Breaking

Friday, March 25, 2022

Friday, March 25, 2022

Hari pertama Mira bergelar pelajar sekolah menengah

 

Assalamualaikum! Dalam dua tiga hari ni, masih ramai ibubapa yang update gambar-gambar dan kongsikan momen anak masing-masing kat media sosial. Aku faham sangat kalau ibubapa suka share gambar hari pertama, sebab waktu ni lah anak-anak happy tak sabar nak jejakkan kaki di sekolah.


Ibubapa pun mesti tumpang happy kan. eksaited tengok anak masuk kelas dan mula belajar benda baru. Ada juga yang share gambar bekal makanan, beg berat, tudung senget dan macam-macam lagi la ragam anak-anak bila balik sekolah. Memang tak dinafikan itu juga kegembiraan buat ibubapa. Aku pun suka share masa kakak dan adik sekolah rendah dulu.


Kini diaorang dah meningkat remaja, dua-dua dah bergelar pelajar sekolah menengah. Cumanya, bagi Mira hari pertama dia dan kawan-kawan Tingkatan 1 hingga 3 dah kena Pdpr di rumah. Jadi, semangat nak share tu ke 'laut' hahaha.




Tapi tetap mama abadikan kenangan hari pertama sekolah Mira di dalam blog mama. Walaupun Mira tidak lengkap berpakaian sekolah, hanya duduk bersila dalam 'kelas' sambil tekun mendengar penerangan dari guru, ibu tetap teruja dan tersenyum lega melihat semangat Mira.


Kakak toksah cakap, dia memang bersemangat mengadap pdpr seperti biasa walaupun tahun ni dia dah Tingkatan 3. 


Persiapan sekolah pun belum ada lagi. Mama dahulukan buku-buku je dulu sebab nak guna untuk pdpr. InsyaAllah hujung bulan kita beli baju pulak ye. Jangan dah beli tetiba umum sekolah tutup balik udoh! Nanti mama pulak pakai baju sekolah pegi keje hahaha .... buang tebiat mama!


Thursday, March 24, 2022

Thursday, March 24, 2022

Ahli Baru Kelab Covid-19!

 

𝅘𝅥𝅯𝅘𝅥𝅰𝅘𝅥𝅱𝅗𝅥𝅘𝅥Tak sanggup lagi aku mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku
Biarkan ia pergi
Menjadi satu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli...𝅘𝅥𝅯𝅘𝅥𝅰𝅘𝅥𝅱𝅗𝅥𝅘𝅥


Setelah lebih 2 tahun, dari tarikh 18 Mac 2020 start PKP, dari masa vaksin covid belum dihasilkan sehingga aku lengkap 3 dos termasuk penggalak, akhirnya tanggal 10 Mac aku secara rasmi termasuk dalam statistik kes aktif Covid-19 di Malaysia untuk tahun 2022!


Punca? Wallahualam. Tapi seminggu sebelum tu aku dok sibuk jaga suami. Walaupun dah pakai facemask, sanitizer, sembur pembasmi kuman (disinfectant) dalam rumah dan bilik serta pengasingan bilik tetap juga risiko tu ada.


Dah la sekarang susah nak cari covid test-kit di kedai dan pasaraya. Cari punya cari terpaksa masuk dalam farmasi. Pejam mata je la amik 3 kotak dan bayar.


Gejala pertama yang buat aku rasa tak sedap hati pagi tu mula dengan rasa tekak geli-geli. Bukan sakit tekak ye...tapi rasa geli-geli je. Macam ada orang geletek tekak hahaha. Langsung tak sakit dan tak perit. Masa tu aku dah tak sedap hati sebab aku tak pernah sakit tekak macam tu.


Disebabkan esoknya aku kena kerja jadi kena buat test dulu. Bangun pagi sebelum mandi aku dah siapkan sampel ailio segala. Lepas 15 minit haa tudia! Samar-samar tapi .... ya... begitulah.




Bila dah nyata keputusan positif, aku update di mysejahtera dan dikategorikan sebagai Cat-2 sebab bergejala.


