Breaking

Friday, February 16, 2024

Friday, February 16, 2024

Bye Assunta, Bye Taman Petaling!

 

Dari tadika sampai la ke sekolah rendah sampai la ke sekolah menengah, setelah 12 tahun anak-anak aku bersekolah di PJ akhirnya aku amik keputusan untuk tukarkan sekolah mereka di KL tahun ini. 


Perancangan nak tukar sekolah tu memang ada dan dah lama nak buat, tapi aku asyik bertangguh. Urusan persekolahan anak-anak memang aku yang uruskan dari dulu sampai sekarang. Jadi, nak tukar sekolah pun aku jugak yang kena turun naik PPD dan sekolah diaorang.


Memandangkan kakak dah Form 5 tahun ni, dia kerap mengadu penat bila balik dari sekolah sebab terkejar-kejar nak mengulangkaji. Jarak sekolah antara PJ dan KL pun agak jauh, kalau jalan jem mau sejam baru sampai umah.


Dulu aku keje waktu pejabat, bolehlah hari-hari hantar dan amik anak-anak dari sekolah.Tapi sejak aku keje syif ni aku lebih banyak masa di KL dan kalau anak-anak hari pergi sekolah means aku kena ulang alik KL-PJ setiap hari. Makan minyak, makan masa, makan tenaga jugak!


Fikir punya fikir, aku nekad tukarkan diaorang sekolah dekat dengan rumah. Lalu, minggu akhir Januari aku pergi ke pejabat sekolah kakak dan adik untuk ambil borang pertukaran sekolah. Kakak dan adik tidak bersekolah di sekolah yang sama ye. Kakak di SMK Assunta dan adik di SMK Taman Petaling. 



Kenapa tak sama sekolah?


Sekolah kakak ada dua sesi pagi dan petang. Sekolah adik hanya satu sesi je. Bila kakak dah Form 3 adik baru Form 1 dah tentu sesi persekolahan mereka takkan sama kalau satu sekolah. So, aku asingkan supaya mereka boleh balik sekolah pada waktu yang sama. Menyenangkan untuk aku ambil dan hantar mereka juga. Bayangkan kalau sorang sekolah pagi, sorang sekolah petang. Kena ulang alik KL-PJ berapa kali satu hari? Keghingggggg minyak kereta wak! hahha...


Tahun ni kakak dan adik Form 5 dan Form 3, jadi diaorang sesi pagi. Oh sekolah baru diaorang ni pun rupanya satu sesi jugak rupanya haha. 


Bila dah isi borang, aku lampirkan salinan yang diperlukan macam IC kakak dan adik, IC aku dan encik suami, sijil nikah dan bil elektrik. Memandangkan aku tukar sekolah dari PJ ke KL, maka aku kena pergi ke PPD Bangsar/Pudu untuk hantar borang tukar. 



Alhamdulillah pihak sekolah Assunta dan Taman Petaling saaaaaaaaangat membantu memudahkan urusanku. Dalam 2 hari je aku dah pergi ke PPD hantar borang. Jawapan dari PPD pulak kena tunggu 5/2/2024. Berdebar rasa macam aku pulak yang tukar sekolah haha.


Dah dapat surat kelulusan dari PPD, aku bawak anak-anak daftar di sekolah baru. Minggu tu minggu terakhir sebelum cuti Chinese New Year. Kakak dan adik pun dah dapat tahu kelas masing-masing. Kini semuanya dah selesai, so nanti bukak sekolah dan sesi baru kakak dan adik akan bersekolah di sekolah yang lebih dekat dengan rumah. Diaorang memang nervous tapi insyaAllah semua itu dapat diatasi. 




Semoga anak-anak ibu terus cemerlang walau dimana jua berada!

Thursday, February 15, 2024

Thursday, February 15, 2024

Bersedia Nak Tukar Baru?

 

Tahun 2023 memang tahun 'sakit' bagi exora kesayanganku. Dari awal tahun dia buat hal, sampai dah habis tahun pun dia 'merajuk' lagi. Padahal aku tak cakap pun nak tukar kereta baru 'depan' dia haha.

Hari tu breakdisc belakang buat hal. Survey barang spare part punya harga mak aii. Mujur encik suami dah beli awal barang tu, jadi hantar ke bengkel je la bayar upah pasang.




