Breaking

Sunday, June 12, 2022

Sunday, June 12, 2022

Kerana Lambat Dimandulkan Nyawa Mochi Dalam Bahaya!

 

Assalamualaikum! Rancang nak mandulkan mochi selepas 2 bulan melahirkan anak. Tapi umur anak-anaknya tak panjang, hanya mampu hidup 2 minggu sahaja. Puting susunya pun dah tak membengkak dan badannya kurus. Umur mochi sekarang lebih kurang dalam 7-8 bulan.


Ya, mochi ni boleh dikira sebagai 'ibu' muda. Badannya kecil dan tak berapa nak berisi. Tapi dia on-heat awal dan akhirnya bunting. Disebabkan mochi dah takda anak untuk disusukan, aku buat keputusan untuk cepat-cepat hantar dia ke vet. Masa ni cukup sebulan mochi melahirkan anak. Tak perlu tunggu 2 bulan sebab bimbang dia boleh on-heat balik bila-bila masa. Masa tu dah tak boleh nak operate mandul, kena tunggu pulak dia habis menggatal.


6/5/2022



Terus set temujanji booking tarikh untuk mochi. Harga mandul kat vet kawasan rumah aku ni seratus lima puluh untuk betina. Yang jantan murah sikit seratus je. Pejam mata je la bayar janji kes mochi setel. Aku tak nak tangguh lama-lama nanti timbul pulak masalah lain.


Rupa-rupanya betul masalah lain datang haha. Sebelum hantar ke vet, mochi kena puasa 6 jam. Itu memang prosedur biasa setiap kali sebelum nak hantar kucing pergi vet untuk dimandulkan. Jangan la tak bagi makan langsung. Aku still bagi dia air dan sedikit kibble buat alas perut. Dia pun tak makan tak banyak.




Petang tu, vet call aku maklumkan mochi ada masalah dengan peranakannya. Mochi disahkan mengidap Pyometra! Satu penyakit yang biasa terjadi dikalangan kucing jika tidak dimandulkan.

Vet kata peranakannya dah membengkak dan akan beralih ke organ lain jika tidak dibuang cepat. Pyometra ni boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat! Tak fikir panjang dah, aku minta vet buat yang sepatutnya demi mochi. Tambah lagi seratus huhu.


10/7/2022


Alhamdulillah mochi selamat dibedah dan dimandulkan. Bekas jahitan dan benang pun dah tanggal dengan sendirinya. Masa bila dia tanggal entah. Lega hati rasanya bila semua kucingku dah dimandulkan dan vaksin. Pasni kita maintain vaksin tahunan dan jaga pemakanan diaorang. Moga anak-anak bulus mama membesar dan sihat bagai juara!

Friday, June 10, 2022

Friday, June 10, 2022

Umur Tak Panjang

 

Assalamualaikum! Dalam empat ekor betina, Mochi sekor je yang berjaya bunting sebelum sempat dimandulkan. Yang lain hanya sempat mengawan, lepas tu aku dah bawak cepat-cepat pergi vet. Kes mochi sebab kekangan kewangan masa tu. Faham-faham la nak mandulkan betina kosnya lebih tinggi dari yang jantan.


Kami terima kebuntingan mochi itu satu rezeki. Dua bulan dia memboyot bawak perut. Tiba masanya, dia melahirkan 5 ekor anak kucing yang sangat comel. Kami dapat 3 ekor oren, sekor calico dan sekor dusty white macam mochi.



Memandangkan ini kali pertama mochi bergelar ibu, kami bergilir juga pantau keadaan anak-anak kucing tu setiap hari. Mula-mula tu memang nampak mochi sangat mengambil berat tentang anak-anaknya. Pantang berbunyi dia akan berlari pergi mencari anak. Tapi seminggu lepas tu, mochi selsema dan berjangkit dengan anak-anaknya.


Aku berikan ubat dari vet tapi takda perubahan ketara sangat. Mochi dah jarang nak menyusukan anaknya dan kalau anaknya berbunyi tak diendahkannya. Aku belikan susu untuk kucing dan berikan pada anak-anaknya tapi tak jalan jugak. Akhirnya anak-anak mochi pun terkena selsema berjangkit dengan ibunya.


