Breaking

Thursday, April 07, 2022

Thursday, April 07, 2022

Bubur lambuk kg baru juga yang dicari!

 

Assalamualaikum! Tahun ni bazar Ramadan meriah sekali. Walaupun semua tahu harga barang mentah naik sebelum posa lagi, tapi tetap jugak aku tengok ramai orang beli makanan di bazar Ramadan. Tadi aku singgah kejap masuk dalam bazar, nak cari satu makanan ni yang lama aku idam tiap kali tiba bulan posa.


Sambil-sambil tu kita jalan la tengok makanan lain yang orang jual. Tahun ni luar biasa makanan dalam bazar. Buat pertama kalinya aku tengok orang jual oyster! Yes, oyster yang makan ngan perahan lemon dan sos pencicah. Tiga ekor lima belas ringgit! 




Aku teruskan pencarian dan akhirnya ketemu jua! Bubur lambuk kg baru jugak yang aku nak untuk bukak posa. Sebungkus empat ringgit, masih mengekalkan harga seperti tahun lepas. Aku harap harga ni kekal sampai akhir Ramadan huhu.


Makanan lain aku tak berapa sangat tapi kalau bubur lambuk kg baru aku tuju ke situ dulu. Sebab setahun sekali je dapat merasa bubur lambuk ni. Dapat beli sebungkus buat berbuka di opis pun dah kenyang sepanjang malam.





Syukur alhamdulillah bubur lambuk kg baru masih mengekalkan signature bubur daging dia yang sedap. Rasa rempah yang cukup dan daging lembut ditambah dengan kacang (kacang apa aku tak tahu tapi kaler coklat dan bulat) memang powerrr!

Tuesday, April 05, 2022

Tuesday, April 05, 2022

Hari pertama sekolah

 

Assalamualaikum! Setelah dua minggu mereka pdpr, akhirnya pada tarikh 4hb April mereka mula masuk sekolah secara bersemuka. Orang lain dah habis update gambar anak-anak hari pertama persekolahan. Ada yang kongsi gambar bekal anak-anak (sebelum posa aritu), ada yang kongsi gambar anak balik dari sekolah.


Aku baru nak kongsi gambar hari pertama kakak dan adik pergi sekolah. Tapi sayang, mama tak dapat ikut hantar kakak dan adik ke sekolah pada hari pertama. Disebabkan oleh SOP yang tidak membenarkan ibubapa stay kat sekolah anak. 


Adik tanya juga, mama tak boleh masuk sekolah adik ke? Aik ... nak kena hantar sampai ke kelas ke? Dia tersengih aje macam kerang busuk hehe. Nak mama hantar la tu. Feeling macam masuk darjah satu gamaknye hehe.




Adik dah sama tinggi ngan kakak. Panjang dah anak-anak mama. Dua-dua bersemangat hari pertama sekolah. Ye la, dah berapa lama mereka tunggu saat ini. Terutama kakak, dua tahun dia tak dapat aktif di sekolah disebabkan Covid-19. Memang hari inilah yang ditunggu-tunggu. Sebab tu semangatnya berkobar-kobar lain macam.


Untuk adik pulak, pastinya bersemangat nak jejakkan kaki pertama kali di sekolah menengah. Bab kawan mama tak risau sebab adik kenal kebanyakan kawan-kawan dia. Ada juga yang dari sekolah rendah dan sekolah agama yang sama. 


Selamat bersekolah anak-anakku. Rajin-rajinlah belajar. Gunakanlah peluang ini sebaik mungkin untuk menimba ilmu di sekolah. Harapnya biarlah mereka dapat peluang pergi sekolah dan aktif semula kan.

Monday, April 04, 2022

Monday, April 04, 2022

Orang Negeri Sembilan paling bahagia di Malaysia

 


Assalamualaikum! Hari pertama anak-anak sekolah, sunyi rumah. Yang lagi 6 ekor ni tido lepas makan. Langsung kite bukak laptop baca berita apa hari ini. Tup tup keluar tajuk negeri 'bahagia' di Malaysia. 