Ingatkan tu kali terakhir dia buat hal. Rupanya, masuk tahun baru dia sambung 'merajuk' hahahaha. Kejadian berlaku ketika encik suami sedang motong rumput guna mesin tangan, tak sedar batu-batu kecil tu melantun kena pada cermin 'mati' sebelah tepi belakang.

Walaupun batu kecil, tapi lantunannya boleh meretakkan dan menembusi cermin. Bayangkanla laju tak laju ...padahal batu tu kecik je! Nak marah pun tak guna, benda bukan disengajakan. Mujur cermin tu tak jatuh semuanya sebab ditahan lapisan tinted cermin.

Encik suami terpaksa gam dengan pita pelekat buat sementara waktu. Dah la kena time orang cuti pulak tu, memang la banyak bengkel tutup. Terpaksa tunggu sampai balik KL.



Drive atas highway pun sopan je sebab nak bagi jangan terhentak. Esoknya terus bawak ke bengkel dan pasang baru. Haa terbang lagi tiga ratus lima puluh ringgit! Awal tahun dia dah makan modal haaaa. Kang kalau tak tukar baru bahaya pulak. 

Kadang-kadang aku terfikir nak amik kereta kedua. Kalau macam ni la gayanya dia punya 'rajuk', baik amik baru terus! Tapi banyak kali jugak aku reverse-pshyco balik diri ini supaya fikir baik-baik, sedalam-dalamnya sebelum nak amik kereta baru.

Dengan keadaan OPR yang naik tak menentu sekarang, hutang akan menjadi makin bertambah. Exora tu dah takda beban ansuran, cuma nak repair tu je la. Kalau aku amik kereta baru, dah tentu tiap2 bulan kena istiqomah bayar ansuran, tak termasuk servis kereta dan lain-lain lagi.




Bila dah ada dua kereta, kena bayar dua insuran dan dua road-tax! Aku belum bersedia nak tambah hutang lagi buat masa ni. Aku sendiri tengok macam mana peritnya orang yang ada dua buah kereta dan kena maintain insurans serta servis. Memang tak cukup baki duit yang tinggal walaupun dua orang bekerja!

Biarlah exora ni jadi kuda putih tunggal kami. Rosak sikit-sikit tu kami repairla sikit-sikit ikut bajet. Yang penting, tiap2 bulan tak kalut tak serabut mikir nak bayar bank dengan opr yang entah apa-apa. Nak pakai barang baru, biar ikut kemampuan diri membayarnya. Kalau tak reti membayar jangan berhutang!



Thursday, February 08, 2024

Thursday, February 08, 2024

Spray Kutu Kucing

 

Masalah kutu takkan pernah hilang walaupun kucing kita indoor. Walaupun dimandikan setiap 3 bulan atau 6 bulan. Walaupun jarang keluar dan pijak tanah. Kutu besar senang la nak cari, tapi kutu halus yang melekat di bulu tu menyakitkan mata, betul tak wahai bibik sekelian? :p


So sebagai bibik yang prihatin dan sayang sangat dengan majikan-majikan dalam rumah ni, aku usahakan untuk beli spray kutu kucing yang mudah dan selamat digunakan. 




Penggunaannya senang je. Untuk tiga hari pertama, spray setiap hari pada badan kucing. Kemudian ratakan ke seluruh badan. Buat sekali sehari selama tiga hari berturut-turut. Kemudian, boleh spray sebulan sekali mengikut keperluan.

Spray ni tak mengandungi bahan yang membahayakan. Lepas spray kalau majikan kita jilat bulu pun, dia takkan ada kesan sampingan. Mula-mula aku risau juga, tapi lepas beberapa kali pemerhatian ternyata orang tu tak menipu la. Memang selamat untuk majikan kita!

Lagi satu, spray ni aku sembur atas cadar, sofa atau permukaan fabrik. Dia boleh menghapuskan hama dan serangga kecil juga. 



Begitulah muka si dobot aku. Muka cengey tak boleh bawak bincang. Kalau disuruh jadi model mulala buat muka ketat dia. Tapi apa boleh buat, sayang punya pasal kan hahaha.


