Breaking

Thursday, May 23, 2024

Thursday, May 23, 2024

Road To Braces - Temujanji Oral Hygiene

 

Bila doktor dah buat pemeriksaan dan sahkan yang kakak layak untuk rawatan braces, prosedur seterusnya adalah  pemeriksaan oral hygiene. Apa benda oral hygiene ni? Ia adalah pemeriksaan berkaitan dengan kebersihan mulut termasuk gigi dan gusi.


Prosedur ni memerlukan tiga kali datang ke klinik setiap dua minggu untuk memastikan pesakit menjaga kebersihan mulut dengan baik dan berdisplin. Kalau sebelum pakai braces kita kena jaga gigi dengan baik, dah pakai nanti lagilah rumit penjagaannya.


So, sepanjang tiga kali kehadiran kakak hanya kena scalling dan buat tampalan sikit saja. Secara keseluruhannya, doktor berpuas hati dengan gigi kakak. Kemudian barulah doktor buat surat rekomendasi ke klinik pakar.



Kami diberi tiga pilihan klinik pakar dalam KL :

  1. Klinik Pergigian Cahaya Suria
  2. Klinik Pergigian Kuala Lumpur (Titiwangsa)
  3. Klinik Pergigian Dato' Keramat

Masa aku pakai braces dulu, aku pergi dekat klinik gigi Cahaya Suria. Tapi sekarang kalau nak pergi sana waktu pagi memang menaiki kereta sangatlah tak praktikal haha. 

Sama jugak dengan klinik gigi Titiwangsa, jalan ke sana ya Allah jangan ditempuh belah pagi! 

Doktor suruh kami fikir dulu sebelum buat keputusan. Aku pilih klinik gigi Dato' Keramat sebab berdekatan dengan rumah dan walaupun jalan ke sana agak jem, tapi ada jalan baru ke Dato'Keramat yang lebih mudah dan cepat sampai. Lagipun, depan klinik gigi tu besar giler parking lot dia ye! Takyah pusing dua tiga kali cari parkir. Tapi kena bayar tiket masuk lah sebab ada orang jaga.

Next, nanti aku share apa kata doktor pakar pulak.

Wednesday, May 22, 2024

Wednesday, May 22, 2024

Penetapan Target & Format SPM 2024

 

Baru-baru kami ke sekolah untuk menghadiri program penetapan target SPM. Anak sulungku bakal menduduki peperiksaan terpenting dalam tahun-tahun persekolahan dan semestinya semua target nak straight A's kan!


Ibubapa diberi taklimat tentang bagaimana keputusan SPM diperolehi dan kriteria yang membolehkan pelajar mendapatkan sijil SPM. 


Format sijil SPM juga telah bertukar. Aku tak pasti adakah format ini telah lama digunapakai atau baru tahun ini dilaksanakan tapi yang pasti ia tidak sama macam zaman aku dulu haha. 



Format yang telah diperkenalkan dan dikuatkuasakan sejak tahun 2013 ini mewajibkan pelajar untuk lulus bagi kedua-dua subjek BM dan Sejarah. Namun begitu, pelajar tidak akan dapat SIJIL SPM sekiranya:


  • gagal/tidak hadir untuk kedua-dua subjek BM dan Sejarah
  • gagal/tidak hadir untuk salah satu subjek (BM atau Sejarah)
  • gagal/tidak hadir untuk mana-mana kertas (Kertas 1/2/amali) bagi subjek BM dan Sejarah

Sekiranya pelajar gagal salah satu dari subjek BM atau Sejarah, maka KPM hanya akan mengeluarkan
PERNYATAAN KEPUTUSAN bagi menggantikan SIJIL SPM.


                   


Selain itu, format bagi  SIJIL SPM 2024 akan memaparkan HANYA SUBJEK YANG LULUS SAHAJA di atas sijil/pernyataan. Meaning, kalau gagal subjek Matematik, maka dalam sijil tidak akan dipaparkan nama subjek itu dan grednya.

Maksudnya, kalau pelajar amik 9 subjek dan hanya lulus 5 subjek maka hanya 5 subjek itu sahaja yang akan dicetak di atas SIJIL SPM. 

