Breaking

Sunday, May 15, 2022

Sunday, May 15, 2022

Open House VS Terjah Raya

 


Assalamualaikum! Setiap kali raya mesti ada isu yang dibangkitkan. Ada je yang tak kena di mata orang kita. Semua benda nak dicerita pada orang. Tambah kalau kita tak setuju dengan lain. Kali ni kecoh pasal rumah terbuka atau open house. Yang ni pun perlu dibahas ke??


Tahun ni semua dapat beraya di kampung halaman setelah dua tahun PKP. Kalau raya pertama orang datang ke rumah, dah tentu kebanyakan kita dah stenbai juadah raya untuk tetamu. Itu tak menjadi masalah. Tapi bila dah seminggu raya, orang nak datang rumah timbul pulak isu open house ni.


Bagi aku kan, open house pun boleh. Terjah raya pun boleh. Dua-dua pun tak jadi masalah sebenarnya. Yang bermasalah ialah kita. Kalau orang tu selesa dengan open house, biarlah dia dengan caranya. Kalau dia tak nak buat open house pun bukan kita yang kena tanggung makan minum dia. Adoiiii benda macam ni pun boleh jadi bahan debat kat media sosial.



Lagipun sekarang, orang bukan macam dulu main terjah raya umah orang. Kurang-kurang dia akan call kita dulu tanya ada kat umah ke idok. Masing-masing kan dah ada smartphone ... itulah gunanya. Takkan la kita nak tunggu jemputan dari orang yang buat open house aje. Nak pergi beraya silakan. Takyah tunggu orang jemput. Tanya dia ada kat umah ke tidak, pastu cakap nak datang beraya kalau boleh.


Orang jamu biskut raya saja pun jangan la ko kecam belakang. Apa dia hidang tu itulah rezeki kite. Ini tidak, sikit-sikit nak citer kat media sosial orang tu bagi kau makan mee goreng je. Allahuakbar ... ape teruk nau orang kita sekarang ni. Dah la tak bersyukur dengan mee goreng tu, kau pergi malukan pulak tuan rumah kat orang lain. Boleh kenyang ke perut tu??


Aku tak nampak isu ni jadi masalah pada kaum lain. Gi beraya umah orang ni niatnya untuk ziarah sedara mara yang dah lama kita tak jumpa. Bukan nak cara sangat pasal makanan. Syukurlah tuan rumah tu bagi makan mee goreng. Orang lain tu datang beraya ada tuan rumah langsung tak layan tau. Yang tu pun pesen tak empuk jugak tu. Tapi kalau dah terkena sekali, lenkali jangan datang dah. Sonang kan!


Dalam hidup ni, kita tak perlu sentiasa puaskan hati orang dan orang tak semestinya kena sentiasa berpuas hati dengan cara kita sebab kita semua tak sempurna. Faham?


Dah puasa 6 ke belum tuuuu? Kalau dah jom sambung beraya :D


Friday, May 13, 2022

Friday, May 13, 2022

Tanah Kubur Bukan Hak Milik Kita

 

Assalamualaikum! Baru-baru ni ada orang kongsikan di FB batu nisan di kubur ayahnya telah dialihkan ketepi bersama dengan batu nisan lain dan isu ini agak viral dan banyak yang berlainan pendapat tentangnya.



Satu benda yang kita kena faham sebagai orang yang duduk luar dari kampung halaman dan hanya balik ziarah sekali sekala. Apatah lagi muka kita jarang nak timbul di masjid kampung. Lagi teruk, waris tak bercampur dan tak kenal pun siapa ajk yang menguruskan tanah perkuburan. 



Benda yang paling kritis dan penting kita kena faham ialah, tanah kubur adalah tanah wakaf. Ianya bukan hak milik perseorangan mahupun kampung tersebut. Sampai masa bila diperlukan, ia akan ditambak untuk menempatkan jenazah lain. 




