Throwback Mengandung
Assalamualaikum! Haritu masuk Econsave bukak peti ais nak cari susu coklat Farm Fresh, sebab adik nak buat coklat ais untuk buka puasa. Sayangnya takda, tapi mata ni terlihat kelibat yogurt jenama Farm Fresh di situ.
Terus amik, belek-belek kemudian letak dalam bakul. Lama dah tak makan yogurt. Biasanya aku tak galakkan buka puasa makan benda-benda masam, berjeruk dan pedas. Tapi dalam hati cakap, minum air buah dulu, pastu baru makan yogurt. Takde la perut meragam 'terkejut'.
Yogurt Farm Fresh ni perisa stroberi. Harga jangan tanya sebab bukan aku yang bayar haha. Dah tu resit suami yang pegang. Entah kemana perginya. Berbuka asyik minum air manis je. Badan dah 'kembang' bertambah 'kembang' jadinya. So kita seimbangkan dengan yogurt.
Antara kebaikan yogurt ialah mengurangkan risiko diabetes, baik untuk kesihatan gigi dan tulang, mengurangkan rasa lapar, baik untuk sistem pencernaan, merawat masalah sembelit dan banyak lagi.
Yogurt sedap dimakan sejuk-sejuk. Kalau dimakan bila dah tak sejuk, kemasamannya akan lagi terasa. Tapi ok je kalau kita dah biasa makan yogurt. Sejuk ke tak sejuk ke, tetap stok makan.
Memang tebal dan penuh berkrim yogurt dia. Tapi aku tak nampak lagi mana storberinya masa ni. So suap je la. Memang pekat masam yogurt tapi sedap! Terasa macam makan yogurt asli. Dah sampai separuh baru nampak stoberi haha. Kacau rata dan makan semula, ahhh sedap!
Rasa manis stroberi yang just nice je. Tak manis yang keterlaluan. Masih mengekalkan rasa yogurt tu. Memang best ni buat makan moreh.
Assalamualaikum! Kebahagiaan orang yang kerja syif antaranya bila orang lain pergi kerja, kau cuti. Kau tak perlu bersesak dalam kesesakan jalan raya setiap hari untuk sampai ke opis sebelum pukul 8 pagi. Kau boleh manage masa untuk urusan peribadi dan lain-lain. Sedangkan orang kerja waktu normal perlu ambil cuti kalau ada urusan di luar. Tapi tu la, bila orang cuti kau kena kerja haha.
Aku bahagia dengan apa yang ada sekarang. Tak perlu masuk opis hari-hari (kecuali kena call-back). Tak perlu risau tentang kerja berlambak (walau aku suka banyak kerja) dan semestinya aku tak perlu korbankan cuti rehat untuk urusan luar.
Lagipun dah tua ni takda aku kisahkan sangat pasal cuti atau tak. Kalau zaman muda-muda bujang dulu bolehla nak 'meraung' tak dapat balik raya. Merayu-rayu kat penyelia minta nak balik cuti beraya walaupun kau tahu tahun tu kau mesti keje haha.
Tahun lepas juga aku berjaya simpan cuti rehat untuk GCR. Sayangnya hanya boleh simpan maksimum 17 hari sedangkan aku ada baki 18 hari lagi. So bawa ke tahun ini bertambah 'meriah' cuti rehat. In fact, sejak aku keje syif, aku tak ambil tahu langsung pasal cuti rehat sebab hanya guna cuti rest off dan clear off saja.
Semalam rezeki dapat makanan untuk berbuka puasa, nasi Arab. Hari ni pula dapat bubur lambuk Kg. Baru. Minggu lepas dapat sumbangan buah kurma dari kelab surau. Alhamdulillah .... nampak kecil tapi sangat bermakna buat geng-geng syif. Moga Allah murahkan rezeki dermawan yang bermurah hati di bulan Ramadan ini.
Selamat berbuka!
Assalamualaikum! Bulan lepas kami 'diuji' dengan Covid-19. Macam mana elak sekalipun, kalau Allah izinkan maka kena lah. Bulan ni kereta pulak buat hal. Kalau ikutkan usia dah lebih 10 tahun umur kereta tu. Tapi kami baru guna lebih kurang 5 tahun.
Macam-macam 'dia' bagi kat kami. Tersadai tepi jalan berapa kali. Tayar pancit la, bateri kong la. Tahun lepas lagi dashyat, bahagian enjin kereta terbakar di lot parking rumah. Masa tu aku kerja pagi. Suami dah start enjin, nampak api keluar dari bonet depan. Langsung suami off balik, tarik kunci bukak bonet dan cabut kabel bateri.
Aku yang baru turun tangga terpinga-pinga bila suami jerit mintak tuala basah. Ingatkan ape, rupanya bonet depan keluar api! Mujur jiran bawah tu cepat respon. Dia la yang bagi kami kain basah dan air sebaldi. Aku berulang alik pergi tadah air kat umah jiran.
Habis cair semua kabel yang getah dan plastik. Sikit lagi api nak menuju ke salur petrol. Aku sedih juga kalau kereta tu ditakdirkan meletop terbakar. Tapi lagi sedih kalau kereta jiran-jiran sebelah terbakar sekali. Ya Allah mintak dijauhkan macam tu! Dah la parking kawasan blok dekat-dekat plak tu.
