Entah Siapa Yang Salah Ku Tak Tahu
Assalamualaikum. Rutin penjagaan kulit asas ada lima langkah yang kita kena ikut. Antaranya ialah, pencuci muka, exfoliator (proses pengelupasan sel kulit mati), pemakaian toner, pemakaian moisturizer (pelembap) dan sunscreen. Kalau tak boleh ikut semua, kita boleh buat yang tiga, iaitu pencuci muka, moisturizer dan sunscreen.
Untuk mendapatkan kulit sihat dan cantik, bukan saja bergantung kepada empat langkah di atas semata-mata. Tak guna beli produk muka mahal-mahal tapi muka tak pakai sunscreen. Lebih-lebih lagi, cuaca sekarang yang panas dan kering menjadikan kulit muka lebih mudah terdedah kepada sinaran UV yang merbahaya.
Kenapa kena pakai sunscreen?
Tahukah korang bahawa kulit adalah organ terbesar di tubuh kita? Ia paling mudah terdedah dengan pelbagai risiko seperti kecederaan, alahan, masalah kulit, penyakit berkaitan kulit dan lain-lain.
Biasanya, bahagian kulit yang paling mudah terdedah pada sinaran UV ialah bahagian muka. Sebab itu kita perlu guna krim pelindung muka atau sunscreen setiap hari untuk memastikan kulit :
Tapi kan macam mana nak tahu sunscreen itu sesuai untuk kulit kita? Macam mana nak pilih? Mana kita nak tahu sunscreen tu betul-betul melindungi kulit kita bila berada di luar? Haaa nanti aku jelaskan dengan lebih terperinci.
First, kita kena tahu apa itu sunscreen dan fungsinya. Secara ringkasnya, sunscreen ialah krim pelindung muka yang bertindak melindungi kulit dari sunburn, pigmentasi dan bintik-bintik hitam serta menapis sinaran UV dari cahaya matahari yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit.
Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen
Kelebihan Aloe Vera Sunscreen ini antaranya ialah :
Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature mengandungi aloe vera dan ekstrak seperti Centella Asiatica, Ekstrak Morus Alba Bark dan Ekstrak Orkid yang menenangkan iritasi kulit. So bila pakai sunscreen, kulit tak rasa tegang dan keras. Aloe Vera Sunscreen ini juga mengandungi Sodium Hyaluronic, Glycerin dan Allantoin yang bertindak memberi kelembapan dan mencerahkan tona kulit. Lagi satu, sunscreen ini juga boleh digunakan sebagai makeup-base tau. So sebelum apply makeup, kita boleh sapu sunscreen dulu.
Aku guna Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ni bukan kerana ia produk dari Korea semata-mata. Tapi kerana sunscreen ini mengandungi SPF50+ PA+++. Haaa nak tahu apa maksudnya? SPF maksudnya perlindungan kulit dari sinar UVB yang boleh menyebabkan sunburn, manakala PA+++ bermaksud perlindungan dari sinar UVA (sinaran UV harian).
Kulit Berminyak Best Guna Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen
Ramai sangka pakai sunscreen akan menyebabkan kulit jadi lebih berminyak. Kebanyakan produk sunscreen di pasaran memang begitu, malah ada yang menjadikan kulit muka bercapuk putih dan melekit, tapi aloe vera sunscreen ini berbeza. Ianya tidak berminyak dan teksturnya lembut serta tidak melekit. Bila sapu dimuka, terasa lembap, cepat meresap ke dalam kulit dan terasa lembut. Yang bestnya, ia mudah sebati dengan kulit dan tak tinggalkan kesan white cast.
Ia juga boleh mencerahkan tona kulit secara semulajadi. So bila pakai muka tak jadi 'lebam' dan bercapuk putih. Aloe vera sunscreen ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif sebab kandungannya yang semulajadi dan tidak membahayakan kulit. So tak payah risau ye.
Macam yang aku pernah cakap sebelum ni, kalau nak pilih produk muka kena pilih yang tidak mengandungi bahan kimia merbahaya, jadi memang tak salah aku pilih Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ni sebab ia Alcohol-Free, Paraben-Free, Silicon-Free, Sulfate-Free dan Allergen-Free. Pendek kata, selamat digunakan.