Setiap hari kakak akan bersihkan mata dan hidung anak-anak kucing ni. Nama pun kami belum bagi secara rasmi lagi. Bila kami angkat letak dalam sangkar dan kurung, mochi akan masuk dan keluarkan balik. Bila kurung dia sekali, habis sangkar tu digoncangnya. 




Hayat anak-anak kucing ni hanya setakat 2 minggu saja. Sedih kakak dan adik, sebab diaorang eksaited dapat anak kucing comel. Betul la kot kata orang, ibu kucing yang kali pertama melahirkan anak ni kadang-kadang tak pandai nak jaga anaknya. Apakan daya umur tak panjang dan mochi pun tak mencari anak-anaknya lepas tu. 


So dari 11 ekor turun balik jadi 6. InsyaAllah nak bawak mochi cepat-cepat pergi vet untuk dimandulkan. 

Thursday, June 09, 2022

Thursday, June 09, 2022

Cara Mendapatkan Kulit Lembap Berseri Dengan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream

 

Assalamualaikum! Nak mengekalkan kulit yang sihat dan berseri bukanlah sesuatu yang mudah bagi orang yang mempunyai kulit bermasalah seperti aku. Kulit kering sangat pun tak elok, berminyak sangat pun tak sihat. 


Kalau dulu, aku tak berapa cakna bab penjagaan kulit ni. Namun, bila dah semakin dewasa baru aku sedar betapa pentingnya kita jaga kulit seawal usia muda. Sebab tu, kita kena praktikkan lima langkah mudah penjagaan kulit. Buat yang asas je pun dah ok. 



Moisturizer atau krim pelembap muka merupakan salah satu tips untuk mendapatkan kulit wajah yang berseri dan sihat. Takda pelembap muka memang kering habis kulit dan pori-pori akan jadi lebih besar. Sentuh kulit pun jadi kasar dan kesat. Sangat tak best kan!


Di pasaran ada pelbagai jenis pelembap muka yang boleh kita gunakan mengikut kesesuaian jenis kulit. Seperti kelazimannya, aku akan pilih produk yang mengandungi free-chemical dan selamat digunakan dan pilihan aku adalah Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream yang telah terbukti Paraben-Free, Sulfate-Free dan Alcohol-Free.



Fungsi Krim Pelembap 


Bila kulit terdedah lama dibawah cahaya matahari, ia akan hilang kelembapan dan hidrasi menyebabkan kulit menjadi kering dan kasar. Fungsi Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ini mencerahkan dan melembapkan kulit wajah. Ianya jenis water drop based cream atau berasaskan air yang meresap cepat apabila disapu pada kulit. Selain itu, ia berfungsi untuk :


  • melembapkan dan menghidrat kulit
  • mengawal sebum dan minyak berlebihan pada kulit
  • membaiki kulit kemerahan dan kulit rosak kesan dari sunburn
  • mengurangkan pori pada wajah
  • memperbaiki dan mencerahkan tona kulit tidak sekata, merawat hiperpigmentasi



Bahan Utama Dalam Krim Pelembap

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni mengandungi dua bahan utama :

Camellia Japonica Seed Oil
  • Non-comedogenic, tidak menyumbat liang pori, tidak menyebabkan jerawat
  • Membaiki kekeringan & kulit rosak akibat sunburn
  • Memastikan kelembapan meresap ke dalam lapisan kulit dalam

Niacinamide
  • Memberikan tona kulit cerah, kawalan minyak, membersihkan dan menganjalkan kulit wajah
  • Memberi kesan pencerahan dan kelembapan
  • Mengurangkan liang pori wajah dan boleh mengawal kulit berminyak

Selain dua bahan utama, krim pelembap ini turut mengandungi 17 jenis ekstrak herba memberikan kombinasi padu untuk menjadikan kulit wajah lembut dan halus.





Sesuaikah Untuk Kulit Berminyak ?