Tiga negeri tersebut ialah Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis. Woww hebat Negeri Sembilan negeri paling 'bahagia' di Malaysia. Sebagai orang yang ada darah Negeri Sembilan (darah aje la, kampungnye dah takda dah jadi milik orang lain) memang aku tak nafikan kebenaran itu. Hanya mampu mengenang zaman kanak-kanak dulu je. Tapi kampung Rembaulah yang paling happening dan meriah setiap kali nak raya.


Mana taknye, sepupu sepapat, mak sedara pak sedara berkumpul di rumah arwah atuk seminggu sebelum raya lagi. Bukak puasa dan sahur ramai-ramai. Hari mantai semua pakat nolong masak. Yang kami budak-budak kejenye main aje haha. Malam pakat main mercun bunga api di halaman. Pagi bangun bukak tingkap dah nampak pokok bunga hirup udara segar. Walaupun situ takda kedai runcit tapi makanan tak pernah tak cukup. 


Walaupun bahagia tu aku cuma dapat rasa masa aku budak-budak je, tapi jadi kenangan sampai sekarang. Tapi tahun lepas aku bawak mak pergi jalan-jalan di Rembau tak banyak yang berubah. Aku pernah cakap dengan kawan yang pernah duduk dan bekerja di Kuala Pilah. Semak tepi jalan tu dari 5 tahun lepas tak berubah sehingga ke sekarang. Ade je dia kat situ. Dan dia mengiyakan. Dari Kendong nak ke Rembau tu susah nak cari rumah taman baru. Sebab kebanyakan tanah di situ tanah pusaka milik keluarga.




Orang Melaka mesti bangga ni! Aku pun orang Melaka juga belah arwah abah haha. Ah semua ko nak claim ko punya ye Nim. Dah memang betul arwah abah orang Melaka. Kampung aku pun di Melaka. Jadi tak salah la kan claim sikit-sikit hehe.


Walaupun Melaka berstatus bandar dan banyak tempat menarik jadi tarikan pelancong, tapi suasana kampung masih terasa di sana. Bahagia? Ya aku setuju. Bahagia bila shopping harga barang masih berpatutan. Kadang-kadang aku tahan tak beli barang kat KL sebab nak tunggu balik Melaka beli di sana. 


Dari segi kemudahan banyak yang dah berubah. Tengok aje Duyong sekarang, kawasan yang dulunya semak, dah jadi bangunan. Dah ada banyak pasaraya serbanika dan farmasi. Restoran pilih aje yang mana berkenan. Tak susah nak cari barang la orang kata. Rumah taman pun banyak dah ada kat kawasan tu.


Kalau korang tanya lepas pencen nak pindah mana, sure aku akan pilih untuk balik Melaka. Rumah kampung tapi dekat dengan pekan dan bandar besar.


Mengulas lanjut, Razali berkata terdapat enam indikator utama, dinilai di bawah dimensi komuniti sejahtera berkaitan prasarana bagi mencapai indeks Bandar Bahagia, iaitu peratusan liputan kediaman dalam lingkungan 400 meter dari kemudahan masyarakat, kadar liputan jalur lebar, pengurangan gangguan bekalan elektrik, pengurangan kes gangguan bekalan air, bilangan terminal dan stesen pengangkutan awam, serta peratusan kediaman mendapat perkhidmatan pembetungan -sumber hmetro


Perlis aku pernah datang sekali je dulu. Tapi satu yang aku ingat sampai sekarang ialah harga makanan kat sana. Sapa duduk sana memang bahagia! Makan muroh! :D

Sunday, April 03, 2022

Sunday, April 03, 2022

Malam Ramadan

 

Assalamualaikum! Ramadan tiba ramadan tiba ...marhaban ya ramadan marhaban ya ramadan. Alhamdulillah syukur kembali bertemu Ramadan yang mulia penuh barokah. Syukur tahun ini ramadan diraikan dengan banyak nikmat yang sebelum ini disekat akibat Covid-19.