Cara guna sunscreen dengan betul :
Bersawang habis blog bulan ni! Mana pergi semangat tu entah. Nak kata hilang, takda sebab. Mungkin terlampau sibuk dengan hidup sekarang sejak aku amik balik jawatan mama supir haha. Tapi syukur sangat kehidupan kini sedikit berubah. Tapi penatnya yarabbi! Badan dah tua la katakan.
So moh le kite citer pasal ekspo kucing yang aku pergi awal bulan Oktober aritu. Memang aku dah lama sangat target nak bawa anak-anak pergi sini. Since kali pertama kami pergi sini, memang aku tak tahu apa nak expect atau nak kena bawa apa. Tapi yang aku tahu aku nak pergi sana tengok barang-barang kucing dan survey harga kibble.
Ekspo Kucing yang berlangsung selama 3 hari ni diadakan di MARTRADE dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Kami dapat pergi pada hari terakhir ekspo, memang dah dapat agak akan lebih meriah dan padat dengan orang yang pergi pada saat-saat akhir. Tapi syukur kami pergi pagi dan tak perlu bersesak beratur nak beli tiket.
Bayaran lima ringgit sorang, memang ok la sangat kan. Dapat gelang masuk dan buku baucar untuk tebus pelbagai barang kucing. Aku dah tak sabar nak 'ukur jalan' dalam dewan tu hehe. Anak-anak cakap mama ni terlebih eksaited sangat padahal bukan shopping barang aku atau diaorang pun. Eh mesti le eksaited, ni first time kot! Sayang anak-anak bulus macam ni la, kan aku dah cakap kalau dah sayang memang sayang sungguh!
Dah cukup tebus free gift dan beli kibble untuk 'majikan-majikan' di rumah, so moh le kita balik hehe. Alhamdulillah misi tercapai nak datang ekspo ni. Memang puas hati sangat dengan aturcara event ni, walaupun ramai sangat orang tapi masih mudah dapat parking kereta. Cuma kat pintu masuk tu kadang-kadang 'berlaga' dengan troli bawa barang yang keluar masuk. Bukti jualan laris la kan!
Thank you suami dan anak-anak temankan mama jalan-jalan kat ekspo kucing ni. Looking forward to the next event kalau diizinkan :).
Bila vet sahkan Milla menghidap penyakit yang tiada ubatnya, hati mamacat mana yang tak luluh. Sedih, buntu memikirkan kalau takda ubat macam mana Milla nak sihat macam dulu? Adakah nyawa Milla semakin menghampiri pengakhirannya??
Allahuakbar .... mama tak bersedia nak kehilangan Milla :'(.
Walaupun tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Milla, tapi vet syorkan untuk mama beri Milla makan immune booster iaitu DMG untuk meningkatkan sistem imun badan Milla melawan penyakit dan virus. Mesti bagi setiap hari tanpa gagal dan perlu diteruskan sehingga ke akhir hayat Milla.
Mula-mula beli kat vet 10ml. Tapi vet kata kat Shopee ada jual, so aku beli terus yang 120ml. Harga?? Mahal lagi dari harga kibble 10kg! Tapi demi Milla, aku pejamkan mata beli jugak.
DMG ada 2 jenama di pasaran, Vetri dan Biovet. Mana2 pun boleh tapi vet ni rekomen Vetri la. Alhamdulillah dah sampai pun dah setiap hari 1ml Milla. Syukurlah jugak dia jenis yang senang telan ubat. Mula-mula je 'drama' sikit, bila sampai di mulut dia elok menjilat hehe.
Setakat ni, Milla menunjukkan kesan positif. Dia masih berselera makan dan minum, aktif dan tidak menyendiri macam dulu. Bengkak gusi pun dah tiada cuma benjol di tekak tu masih boleh dirasa dengan tangan. Membuang pun takda masalah.
Moga Milla sentiasa bertenaga dan sihat. Mama akan berusaha sedaya yang boleh untuk buat Milla selesa.
Cakap dah insaf. Tak nak amik kucing dah. Cukup dah 6 ekor tu. Tak nak bawak balik dah. Biar Dino jadi bongsu. Tapiiiiii dah namanya rezeki yang telah ditakdirkan. Maka, muncul lah kelibat nombor tujuh!