Kalau masih blur tak tahu nak spray macam mana, boleh refer video aku di bawah. Semoga majikan-majikan kita sentiasa sihat, gebu dan bebas kutu selamanya! Yihhhhhhhhh .....!



Wednesday, November 08, 2023

Wednesday, November 08, 2023

Moisturizer/Pelembap Muka Terbaik - 9 Kelebihan Berikut Yang Patut Anda Tahu!

 

Sebelum ni kan aku pernah kongsi pengalaman memulihkan kulit wajah yang dah lama bermasalah. Sememangnya, ia perlukan masa dan kesabaran yang tinggi. Kalau dikenang kembali kulit wajah aku dulu, memang rasa nak menangis. Hilang terus keyakinan diri dan timbul rasa malu bila keluar rumah. 


Selepas itu, aku cuba guna moisturizer yang ada di pasaran, tapi tak banyak yang sesuai dengan jenis kulit aku yang berminyak ni. Lepas guna, kulit jadi melekit dan berkilat. Rasa tak selesa. Tambahan pula, aku bekerja dalam bilik server yang terlalu sejuk (suhu 20°C) menyebabkan kulit wajah mudah kering dan kusam kalau tak pakai moisturizer. Bila berada di luar, cuaca panas boleh menjadikan kulit wajah aku jadi berminyak. Sebab itu, bila aku mula guna moisturizer Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature aku terkejut dengan hasilnya!



9 Kelebihan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature


Mula-mula aku skeptikal juga, nampak macam sama dengan produk lain di pasaran. Tapi bila dah cuba sendiri baru tahu kelebihan moisturizer Aqua Whitening Cream by Hansaegee Nature ni :


  1. Pelembap Muka Water-Based
  2. Mengawal Kulit Berminyak
  3. Cepat Meresap/Easy To Blend & Fast Absorb
  4. Mengawal Pori Terbuka/Mengecil Pori Besar
  5. Mencerah Tona Kulit
  6. Tekstur Krim Yang Ringan
  7. Non-Comedogenic
  8. Membaikpulih Kulit Sunburn
  9. Tiada Bahan Kimia Merbahaya



1. Pelembap Muka Water-Based - Ia boleh melembap dan menghidrat kulit wajah. Sangat dijadikan sebagai moisturizer untuk kulit berminyak khususnya, kerana krim muka ini berasaskan air. Pelembap muka ini bila disapu ke kulit akan bertukar menjadi titisan air yang tidak melekit. 




2. Mengawal Kulit Berminyak - Kandungan Niacinamide dalam krim muka Aqua Whitening Cream ini mampu mengawal minyak berlebihan pada kulit disamping mencerahkan dan melembap kulit. Bila ada kawalan minyak, maka pembentukan jerawat juga berkurang.




3. Mudah Diratakan & Cepat Meresap -  Tekstur krim yang ringan dan cepat meresap ke dalam kulit menjadikan ia moisturizer terbaik. Sangat sesuai digunakan sebelum pergi kerja, sebab itu ia krim siang terbaik bagiku. Bila disapu, kulit akan terasa sejuk dan kulit menjadi lembap serta glowing sihat. 




4. Mengawal Pori Terbuka/Mengecil Pori Besar - Masalah kulit berminyak mesti berkait rapat dengan pori besar dan pori terbuka. Moisturizer yang bagus seperti Aqua Whitening Cream ini mempunyai bahan aktif Niacinamide yang membantu mengecilkan pori dan menjadikan kulit lebih halus dan lembut.




5. Mencerah Tona Kulit - Jika ada masalah tona kulit tidak sekata, krim muka ini sangat membantu mencerahkan dan menghilangkan dark spot pada kulit wajah. Sesuai untuk aku yang memang bekerja dalam keadaan suhu tidak menentu. 




6. Tekstur Krim Yang Ringan -  Bila disapu pada kulit, ia tidak melekit dan rasa seperti tidak memakai apa-apa krim. Pakai moisturizer dua kali sehari boleh menjadikan kulit rasa lembut, fresh dan selesa sepanjang masa tak kira ketika berada di pejabat atau di luar. Ia juga adalah krim malam terbaik, boleh digunakan sebelum tidur.




