan dalam live FB


Assalamualaikum! Covid-19 telah mengubah banyak cara hidup kita sekarang. Dulu kita tak risau bersesak-sesak di pasar nak beli ikan, sotong, udang dan sebagainya. Sekarang nak gi kedai pun aku kena pilih waktu yang sesuai supaya tak bertembung dengan orang ramai.


Dengan kes Omicron yang sana sini rancak naik setiap hari, aku lebih berhati-hati.  Barang dapur tetap kena beli tapi nak berhimpit-himpit dengan orang ramai tu tak nak la. Ada barang yang kita boleh masuk kedai beli sendiri. Tapi sekarang aku lebih memilih beli barang dapur secara norma baharu.


Mula-mula aku skeptikal sikit, sebab bukan senang nak percaya barang jual online ni. Tak best la tak dapat pegang ikan tu, udang tu kan. Tapi, lama-lama aku suka pulak sebab barang sampai fresh dan elok ikannya.




Orang lain happy parcel tudung, baju, kasut sampai rumah. Tapi aku happy dan eksaited bila kotak ikan aku sampai! Puas hati tengok barang yang kita order dalam live, sampai dengan selamat dan barang segar.


Dari tahun lepas lagi aku dah start beli barang basah secara online ni. Sangat memudahkan kerja aku di rumah. Ikan siap siang tinggal nak masak je. Aku suka cara diaorang packing barang basah, kemas dan teratur. 






Mahal sikit tu takpela kan, barang fresh kot. Boleh simpan lama dalam peti sejuk buat stok. Takda duit pun takpa janji ada barang makan kat rumah. Sama je kalau aku keluar pergi kedai beli sendiri. Bezanya, risiko kena Covid tu sangat kurang la sebab beli online je kan. Pastu ikan semua fresh tak macam dekat pasaraya ada 'ubat'. 


Biasanya aku suka pergi kat 2 FB ni kalau nak tengok2 makanan laut yang dijual:


1) https://www.facebook.com/Hasil-Laut-Hutan-Melintang-Abang-Omel-100500071868723 (Hasil Laut Melintang Abang Omel)


2) https://www.facebook.com/kakomelsekinchan (Hasil Laut Sekinchan Kak Omel)


Aku suka shopping barang basah kat dua-dua fb ni. Tapi jangan keliru pulak, nama fb hampir sama tapi peniaganya tak sama tau. Selalu sangat orang confuse dengan dua platform ni hehe. Satu dari Hutan Melintang Perak, satu lagi dari Sekinchan.


Mana-mana pun aku suka, sebab barang diaorang dan servis tiptop. Terpulang pada kita nak pilih mana sesuai dengan bajet dan ikan apa kita nak beli. Haa gituu..



Monday, March 07, 2022

Monday, March 07, 2022

I need petai!

 

Assalamualaikum! Kenapa susah sangat nak cari petai di zaman Covid ni? Dah la payah nak jumpa, mahal pulak harganya! Mana pergi petai 5 papan RM3 macam dulu?? Sekarang 5 papan sepuluh ringgit pun ada! Mata kecik jarang-jarang pulak tu. Haihhhh .... 


Gatal punya tekak ni, teringin pulak dia nak makan petai. Sambal udang petai, sambal ikan bilis petai. Apa saja yang ada petai mesti sedap makan lebih-lebih lagi waktu-waktu sejuk camni. Kalau makan nasi mau menambah 2-3 kali kalau ada petai.




Pergi kedai Zam jarang nak dapat petai yang elok matanya. Kalau yang baru sampai, dalamnya ada yang busuk pulak. Sampai satu tahap aku hampir nak beli petai kat Shopee je. Satu papan ada seringgit dua posen, seringgit tiga posen. Tengok mata besar-besar rapat elok. Tapi tak jadi beli bila mikirkan berapa hari pulak dia nak sampai.


Tengah dok skrol petai ternampak pulak sambal tempoyak bilis petai ni. Eh nampak elok pekat tempoyak dia. Aku baca review dulu cam biasa. Ramai yang memuji. Ok ar tu.


Try beli 1 botol dulu. Masuk dalam cart. Eh, benda sedap mana cukup 1 botol. Walaupun aku sorang je yang makan petai tapi satu botol tu sikit sangat. Ok, tambah 1 botol lagi masuk dalam cart.



                    


Puas hati dah bayar. Tak sabar nak tunggu barang sampai . Tepat dua hari sambal tempoyak yang diidam sampai. Kebetulan aku masak sardin cincuan. Moh le pekena dengan sambal tempoyak bilis petai ni.





Rasanya sedap namatey! Halal duit aku beli 2 botol hehe. Puas makan sorang! Takda laun pun takpa, goreng telur mata tambah sambal tempoyak ni pun boleh menambah nasi dibuatnya! 

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.