Krim pelembap Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Teksturnya sangat ringan, tidak melekit dan cepat meresap ke dalam kulit. Biasanya aku akan sapu krim pelembap ni dua kali sehari dan sebelum pakai bedak.


Lagi satu kan, krim ni sangat selesa diguna bila-bila je samada ketika nak pergi kedai atau di pejabat. Ia tidak meninggalkan rengsa dan ketidakselesaan pada kulit. Rasa lembap dan lembut je bila selalu guna.




Cara nak gunanya pun mudah!
  1. Cuci muka sebersihnya
  2. Calit krim pelembap secukupnya pada muka dan leher
  3. Sapukan rata dan pedap sikit-sikit dengan jari. 
  4. Titisan air akan kelihatan dan ia mudah meresap ke dalam kulit



Setelah berminggu aku konsisten menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream, ternyata terdapat perubahan positif pada kulit wajah. Kulit pun dah kurang berminyak dan jerawat juga semakin berkurang. Terus aku syorkan pada anak-anak untuk guna kerana mereka sangat aktif di sekolah dan mudah terdedah kepada cuaca panas setiap hari. Dan mereka juga memberikan feedback yang positif!


So, kalau korang sedang mencari krim pelembap yang sesuai korang bolehlah mencuba Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. InsyaAllah tak menyesal!

 



Tuesday, June 07, 2022

Tuesday, June 07, 2022

Simbol-simbol Di Dashboard Kereta Yang Perlu Kita Tahu!


Assalamualaikum! Jarang aku nak kongsikan post dari FB kat blog tapi yang ni aku fikir sangat bermanfaat dan kita sama-sama boleh hafal segala signal yang ada terutama kat dashboard kereta kita kan. Kadang-kadang kalau signal yang jarang jumpa tu memang aku tak tahu apa maksudnya. So moh le kita menelaah maksud simbol-simbol di bawah ni.




 1. Lampu brek tangan

Jika lampu ini menyala, ia menunjukkan bahawa brek tangan pada kereta anda masih digunakan. Tetapi jika brek tangan dilepaskan dan lampu masih menyala, ia menunjukkan bahawa minyak brek kenderaan anda sudah kurang atau terdapat masalah mekanikal pada sistem brek ini.

2. Lampu check engine

Lampu ini menandakan sistem pada kereta ada masalah dalam bahagian enjin. Jika lampu ini menyala dan kenderaan tidak dapat dihidupkan, maka terdapat masalah pada sistem enjin kenderaan anda. Hubungi bengkel pengeluar kenderaan anda untuk proses baik pulih.

3. Lampu bateri

Apabila lampu ini menyala, ini bermakna bateri kenderaan anda telah kehabisan kuasa atau rosak. Gantikan segera dengan bateri yang baru.

4. Lampu ABS

Sistem brek ABS (Antilock Braking System) mempunyai peranti kompleks yang tugasnya adalah untuk mengelakkan roda daripada terkunci apabila membrek.

Jika simbol ini muncul apabila anda menekan brek, ini bermakna sistem ini sedang berfungsi mengawal tayar daripada terkunci semasa sedang membrek.

Tetapi jika lampu ini menyala apabila anda tidak membrek, ini bermakna terdapat masalah pada komponen ABS dan anda harus hantarkan kepada pakar untuk pemeriksaan atau pembaikian.

5. Lampu Traction Control System

Traction Control System (TCS) atau sistem kawalan cengkaman adalah sistem yang bertanggungjawab mengawal tayar anda daripada hilang cengkaman semasa memecut atau menekan minyak di permukaan kurang cengkaman.

Lampu dengan ikon kereta tergelincir ini akan menyala jika TCS dimatikan (secara manual), dan akan berkelip semasa sedang berfungsi.

6. Lampu amaran bahan bakar

Pada sesebuah kereta biasanya terdapat penunjuk jumlah bahan api. Penunjuk bahan api ini hadir dalam beberapa bentuk, antaranya ialah dalam bentuk meter, rajah atau jarum. Tetapi jika bahan api terlalu sedikit dalam kereta anda, lampu amaran ini akan menyala ataupun berkelip.