7. Non-Comedogenic - Ciri-ciri moisturizer yang bagus untuk merawat kulit berminyak adalah non-comedogenic. Ini kerana, bahan aktif Camellia Japonica Seed Oil memastikan liang pori tidak tersumbat dan tidak menyebabkan jerawat. Hasilnya, kelembapan meresap ke lapisan dalam kulit secara optimum.




8. Membaikpulih Kulit Sunburn - Untuk mereka yang banyak melakukan aktiviti luar, moisturizer yang bagus bukan sahaja melembapkan wajah tapi ia juga boleh merawat masalah kulit sunburn dan kemerahan. Krim muka ini memberi cooling effect dalam masa yang sama ia mengurangkan kerengsaan kulit.  




9. Tiada Bahan Kimia Merbahaya/No Harmful Ingredients - Moisturizer terbaik adalah moisturizer yang tidak mengandungi bahan kimia merbahaya atau free chemicals iaitu Alcohol Free, Sulfate Free dan Paraben Free. Oleh itu, Aqua Whitening Cream ini adalah skincare yang selamat digunakan untuk kulit berminyak, kulit kering & kulit kusam.


Cara Guna Moisturizer Yang Betul

Cara nak guna krim pelembap muka sangatlah mudah. Mula-mula sekali, korang kena cuci muka sebersihnya dan lap kering. Kemudian, calit krim pelembap secukupnya menggunakan jari dan sapu rata pada wajah dan leher. Korang akan perasan titisan-titisan air akan terbentuk tidak lama selepas krim disapu. 


Korang hanya perlu pedap lembut dengan jari sehingga krim meresap ke dalam kulit. Lepas itu, kulit akan terasa lembut, halus dan lembap.


Cara gunanya mudah, tapi pakai moisturizer berapa kali sehari ye? Haa korang boleh guna dua kali sehari seperti aku. Pakai pada waktu pagi sebelum pergi kerja dan waktu malam sebelum tidur. Pelembap muka ini juga boleh jadi krim malam terbaik sebab ia dapat mengawal pembentukan sebum, so bila bangun pagi kulit kita kekal lembap dan tidak berminyak.


Kesan Lepas Guna Moisturizer Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature


Masalah kulit berminyak, tona tidak sekata dan liang pori yang besar telah lama memusnahkan kepercayaan diriku. Tapi kini aku lebih yakin dan selesa dengan kulit sendiri. Kalau dulu, aku perlu mengenakan alat solek untuk menutup cela di wajah. Tapi sekarang aku hanya gunakan krim pelembap Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature siang dan malam. Kesan ketara yang aku dapat rasakan ialah kulit dah kurang berminyak bila bangun pagi.


Liang pori mengecil dan kulit wajah lebih lembut dan mulus. Bila melakukan aktiviti luar, aku tak perlu risau tentang masalah sunburn dan  tona kulit tidak sekata sebab krim pelembap ini boleh menjadi krim siang terbaik yang dapat mencerahkan kulit dan merawat kemerahan.


Serius, korang kena dan patut cuba! InsyaAllah berbaloi dan berpuas hati dengan hasilnya ;)



Thursday, October 05, 2023

Thursday, October 05, 2023

Kisah Dakbu

 


Aku dah takmo takmo takmo takmo amik kucing stray lagi dah. Yang ada dalam umah ni pun dah tujuh ekor campur empat orang manusia memang dah tak banyak ruang dalam umah yang tak berapa nak luas ni haha. Tapi mulut je kata takmo, bila jumpa sekor kang mula la hati ni kesian sedih tak sampai hati nak tinggalkan dia situ.


Kadang-kadang aku malas nak pergi makan kat tempat-tempat yang banyak kucing stray berkumpul sebab orang suka buang kat situ. Pastu dia datang kat meja orang mintak makan dengan muka yang sedih. Itupun bukan semua manusia nak layan. Kalau dapat yang prihatin ada timbangrasa dapatlah si miau tu isi perut sikit.


Kalau dapat yang hati batu, memang dia buat bodoh je. Aku tak boleh...!



Budak ni aku bukan jumpa kat pasar atau mana-mana warung makan, tapi dia yang jumpa kitaorang. Alkisahnya, hati ketiga raya aku baru balik dari keje malam. Naik tangga nampak dia dok mengiau depan pintu umah orang. Time cuti raya blok tu mana ada orang sangat, semua pakat balik kampung dah. Aku pun gatal pi panggil dia haha terus dia meluru turun tangga sana dan naik ke tangga umah kami.