Malam ramadan pertama, ramai yang meraikan bersama keluarga. Bersolat tarawih di masjid dan dapat bersahur dan berpuasa di kampung halaman. Tapi malam pertama Ramadan aku bertugas di konti pejabat. 



Walaupun aku memang nak sangat balik kampung meraikan Ramadan pertama bersama mak dan menziarahi pusara arwah abah tapi kali ini aku tak dapat berbuat demikian, sebab anak-anak akan mula bersekolah pada hari kedua berpuasa.


Bersahur di konti dah jadi kebiasaan buat orang yang bekerja syif. Mujurlah anak-anak pun dah besar dan memahami ibunya yang bertugas tak tentu masa. 


Salam Ramadan al mubarak pada semua umat Islam dan selamat menunaikan ibadah puasa, moga doa dan ibadah kita diterima dan diangkat Allah swt...aamiin.

Thursday, March 31, 2022

Thursday, March 31, 2022

Perlu ke terima suntikan Tetanus?

 


Assalamualaikum! Vaksin ape pulak dah ni. Tak habis-habis cucuk sana cucuk sini. Hari tu cucuk vaksin untuk Covid-19. Yang ni cucuk vaksin untuk Tetanus pulak. 


Tetanus ni apa pulak? Haa ibubapa kena ambil tahu juga pasal Tetanus ni ye. Nanti anak-anak tanya kenapa kita kena ambik vaksin Tetanus ni? Takde la tergagap-gagap nak jawab.


Apa Itu Tetanus?

Sejenis penyakit kancing gigi yang melibatkan sistem saraf yang boleh menyebabkan kekejangan otot. Boleh bayangkan tak macam ketap gigi tu. Punca daripada jangkitan kuman Clostridium Tetani yang terdapat dalam tanah, habuk dan baja. 


Antara gejala penyakit kancing gigi :
  1. kekejangan pada otot rahang (ketap gigi)
  2. kekejangan pada otot lain seperti otot pernafasan, leher, paha dan lain2
  3. kesakitan akibat kekejangan
  4. sukar untuk menelan
  5. sawan perubahan pada tekanan darah


Biasanya orang kaitkan penyakit kancing gigi dengan terkena karat besi. Tapi bukan karat tu penyebabnya tapi kuman Clostridium Tetani yang terdapat pada karat besi yang terdedah. Adapun, ia juga tersebar melalui titisan daripada batuk atau bersin.




Suntikan Tetanus termasuk dalam jadual imunisasi kebangsaan. Jadi pelajar tingkatan tiga perlu dapatkan suntikan ini di klinik kesihatan atau klinik desa yang ditetapkan. Lepas tu surat pengesahan yang diberi oleh klinik perlu dibawa ke sekolah untuk diberi pada guru nanti.


Macam biasa, aku temankan kakak hari tu. Urusan berjalan dengan lancar dan cepat alhamdulillah.


sumber : doctoroncall


               


Vaksin Tetanus

Seperti vaksin-vaksin lain, vaksin Tetanus bukanlah fungsinya mencegah terus dari penyakit kancing gigi. Tapi, vaksin ini berfungsi membina imuniti untuk melawan kuman Clostridium tetani. Kalau terkena kancing gigi, komplikasinya tidak seteruk berbanding yang tidak divaksin.


Terdapat 4 jenis vaksin yang boleh berfungsi untuk melindungi anda daripada penyakit tetanus atau kancing gigi.


Jenis Vaksin
Penyakit Yang Disasarkan
Golongan Yang Menerima Suntikan
DTaP
Difteria, Tetanus, Pertussis (Batuk Kokol)
Bayi seawal 6 minggu sehingga kanak-kanak
berusia 6 tahun
DT
Difteria, Tetanus, Pertussis (Batuk Kokol)
Bayi seawal 6 minggu sehingga kanak-kanak
berusia 6 tahun yang tidak boleh menerima vaksin pertussis
Tdap
​Difteria, Tetanus dan Pertussis
- Golongan remaja (11-12 tahun)

- Golongan dewasa

-Ibu mengandung

Td
​Difteria dan Tetanus
Golongan kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas dan orang dewasa
sumber : doctoroncall


Wednesday, March 30, 2022

Wednesday, March 30, 2022

Birthday Surprise Di Chicken Royale!

