Breaking

Tuesday, January 10, 2023

Tuesday, January 10, 2023

Kuih Lidah Buaya

 

Nama makanan pelik-pelik bukan trend sekarang ni je, dulu lama lagi dah ada.  Teringat lagu 'Makan' oleh Jalil Hamid, orang kita bagi nama makanan ada 'paku', 'buluh', 'papan' tapi rasanya sebagai simbolik je. Hakikatnya, benda tu boleh dimakan betul tak.


Sama la jugak dengan kuih lidah buaya ni. Kitaorang panggil lidah buaya, mungkin sebab bentuknya seperti lidah buaya?? hahaha entahla. Aje giler nak suh buaya nganga mulut nak tengok lidah dia. Ada orang panggil ni kuih Tiram. Ada jugak panggil kuih Kapal Terbang.


Ikut tempat masing-masing la kot na. Tapi makanannya sama.



Kuih Lidah Buaya memang kegemaranku sejak dari kecil lagi. Tapi kat KL ni susah nak cari yang sedap dan menepati selera. Sebab lain orang lain cara buatannya. Kadang, gulanya tak halus. Kadang, gulanya sedikit. Kadang kuihnya rapuh sangat atau nipis sangat.


Ada sekali tu, kawan opis bawak kuih lidah buaya ni untuk makan ramai-ramai tapi bila masuk mulut alahaiiii .... tawar meleset! gulanya dah cair dan rasa melekit. 




Pagi ni aku pergi sarapan kat MPC. Tengah nak bayar, terlihat ada balang kuih lidah buaya atas kaunter. Aishhh .... harga cun, dua belas ringgit je sebalang. Rupa kuih boleh tahan 'cantik' gula pon elok walaupun tak sehalus yang sepatutnya.

Aku beli 3 balang terus! Ni kalau dapat kat kakak dan adik mau habis sebalang kat diaorang. Dah aku ngan ayahnya menganga saja nanti hehe. Buka sebalang dulu buat rasa-rasa. Boleh tahan sedapnya. Manis tak melampau serasi la dengan tekakku ini. 

Bentuknya comel-comel, padanla nak buat ngunyah dikala minum petang ka, waktu malam ka. Harap-harap boleh bertahan sampai minggu ni huhu.


Monday, January 09, 2023

Monday, January 09, 2023

Dulu Laksa, Sekarang Laksam

 

Sebelum aku berpindah ke Pantai Timur pada tahun 2004, aku adalah peminat laksa selain kuey tiow goreng. Laksa apa? Laksa Kedah. Tempat yang aku selalu pergi makan laksa ialah kat Subang Perdana, pakcik tu meniaga bawah pokok atas motor je. Biasanya, lepas aku meniaga carboot aku dan family akan pergi makan laksa dan cendol kat situ.


Dari kecil, aku memang dah biasa dengan laksa. Mak pun pandai buat laksa dan biasanya guna ikan sardin tin je. Itu pun dah sedap! Tapi selera aku tetap laksa ikan selayang la.


Tahun 2004 aku pindah kerja ke Kuantan. Kat sanalah aku jumpa macam-macam jenis makanan yang sebelum ni aku tak pernah makan atau tak pernah jumpa. Contoh, kat sana ada nasi air which kat sini orang panggil bubur nasi. Tapi nasi air kat sana lain, siap ada daun ape ntah dalam nasi air tu. 



Memula, aku skeptikal gak kat laksam ni sebab tak pernah rasa la katakan. Rupa bentuknya lain tak sama dengan laksa yang aku selalu dok makan. Tapi satu hari tu, aku pergi pasar malam kat Taman Tas dan kat situlah aku jumpa laksam dan try buat pertama kali.


Ya Allah .... terus aku jatuh cinta! Even dah pindah balik KL pun aku masih berharap dapat jumpa laksam yang sedap macam ni. Syukurlah kat rumah aku tu ada satu gerai jual aneka kuih termasuk laksam. MasyaAllah kuahnya pekat likat, lengkap dengan sayur seperti kobis, kacang panjang dan tu lagi jenis sayur aku lupa dah hehe. Kuah dan cili dia tu yang buat lagi sedap. 


Satu bungkus laksam tu pun dah boleh kenyang sampai ke tengahari. Syahduuuuuu!

Saturday, January 07, 2023

Saturday, January 07, 2023

Sistem Nombor Giliran Online JPJ Yang Baru

 

Kawan aku ada bagitau jpj dah takda sistem nombor giliran yang macam dulu, tekan kat mesin dia dan keluar kertas nombor. Sekarang, semuanya di hujung jari! Aku tak faham sangat sehinggalah aku pergi sendiri baru-baru ni.