Bukan aku yang bawak balik. Ni en, suami yang punya keje. Kisahnya lebih kurang sama dengan Mochi. Ditinggalkan ibu. Kiranya Mochi dan dia satu ibu. Ibunya galak beranak, bila dah melahirkan dia cuma jaga sekejap kemudian galak cari jantan balik. Kesian anaknya ni, en. suami tak sampai hati nak tinggalkan dia disana.
Balik dari sekolah, adik tunjuk anak kucing dalam dakapan. Dah ceritanya macam tu, tak sampai hati la pulak nak tolak. Bela je la.
Syukur yang lain dah boleh terima si Bennie. Tapi tu la yang peliknye si Bennie ni, dia makan memang cemerlang, cuma bab minum air/susu tu memang gagal! Nak kata dia tak reti jilat, elok je dia jilat wetfood haha. Aku kena bagi air/susu guna syringe baru dia minum. Tapi kencing berak elok pulak tu. Dia pun dah pandai membuang dalam litter box macam kakak2 dan abg2 dia.
Bulan depan boleh dah start bawak gi vet untuk vaksin pertama dia. Bennie jangan nakal2 ye. Mama sayang Bennie! Nah mama belanja video Bennie kena raging ngan abg Dino :p.
Assalamualaikum. Berat mata membaca berat lagi bahu yang memikul. Dah viral satu Malaysia tentang perkongsian luahan Dr. Rafidah di fb beliau baru-baru ni pasal kehilangan duit dalam akaun bank 'sotong'. Bukan sikit-sikit hilang pulak tu, 13K!
Yang menyedihkan lagi tu, pemindahan duit dalam akaun bank beliau dibuat tanpa menggunakan sebarang TAC, macam yang selalu kita dapat tu kalau nak transfer duit ke akaun lain. Aku pun pelik jugak, macam mana duit boleh berpindah tanpa dapat TAC?? Selalunya, kita dengar kes akaun kena hack bila kita dapat TAC walaupun tak login akaun pun masa tu. Penggodam akan mesej kita dan mintak TAC kononnya tersilap tekan.
Tapi sekarang diaorang punya jahat dah naik the next level nampak gaya. Lebih rakus dan ganas. Dalam kes Dr. ni, langsung tak mintak TAC alih-alih duit lesap dalam akaun! Allahuakbar .... 13K bukan sikit kak long. Itu pun Dr. kata dah redha. Kalau orang biasa macam kita ni?? Penat lelah orang, keringat dan kudrat empat tulang semua kat situ :'(.
Balik pada cerita tadi. Umum memang dah tahu kalau duit dalam akaun lesap, bank takkan semudah itu nak ganti balik pada pemegang akaun. Kalau baca komen-komen, rata-ratanya memang cakap bank takkan bayar balik. Kira burn. Disalahkan kita pulak sebab tekan link yang bukan-bukan di media sosial. Bagi aku, kalau bank dah tahu dan dapat detect link tu tak selamat kenapa bank tak sekat? Mereka tentu dah tahu itu adalah phishing web kan? Yang orang ramai persoalkan sekarang adalah tahap keselamatan akaun bank tu yang membolehkan pemindahan duit secara banyak dalam satu hari boleh terjadi tanpa apa-apa syak wasangka.
Ada juga yang berkongsi pengalaman dengan bank lain, kalau ada pemindahan duit secara banyak dan meragukan, pihak bank sendiri akan call pemegang akaun tersebut untuk buat pengesahan. Bagi aku, itu adalah satu effort yang baik dari pihak bank. Kita yang tengah buat kerja tak tahu apa-apa, dalam masa yang sama duit dalam bank lesap! Sedih weiiiiii!
Bila kita daftar online banking kat handphone, maknanya, kita percaya tahap keselamatan sistem apps yang menjaga duit kita. Bila dah jadi macam ni dan bank tak nak bertanggungjawab atas alasan kita yang tekan link dulu, jadi bunyinya bank macam nak 'lepas tangan'. Save at your own risk!
So pengajaran yang boleh kita amik, berhati-hati ketika melayari sosial media. Jangan klik sembarangan link yang meragukan. Buang sikit curiosity tu. Jangan percaya bulat-bulat apa yang ada di fb, ig, tiktok, twitter dan sebagainya. Takda sapa yang akan tolong kita kalau duit dalam akaun dah lesap, apatah lagi bank.