 

Assalamualaikum! Berbulan sudah aku plan nak sambut hari lahir kakak dan adik, tapi kali ni buat dengan penuh kejutan yang tak dijangka. Tapi aku kena rancang dengan teliti dan tersusun. Even ayahnya pun tak tahu tentang plan nak surprisekan kakak dan adik. Dua hari sebelum birthday baru aku bagitau ayahnya tentang plan birthday surprise ini.


Tahun ini, aku mau sesuatu yang berbeza. Sambutan yang lain dari sebelumnya. Tapi disebabkan aku tak pernah buat surprise macam ni, maka aku kena susun rancangan dan sediakan bajet yang sesuai supaya semuanya berjalan lancar.




Tengoklah diaorang. Besar panjang dah anak-anak aku. Bukannya ramai cuma dua orang je. Yang di syurga menanti ada lagi tiga orang. Alhamdulillah untuk segala nikmat dan ujian. Mereka berdua dah meningkat remaja. Masing-masing dah bersekolah menengah. Tahun ini pun adik dah tingkatan satu.


Dua tahun kebelakangan ini, mereka juga diuji. Diuji dengan tak dapat pergi sekolah, berkurung di rumah dan kebebasan terbatas. Aku susah hati setiap kali mereka mintak nak keluar pergi jalan-jalan dalam mall. Tapi aku faham sangat perasaan mereka yang perlukan kebebasan dan keseronokan berjalan-jalan. 


Lalu, aku niat nak gembirakan anak-anak sekurang-kurangnya pada sambutan hari lahir mereka dengan harapan malam itu menjadi kenangan indah yang akan dikenang mereka sampai bila-bila.





Malam 23 Mac, aku dan ayahnya bawa mereka ke Restoran Chicken Royale cawangan Cheras. Since cawangan Ampang tak boleh dine-in, maka Cheras adalah yang terdekat dengan kami. Kami bertolak pukul 8 malam dan sampai setengah jam kemudian. Masa ni pun orang tak berapa ramai lagi. Jadi senang nak dapat tempat.


Selalunya, kami bawa kakak dan adik makan kfc atau dominos. Kali ni aku cakap ngan ayahnya, moh kita bawa anak-anak makan kat sini (Chicken Royale). Ada ayam, ada cheese. Dua benda yang mereka suka makan! haha.


Sebelum nak pergi, aku dah usha makanan apa nak diorder nanti. Memang makanan kat sini termasuk dalam menu yang anak-anak suka makan. 


Sebelum diselimuti cheese


Selepas diselimuti cheese


Set yang aku order ni set bersiong namanya. Cukup untuk makan 4-5 orang. Memang berbaloi dan kenyang sampai tersandar dibuatnya! Mana tak bersandar ... aku dan ayahnya yang kena perabih nasi. Kakak dan adik tak makan nasi, diet katanya hahahaha.


Alhamdulillah, mereka suka set bersiong ni. Sedap cheese tu makan ngan kentang, wedges dan nugget. Ingat nak order juga burger parameswara tapi krew situ cakap burger dah habis pulak. 


Yang syoknya tengok krew main lambung cheese kat meja kami. Video? mesti ada! 






Walaupun kami kena tunggu 40 minit untuk set bersiong ni (sebab ayam dah habis) tapi berbaloi. Licin setalam kami kerjakan sebab masing-masing pun memang tengah lapar hehe. 