Tujuan pergi jpj sebab nak tukar hakmilik kereta. Aku tak tahu cawangan lain sama ke tak dengan yang kat PJ ni, tapi sekarang sistem nombor giliran kena scan dulu baru dapat. Dan aku juga tak pasti samada ia terhad untuk urusan tertentu atau semua jenis sebab aku ada tengok uncle sorang tu nak renew lesen masih pegang kertas nombor giliran.



Anyway, sebelum masuk untuk sebarang urusan kita kena download app JPJeQ dulu. Nanti akan keluar bar code seperti di bawah ni.


Dah scan, kita kena pilih jenis urusan. Nak renew lesen ke, nak renew road tax ke. Pilih dan barulah nombor giliran kita akan keluar.




Paparan nombor giliran yang baru ni siap dengan penunjuk "Kedudukan Menunggu" dan "Anggaran Masa Menunggu". Maksudnya, pelanggan tak perlu berkumpul ramai bersesak-sesak dalam satu tempat sementara tunggu nombor dipanggil. Kita boleh duduk di luar atau tunggu di kereta atau duduk minum pagi kejap atau setelkan urusan di tempat lain asalkan jangan jauh sangat.

Lagi satu, kalau tetiba kita ada kecemasan atau terpaksa batalkan urusan masa tu kita boleh terus tekan "Batal". Takdala orang kat kaunter tu tekan nombor kita banyak kali huhu.




Yang bestnya, bila nombor kita dah dekat-dekat nak sampai tu, dia akan keluar notification (macam gambar atas) bagitau yang kita dah boleh stenbai atau pastikan kita berada dekat dengan jpj. Yang ni aku suka betul! Takda la kita melangut sejam kat dalam tu kan. Kalau dapat tempat duduk takpala. Kalau kena berdiri sejam disitu tak ke hawau jadinye haha.



Bila nombor kita dah dipanggil, dia akan keluar paparan macam kat atas ni. So, kita dah boleh angkat punggung dan pergi ke kaunter berkenaan untuk apa jua urusan. Senang giler! Memudahkan urusan sebab semua ada handphone kan. Pembaziran kertas juga dapat dikurangkan. Bila buat sistem nombor giliran macam ni, takda la yang nak potong barisan atau tipu nombor. 


Terima kasih jpj memudahkan urusan. Terbaik!


Friday, January 06, 2023

Friday, January 06, 2023

Rezeki Tak Dijangka

 

Dulu kalau blogger buat kontes aku rajin juga join. Waktu tu kan mana ada facebook lagi. Bila dah ada facebook, layan kontes kat sana pulak. Sekarang ni aku join kontes pun dah jarang, cuma aktif dua tiga platform je. Dan kebanyakannya kontes live jual tudung.


Alhamdulillah, berkat join kontes walaupun tak selalu menang dapat la jugak aku kumpul tudung sikit demi sikit hehe. Tapi tahun lepas, tak sangka pulak dapat hadiah 'jackpot'!



Awal bulan Disember aku join satu kontes kat fb. Seller tu jual macam-macam barang dari baju, seluar, bantal, tuala dan banyak lagi. Aku pun salah seorang pelanggan dia. Dalam masa yang sama dia ada buat kontes, so kita ni join suka-suka dan tanda support pada seller.


Bila tiba masa umum pemenang, aku pun tak berharap sebab banyak giler nama peserta lain yang dikumpul. Tapi nama pon dah rezeki, kalau tertulis milik kau maka jadilah milik kau betul tak.


Syukur dan terkejut bila namaku diangkat dan disebut. Menggigil jari ni nak taip "Saya" haha. Alhamdulillah ... dapat loket emas comel bentuk kunci. Jadilah buat kenang-kenangan huhu.

Thursday, January 05, 2023

Thursday, January 05, 2023

Cara Tukar Hakmilik Kenderaan Di JPJ

 

Baru-baru ni  aku buat keputusan untuk jual kereta aku tu. Banyak tak terkira 'jasa' dia dari sejak aku bujang sampai anak dah remaja. Susah senang aku ngan kereta tu lah. Enjin terbaik dan tahan lasak, tak banyak 'kerenah'. 