Tapi hari pertama aku gejala sangat ringan hampir seperti kena demam biasa. Ye la 2-3 harini hujan lebat sebelah petang. Aku pulak suka gi kedai time nak hujan sebab alasan nak ngelak dr bersesak dengan orang. Time hujan kan tak ramai orang kuar. Dalam kelebatan hujan tu aku redah je sampai lencun. So aku ingat demam sebab main hujan la.


Hari pertama & kedua
-Tekak geli geli
-batuk ringan mcm berdehem
-suara garau sekejap
-Deria rasa dan selera makan ada
-Tiada lenguh2 sendi
-Badan kejap dedor kejap ok. Kalau buat kerja kuar peluh dia ok. Malam dia dedor balik. Makan panadol kuar peluh ok balik
-Bersin tapi belum selsema


Hari ketiga & keempat
-Bersin dan selsema
-Batuk berkahak tapi tidak kerap
-Hilang deria bau dan rasa disebabkan selsema dan hidung tersumbat
-Kepala terasa 'berat'
-Batang hidung rasa perit. Orang lain tekak, aku kena kat batang hidung


Hari kelima, keenam & ketujuh
-Badan terasa lebih sihat dari sebelumnya
-Tiada batuk
-Tiada selsema
-Deria rasa dan bau kembali pulih
-Pergerakan dan pernafasan kembali normal


Suami dah habis kuarantin sambung ke aku. Macam acara lari pas baton pulak hehe. Setiap hari kena jawab soalan di mysejahtera tentang kondisi kesihatan diri. Bila gejala aku dah berkurangan, status Cat-2 jadi Cat-1.


Risau? Risau ke anak2 je la. Diaorang dah 2 dos tapi alhamdulillah setakat ini diberikan kesihatan yang baik. Pengalaman diaorang bila ayahnya positif aritu membuatkan diaorang lebih tahu macam mana nak handle pesakit covid yang kuarantin di rumah. So sekarang ni diaorang la yang akan pastikan rumah disembur pagi dan petang dan pakai penutup muka bila keluar bilik.




Sepanjang 7 hari kuarantin ni juga aku makan ubat demam dan selsema ikut sukatan macam biasa. Sampai rasa badan dan berpeluh dan ok baru berhenti makan.


Bulan Mac bulan Covid untuk kami berdua. Naik tepu aku terkurung dalam bilik. Tapi demi tak nak berjangkit dengan anak-anak daku kuatkan hati jugak. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Apapun, nasi sudah jadi bubur haha. Sekarang boleh teruskan kehidupan seperti biasa. 


Pada mereka yang diuji dengan Covid-19, moga diringankan kesakitan dan cepat sembuh. Jangan panik, laluilah hari-hari kuarantin korang dengan sabar dan kuat ye. InsyaAllah ...

Wednesday, March 23, 2022

Wednesday, March 23, 2022

Sushi RM1

 

Assalamualaikum! Apa barang yang sedap dan boleh dapat dengan harga satu ringgit sekarang ni? Taufufa pun dah naik jadi tiga ringgit semangkuk. Pendek kata, makanan yang dulu harganya seringgit takkan dapat harga macam tu sekarang.


Kat bawah rumah aku ni ada bermacam jenis gerai makanan. Sejak kerajaan membenarkan peniaga meniaga untuk memperbaiki ekonomi akibat PKP yang berlarutan, banyak gerai-gerai kecil boleh kita nampak meniaga di tepi jalan. Ada yang meniaga char kuey tiow, kopi, pisang goreng cheese, takoyaki, sushi dan banyak lagi.




Ada satu stall kecil jual sushi situ. Tengok gambar kat banner macam kenal je muka tu. Rupanya sushi wak doyok. Teringat dia baru bukak restoran sushi kat melawati mall kan. Baru tak baru la.


Tapi sebelum dia bukak restoran sushi tu, stall sushi dia dah memang ada tepi jalan. Anak aku yang sulung pulak suka makan sushi. Entah dari mana dia tengok agaknya. Walaupun aku suka sushi tapi last aku makan zaman sekolah menengah dulu je. 