Dah kenyang, kami duduk sebentar sambil refill air minuman. Sementara tu aku dan ayahnya pergi ke kereta bersiap sedia dengan gift bouquet dan kek. Eh nervous rasanya! malu pun ada...maklumla depan orang ramai tu huhu. Tapi itu semua aku tolak ke tepi, asalkan plan aku nak surprisekan mereka menjadi!


Video? eh mestilah ada!






Hahaha boleh nampak reaksi muka adik bila aku bawa masuk belon dan kek. Memang terkejut tercengang terbeliak tergamam suma ade lah! Mama ni buang tebiat ke ape ni ... barangkali itu yang adik fikir. Ye la...tak pernah aku buat birthday surprise macam ni sejak mereka kecil. Masing-masing dah remaja baru mama terhegeh-hegeh nak buat haahha.


Tapi syukur alhamdulillah plan aku menjadi! Yessss! Anak-anak memang terkejut dan tak sangka betul mama mereka ada plan macam ni dalam kepala haha. Ingatkan bawa pergi makan je. Pagi tu ayahnya dah bagi hadiah pun kat mereka. Tak sangka pulak, malamnya ada lagi surprise dari mama!



Happy birthday my precious pearls! 


Since tarikh hari lahir mereka sama, jadi kek dan gift bouquet kena kongsi la ye. Tapi hadiah mesti nak ada dua haha.




Gift bouquet dan kek ni aku tempah dalam fb. Puas survey tau, last-last dapat yang harga berpatutan. Combo ni cuma RM50 je tak termasuk caj penghantaran. Red velvet ni pun sedap, anak-anak suka sebab tak terlalu manis.





Untuk hadiah, aku hanya tanya mereka pilihan warna je. Tapi mereka memang tak sangka aku akan bagi hadiah jam tangan. Mereka sangka mama nak bagi beg tangan atau kasut :p. 


Yesss .... menjadi lagi surprise aku!



Alhamdulillah mereka suka sangat hadiah ni. Lega yang teramat aku rasa. Syukur ya Allah semua yang dirancang berjalan lancar dan dipermudahkan. Anak-anak mama happy malam tu. Mama pun happy!


Kakak dan adik selalu ingat, mama dan ayah tetap menyayangi kakak dan adik selama-lamanya. Moga kakak dan adik jadi anak-anak yang baik dan solehah dan sayang antara satu sama lain. Harap kakak dan adik suka dengan hadiah yang tak seberapa dari kami. Love you both!

Tuesday, March 29, 2022

Tuesday, March 29, 2022

Anugerah Cemerlang Terakhir Mira Di Sekolah Rendah

 

Assalamualaikum! Syukur alhamdulillah, Mira masih diberikan peluang untuk naik ke pentas menerima anugerah cemerlang untuk kali terakhir sebelum pergi meninggalkan sekolah rendah. 


Ibu sebenarnya sedikit sedih kerana dua tahun terakhir Mira tak dapat aktif dalam apa-apa aktiviti dan program di sekolah. Banyak masa dihabiskan dengan pdpr. Hanya bergantung kepada pencapaian dalam ujian yang diadakan. Syukurlah Mira tunjukkan usaha yang terbaik dalam ujian.




Bila Mira bagitau yang dia akan terima anugerah di sekolah, kami rasa happy tapi sayang, ibubapa tak dibenarkan hadir kerana mematuhi SOP yang ditetapkan oleh sekolah.


Mujurlah guru kelas Mira berkongsi gambar naik ke pentas dalam grup wassap. Jadilah boleh buat sebagai kenang-kenangan. Walaupun dua tahun kebelakangan ini, banyak kekangan dan kesulitan akibat dari Covid-19, kami tetap bersyukur anak-anak mampu menghabiskan persekolahan Tahun 6 dengan penuh iltizam dan semangat.






Tahniah buat anak ibu. Moga Mira makin bersemangat bila naik Tingkatan 1 nanti dan teruskan kecemerlangan. Ibu doakan Mira berjaya dalam cita-cita dan kehidupan, tapi masih merendah diri dan sentiasa berusaha tanpa jemu....allahumma aamiiinn!


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.