Sudah dua bulan aku tak ziarah kubur abah. Raya kali ni aku nak tengok dan bersihkan kubur abah. Sepupu cakap pihak pengurusan kubur dah sembur racun tapi tak sempat bersihkan rumput mati. Bila sampai situ, memang agak sedih gak la tengok keadaan kubur abah.


Atas kubur penuh dengan rumput kering. Tapi pokok puding tumbuh molek sampai melayut ke bahagian sebelah. 



Lagi satu kan, semoleknya di tanah wakaf tak perlulah bina kepok bertingkat sehingga 'makan' ruang kubur sebelah. Banyak dah ceramah ustad bagitau tentang binaan kubur ni. Jangankan kepok, siap ada yang bina bangku pulak! Ziarahnya bukan hari-hari pun. 


Al fatihah buat arwah abah. Sentiasa dalam doa dan ingatanku...

Thursday, May 12, 2022

Thursday, May 12, 2022

Biskut Raya 2022

 

Assalamualaikum! Tahun ni aku dapat cuti balik beraya, so niat nak buat biskut raya tu memang ada. Tahun lepas aku belanja lebih tiga ratus ringgit untuk biskut raya beli kat orang. Masa tu kan masih PKP dan tak boleh rentas negeri, jadi nak tak nak kena beli yang dah siap.


Dari tiga ratus ringgit tu, aku dapat tiga jenis kuih je. Kang takda kuih raya, tak berseri la meja di pagi lebaran huhu. Sebab tu, tahun ni aku nekad nak buat biskut sendiri.


Belanja beli bahan-bahan nak buat biskut tahun ni memang terasa kenaikan harganya. Tapi kalau nak dibandingkan dengan beli dah siap, lagi berbaloi buat sendiri. Butter je dah dekat dua ratus! Tapi aku buat biskut ni bukan untuk makan sendiri je, tapi untuk mak dan akak. 




Biskut Dahlia kesukaan kakak. So, biskut ni dah jadi wajib setiap kali nak raya. Walaupun tak sesedap orang lain buat, tapi anak kata sedap kira ok la kan hehe. 




Biskut Tutty Fruity tahun ni baru muncul dari senarai kuih raya. Lama dah tak buat biskut ni. Tapi biskut ni yang paling senang sebab main tekap-tekap je. Biskut ni ada buah-buahan campuran. 




Tahun ni anak-anak request biskut cornflake. Tapi aku cakap korang kena buat sendiri la sebab ibu dah sibuk dengan empat jenis. Nak buatnya pun senang, so belikan aje bahan-bahannya dan diaorang buat sendiri dua beradik. Kiranya, ni biskut raya pertama diaorang buat sendiri.





Biskut mama carrie ni wajib setiap kali raya. Tapi tahun ni, biskut mama carrie aku tak berapa menjadi la, terutama icingnya. Mujurlah kesedapannya masih terserlah walaupun rupanya tak semenggah haha.




Tart nenas tahun ni aku buat tart bunga. Lagi senang dari tart gulung! Ni pun akak aku yang request. Tart nenas memang kegemaran kami, tapi aku tak berapa suka yang gulung. Lagipun yang gulung tu leceh sikit, yang bunga ni main tekap je pastu tepek jem nenas di tengah. 


Alhamdulillah tercapai hajatku nak buat biskut raya sendiri tahun ni. Mak paling suka tart nenas tu. Sedap walaupun tak gebu macam orang lain punya hehe.


Wednesday, May 11, 2022

Wednesday, May 11, 2022

Syawal 2022 Bersama Bonda




Assalamualaikum! Syawal yang dinanti akhirnya kunjung tiba. Tahun ini lebih bermakna sebab dah boleh balik kampung dan berkumpul bersama ahli keluarga. Pastinya mana-mana orang tua pun akan menantikan detik ini setelah sekian lama untuk bersama raikan Syawal dengan anak menantu cucu.


Syukur alhamdulillah diizinkan kami beraya bersama mak tahun ini. Walaupun dah dua tahun pemergian abah, aku tak mahu mak rasa sedih dan sunyi di pagi Syawal. 