7. Lampu amaran tali pinggang keledar

Jika lampu amaran ini berkelip, maka ia menandakan bahawa tali pinggang keledar tidak dipakai oleh pemandu atau penumpang dalam kereta.

Biasanya pada sesetengah kereta, jika tali pinggang keledar tidak dipakai dalam masa yang lama, lampu amaran ini bukan sahaja bekelip, malah ia akan diikuti dengan bunyi amaran.

8. Lampu amaran suhu enjin

Jika lampu amaran ini warna biru, ia menandakan bahawa suhu enjin tidak cukup panas untuk memulakan operasi. Hendaklah anda memandu perlahan dahulu dan tidak melakukan pecutan mendadak.

Sekiranya lampu warna merah, ia bermakna bahawa tangki radiator dan enjin kereta anda terlalu panas. Jadi, sebaiknya anda perlu segera mematikan enjin kenderaan untuk biarkan ia sejuk atau lakukan pemeriksaan.

9. Lampu amaran aras minyak enjin

Lampu amaran ini bermaksud kuantiti minyak enjin. Sekiranya semasa memandu dan lampu merah pada simbol ini bernyala, ianya bermaksud enjin anda kekurangan minyak hitam/minyak enjin. Tambahkan minyak enjin yang baru sebelum meneruskan perjalanan anda.

10. Lampu amaran EPS (stereng kuasa elektrik)

Lampu amaran EPS (stereng kuasa elektrik) akan menyala jika kunci diputar ke posisi On dan sepatutnya terpadam selepas enjin dihidupkan.

Jika ia masih menyala, ia bermaksud sistem stereng kuasa elektrik mengalami masalah, yang mana petandanya ialah stereng terasa sangat berat untuk dipusingkan.

11. Lampu amaran beg udara SRS

Jika anda dapati lampu amaran SRS menyala, sila bawa kereta anda ke pusat servis pengeluar kenderaan anda yang terdekat kerana lampu amaran ini bermaksud beg udara kereta anda bermasalah.

Jangan ambil risiko kerana beg udara mungkin tidak berfungsi dengan sepenuhnya jika berlaku kemalangan atau lebih teruk lagi, meletup secara tiba-tiba. Bawa kereta anda untuk pemeriksaan secepat mungkin.

12. Lampu amaran pintu kereta

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan lampu amaran ini tidak menyala. Lampu amaran ini menandakan bahawa terdapat pintu kereta anda yang masih tidak ditutup dengan rapat.

13. Lampu ECO

ECO adalah singkatan kepada Ekonomi, jadi ini bermakna lampu ini menandakan bahawa pemandu sedang memandu dengan penggunaan bahan api yang lebih efisien.




Sumber : Kucing Gemok Channel

Wednesday, June 01, 2022

Wednesday, June 01, 2022

Kerana Ayam Itu Berharga

 


Assalamualaikum! Inilah realiti sebuah kehidupan di zaman sekarang. Tak pernah seumur hidup aku beli ayam kena booking dulu! Tadi pergi kedai Zam bukak tong tengok isi dalam kosong. Mulut segan nak tanya sebab tau dah isu ayam di Lembah Klang sekarang.


Tapi tauke kedai kata ayam ada, cuma satu kedai terhad dapat 20 ekor saja. So kena booking awal kalau nak ayam. Tanpa banyak songeh aku book 2 ekor terus! Dua ekor ayam bersamaan dengan tiga puluh sembilan ringgitttttt! Demi kuah roti jalan untuk jamuan raya di sekolah kakak, ku gagahkan jugak. 


sumber : fb DZAR


Bila dikenang balik geleng kepala dibuatnya. Apela nasib...nak beli ayam pun kena tempah dulu sekarang ni. Rasa macam hidup dalam zaman perang. Barang keperluan macam biskut chipsmore, kejap ada kejap hilang. Bila ada balik, harga dah naik. Pandai betul diaorang kawal kita dari atas sana ye. 


Harga ayam pun dah tak terkawal sekarang. Kalau peniaga pun terpaksa jual mahal, pembeli takda pilihan lain. Bila kuantiti disekat, maka harga akan melambung. Kalau tak lambung harga mana peniaga nak untung? 