Syukurlah takda yang serius, tiada kemalangan jiwa cuma memang bahagian enjin tu banyak kabel cair. Melengung aku pagi tu.
Berbulan lamanya kami 'patah kaki'. Mujurlah ada kawan baik hati pinjamkan kereta untuk bagi kami guna sementara nak tunggu kereta tu siap dibaiki. Dah la kakak dan adik sekolah setiap hari. Memang ujian betul masa tu.
So kalau nak dibandingkan situasi tahun lepas dengan yang berlaku baru-baru ni aku masih rasa bersyukur sangat. Sebab kali ni, bukan melibatkan kebakaran. Ramadan ke-6 kami balik kerja macam biasa lepas buka puasa di pejabat. Sikit lagi nak sampai rumah tetiba temperature kereta naik mendadak dan mengeluarkan bunyi amaran. Terus suami berhentikan kereta di tepi jalan.
Call syarikat insurans untuk arrange trak tunda. Hampir dua jam jugak kami tersadai di situ sebab orangnya asyik tak jumpa jalan. Akhirnya trak sampai dan kami minta tunda kereta sampai ke rumah. Pertama kali kami merasa naik trak tunda hahaha. Yang lebih sikit eksaitednye aku le. Anak-anak ngan ayahnya control tentang aje.
Syukur esoknya kereta dah boleh jalan balik lepas suami tukar something (serius aku lupa ape benda tu hahaha). Ni kelmarin, kereta tu meragam lagi. Start enjin tak hidup pulak. Mujur la tak tersadai tepi jalan. Langsung bawa ke bengkel, tengahmalam semalam baru siap.
Begitulah cabaran berkereta lama ni. Sikit-sikit dia 'sedut' duit kita hehe. Situ rosak, sana jem. Bulan lepas yang ni rosak, bulan ni yang tu rosak. Harap-harap dekat nak raya ni jangan la buat hal lagi ye.
Assalamualaikum! Dah lama sangat aku usha benda ni kat Shopee. Asyik dok lalu lalang je. Dari sebulan ke sebulan nak membeli tapi tak tak terbeli lagi. Padahal bukan mahal sangat pun, tak sampai lima belas ringgit.
Tapi kali ni aku mesti beli. Niat nak guna untuk bulan Ramadan. Dia punya malas nak tumbuk bawang tu taklehh dibawa bincang haha. Nak buat stok bawang pun aku malas. Lagipun bukan hari-hari family aku selera nak makan nasi. Ada hari diaorang langsung tak makan nasi. Hanya jamah roti dan kurma waktu sahur. So aku pun tak beria sangat nak sediakan stok bawang macam orang lain.
Assalamualaikum! Belum seminggu puasa dah ada hari yang terlajak sahur. Biasa la tu kan. Tambah kalau tukang kejut takda kat rumah kena keja malam. Memang yang di rumah pakat tak bangun sahur la. Tapi dalam kes ni tukang kejut yang terlajak sahur di tempat kerja hahaha. Naya pak karim!
Syukurlah anak-anak dah besar panjang ni, takda mengadu nak buka puasa bagai (setakat ni la). Diaorang ni sejenis yang tak makan nasi waktu sahur dan berbuka. Memang ikut perangai aku. Berbuka kena makan selain dari nasi. Macam kuey tiow goreng ke, mihun goreng ke, mihun sup ke. Pas tarawih baru boleh masuk nasi. Itu pun kalau lapar. Kalau kenyang memang sahur je la makan.
Yang lagi dua orang tu 'diet' tak makan nasi huhu. Jenuh aku explain kat diaorang, diet bukan dengan cara tak makan nasi tapi konsep makan separuh suku-suku. Nasi kena ada makan sehari sekali takpa dah. Nasi tu pulak kena segenggam je letak dalam pinggan. Lebihkan sayur, buah-buahan dan sumber protein (ikan, ayam dll). Malam pulak lepas pukul 7 tak makan dah, kalau lapar jugak boleh kunyah epal hijau atau minum susu. Kena jugak eksais keluarkan peluh baru badan terasa fit. Ni kalau berat turun tapi tak fit buat apa!
Tapi faham-faham je la....remaja kan. Tetap jugak dia tolak nasi. Lantakan di situ. Jangan bila dah sakit perut bagi alasan nak bukak puasa, memang 'cair' telinga tu aku bebelkan.
Assalamualaikum! Tahun ni bazar Ramadan meriah sekali. Walaupun semua tahu harga barang mentah naik sebelum posa lagi, tapi tetap jugak aku tengok ramai orang beli makanan di bazar Ramadan. Tadi aku singgah kejap masuk dalam bazar, nak cari satu makanan ni yang lama aku idam tiap kali tiba bulan posa.
Sambil-sambil tu kita jalan la tengok makanan lain yang orang jual. Tahun ni luar biasa makanan dalam bazar. Buat pertama kalinya aku tengok orang jual oyster! Yes, oyster yang makan ngan perahan lemon dan sos pencicah. Tiga ekor lima belas ringgit!