Breaking

Saturday, May 11, 2024

Saturday, May 11, 2024

Hampir Tak Beraya!

 

Dah masuk Zulkaedah baru datang mood nak masuk blog hehe. Lately tak dapat nak fokus pada blog sebab sibuk dengan urusan duniawi yang tak pernah habis. So, hari ni aku agak free so terfikir bolehlah kita share sikit cerita raya haritu.


Sebenarnya, kalau ikutkan tahun ni turn aku dapat cuti raya. Tapi bila tengok jadual kerja bulan April, nama aku tak termasuk dalam senarai yang dapat cuti. So, aku tanya pada yang buat jadual tahun ni tak boleh ke aku cuti sebab tahun lepas aku dah keje haha.


Begitulah kalau dah kerja syif. Ada masa kita dapat cuti raya, ada masa kita kena kerja. Aku sebenarnya baru nak berpasrah kalau dia kata aku takleh cuti, sebab aku hanya nak balik untuk tolong mak masak lauk raya je. Kesian la mak sengsorang masak. Kalau takleh balik hari raya, aku boleh balik sehari sebelum untuk tolong mak masak dan kemas apa yang patut.


Tapi syukurlah alhamdulillah, dia bagi aku cuti sehari sebelum dan raya pertama. Raya kedua aku kena masuk kerja malam haha. Takpe itu takda hal, asalkan aku boleh balik tolong mak masak.








Aku balik bukan saja nak tolong mak masak dan mengemas rumah, tapi melayan tetamu yang datang beraya. Kalau mak sorang memang tak terlayan dan tak larat. At least sedara datang ada la juadah raya untuk dihidang selain dari biskut raya. Sebab tu seboleh-bolehnya aku akan layan sapa saja yang datang dengan bersungguh-sungguh sebab bukan setiap hari kita terima tetamu kan.

Dan oleh sebab itulah, raya tahun ini aku telah merancang untuk masak satu menu nasi. Selalunya, pagi raya kami hidang nasi impit kuah lodeh dan rendang. Tapi kali ni, aku tambah satu lagi menu iaitu nasi tomato dan ayam masak merah hehehe.





Teringin benar aku nak masak nasi tomato dan ayam masak merah sebagai juadah raya. Takda la satu hari tu melantak nasi impit je kan haha. Tekak melayu kena la ada nasi jugak. Juadah raya lain seperti rendang daging, sup tulang, nasi impit, kuah lodeh tetap ada seperti kebiasaan.



Alhamdulillah begitulah cerita raya kami tahun ni. Syukur dapat jamu tetamu dengan juadah kami yang tak seberapa ni. Oh ya, tema warna kami tahun ni mustard dan brown haha. Anak2 nak pakai kaler brown, aku pulak dah beli siap2 baju kaler mustard so malas nak bazir duit beli baru. Tunggula tahun depan kita boleh matching kaler lagi hehe.


Tuesday, April 23, 2024

Tuesday, April 23, 2024

Jalan TAR Malam Raya - Nak Ke Suasano Jah!

 

Setiap tahun, Jalan TAR jadi tempat tumpuan orang KL dan luar KL untuk berkumpul dan mendapatkan barangan seperti baju raya, tudung raya dan semua yang berkaitan raya. Belah siang kalau berjalan di situ tak berapa sesak. Tapi lepas bukak puasa memang berjalan berlaga baju dari pangkal jalan hingga ke hujung jalan.


Seperti tahun lepas, tahun ni aku berkesempatan merasai suasana bersesak-sesak dan meriah di sana. Tahun lepas aku pergi kerana nak cari baju raya anak-anak. Tahun ni aku cerdik sikit, beli baju diaorang kat Kenangan je haha. Tempat selesa, ada air-cond, banyak pilihan dan ada eskalator. So, kitaorang gi Jalan TAR jalan santai-santai je malam tu.




Dah nama pun malam raya, parking kereta dekat itu sangatlah mustahil ye. Kami parking 500m dari Jalan TAR, syukurlah bayaran parking RM2 je sekali masuk. Tpai aku dah lupa parking mana kitaorang masuk haha. Ye la, masa tu dah pukul 10pm.


Terpaksalah kitaorang jalan kaki dan akhirnya sampai ke Jalalan TAR yang dihiasi dengan lampu-lampu cantik.








Kalau ikutkan malas nak bersesak-sesak  apatah lagi malam raya memang penuh dengan umat manusia yang nak cari kelengkapan raya sama. Tapi sebab anak-anak pun request nak gi berjalan di tengah KL so kita layankan je la hehe.