Seperti tahun-tahun sebelumnya, Syawal kami disambut sederhana. Pagi-pagi mak dah sibuk dengan ayam di reban. Lepas tu barulah masing-masing bersiap dengan pakaian baru.









Dan tak sah la kalau tak bergambar kan hehe. Kalau di KL, masing-masing malas nak turun ke bawah amik gambar. Ni kat kampung keluar je rumah dah boleh berootd kat pasu bunga uwan hehe. Sebelum orang datang beraya, moh le kite amik peluang bergambar sampai lebam! hehehe.


Tahun ni orang kata raya terkejut sebab pengumuman raya dibuat pada malam raya. Yang mana masih di bandar tu memang rushing la nak kemas beg balik kampung. Yang di kampung pula kalut cari barang nak masak rendang dan juadah raya lain. Biasanya, malam raya orang jual lemang tepi jalan tapi tahun ni malam raya penjual daging masih meniaga untuk pastikan orang dapat bekalan daging yang cukup nak masak.


Pendek kata rakyat Malaysia tahun ni kelam kabut buat persiapan saat akhir.


Kami pun kalut di dapur. Malam tu jugak aku gagahkan buat biskut raya sementara mak sibuk dengan rendang nasi impit dan sup tulang. Memang tak lelap mata malam tu huhu. Tahun ni jugak takda hari mantai seperti sebelumnya.





Rumah mak meriah dengan kedatangan sedara mara jauh dan dekat. Alhamdulillah silaturrahim terjalin erat meskipun masing-masing duduk jauh namun masih ingat pada mak.






Tapi mak paling happy sebab anak sulung dia balik bersama cucu-cucu raya kali ni. Alhamdulillah kami bertiga dapat balik beraya ngan mak. Happy je tengok mak. Moga mak dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik agar kami dapat beraya lagi ngan mak untuk tahun-tahun akan datang. Aamiinn Allahumma aamiinnn...


Tuesday, May 10, 2022

Tuesday, May 10, 2022

Bazar Ramadan Duyong

 

Assalamualaikum! Tahun ni aku dapat cuti raya yahoooo! So kena la amik peluang ni balik kampung seminggu awal untuk setelkan apa yang patut. Macam kat KL, di kampung pun aku rajin beli makanan di bazar ramadan.


Tapi tahun ni, bazaar ramadan di KL tak best sangat. Tak banyak pilihan dan tak ramai yang menjual. So bila balik kampung, aku nak merasa pulak suasana di sana. Seronoknya, dekat-dekat nak raya bazar ramadan di bandar akan jadi lengang dan tak ramai yang menjual. Berbeza di kampung, lagi dekat nak raya lagi best sebab peniaga bazar akan ambil peluang 'buat' duit meniaga di saat-saat akhir sebab orang bandar akan pulang ke kampung.







Ternyata memang meriah suasana bazar di kampung. Lepas asar, jalan masuk dah sesak dengan kenderaan dari dua arah. Tapi lagi sesak lagi orang suka kan haha. Walaupun bazar ni tak sepanjang di KL, tapi banyak la jugak pilihan makanan disana. 


Di sini jugak, suami amik peluang bayar zakat di meja yang dikhaskan. Walaupun boleh bayar online, tapi dia lebih 'old school' bab ni. Aku ok je janji bayar. Kalau tak sia-sia je puasa tak bayar zakat.





Monday, May 09, 2022

Monday, May 09, 2022

Lega Dino Dah Dimandulkan

 

Assalamualaikum! Perancangan nak bawak dia pergi vet sepatutnya 2 bulan lepas, tapi disebabkan kekangan masa tu, maka terpaksa ditangguhkan ke bulan lepas. Dalam masa 2 bulan tu la dia buat perangai!


Perangai ape? Dia kencing merata terutama kat sofa. Kadang dia kencing dalam skop sampah, kadang elok pulak dia kencing kat lubang dalam bilik air. Kalau datang nakal dia, dikencingnya kat longgokan baju dan alas kaki. Aduhaiiii si bongsu ni .... memang menjadi perangai dia.