Seketul sushi tu harganya seringgit. Dalam gambar nampak macam kecil kan, maklumla amatur amik gambar hehe. Tapi sebenarnya memang padan harga dia seringgit! Tu belum ko ngap lagi. Padu dan kena betul dengan tekak kita orang Malaysia.


Satu set ada 10 ketul so harganya RM10. Jangan tanya aku yang mana satu best. Bagi aku semuanya best! Sushi ni bukan macam dalam restoran sushi yang guna ikan mentah, udang mentah tu. Sushi ni telah di'malaysia'kan citarasanya jadi memang boleh 'masuk' tekak orang kita.



Kakak dan aku memang enjoy makan sushi seringgit ni. Kalau membeli tak boleh beli satu set. Kena dua set haha. Makan sushi saje dua puluh ringgit huhu. Tapi berbaloi 10 ketul tu boleh ngap sorang hahaha. Syukur lah adik tak suka kalau tak tiga puluh ringgit dah terbang hahaha :p.


Tuesday, March 22, 2022

Tuesday, March 22, 2022

Tolong jangan pdpr lagi!


Assalamualaikum! Pagi yang indah, sejuk mata memandang. Dalam banyak-banyak sekolah, sekolah adik la yang paling banyak pokok di sekeliling. Ni kalau pagi-pagi belajar dalam kelas rasa tenang je, hirup udara segar, senang ilmu nak masuk dalam otak.


Rutin mak-mak bila sekolah nak buka. Harini aku bersiap sedia depan pintu kedai buku. Ada beberapa parents yang dah tiba lebih awal. Ikut jadual bukak pukul 9.30am. Tapi biasanya, kalau berjanji 9.30 bukaknya belum tentu 9.30 kan haha. Kena faham la paling koman pun kena tunggu setengah jam lagi. Mujurlah, dia sampai 10 minit lepas tu.



Kami yang duduk depan pagar pengawal sekolah terus berjalan kaki ke kedai buku. Kena beratur cepat bila parents dah ramai ni. Tunjuk je senarai buku tingkatan 1 yang wajib dibeli dan bayar. Walaupun sekolah dibuka pada 21 Mac, tapi adik masih perlu belajar secara pdpr di rumah sehingga 3 April.


Bila beratur feeling dia macam anak nak masuk darjah satu walhal dah tingkatan 1! Sekolah kakak lebih praktikal. Ibubapa hanya dibenarkan beli buku dengan cara drive-through. Sebut tingkatan berapa dan terus orang bookshop tu hulur beg plastik berisi buku dan ibubapa hulur duit je dari dalam kereta.





So setel sudah buku-buku adik. Tak banyak benda nak dibeli buat masa ni sebab kakak dan adik kena pdpr dulu. Start posa barulah diaorang boleh jejakkan kaki di sekolah baru, jumpa guru kelas baru dan belajar bersama kawan-kawan baru. 


Ya...harap-harap begitulah perancangannya. Kalau boleh janganlah pdpr lagi tahun ni. Budak-budak dah 'lemau' belajar dengan cara ni. Since kebanyakan pelajar sekolah menengah pun ramai yang dah vaksin, aku takda kebimbangan kalau anak-anak pergi sekolah. Yang penting jaga SOP. 


Moga diaorang ada peluang untuk belajar secara normal, dalam kelas macam dulu.

Monday, March 21, 2022

Monday, March 21, 2022

Gara-gara terlepas tarikh vaksin!

 

Assalamualaikum! Perkataan vaksin memang dah normal kita dengar dari fasa pandemik, epidemik dan sekarang nak masuk fasa endemik. Zaman banyak penyakit, banyak virus memang ada risiko yang kita tak boleh nak elak. Nak tak nak kena ikhtiar dengan cara vaksinasi. 