Monday, April 22, 2024

Monday, April 22, 2024

Resipi Sotong Goreng Berempah

 

Lama sungguh tak update resipi kan. Aku pun masak lauk lebih kurang sama je setiap kali haha. So kebanyakan menu dah ada resipinya dalam blog ni. 


Selain udang, aku cukup suka makan sotong. Pada aku, sotong tak syok kalau dimasak kuah tapi kalau goreng buat sambal atau goreng kunyit ke haaa tu memang mantap! 


SOTONG GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan :


1/2kg sotong

1/2 biji bawang Holland

1 biji cili hidup

2 sudu besar serbuk kari ikan

Garam secukup rasa


Cara-cara :


1. Basuh sotong bersih-bersih. Jika saiz sotong besar boleh potong kecil-kecil. Jika saiznya comel macam dalam gambar, maka tak payah potong dah, terus masak sekor-sekor. Dah basuh, toskan dia. Letak serbuk kari ikan (apa jenama yang korang selalu guna) gaulkan dengan sotong tadi. 


2. Letakkan garam mengikut tahap kemasinan yang korang nak dalam campuran sotong dan rempah ikan tadi. Gaul rata dan perap dia kejap.


3. Hiris bawang Holland dan cili hidup. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili hidup tadi goreng sampai naik bau.


4. Masukkan perapan sotong ke dalam kuali dan gaul dengan api sederhana. Ingat, sotong ni takmau goreng lama-lama ye nanti dia liat. So teruskan menggaul.


5. Tutup api dan sedia dihidangkan!





Nak lagi syurrrr masukkan hirisan tomato dalam sotong tadi. Tapi aku suka potong timun jepun, makan ngan nasi panas-panas ...wah! Tambah pulak telur mata cair di tengah ...wah! Goncang pulak kicap jalen ....wah! :p


Selamat mencuba! ;)




Sunday, April 21, 2024

Sunday, April 21, 2024

Tahun Ke-2 Kek Lapis

 

Macam tahun lepas jugak, tahun ini biskut raya aku adalah kek lapis. Makin lama makin mengarut tengok harga bahan mentah nak buat biskut raya. Sebelum puasa lagi aku dah peruntukkan dan rancang untuk beli saja kek lapis sebagai juadah raya nanti.


Lagipun, seperti tahun-tahun lepas tahun ini aku bizi dengan menyimpul. Alhamdulillah walaupun aku tak bukak tempahan banyak tapisemuanya sempat disiapkan mengikut jadual.



Kek lapis ni aku beli 30 biji dengan 10 perasa, of course ada untuk mak di kampung. Aku masih beli dengan seller yang sama dari Kelantan. Memang sedap semua perasa yang dia ada. Puas hati, boleh repeat tiap2 tahun.


Stenbai banyak sebab anak-anak pun suka makan kek lapis ni. Diaorg bawak pergi sekolah untuk potluck jamuan raya. Boleh juga buat minum teh di petang hari. Biskut raya atau kuih raya dah jemu katanya haha. Memang nak kelainan sikit dari orang lain. Lagipun kos dia sama je kalau beli biskut raya dalam balang tu. 



Saturday, March 30, 2024

Saturday, March 30, 2024

Pertengahan Ramadan 1445H

 

Kejap je dah dua minggu bulan Ramadan. Alhamdulillah masih dipinjamkan umur untuk merasai nikmat Ramadan tahun ini. Sejak bermula Ramadan, aku tak berkesempatan lagi nak buat brisk-walk di petang hari. Menjelang petang aku dah sibuk memasak untuk berbuka atau pergi ke bazar. Malam lepas terawih aku dah melingkau atas katil haha.


Tapi kalau aku keluar atau ke bazar, aku akan ambil peluang jalan kaki dari rumah dan tawaf bazar tu 2-3 kali sampai kuar peluh. Itu jela yang termampu aku buat sekarang ni.



Kan aku pernah cakap aku target nak turun sikit lagi. Biar 'kepala' nombor tu jadi 6 instead of 7. Tapi aku takda buat senaman khusus hanya berjalan kaki selain berpuasa. 


Makan nasi satu senduk sekali sehari. Kadang sahur tak makan nasi pun. Jamah lauk pun ok dah. Pergi bazar pun tak tahu nak beli apa sebab menunya sama je haha. Sekali sekala aku bedal jugak murtabak dan donut manis :p


Cuma aku craving nak makan buah masa bukak puasa. Air tembikai tu kalau tengok kat bazar aduhhhhh tergoda rasa nak membelinya tapi aku tak beli le. Aku prefer makan buah tembikai sejuk2 tu lagi sebab kalau beli airnya komen udoh tentu le deme letok ayor gule hehe.




