Throwback Mengandung - Pregnant Tapi Bleeding
Sebelum kejadian keguguran, petang semalamnya aku bersihkan diri macam biasa. Hairannya pad aku dari malam sehingga ke pagi ni kosong! Takda darah secoet pun. Rupa-rupanya itu tanda sayang ibu nak keluar dari rahim ibu hari ni. Tengaharinya, pergi tandas macam biasa nak buang air kecil, dan terasa seketul kecil keluar. Darah pun sikit je macam biasa. Sakit perut tidak, apepun tidak. Redha...terus call abg ajak gi Hospital Ampang nak confirmkan keguguran.
Daku tenung lama-lama janinku..terima kasih sayang ibu. Terima kasih kerana sayang keluar dengan mudah tanpa sakitkan ibu. Kakak-kakak mesti sedih balik sekolah kang, tapi ibu tahu Allah nak bagi lebih lepas ni insyaAllah.
Dalam lepas Zuhur kami sampai di hospital. Anak2 dicutikan harini sebab payah kang nak ulang alik amik dioarng di sekolah. Dah la sekolah di PJ nun. Kami naik Grab je. Sampai kat PAC, cerita kat nurse kejadian dirumah dan nurse suh amik tekanan darah. Kebetulan PAC dalam proses nak renovate, kami diarah naik tingkat 4 bilik EPAU untuk pemeriksaan lanjut. Sementara tu, sayang ibu yang ibu dah letak siap-siap dalam plastik kecil diserahkan pada nurse.
Kali ni dapat doktor wanita muda India, lembut je cakapnya elok je explanation dia. Kita pun jadi faham. Dia scan kat perut memula, tak nampak. Kita scan ikut bawah la ye puan. Tapi sebelum tu dia bawa keluar muncung itik tu lagiiiii haha. Nak tak nak serah diri je la. Dia masuk lembut dah, tapi senak tu memang takleh dibawa bincang ye. Pastu dia suh batuk. Batuk sampai rasa kat perut, agaknya dia nak tengok ada darah ketul-ketul keluar lagi ke tak.
Dah setel muncung itik, baru dia scan guna transducer untuk tengok dalam rahim. Aku mintak tengok sekali scan tu, so sambil dia scan dia explain dinding rahim dah menipis dan kosong. Takda apa tertinggal di dalam.
Alang-alang dia scan tu, aku tanya rahim aku macam mana? ada cyst ke, fibroid ke huhu. Dia gelak cakap takda, why would you think like that? dia tanya aku. Just in case doctor, benda kita tak nampak dari luar mana la tau kan. So mine is complete misscarriage tak perlu warded dan buat dnc. Dapat mc seminggu. Sebab keguguran (misscarriage)? doktor cakap might be genetic problem dan janin tak boleh berkembang (develop).
Alhamdulillah terima kasih sayang ibu kerana permudahkan urusan ibu. Sayang keluar cukup mudah tanpa sakiti ibu. Terima kasih kerana hadir dalam rahim ibu walau cuma untuk 9 minggu. Kami beri nama Muhammad sama seperti dua janinku sebelum ini. Tunggu ibu dan ayah di syurga ye sayang.
Dan petang itu hujan turun selebat-lebatnya seolah-olah mengiringi tangisan ibu dalam hati. Sampai kita jumpa lagi sayang...
13.02.2020
Khamis