Breaking

Friday, March 01, 2024

Friday, March 01, 2024

Gigih Ke Gila??

 

Pagi tu aku keje macam biasa. Hari Jumaat waktu rehatnya lama so, aku dah terbayang-bayang nak beli makanan apa haha. Aku terfikir satu idea. Apa kata aku pergi ke masjid beli makanan kat sana. Banyak yang sedap-sedap dan berbaloi dengan harga.


Tapi aku takmo drive atau tempah grab atau naik teksi atau tumpang orang. Aku buat keputusan untuk jalan kaki dari opis ke masjid! Berapa jauh agak-agak kalau nak jalan kaki ye? :p






Fikir punya fikir, aku nekad. Aku tetap nak jalan kaki. Maka berjalan kakilah aku perlahan-lahan dari opis menuju ke masjid berhampiran. Jarak 2.5km aku cuba bayangkan macam 250m saja hahahaha. Dengan berjubah di bawah matahari terik tengahari aku teruskan langkah sehingga sampai ke destinasi.

Aku tak pasti pukul berapa sampai tapi ada dalam 20 minit aku berjalan. Akhirnya aku sampai di masjid dan terus pergi beli makanan. 








Dah puas membeli, aku jalan kaki patah balik. Kali ni mencabar sikit sebab kena naik bukit. Tadi menurun senang je haha. Matahari masih panas membahang. Basah lencun dengan peluh! Tapi hatiku puas sebab sikit lagi nak sampai target!

Bila dah peluh tak selesa la nak balik opis terus kan. Aku singgah Watsons la, Mr Diy la hehe cari aircond! :p

Pastu aku sambung berjalan kaki. Pergi balik aku hari tu 5km bersamaan dengan 7k langkah fuh! Baki 3k aku jalan mundar-mandir dalam opis haha. Mujur masa tu masih waktu rehat.





Itulah benda yang aku buat hari tu. Gigih ke gila tu? Boleh jadi dua-dua haha. Macam takda hari lain kan. Hari kerja jugak ko nak buat senaman jalan kaki. Tapi tu la kalau aku nekad aku buat. Bila dah buat, rasa puas yang teramat ... tapi takleh amalkan selalu ye haha.

Sunday, February 25, 2024

Sunday, February 25, 2024

Hasil Sebulan Brisk-Walk



Kali terakhir berat aku capai angka 7 ialah ketika aku mengandungkan adik 15 tahun yang lalu. Tapi 5 tahun terakhir sebelum cecah umur 40 berat badan aku naik dengan ketara sekali. Nak kata makan mewah tu tidak juga. Nak kata kerja tak stres tidak juga. 

Tiga tahun terakhir aku perasan berat badan aku capai angka depan 7 tapi masa tu wat lek wat pis je hahaha. Makan macam biasa dan tiada senaman. Keinsafan itu datang pada tahun lepas bila aku tengok gambar reunion dengan rakan sekerja ketika kursus di pejabat. 

Ya Allah .... tak percaya aku sampai macam tu lebarnya!




Satu pagi aku bangun sakit pinggang dan belakang. Badan terasa berat dan paha, lengan, punggung nampak makin melebar. Berhari-hari aku menanggung kesakitan. Kaki, tangan, pinggang semua lenguh.

Manusia ni kalau dah datang sakit baru dia nak sedar kan haha. Macam tu la jugak aku. So, awal tahun ni aku berazam nak turunkan berat badan.

Bulan Januari berat aku 73.9kg, bukan main-main weh! Ni berat aku mengandung dulu. Itupun dulu hanya naik sampai 70kg je. Ni dah terlebih sangat ....!




Aku mulakan dengan buat tabita di rumah. Mula-mula memang susah! Lenguh habis badan aku. Tapi puas bila keluar peluh. Aku suka buat tabita tapi aku tak boleh nak kira berapa kalori yang terbakar guna smartwatch sebab aku takda benda tu.

So aku pergi kepada brisk-walk. Aku aktifkan Samsung Health di hp dan aku buat 6K langkah. Lepas tu naikkan jadi 10K langkah sehinggalah sekarang. Aku buat bukan hari-hari, aku cuba selang-selikan sehari atau dua hari. 