Lagi satu yang kita kena selalu alert dan beringat, kalau buat fpx payment jangan terburu-buru. Layout laman web bank mesti mintak username dahulu. Lepas tu akan keluar gambar security yang minta kita sahkan. Lepas tu baru dia minta password.
Macam yang kat atas ni, kita boleh nampak dia mintak username dan password serentak! Itulah tandanya korang sedang menghampiri lubang scammer. Cepat-cepatla keluar dari situ. Kalau korang pergi isi jugak kemudian dia keluar error, suh isi semula itulah maksudnya akaun korang berjaya digodam menggunakan keylogger. Lepas tu duit dalam akaun pun wassalam.
Online banking pun dah tak selamat sekarang. Abis takkan nak delete semua apps bank dan buat urusan di kaunter je lepas ni? Bank-in duit pun guna CDM? Naya pak karim lagutuuuu! Benda semua hujung jari dah sekarang. Tapi inilah risikonya bila tahap sistem sekuriti online banking teruk.
Haramjadah 'toyol' siber!
Assalamualaikum. Baru-baru ni masa bawak mak pergi check-up kat klinik, aku berhadapan dengan situasi yang menghibakan . Kebanyakan yang datang ke klinik tu adalah orang tua samada ditemani pasangan, atau anak atau datang seorang.
Kalau datang check-up first kena pergi kaunter pendaftaran letak buku temujanji. Tunggu nama dipanggil, pastu bawak mak pergi cucuk amik darah hujung jari untuk test glukosa. Pastu pergi bilik sebelah pulak amik berat badan tekanan darah. Pastu pergi pulak kaunter satu lagi ikut zon dan letak buku dan tunggu lagi nombor dipanggil. Lepas tu barulah masuk bilik jumpa doktor.
Begitulah rutin aku dan mak setiap kali ada temujanji di klinik. Kalau yang datang ditemani pasangan atau anak takpela. Ni ada yang datang seorang, terkial-kial tak tahu ke mana hala tuju lepas pendaftaran. Ada seorang pakcik ni dia datang seorang, lepas pendaftaran dia pergi ke tempat nak cucuk darah dan terus letak buku dalam bakul dan pergi duduk di kerusi. Aku yang tengok tak sampai nak buat tak tau. Aku panggil pakcik tu balik dan tekankan nombor giliran dan ketip satu nombor di buku dia, satu lagi suh dia pegang. Kalau nombor disebut baru pergi ke kaunter. Terkial-kial dia blur disitu, tak tau la dia faham ke tak aku cakap ape.
Mak yang turut ada kat situ pun cakap,"macam tu la abah kau dulu. Sorang-sorang datang tak tau nak pergi mana dulu. Mak dulu pun masuk klinik sorang-sorang. Abah kau tunggu kat luar". Hmm terdiam aku. InsyaAllah mak ... pasni mak takkan keseorangan lagi di klinik. Anim akan teman mak selagi anim mampu.
Dan alhamdulillah sejak dari temujanji mak di Hospital Melaka lagi sampai sekarang, aku yang akan balik pastikan mak dapat pergi klinik. Bagi aku perkara sebegini memang jadi tanggungjawab anak. Bukan tanggungjawab cucu atau anak sedara melainkan ada hal mustahak yang tak boleh dielakkan, barulah boleh mintak tolong orang lain. Tapi sebolehnya, aku akan usahakan jugak untuk balik atau paling teruk pun tukar je tarikh temujajanji. Asalkan tidak menyusahkan sedara mara.
Tapi tu la keputusan pemeriksaan kesihatan mak kali ni membuatkan aku sedikit risau. BP naik, gula naik, berat badan pun naik! Mana taknya, makan durian aritu sepuas-puasnya mak cakap. Pastu raya haji dapat sumbangan daging korban makan lagi. Mana tak naik segala. Aku diamkan je la, memang betul pun haha. Tapi pasni mak kena kawal balik ye.
Puas duduk seminggu ngan mak. Bawak mak keluar makan di kedai hampir setiap hari. Happy sangat tengok mak dapat jalan-jalan sekitar pekan walaupun hanya untuk pergi beli barang. Haihh sedih lagi :(. Moga satu hari nanti aku dapat transfer sini balik duduk ngan mak...