Nampak gaya kena bela ayam ikut saranan menteri. Tapi boleh pakai ke idea tu? hahaha gelak kan aje le. Janji kita masih aman .... kannnn :p


Friday, May 20, 2022

Friday, May 20, 2022

Dapat Cucu Baru

 

Assalamualaikum! Dah nak sampai masa dah Mochi ni beranak. Lebih kurang dua bulan jugak dia membawak perut boyotnye kesana sini. Memang perancangan asalnya aku nak bawak Mochi pergi vet untuk dimandulkan. Tapi disebabkan ada kekangan kewangan masa tu, duit nak pakai untuk repair kereta maka terpaksa tangguhkan niat tu.


Tak sangka pulak dalam diam, dia buat projek dengan jantan lain. Yang pastinya bukan jantan dalam umah haha tapi jantan oyen yang selalu naik umah nak makan. Mochi pulak kebetulan memang tengah on heat, dia punya gatal merenyam nak mengawan tu tak dapat dibendung lagi huhu.




Nak mengawan dengan abg Putam dan Dino, keduanya dah kena 'sunat'. Memang rezeki oyen la ni hahahaha. Malam nak beranak tu, mochi dah start mengiau nak cari port. Kadang-kadang mulutnya ternganga macam anjing, menahan kontraksi barangkali. Perut dia tu aku usap lembut dan perlahan untuk menenangkan dia. Sikit-sikit keluar darah dari bontot dia. Dah cakap dah dengan mochi jangan banyak-banyak ye mochi. Beranak 2 ekor sudah. Sekali dia keluar 5 ekor!


Proses kelahiran berjalan lancar alhamdulillah. Tanggal 6/5/2022, lahirlah 5 ekor. Bermula pukul 10.30pm setiap setengah jam. 



Dengan ini, secara rasminya kami dah bertambah ahli keluarga sebanyak 11 ekor kesemuanya hahaha. Poning den! Tapi inilah rezeki. Mochi dah jadi mama dan mama dah jadi tokmama. Ayah pulak jadi tokayah hahahaha. Nak jugak jadi tok! :p



Thursday, May 19, 2022

Thursday, May 19, 2022

Perjuangan Orang Lama Untuk Generasi Baru

 

Assalamualaikum! Hari ni genap sudah lima tahun kenangan bergelar 'mahasiswa' di metmalaysia. Masa mula-mula dapat tahu yang gred 17 kena buat assignment dan presentation sebelum dinaikkan gred ke 29, ramai yang tak suka dan ada yang protes takmo buat!


Yang ramai protes ni pun sebab 'tak larat' nak baca dan taip jawapan panjang-panjang dalam bentuk folio. Dah tu kena buat penyampaian depan pegawai pulak. Dah la ramai yang dah nak bersara setahun dua lagi, tapi tetap juga diwajibkan buat.


Kami yang lain-lain ni takda pilihan jugak, kena buat assignment dan presentation. Kalau tak buat, gred tak naik dan duduklah kau di gred 17 sampai pencen hehe. 




Berbulan juga nak menyiapkan assignment ni. Ada 2 jenis, individu dan berkumpulan. Yang geng veteran memang 'lenguh' nak hadap tapi nak tak nak kena buat jugak.


Otak berkarat silalah buka buku balik dan baca haha. Dengan keje hakiki lagi, memang satu tempoh yang mencabar. Aku tak dapat bayangkan macam mana mahasiswa kat universiti tu yang kena hadap assignment untuk course masing-masing. 




Namun bila diingat balik, inilah hasil dari perjuangan orang-orang lama yang menuntut agar dinaiktaraf gred jawatan setelah sekian lama bersuara. Dan bila suara mereka akhirnya didengar, ramai antara mereka tidak sempat merasakan nikmat ini.


Kita sebagai generasi baru kenalah bersyukur dan berterima kasih di atas suara dan perjuangan senior-senior lama. Susahnya sekejap je, tapi nikmatnya dirasai sehingga kini oleh penjawat awam yang baru masuk. So hargailah apa yang mereka telah buat untuk kita.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.