Punya manja la sekor ni. Tak nampak adik beradik atau mak dia. Tak pernah nampak dia sebelum ni kat sini, memang sah la orang buang. Kesian sungguh la aku pun... dok mengiau mintak manja mintak makan. Aku pandang cik suami, cik suami pandang aku balik. Macam orang sedang berkata-kata tapi takda sora haha. 


Bincang punya bincang, cik suami pon dah macam aku tak sampai hati biarkan dia sorang-sorang kat luar. Maka, kami pun buat keputusan amik ke kecik ni bawak masuk umah. Tu la dia .... hati mudah rapuh mudah kesian kalau main ngan anak kucing ni.



Macam biasala bila ada 'orang' baru, yang lain mula la nak hiss hiss marah kat budak kecik ni. KECUALI .....Dino. Dia memang 'suka' budak kecik haha. Dia buli habis budak ni buat main-main sampai naik lemas kawan tu. Yang lain amik masa gak seminggu nak kawan ngan dia. 

Sekarang 'majikan' aku ada 8 hahahaha. 


Saturday, September 09, 2023

Saturday, September 09, 2023

Healing Sambil Mandi Sungai Di Templer Park

 


Dah lama kami berempat tak outing bersama. Selalunya, aku dan anak-anak je keluar bersama. Ayahnya kalau suh masuk mall atau tempat yang ramai orang, awal-awal dia tolak. Tambah kalau yang kena jalan kaki jauh hehe. 


Kitaorang nak luangkan masa bersama tak kira tempat. Dalam mall boleh, dalam ekspo boleh. Tapi kalini ayahnya ajak healing di sungai. Wow! pucuk dicita ulam mendatang la kami bertiga. Mana boleh tolak kalau namanya sungai kan. Ada satu tempat yang kami belum pernah sampai, so ayahnya kata jom kita pergi!




Tempatnya tak jauh pun dari KL, rasanya lebih dekat berbanding Sungai Congkak. Sebenarnya, ada dua tempat rekreasi kat sini, iaitu Sungai Kanching dan Templer Park. Disebabkan Sungai Kancing dah penuh orang, so kami masuk Templer Park. Seawal jam 8 pagi kami dah sampai. Mujur kat sini tak ramai orang lagi.

Makanan kami bawa roti canai dan air mineral je. Sebab fokus bukan nak makan sangat pun hehe. Kakak dan adik sampai-sampai je terus buat 'site visit' cari lighting untuk bergambar. Itu je la kejenye dua orang budak tu.




Sebab kami awal sampai, dapat port baik punya bawah pokok. Tapi pagi-pagi macam ni kena stenbai spray nyamuk ye. Kalau tak darah kita 'dikendurikannya'! Walaupun masing2 datang bawak baju tambahan tapi sebenarnya bukan nak mandi sangat pun hehe. Kami lebih kepada nak duduk berendam dalam air sungai yang sejuk sambil main air duduk atas batu.

Anak-anak dah besar ni, diaorang pun malu2 nak mandi beria. Lainla masa kecil dulu, siap dibelikan baju mandi khas.  





Dalam pukul 10 lebih macam tu, pengunjung sikit-sikit memenuhi ruang untuk berpiknik. Tapi masih selesa la untuk berendam. Walaupun airnya cetek, arusnya agak laju ya. Aku kadang-kadang toleh ke belakang nak pastikan tiada 'kepala air' yang tiba-tiba muncul. Faham-faham je la, insiden berkaitan dibawa arus kepala air ni banyak sangat kita baca dalam berita.Sungai yang tenang jangan disangka tidak akan berombak!

Ada satu benda kelakar terjadi kat aku sebenarnya. Waktu kami jalan-jalan menelusuri anak sungai, aku pakai selipar sebab batu-batu kecil dia agak menyakitkan kaki jugak la haha. Bila pakai selipar tu selesa la nak pinjam dalam air. Tengah dok berjalan angkat kaki tu, tetiba sebelah selipar aku tertanggal dan dibawa arus. Deras pulak tu!