Tapi dalam tempoh Covid (dari tahun 2020), kereta tu dah mula buat perangai. Sikit-sikit dia 'merajuk' dan akhirnya tersadai. Berat aku nak lepaskan sebenarnya, sebab niat di hati nak repair balik kereta tu. Tapi suami cakap, lagi banyak duit yang keluar untuk repair dia sebab nak kena overhaul balik enjin tu semua. Dengan tayar kempisnya, bateri mampus, lantai belakang bocor dan bonet dah masuk air. 

Fikir punya fikir, timbang punya timbang akhirnya aku buat keputusan untuk lepaskan dia pergi.



So kebetulan, ada orang letak no. phone tanya kalau nak jual kereta ni boleh call dia. Bila dah setuju dengan harga, dia bagi duit (tunai) dan aku bagi geran kereta. Hari tu jugak, orang tu bawak kereta aku masuk bengkel, repair apa yang patut dan cat balik. Dah tu, booking tarikh untuk masuk Puspakom. Semua ni orang tu yang setelkan.

Tak sampai sebulan dia dapat cari pembeli baru. Tapi kena buat pertukaran hakmilik dulu di JPJ. Disinilah peranan aku sebagai pemilik asal. 




Sebelum pergi JPJ, penting untuk kita dapatkan butiran pembeli atau pemilik baru kenderaan dari ejen yang amik kereta kita tu. Sebab kita akan perlu isi butiran pembeli di borang tukar hakmilik kenderaan. Yang aku ni, ejen tu tak bagi apa-apa pun, so jadi gelabah sikit kat kaunter. Pegawai jpj tu cakap, memang kena ada butiran pembeli.

Dah dapat butiran pembeli, pergila ke JPJ berhampiran. Aku tak tahu cawangan lain macam mana, tapi di Petaling Jaya sistem nombor giliran bukan macam dulu lagi. Semuanya pakai online je sekarang. 

First, kena download apps JPJeQ di Playstore. Lepas tu, baru boleh scan untuk dapatkan nombor giliran.



Dah dapat nombor giliran, boleh pergi ke kaunter pertanyaan untuk dapatkan borang tukar hakmilik. Isi butiran peribadi dan butiran pembeli. Kemudian cari kerusi kosong dan duduk tunggu sehingga nombor dipanggil hehe.


Urusan selesai tak sampai setengah jam. Mungkin sebab aku pergi bukan awal pagi sangat, dalam pukul 9am. Dah setel, pegawai jpj akan bagi slip rujukan tukar hakmilik ni dan bolehlah beri pada ejen tu untuk tindakan pembeli tu pulak. Pertukaran nama ni kena bayar RM100 tapi bukan aku yang bayar, pembeli tu yang kena bayar.


So, part aku dah setel. Sedih tu memang sedih. Kereta pertama kot. Tapi lagi sedih kalau tengok dia tersadai jadi tukun besi buruk aje. 


Selamat berkhidmat pada tuan baru.


Wednesday, January 04, 2023

Wednesday, January 04, 2023

Normal ke tampar-menampar ni?


Selain orang pempuan, netizen tak pernah salah. Apa saja yang nampak tak elok dimata, pasti akan dikritik. Video keganasan ke, video cari publisiti murahan ke, video tiada adab ke pasti akan dapat liputan meluas dan kritikan dari netizen.


Tapi dalam video yang viral baru-baru ni, netizen 'kalah' teruk. Kalah ngan sapa? kalah ngan ibubapa dan anak yang ditampar dalam video tu. Aku pun terasa 'kekalahan' itu sebab sebagai ibu, aku tak boleh terima jika anak aku ditampar sebegitu. Tapi tula....sekeras-keras netizen keras lagi hati mak pak diaorang huhu.


Aku cuba untuk faham tapi tetap tak boleh faham. Selama ni, kalau ada cikgu yang menghukum anak murid dengan kekerasan dan viral pasti ramai ibubapa yang tak puas hati dan mengadu untuk cikgu itu diambil tindakan. Kemudian timbullah peraturan cikgu tak boleh 'jentik' anak murid. Tak boleh tengking, tak boleh membebel yada yada yada!


sumber : astroawani


Tapi kes ni lain, sebab jurulatih tersebut banyak berjasa pada pasukan negeri beliau. Kata bapak mangsa. Tapi .... ahh... susah aku nak memperakui tindakan beliau menampar tu. Jasa tu jasalah .... yang tangan tu cepat sangat 'naik' ke muka orang kenapa??