Tapi sebab bongsu kan....sayang gak la hahaha. Kena kat ayah dia, terus kena jentik telinga haha. Kencing kat sofa pun mama ni masih boleh bertahan lagi. Paling teruk dia kena bebel je la. Tapi lama-lama mana leh tahan asyik basuh sarung sofa je haha. Takleh jadi ...kena 'sunat' budak ni!




Nekad dalam hati, duit gaji bulan ni aku mesti bawa bongsu pergi 'sunat'.  Kang dia kencing pulak kat sofa uwan lagi teruk haha. Mujurlah vet ni mudah berurusan dan harganya pun berpatutan (ok la).


Tarikh 25 April, Dino masuk vet dan aku amik pada 27 April. Saja aku lebihkan sehari dia di sana, sebab nak betul2 lukanya sembuh. Dia tu dah la aktif semacam, risau sangat kalau dia melompat sana sini, tersangkut pulak hahaha.








Lega bongsu dah dimandulkan. Sejak hari tu, dia tak kencing dah di sofa tapi aku masih berjaga-jaga gak. Beratnya sedikit turun tapi selera makan dia macam biasa. Luka di telurnya masih nampak kesan jahitan tapi dah sembuh .


Kejenya asyik tido je sekarang haha. Dia pun dah kurang agresif dengan 'kakak2'nya dan abg putam, tak macam dulu suka kokak dan terjah sampai 'menjerit' kawan tu haha.


So tinggal lagi sekor yang kena dimandulkan, iaitu Mochi. Tapi Mochi sekarang sedang bahagia melalui fasa menjadi ibu kepada 5 ekor anak haha. Nantilah ... aku citer bab Mochi pulak. 


Friday, May 06, 2022

Friday, May 06, 2022

Throwback Mengandung - Pregnant Tapi Bleeding

 

Sebelum ni kalau gugur, keluar darah ketul-ketul terus. Tapi kali ni hanya darah lendir yang keluar (setakat ni) dan perut pun hanya cramp sikit-sikit dan bukan sepanjang masa.


Mujurlah kami datang ke hospital dapatkan pandangan doktor dulu. Sebab tu bila ada bleeding je terus gi hospital. Buku pink takda pun takpa janji kita nak tahu apa yang menyebabkan pendarahan dan adakah janin kita ada peluang untuk survive atau tidak. Dari pemeriksaan ultrasound kantung masih dalam rahim maka sah aku bukan mengandung diluar rahim (ektopik) dan since aku tak mengalami kejang perut atau sakit perut yang teruk maka doktor takleh nak sahkan aku keguguran.


Hari ni masuk hari ke empat aku bleeding. Bleeding yang keluar setiap kali nak buang air kecil je. Di pad tiada, tapi bila buang air kecil dia akan keluar setomppk besar duit dua posen.


Pagi tadi bangun tido cek pad tiada darah yang melekat. Tapi bila nak buang air kecil tetiba keluar darah setompok dan segumpal something yang aku tak pasti apa dia. Nak kata tu janin atau kantung, tiada darah yang banyak keluar sebelum atau selepas itu. Tapi lepas mandi aku mula mengalami perut cramp tapi masih mild dan terkawal. Kejap cramp kejap tidak.




Redha...taknak fikir ape dah. Kalau ada rezeki ade la. Benda kita tak boleh paksa simpan walau betapa kita mahukan ia. Aku teruskan berehat macam biasa dan kurangkan bergerak. 


Hari ni masuk hari ketiga aku bleeding tapi darah di pad tidak sebanyak hari pertama dan kedua. Bleeding hanya bila nak kencing je. Perut pun dah tak cramp tak sakit. Tapi aku masih berehat je dan tak bergerak sangat. Kerja memasak, membasuh abg yang buat. Kemas mengemas anak-anak ada. Alhamdulillah diaorg sangat memahami aku yang tak boleh bergerak sangat ni.


Memandangkan doktor tak bagi apa2 ubat lepas checkup haritu, aku amik inisiatif beli sendiri asid folik di farmasi.