Ada yang rekomen amalkan pemakanan sunnah, pemakanan sihat, makan suplimen, makan buah, makan sayur, minum madu. Itu semua memang perlu tapi kena konsisten. Bukan dah sakit baru terhegeh-hegeh nak makan. Berapa kerat sangat yang konsisten ye dak. Tambah sekarang nak beli tu semua guna duit. Orang baru nak 'hidup' lepas 3 kali PKP dengan harga barang melambung lagi ... memang tak terkejar nak suap ke mulut.


Tapi apapun caranya, terpulang kepada tuan punya badan. Nak vaksin ke, tak nak vaksin, takut vaksin ke takda sapa boleh paksa. Badan sendiri kan. 



Bukan manusia je kena lengkap vaksin la ni. Haiwan peliharaan pun kena lengkap vaksin jugak! Tiga kali cucuk baru dikira lengkap. Bezanya, vaksin kita PERCUMA, vaksin mereka BERBAYAR! Tapi demi kesihatan kucing, kena la bawa pegi cucuk jugak.


Sapa kena gi cucuk vaksin? Batch terakhir, Dino dan Mochi. Dua ekor ni masih baby masa aku amik. Sorang 'budak pasar', sorang lagi 'budak bumbung'. Patutnya mereka dah lengkap vaksin awal bulan Januari, tapi aku terlepas tarikh dos ketiga, maka dos pertama dan dos kedua automatik terbatal. Tak pasal-pasal kena ulang balik jadual vaksinasi mereka! Bukan salah mereka, tapi salah aku le haha. Mereka salah pun mereka tak perlu bayar hahaha.




So, bulan 1 start balik dos pertama. Bulan Februari dos kedua dan Mac dos ketiga. Satu kali dos RM40, kena tiga kali sila kira sendiri. Itu belum kira lagi yang 2 dos yang terbatal tu hahaha. So jangan gatal-gatal terlepas tarikh vaksin mereka ye.


Biasanya, kalau aku amik stray cat bawa balik rumah, dalam minggu tu jugak aku akan bawa mereka pergi vet untuk vaksin dos pertama dan ubat cacing. Dua tu penting. Alhamdulillah setel bab vaksin. Tahun depan pulak kita jumpa vet untuk vaksin secara tahunan. Repot kesihatan mereka pun bagus. Berat naik, aktif, selera makan baik dan tiada masalah penyakit serius. 


Mochi

Dino a.k.a Prince


Lega bab vaksin. Next, nak setelkan bab mandul mereka pulak. Kakak-kakak dan abg Putam semua dah selamat mandul. 


Tengok la yang bongsu (Dino) tu pun. Mentang-mentang dah lengkap vaksin, bukan main terkangkang dia duduk! Dia lupa agaknya yang dibawah tu kena potong separuh nanti wakakakaka! Jahatnye mama .... :p



Sunday, March 20, 2022

Sunday, March 20, 2022

Hadiah Sempena Anniversary Ke-16

Assalamualaikum! Bulan Mac bulan terpenting dalam hidup kami dan anak-anak. Hari istimewa biasanya makan-makan kat luar. Tapi tahun ini, tiada sambutan seumpamanya. Kita hanya mampu merancang tapi Allah menentukan. Hanya kerana dua calit itu kelihatan, semua yang dirancang terpaksa ditangguhkan.


Petang tu suami call cakap tekak dia dah start perit dan terasa lenguh2. Petang tu jugak dia pergi cari Covid test kit. Keluar masuk dari satu pasaraya ke satu pasaraya. Dapat pun..disambar 3 kotak!


Sekali dia hantar gambar....tediaaaaa! Terang jelas lagi nyata. Simptom yang tadi semakin terasa. Balik umah duduk dulu asing dalam balik. Esok pagi sebelum mandi dan gosok gigi dia test lagi.