Aku tak kritik dia, aku kritik perbuatannya yang ternyata melanggar etika perguruan. Sentuhan fizikal (sentuh pipi) tanpa sebab tu pun dah salah. Cikgu cubit murid pun dah jadi salah sekarang, ini kau tampar lagi?? Aku dapat rasakan budak tu pun terkejut ditampar sebegitu. Atau diaorang dah biasa?

Tamparan ni kena ada sebab, menghukum atau mendidik? Kalau nak kata untuk mendidik atau mendisplinkan, itu b*llsh*t ye kawan-kawan.


sumber : mstar


Satu je yang aku hormat ialah mak pak diaorang sedia memaafkan dan tidak mahu memanjangkan hal ini. Tapi bak kata omputih, damage has been done. Video kalau dah masuk media sosial ... viral plak tu, memang takkan terlepas dari perhatian pihak berwajib.

Apalah perasaan mak-mak kalau tengok anak diaorang kena tampar macam ni yek? Tangan sendiri pun tak pernah naik ke muka anak lagi. Kita kalau ayahnya pukul anak pun kita dah marah balik, "sakit beranak pun tak ilang lagi tau tak!"😂 

Betul tak mak-mak sekelian?

Tolonglah mak pak, jangan normalisasikan tampar-menampar, pukul-memukul atau apa jua bentuk sentuhan fizikal yang menyakitkan orang. Lagi satu, jangan senang-senang tunjuk baran tu dikhalayak ramai. Tangan orang lani laju je nak rakam apa kita buat kemudian sebar di internet. 

Keganasan bukan jawapan.

Tuesday, January 03, 2023

Tuesday, January 03, 2023

Celup Kaki Di Pantai Puteri

 

Hujung tahun tak tahu nak bawak anak-anak kemana, jadi disinilah destinasi kami pada hari terakhir 2022. Tarikan negeri Hang Tuah ni bukan setakat asam pedasnya, tapi pantainya yang cantik.  

Kali ni kami pergi Pantai Kundor atau sekarang dikenali sebagai Pantai Puteri. Inilah kali pertama kami jejakkan kaki disini, dan serius kat sini lebih cantik dari Klebang!

Pantai Puteri ni tak jauh pun dari Klebang. Memula jumpa Klebang, pas 2km dah boleh nampak persisiran Pantai Puteri. Sedikit info tentang Pantai Puteri ni, ia terletak di Melaka Tengah bermakna tak jauh dari bandar. Dari kampung kami cuma 40 minit je itupun sebab jalan jem. Kalau tak jem, mungkin 20 minit dah sampai.

Yang bestnya, kat sini ada baaaaanyak deretan kedai makan. Kena pandai pilih je yang mana sedap, tapi kami tak singgah makan pun. Sebab target kami cuma nak jalan-jalan celup kaki di Pantai Puteri :p





Kami sampai sini dalam pukul 6pm. Waktu ni memang syok orang mandi-mandi sekeluarga. Cuaca pulak elok berangin dalam seminggu ni. Tak panas asyik mendung je. Kat Klebang tak boleh nak main air sangat tapi kat sini sepanjang-panjang tepi pantai ni mesti ada orang berendam dalam air.

Kat laut kita boleh nampak kapal-kapal besar dan pelabuhan. Yang best tu, ada batu-batu besar yang boleh kita duduk atau naik atas untuk bergambar.





Pemandangan disini bertambah cantik bila sunset. Waktu ni, aku tengok ramai yang keluarkan phone untuk tangkap gambar matahari nak terbenam termasuklah aku dan anak-anak2 hehe. Subhanallah .... cantik sungguh kan.




Dapat celup kaki dalam air pun jadilah. Ketenangan dan kelembutan pasir tu memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Rasa ringan sekejap badan dan otak ni. Tenang rasa jiwa bila air laut menyentuh kaki. Damai rasa hati mendengar deruan ombak menyapu pantai.





Dah puas main air, tak sah lah kalau tak bergambar dengan kakak dan adik. Kami singgah pulak kat batu besar ni sebelum balik. Alhamdulillah tahun 2022 kita lalui dengan penuh kesabaran walaupun banyak sangat ujian datang. Syukur yang teramat kerana Allah masih beri kesempatan untuk kita lalui kehidupan untuk tahun 2023. 


Buat kakak dan adik, besar dah anak-anak ibu. Moga korang diberikan nikmat kesihatan dan kebijaksanaan dalam mengharungi cabaran hidup ini. Ibu dah bawak jalan-jalan pantai ni, moga korang boleh jawab dengan cemerlang exam nanti ye haha.


Bestlah datang sini. Next time nak bawak mak pulak  .... ;) 

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.