Sepanjang aku bleeding takda sakit perut atau cramp perut yang teruk macam senggugut. Darah berwarna merah hitam pun keluar hanya ketika buang air kecil dan adela besar duit dua posen tu. Berbeza sungguh dengan keadaan ketika aku keguguran kali ketiga dan keempat dulu. Time tu darah fresh campur ketul-ketul keluar lengkap dengan pakej senggugut teruk, demam, nak pitam dan lemah badan.


Sebelum kejadian keguguran, petang semalamnya aku bersihkan diri macam biasa. Hairannya pad aku dari malam sehingga ke pagi ni kosong! Takda darah secoet pun. Rupa-rupanya itu tanda sayang ibu nak keluar dari rahim ibu hari ni. Tengaharinya, pergi tandas macam biasa nak buang air kecil, dan terasa seketul kecil keluar. Darah pun sikit je macam biasa. Sakit perut tidak, apepun tidak. Redha...terus call abg ajak gi Hospital Ampang nak confirmkan keguguran.
 

Daku tenung lama-lama janinku..terima kasih sayang ibu. Terima kasih kerana sayang keluar dengan mudah tanpa sakitkan ibu. Kakak-kakak mesti sedih balik sekolah kang, tapi ibu tahu Allah nak bagi lebih lepas ni insyaAllah.


Dalam lepas Zuhur kami sampai di hospital. Anak2 dicutikan harini sebab payah kang nak ulang alik amik dioarng di sekolah. Dah la sekolah di PJ nun. Kami naik Grab je. Sampai kat PAC, cerita kat nurse kejadian dirumah dan nurse suh amik tekanan darah. Kebetulan PAC dalam proses nak renovate, kami diarah naik tingkat 4 bilik EPAU untuk pemeriksaan lanjut. Sementara tu, sayang ibu yang ibu dah letak siap-siap dalam plastik kecil diserahkan pada nurse.

 
Kali ni dapat doktor wanita muda India, lembut je cakapnya elok je explanation dia. Kita pun jadi faham. Dia scan kat perut memula, tak nampak. Kita scan ikut bawah la ye puan. Tapi sebelum tu dia bawa keluar muncung itik tu lagiiiii haha. Nak tak nak serah diri je la. Dia masuk lembut dah, tapi senak tu memang takleh dibawa bincang ye. Pastu dia suh batuk. Batuk sampai rasa kat perut, agaknya dia nak tengok ada darah ketul-ketul keluar lagi ke tak.



Dah setel muncung itik, baru dia scan guna transducer untuk tengok dalam rahim. Aku mintak tengok sekali scan tu, so sambil dia scan dia explain dinding rahim dah menipis dan kosong. Takda apa tertinggal di dalam.


Alang-alang dia scan tu, aku tanya rahim aku macam mana? ada cyst ke, fibroid ke huhu. Dia gelak cakap takda, why would you think like that? dia tanya aku. Just in case doctor, benda kita tak nampak dari luar mana la tau kan. So mine is complete misscarriage tak perlu warded dan buat dnc. Dapat mc seminggu. Sebab keguguran (misscarriage)? doktor cakap might be genetic problem dan janin tak boleh berkembang (develop)


Last prosedur, nurse kasi inject ubat kecutkan rahim. Sampai rumah dan dan aku rasa berpeluh nak pitam, nak muntah. Terus baring di katil dan bermula la episod berpantang sendiri.





Alhamdulillah terima kasih sayang ibu kerana permudahkan urusan ibu. Sayang keluar cukup mudah tanpa sakiti ibu. Terima kasih kerana hadir dalam rahim ibu walau cuma untuk 9 minggu. Kami beri nama Muhammad sama seperti dua janinku sebelum ini. Tunggu ibu dan ayah di syurga ye sayang. 
 

Dan petang itu hujan turun selebat-lebatnya seolah-olah mengiringi tangisan ibu dalam hati. Sampai kita jumpa lagi sayang...



13.02.2020
Khamis



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.