Keputusan sekali lagi....sah itu Covid-19! Simptom dah ada, keputusan positif. Perkara yang sama berulang kembali. Bulan lepas macam ni jugak kejadiannya. Time nak balik kampung, time nak bercuti time tu lah kami kena kuarantin. Bulan lepas kami kena kuarantin sebab kontak rapat (masa tu kontak rapat kena kuarantin jugak)


Tapi kali ni suami disahkan positif. Maka dia kena kuarantin di rumah. Namun, aku dan anak-anak negatif dan hanya kontak rapat. Bagusnya, start bulan Mac kontak rapat dah boleh keluar rumah selagi tiada simptom dan perlu buat ujian kendiri. Jadi kami boleh pergi ke kedai dan mendapatkan barang keperluan.


Mujurlah masa ni aku memang ambil cuti jadi tak ganggu kawan-kawan lain. Sedihnya tak dapat balik kampung jumpa mak. Padahal awal bulan tu, mak kena pergi jumpa doktor tapi disebabkan ini, terpaksa ditangguhkan.





Mak kata, takpela ... yang penting bagi suami aku sihat dulu. Allahuakbar ... sedih dengar tapi apakan daya bukan kita nampak virus tu kan. Redha dan hadapilah hari-hari kuarantin dengan tabah. Dah la kena masa tarikh anniversary kami yang ke-16. Dia di dalam bilik, aku di ruang tamu. Wish gitu-gitu je la dalam wassap hehe.


Alhamdulillah 7 hari kuarantin dilalui dengan penuh kesabaran. Syukur status Covid suami dari Cat-2 bertukar ke Cat-1. 


Simptom yang dialami suami agak mild tapi yang tak tahan tu, lenguh dan sakit sendi serta selsema dan batuk. Alhamdulillah lepas makan ubat ok dah sikit, cuma sekarang ni walaupun dah bebas Covid, dia mengadu sakit gigi pulak. Mungkin ini yang dinamakan post-Covid simptom.


Hmm..mungkin ada hikmah semua ini. Dua kali perancangan nak balik kampung tertunda kerana Covid. Tapi aku syukur suami buat ujian dulu bila terbit simptom sebelum balik kampung. Kalau tak tentu kami akan rasa bersalah dengan mak. 


Moga semua yang terkesan dengan virus ini diringankan kesakitan dan dipermudahkan segala urusan.



Friday, March 18, 2022

Friday, March 18, 2022

Bela kucing memang kena bagi sampai gemok ke?


Assalamualaikum! At least itulah yang aku fikir dulu. Bela kucing kena sampai gemok baru sihat. Kalau tak gemok something wrong. Rupanya aku salah!


Dulu zaman aku budak2 bela kucing, hanya pandai bagi makan, belai dan main bersama. Kalau sakit baru bawak pegi vet. Vaksin jauh sekali. Ubat cacing tak pernah amik tahu.


Dino - Makan hanya kibbles dan wetfood. 
Terpaling gemuk dalam keluarga hahaha!



Sekarang, vaksin kucing kena 3 kali untuk tahun pertama. Vaksin dia saje dah seratus lebih untuk 3 sesi. Belum citer pasal ubat kutu dan cacing. Belum citer pasal bayaran mandul. Tapi itu semua satu kewajipan untuk jaga kebajikan mereka. Kasih sayang dan ilmu kena seiring. 


Dalam 6 ekor ni, 4 ekor alhamdulillah berat naik cantik. Yang lagi 2 ekor, Mia dan Mochi maintain slim. Makan sama, vitamin semuanya sama. Putam dan Milla naik sikit. Tapi 'johan' dan 'naib johan' milik Dino dan Millie hahaha.


Millie - Pose tido kegemaran dia. 
Kalau hati senang, perut kenyang camnila dia lena hehe



Dua ketul ni senang naik badan. Tak taulah apa rahsia mereka. Dino tu tak padan dengan 'budak pasar' ... dia punya berat mendadak lebih lagi dari Mochi padahal aku ambil Mochi dulu. Kali terakhir timbang kat vet 4.6kg! Sikit lagi nak sama dengan beras 5kg hahaha.


Sekarang aku tak kejar 'gemok'. Cukup mereka lengkap vaksin tahunan, makan berselera, aktif dan selesa. Bila mereka aktif aku tahu mereka cukup sihat. Bila mereka sihat aku pun tenang.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.