Syok juga buat brisk-walk ni. Bila dah keluar peluh aku jogging sikit-sikit sampai tercapai target 10K.




Begitulah rutin aku setiap kali cuti atau off day. Aku akan ambil peluang walaupun hanya berjalan kaki sekeliling rumah. Kalau terlebih rajin aku pergi taman. Satu lagi aku cuba cut off sugar. Bukan cut off terus, tapi kurangkan sikit demi sikit. Aku tak minum teh tarik kerap macam dulu dah. Kalau tak, sarapan pagi segelas minum petang atau malam segelas huhu. Aku minum juga air masak, tapi ketaksuban aku pada teh tarik meluap-luap pulak haha. 

Tiga hari pertama tu memangla susah sikit nak kawal hehe. Tapi aku kuatkan hati sebab aku tahu berat badan naik kerana pengambilan minuman/makanan manis berlebihan. Alhamdulillah sekarang aku dah tak ketagih minuman manis. Kalau perlu pun aku ambil air buah yang diperah.



 

Sebulan aku cuba kekalkan momentum brisk-walk dan minum air masak. Alhamdulillah usahaku membuahkan hasil yang agak mengejutkan. Penurunan 2.6kg dalam sebulan agak banyak juga, maksudnya metabolisme aku masih kuat cuma perlu terus bersenam.

Bukan tu je tau, penghadaman aku lebih baik. Hari-hari nak membuang haha, jadinya perut kempis. Berkat minum air masak.

Harap aku dapat maintain langkah sihat ini sebab aku dah tak sanggup nak rasa sakit-sakit badan dan melebar sana sini. Di usia dah masuk 40 ni, kesihatan adalah harta yang tidak boleh ditukar dengan wang.


Friday, February 23, 2024

Friday, February 23, 2024

Cadangan Untuk Yang Suka Double-Park!

 

Situasi pertama, pernah tak kereta korang diblok oleh kereta lain? Mesti ramai yang pernah mengalaminya kan? Dan dalam situasi kedua, pernah tak kita blok kereta orang? Itu juga mungkin pernah berlaku. Jadi, kalau korang dalam situasi pertama apa yang korang akan buat?


Benda ni boleh berlaku dimana-mana, tapi paling banyak berlaku di kawasan perumahan flat, atau premis perniagaan atau bangunan kerajaan. Aku baru saja mengalaminya huhu. Kelazimannya, orang yang blok kereta akan meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya kereta yang diblok ingin keluar petak parkir. Itu memang bagus dan bukti orang kita ada kesedaran bahawa kereta dia dah blok kereta orang.


Bila kita blok kereta orang, ada dua kemungkinan samada orang itu takkan keluar sehingga habis waktu bekerja atau orang itu perlu keluar untuk urusan tertentu. Maka, kita takkan pernah tahu betul tak! Sebab itu, penting untuk kita sentiasa alert sekiranya ada orang call. Ni kalau dah sampai 50 kali call tak berjawab ko dah kenapa!




Lagi satu kan, kalau kita berada di tempat yang capaian talian sangat lemah atau langsung takda line sekurang-kurangnya turunkan hand-brake tu supaya orang tu boleh tolong tolak alihkan ke belakang.

Benda-benda gini ramai yang selalu tak amik kisah sebab tak terjadi pada dia. Cuba kalau kereta dia yang kena blok dan dia perlu keluar tapi orang yang blok kereta dia buat benda yang sama? Sebab itu, orang yang blok kereta orang kena ada lebih effort untuk memudahkan urusan orang lain.

Dah sampai kat kereta tu, angkat la tangan senyumla sikit kat orang yang tanda kita minta maaf sebab dah bazirkan masa dia menunggu kita. Bukan susah pun! Ini dia tunjuk dahi berkerut macam kita pulak yang blok kereta dia....yihhhh!



Tuesday, February 20, 2024

Tuesday, February 20, 2024

Berubah Sekarang Atau Dapat Sakit!