Alhamdulillah berat aku dah jadi 'kepala' 6. Macam ni pun aku dah terasa kurus haha. Moga dapat maintain berat macam ni sampai bila-bila. Kurus sangat pun takmau kome ..biole padan dengan ketinggian. Kang orang kate aku seghuper tiang bergerak kome hahahaha...


Friday, March 22, 2024

Friday, March 22, 2024

Nak Boikot KK Mart?


Cerita tak molek tak sedap dah tentu bila ia berkaitan dengan agama dan sensitiviti umat Islam terutama di negara ni. Aku kadang-kadang tak faham macam mana diaorang boleh duduk di negara ini berpuluh2 tahun aman dan damai tanpa rasa bersalah menghina dan memperkecilkan kepercayaan orang lain.


Jujur, aku tidak boleh mengelak dari bercakap pasal benda ni. Hipokrit dan munafik la aku jika tiada sedikit pun perasaan marah dan kecewa dengan apa yang telah terjadi. Bukan sekali, dah banyak kali diaorang provok!


Tak pernah aku sepanjang hidup ada sekelumit rasa menyibuk nak mempertikaikan apa yang mereka percaya dan amalkan walaupun ikut akal yang sihat dan waras apa yang mereka amalkn tu lagi tak masuk akal dan boleh digelakkan. But no, aku takkan dan tak pernah diajar untuk buat macam tu.


Tapi diaorang ni sibuk nak mencelah dan mempersendakan agama orang lain sedangkan orang Islam walau dari mana-mana negara sekalipun tidak pernah memulakan apa-apa tindakan yang boleh mencetuskan provokasi agama lain apatah lagi meletakkan nama Tuhan di stokin!


Menyibuk tak habis-habis...sakit kat mana entah! 




Satu syarikat besar yang ada beratus-ratus cawangan boleh cakap tak perasan terlepas pandang ... tak masuk akal! Rupanya kalau nak letak barang dalam pasaraya diaorang kena lalui pelbagai proses tapisan yang ketat dan lama baru. Bila terbongkar baru menggelupur puak-puak ni nak cari salah orang tu orang ni. Mujur orang kita yang membeli perasan dan viralkan di media sosial, kalau tak ingat diaorang heran ke pasal benda ni??


Lagi satu kumpulan manusia cakap jangan perbesarkan isu ni...kecil saja tak perlu kecoh-kecoh! Ini yang buat aku nak menyumpah seranah tapi ku tahan jebat sebab daku puasa. Kau ingat nama kat stokin tu macam nama abah kau, atok kau, moyang kau! Memang jibauk punya perangai!


Sekarang terpulang pada kita untuk boikot atau tidak pasaraya KK Mart ni. Bak kata UAI, hak memaafkan hanyalah daripada Allah tapi sebagai orang Islam hati ini dah terluka.


Kita sebagai pengguna juga kena tegas. Ini bukan nama keluarga atau sedara mara kita kat stokin tu. Ni Allah!


Sebagaimana kita boikot starbuck dan francais makanan dari Barat dan yang ada kaitan dengan Israel kerana Palestin, kita juga boleh boikot KK Mart yang terang-terang melukakan hati umat Islam.

Thursday, March 21, 2024

Thursday, March 21, 2024

Tiada alasan, hanya perlukan tindakan!

 

Senaman jalan kaki diteruskan walaupun seorang diri. Sekarang aku tak suka main kat opis, jalan jauh sikit jumpa taman baru syok kan. Hari tu aku jalan kaki dari opis melintas jalan dan menuju ke Taman Jaya.


Masa tu dah tengahari, tapi apa ada hal. Situ kan banyak pokok-pokok rendang nan berbuah hehe. Redup je takde la panas litlit macam kat opis.



Walaupun taman ni masih dalam pembinaan tapi laluan untuk jogging masih dibuka. See, kan redup tu! Syok je jalan kaki santai-santai dengan angin sepoi bahasa. Orang pulak hampir tiada kecuali pekerja landskap taman yang sedang sibuk buat keje diaorang. Orang awam hanya aku dan satu family tu bawa anak dia naik basikal. 

Nak cukupkan langkah 10k aku kena pusing satu taman tu 10 kali hehe. Tak perlu berlari, hanya brisk-walk pun dah boleh keluar peluh. Keselamatan terjamin sebab takda manusia nak lepak di tempat macam ni haha. 




Terfikir jugak aku macam mana nak maintain buat brisk-walk di bulan puasa nanti. Mungkin aku boleh brisk-wall di bazar je nanti haha. Mana tau pusing 10 kali boleh dapat 10k pastu bolehlah makan tanpa rasa bersalah hahaha.

Dah cukup 10k, aku patah balik jalan kaki balik ke opis. Puas! Lega! Menyegarkan!





Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.