Orang Negeri Sembilan paling bahagia di Malaysia
Assalamualaikum! Hari pertama anak-anak sekolah, sunyi rumah. Yang lagi 6 ekor ni tido lepas makan. Langsung kite bukak laptop baca berita apa hari ini. Tup tup keluar tajuk negeri 'bahagia' di Malaysia.
Tiga negeri tersebut ialah Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis. Woww hebat Negeri Sembilan negeri paling 'bahagia' di Malaysia. Sebagai orang yang ada darah Negeri Sembilan (darah aje la, kampungnye dah takda dah jadi milik orang lain) memang aku tak nafikan kebenaran itu. Hanya mampu mengenang zaman kanak-kanak dulu je. Tapi kampung Rembaulah yang paling happening dan meriah setiap kali nak raya.
Mana taknye, sepupu sepapat, mak sedara pak sedara berkumpul di rumah arwah atuk seminggu sebelum raya lagi. Bukak puasa dan sahur ramai-ramai. Hari mantai semua pakat nolong masak. Yang kami budak-budak kejenye main aje haha. Malam pakat main mercun bunga api di halaman. Pagi bangun bukak tingkap dah nampak pokok bunga hirup udara segar. Walaupun situ takda kedai runcit tapi makanan tak pernah tak cukup.
Walaupun bahagia tu aku cuma dapat rasa masa aku budak-budak je, tapi jadi kenangan sampai sekarang. Tapi tahun lepas aku bawak mak pergi jalan-jalan di Rembau tak banyak yang berubah. Aku pernah cakap dengan kawan yang pernah duduk dan bekerja di Kuala Pilah. Semak tepi jalan tu dari 5 tahun lepas tak berubah sehingga ke sekarang. Ade je dia kat situ. Dan dia mengiyakan. Dari Kendong nak ke Rembau tu susah nak cari rumah taman baru. Sebab kebanyakan tanah di situ tanah pusaka milik keluarga.
Mengulas lanjut, Razali berkata terdapat enam indikator utama, dinilai di bawah dimensi komuniti sejahtera berkaitan prasarana bagi mencapai indeks Bandar Bahagia, iaitu peratusan liputan kediaman dalam lingkungan 400 meter dari kemudahan masyarakat, kadar liputan jalur lebar, pengurangan gangguan bekalan elektrik, pengurangan kes gangguan bekalan air, bilangan terminal dan stesen pengangkutan awam, serta peratusan kediaman mendapat perkhidmatan pembetungan -sumber hmetro