 

Mak aku pernah cakap, yang aku takkan naik berat badan walaupun dah tua. Sebab apa? sebab aku tinggi dan makan banyak mana pun tetap kurus. Mak ... mak salah ye haha. Itu cerita 25 tahun dulu. Anak mak waktu lepas beranak dua pun masih kurus lagi. Tapi seiring dengan pertambahan usia, aku makin perasan yang badan aku sudah tidak dapat menampung kemasukan makanan muahahaha.


Tahun lepas, lebih tepat lagi bulan Mei telah menjadi satu poin penting dalam hidup aku yang menerbitkan rasa keinsafan dalam diri dan kesedaran bahawa selama ini aku telah berlaku 'zalim' pada diri sendiri.






Sumpah aku tak edit atau filter gambar ni. Buat pertama kalinya, aku terkejut melihat diri sendiri dalam gambar ini. Waktu tu, lepas habis kursus. Tak tergambar yang aku akan jadi sekembang ini haha. Lengkap dengan pakej double-chin ...yihhhh!

Sakit hati sakit mata weh haha. Adakah salah baju tu? salah pemilihan warna? atau salah aku terlampau bahagia? hahaha. Aduh tapi disinila permulaan kenapa aku perlu berubah. Tapiiiii .... aku bertangguh jugak tu hehe. Dari bulan Mei sampai Disember aku tak 'gerak' lagi. Bila datang sakit-sakit dan lenguh badan baru aku mulakan langkah.

Maka, masuk Januari 2024 aku tak boleh bertangguh lagi. It's now or never! Kalau tak buat sesuatu, yang sakit badan sendiri. Seram tengok macam-macam penyakit yang dihidapi orang sekarang. Penyakit jantung yang dulu banyak menyerang orang-orang tua berumur 50 tahun ke atas, tapi sekarang boleh menyerang orang muda dan usia pertengahan!





So aku mula dengan buat tabita. Jujur ye, mula-mula buat tu dua puluh minit pertama badan aku lenguh yang teramat ye hahaha. Betapa 'berat' rasa badan aku ni ya Allahhhhh! Padahal buat senaman tangan je pun ...yihhhh!

Tapi lama-lama bila dah kerap buat, ia jadi kebiasaan dan lenguh tu hilang. Tapi aku tak rasa puas lagi sebab aku tak tahu berapa banyak kalori aku turun. Makan banyak tapi senaman ala kadar saje pun tak cukup.

So, aku start buat brisk-walk. Aktifkan apps kat hp ni dan walah! Baru syok gini dop haha. Boleh buat 10k langkah dan dari situ kita boleh tahu berapa kalori yang kita bakar. Aku jadi lebih bersemangat nak buat.

Aku start bulan Januari 2024. Aku tak berharap keajaiban sekelip mata, tapi aku harap badan aku dapat fit semula. Moga aku juga dapat berdisplin dalam pemakanan. Selain buat brisk-walk, aku cuba cut-sugar terutama dalam minuman. Teh tarik yang berbuih itu terpaksa daku lupakan seketika dan telan air masak huhu.

Adakah aku akan berjaya menurunkan berat badan? Atau makin kelaut? huhu


Monday, February 19, 2024

Monday, February 19, 2024

Betul ..Ini Last!

 

Haihh aku ni memang ada sejenis penyakit. Penyakit tak boleh tengok anak kucing jalanan yang keseorangan. Mudah kesian, mudah sedih mudah sebak tengok anak kucing ni. Aku dah banyak kali cakap, ini last takmo amik kucing lagi dah.


Tapi siapala aku nak menidakkan rezeki dari Allah taala kan. Dalam ramai-ramai, dia pandang aku...nak wat cemana hehe. Yang ni aku jumpa berjalan sengsorang bawah kete pas maghrib. Aku dan suami baru balik dari kedai masa tu. Ternampak dia sedang mengiau dan berjalan ke arah kami. Aku pandang terus jatuh chenta! Tapi masa tu takda niat pun nak bawak balik.