Cik suami pun ape lagi, berlari meredah sungai demi nak dapatkan balik selipar aku haha. Selipar tu dah ke depan dalam 20 kaki jugak la, bayangkan cik suami lari dengan kaki ayam dalam air. Aduhhhhh sakit tu kena batu kecil😖




Dipendekkan cerita, dapat jugak selipar tu balik. Memula rasa macam alah biarlah, selipar je pun. Tapi cakap balik kat cik suami, selipar tu banyak jasa eh hahaha. Terus dia lari kejar. Kalau aku memang redha je la dibawa arus huhu. 

Mujur situ takda orang. Memang gelak la masing-masing. Beria kejar redah arus pijak batu demi nak menyelamatkan sebelah selipar. Bukan takat ralat nak 'lepaskan' selipar tu tapi sebenarnya kalau boleh tak nak jadi penyumbang kepada pencemaran sungai.

Aku jumpa mainan plastik kanak-kanak yang tersangkut di celah batu. Lama-lama dia jadi sampah yang menyakitkan mata. Botol plastik jangan cakap la, ada satu dua yang aku jumpa.

Oleh itu, bila kita bawa anak kecil bersama toys diaorang, sentiasa la beringat untuk pastikan mainan anak kita tak dihanyutkan air sungai. Simpan la sampah masing-masing dan buang dalam tong sampah. Tak rasa bersalah ke campak botol air terus ke dalam sungai?? tak ke rasa diri tu jahat bila buat macam tu?

 

Friday, September 08, 2023

Friday, September 08, 2023

Setengah Hari Di PBAKL 2023

 

Pesta buku antara event yang diaorang suka pergi terutama kalau berdekatan dengan kawasan KL dan Selangor. Aku memang tak boleh menolak kalau diaorang ajak pergi sini. Kebetulan pulak dapat off hari tu, maka kami bertiga berkesempatan menjadi sebahagian dari warga Lembah Klang yang hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023.


Kakak dah plan awal dah nak pergi booth buku Fixi dan nak jumpa penulis buku kegemaran dia, konon nak minta sain autograf la :p. Takpe, ibu bawak je kemana korang nak pergi. 




Seperti yang dijangka, orang memang ramai dari pagi sampai petang. Tak dapat nak cover semua booth sebab terlalu banyak dan banyak tingkat nak naik turun. Nak cari booth Fixi pun kena tawaf dari satu level ke satu level.


Syukurlah akhirnya jumpa juga booth yang kakak nak pergi. Pilihan buku dia dah tentu buku novel. Pastu aku cakap, jom la pergi jumpa penulis kata nak minta sain autgoraf, sekali tak jadi hahaha. Malu katanya! Adik tak berapa minat sangat buku tebal2 ni katanya hahaha. Ye, anak no.2 kan ... :p






Tempat yang bersesak macam ni memang bukan idaman ayah diaorang. Aku je yang sanggup meredah lautan manusia dengan anak-anak. Masuk ekspo kucing pun, kitaorang bertiga je rajin berjalan dari booth ke booth. Ayahnya pening kalau berjalan sampai berlaga bahu hehe.

Dah dapat buku novel, kitaorang pergi cari buku latihan untuk kakak. Kena gak cari buku latihan untuk subjek-subjek utama terutama sains, sebab tahun ni kakak masuk aliran sains tulen. Baca buku dan hafal saja tak boleh, kena ada latihan menjawab soalan.





Nervous sebenarnya bila kakak masuk aliran sains ni. Boleh ke kakak bawak nanti? Aku selalu tanya kakak nak pergi tuisyen ke, kakak faham tak cikgu ajar di sekolah. Dah la tak pergi tuisyen, at least ada buku latihan ni boleh jugak praktis menjawab soalan disamping latihan dari cikgu di sekolah.

Aku dulu kena pergi tuisyen. Memang tak faham cikgu ajar. Bukan sebab cikgu tu yang tak pandai ajar. Tapi otak aku yang lambat pick-up haha. Lagipun kat pusat tuisyen, dapat nota lengkap berbanding dalam buku teks, so kebanyakan soalan aku rujuk dari situ je.





Dah setel beli buku, perut terasa lapar la pulak. Gerai jualan kat luar sama meriah! Macam-macam makanan ada, yang ringan yang berat. Overall, best PABKL 2023. Puas hati dapat belikan apa yang anak-anak nak. 





Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.