Sah Mochi Kena Pyometra!
Assalamualaikum! Dalam enam ekor, mochi yang terakhir dimandulkan. Sebelum dimandulkan dia sempat bunting dan melahirkan anak. Masa dia on-heat anak-anak ada bagitahu keluar cecair dari faraj mochi. Tapi tak kerap. Kadang ada dan kadang tiada dan ia berlangsung selepas mochi melahirkan anaknya.
Mochi masih ada selera makan dan aktif seperti biasa melainkan cecair yang keluar dari faraj. So, genap sebulan aku bawa dia pergi vet untuk dimandulkan. Petang tu dapat call dari vet mengatakan bahawa mochi kena Pyometra!
Demi menyelamatkan mochi, dia harus dibedah dan dibuang peranakannya sebab dah membengkak dan bernanah didalamnya.
Peranakan mochi yang bengkak dan bernanah didalam
- Open Pyometra - keluar cecair kuning keputihan yang pekat dari faraj kucing, kerap kencing dan minum air secara berlebihan
- Closed Pyometra - tiada selera makan, tidak aktif, kemurungan, muntah atau cirit-birit , kerap kencing dan minum air secara berlebihan
Bila dah ada anak bulus ni kita sebagai penjaga perlu sentiasa peka dengan keadaan kucing kita. Kalau ada yang kita nampak tak kena tu cepat-cepatla bawa pergi vet untuk dapatkan kepastian. Sebab itu, kita galakkan untuk mandulkan kucing bila dah sampai umurnya bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku. Seeoloknya 6 bulan atau sebelum mereka mengalami on-heat.
Jangan tunggu lama kerana ia akan membahayakan nyawa anak bulus kesayangan.