Aku suh anak aku turun bawak makanan kucing skit. Sambil tunggu kot-kot mak kucing tu ada kat situ sedang cari anaknya. Sumpah, aku tak pernah jumpa anak kucing ni sebelum ni kat kawasan situ. Barangkali dia dibuang atau dia ditinggalkan maknya. 




Seronok tengok dia makan dengan lahapnye. Barangkali lapar dari siang mencari makan tak berjumpa. Aku ni mulalah datang kesian, datang sedih lebih-lebih lagi umur dia baru sebulan (tengokkan badannya yang kecil). Sah la mak dia takda dan dia keseekoran disitu.

Aku pon buat muka kesian kat suami aku hahaha. Suami aku tau dah signal aku bagi tu, tapi dia cakap kat umah banyak dah. Hati aku ni mana peduli tu semua haha. Lagi serba salah kalau aku tinggalkan dia kat situ malam tu dengan hujan renyainya. Mesti dia sejuk nanti....!

Dipendekkan cerita, dia berjaya memikat hatiku dan mengajakku membawanya pulang haha. 




Esoknya aku terus mandikan dia wangi-wangi haha. Dah masuk 4 bulan Abel duduk ngan kami. So, aku anggap umur dia sekitar 5 bulan macam tu. Nama aku la yang bagi, Abelisha. Nama manja Abel hahaha.


Bawak balik kampung mengadap mak, mengucap panjang mak haha. Kat umah dah 8 sekarang campur sekor lagi. Ok mak, kali ni anim janji last!!!!

:p


Friday, February 16, 2024

Friday, February 16, 2024

Bye Assunta, Bye Taman Petaling!

 

Dari tadika sampai la ke sekolah rendah sampai la ke sekolah menengah, setelah 12 tahun anak-anak aku bersekolah di PJ akhirnya aku amik keputusan untuk tukarkan sekolah mereka di KL tahun ini. 


Perancangan nak tukar sekolah tu memang ada dan dah lama nak buat, tapi aku asyik bertangguh. Urusan persekolahan anak-anak memang aku yang uruskan dari dulu sampai sekarang. Jadi, nak tukar sekolah pun aku jugak yang kena turun naik PPD dan sekolah diaorang.


Memandangkan kakak dah Form 5 tahun ni, dia kerap mengadu penat bila balik dari sekolah sebab terkejar-kejar nak mengulangkaji. Jarak sekolah antara PJ dan KL pun agak jauh, kalau jalan jem mau sejam baru sampai umah.


Dulu aku keje waktu pejabat, bolehlah hari-hari hantar dan amik anak-anak dari sekolah.Tapi sejak aku keje syif ni aku lebih banyak masa di KL dan kalau anak-anak hari pergi sekolah means aku kena ulang alik KL-PJ setiap hari. Makan minyak, makan masa, makan tenaga jugak!


Fikir punya fikir, aku nekad tukarkan diaorang sekolah dekat dengan rumah. Lalu, minggu akhir Januari aku pergi ke pejabat sekolah kakak dan adik untuk ambil borang pertukaran sekolah. Kakak dan adik tidak bersekolah di sekolah yang sama ye. Kakak di SMK Assunta dan adik di SMK Taman Petaling. 



Kenapa tak sama sekolah?


Sekolah kakak ada dua sesi pagi dan petang. Sekolah adik hanya satu sesi je. Bila kakak dah Form 3 adik baru Form 1 dah tentu sesi persekolahan mereka takkan sama kalau satu sekolah. So, aku asingkan supaya mereka boleh balik sekolah pada waktu yang sama. Menyenangkan untuk aku ambil dan hantar mereka juga. Bayangkan kalau sorang sekolah pagi, sorang sekolah petang. Kena ulang alik KL-PJ berapa kali satu hari? Keghingggggg minyak kereta wak! hahha...


Tahun ni kakak dan adik Form 5 dan Form 3, jadi diaorang sesi pagi. Oh sekolah baru diaorang ni pun rupanya satu sesi jugak rupanya haha. 


Bila dah isi borang, aku lampirkan salinan yang diperlukan macam IC kakak dan adik, IC aku dan encik suami, sijil nikah dan bil elektrik. Memandangkan aku tukar sekolah dari PJ ke KL, maka aku kena pergi ke PPD Bangsar/Pudu untuk hantar borang tukar. 



Alhamdulillah pihak sekolah Assunta dan Taman Petaling saaaaaaaaangat membantu memudahkan urusanku. Dalam 2 hari je aku dah pergi ke PPD hantar borang. Jawapan dari PPD pulak kena tunggu 5/2/2024. Berdebar rasa macam aku pulak yang tukar sekolah haha.


Dah dapat surat kelulusan dari PPD, aku bawak anak-anak daftar di sekolah baru. Minggu tu minggu terakhir sebelum cuti Chinese New Year. Kakak dan adik pun dah dapat tahu kelas masing-masing. Kini semuanya dah selesai, so nanti bukak sekolah dan sesi baru kakak dan adik akan bersekolah di sekolah yang lebih dekat dengan rumah. Diaorang memang nervous tapi insyaAllah semua itu dapat diatasi. 




Semoga anak-anak ibu terus cemerlang walau dimana jua berada!

Thursday, February 15, 2024

Thursday, February 15, 2024

Bersedia Nak Tukar Baru?

 

Tahun 2023 memang tahun 'sakit' bagi exora kesayanganku. Dari awal tahun dia buat hal, sampai dah habis tahun pun dia 'merajuk' lagi. Padahal aku tak cakap pun nak tukar kereta baru 'depan' dia haha.

Hari tu breakdisc belakang buat hal. Survey barang spare part punya harga mak aii. Mujur encik suami dah beli awal barang tu, jadi hantar ke bengkel je la bayar upah pasang.




Ingatkan tu kali terakhir dia buat hal. Rupanya, masuk tahun baru dia sambung 'merajuk' hahahaha. Kejadian berlaku ketika encik suami sedang motong rumput guna mesin tangan, tak sedar batu-batu kecil tu melantun kena pada cermin 'mati' sebelah tepi belakang.

Walaupun batu kecil, tapi lantunannya boleh meretakkan dan menembusi cermin. Bayangkanla laju tak laju ...padahal batu tu kecik je! Nak marah pun tak guna, benda bukan disengajakan. Mujur cermin tu tak jatuh semuanya sebab ditahan lapisan tinted cermin.

Encik suami terpaksa gam dengan pita pelekat buat sementara waktu. Dah la kena time orang cuti pulak tu, memang la banyak bengkel tutup. Terpaksa tunggu sampai balik KL.



Drive atas highway pun sopan je sebab nak bagi jangan terhentak. Esoknya terus bawak ke bengkel dan pasang baru. Haa terbang lagi tiga ratus lima puluh ringgit! Awal tahun dia dah makan modal haaaa. Kang kalau tak tukar baru bahaya pulak. 

Kadang-kadang aku terfikir nak amik kereta kedua. Kalau macam ni la gayanya dia punya 'rajuk', baik amik baru terus! Tapi banyak kali jugak aku reverse-pshyco balik diri ini supaya fikir baik-baik, sedalam-dalamnya sebelum nak amik kereta baru.

Dengan keadaan OPR yang naik tak menentu sekarang, hutang akan menjadi makin bertambah. Exora tu dah takda beban ansuran, cuma nak repair tu je la. Kalau aku amik kereta baru, dah tentu tiap2 bulan kena istiqomah bayar ansuran, tak termasuk servis kereta dan lain-lain lagi.




Bila dah ada dua kereta, kena bayar dua insuran dan dua road-tax! Aku belum bersedia nak tambah hutang lagi buat masa ni. Aku sendiri tengok macam mana peritnya orang yang ada dua buah kereta dan kena maintain insurans serta servis. Memang tak cukup baki duit yang tinggal walaupun dua orang bekerja!

Biarlah exora ni jadi kuda putih tunggal kami. Rosak sikit-sikit tu kami repairla sikit-sikit ikut bajet. Yang penting, tiap2 bulan tak kalut tak serabut mikir nak bayar bank dengan opr yang entah apa-apa. Nak pakai barang baru, biar ikut kemampuan diri membayarnya. Kalau tak reti membayar jangan berhutang!



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.