Sebab itu penting untuk semua calon SPM lulus terutama bagi subjek BM dan Sejarah. Gagal salah satu atau kedua-duanya maka yang akan dapat hanyalah PERNYATAAN KEPUTUSAN. Subjek lain dapat A+ sekalipun, PERNYATAAN KEPUTUSAN tu tak laku ye jika nak menyambung pelajaran di peringkat seterusnya.




Pengetua juga menekankan kehadiran ke sekolah amatlah penting apatah lagi bagi calon SPM. Satu hari saja tak hadir, maka pelajar tu akan banyak terlepas ilmu dan pembelajaran di sekolah. Cikgu pun takkan ulang!

Diharap semua calon SPM 2024 akan berjaya dengan cemerlang dan mendapat keputusan yang sangat baik. Buat anakanda Hazwani, ibu ayah doakan moga kakak berjaya dalam SPM tahun ini...amiinn aamiinnn!



Tuesday, May 21, 2024

Tuesday, May 21, 2024

Saya Jual Baju Preloved!

 

Dulu kan aku aktif meniaga di merata carboot sale. Antara tapak carboot yang pernah kami masuk macam CBS Kota Damansara, CBS Subang Bestari dan CBS Wangsa Walk. Disitulah pelbagai kenangan dan memori pahit manis dan mengenali pelbagai ragam manusia secara berdepan.


Tapi lepas tu, kami berhenti dari meniaga CBS sebab banyak barang dah habis. Asalnya, meniaga barang preloved sendiri. Pastu dapat sambutan dan mula seronok berniaga. Kami mula 'menyelam' cari barang pulak. Rumah pun dah jadi macam tongkang pecah haha.


Kemudian suami dapat kerja lain, dari situlah kami perlahan-lahan mengundurkan diri dari dunia carboot sale



Baru-baru ni atau lebih tepat lagi dalam bulan puasa hari tu, aku terlebih rajin mengemas almari baju. Dok pilih baju mana yang dah tak pakai tapi  masih elok, terutama baju raya tahun lepas yang pakai sekali dua je. Habis aku keluarkan semuanya dan mula terfikir nak jual preloved!


Aku mula join grup preloved di fb. Berlambak grup di sana. Menjual preloved di carboot sale tak sama macam dalam online. Kat dalam online, kita kena sediakan ukuran baju atau seluar siap-siap supaya customer boleh ukur dan tahu samada ukuran ngam ke tidak.



Sikit-sikit aku belajar dari tak tahu langsung kepada tahu sikit-sikit dan alhamdulillah ada rezeki walau tak banyak. Seronok juga meniaga preloved ni! Tapi dalam seronok tu ada jugak la ragam manusia yang perlu kita hadap. Ramai seller mengadu tentang perangai customer macam ni macam tu. Dan ada jugak customer yang mengadu seller perangai macam ni macam tu haha.


Tapi paling musibat ialah seller yang scam orang dan pembeli yang jadi joy buyer. Dua-dua ni golongan yang sangat dibenci dalam dunia perniagaan online. Aku banyak kali kena joy buyer ni. Tapi takda lagi la tahap nak viralkan diaorg dalam sosial media. Aku sound dalam wassap atau messenger je biar dia malu sendiri. Kalau melawan jugak, ha baru aku viral jawapan dia dalam fb hahaha.




Bukan takat tu je, kita kena hati-hati membeli dalam grup menjual ni sebab ada yang suka curi gambar baju orang lain kemudian kata tu baju dia. Bila customer dah bank-in duit terus dibloknya nombor dan fb customer tu. Duit haram tu dia makan! Sebab tu, semua gambar baju aku ada watermark. Penting supaya gambarku tak dicuri orang dan orang boleh tahu kalau itu scammer atau tidak.


Bukan semua seller menipu dan bukan semua pembeli itu joy buyer. Kita kena pandai 'menyelam' dan kena pandai menyiasat sebelum bank-in duit untuk beli barang. Kadang kita pos gambar belum tentu ada orang nak beli. Kena banyak bersabar dan rajin pos gambar barang kita di grup-grup preloved lain. InsyaAllah ada rezeki tu.


Monday, May 20, 2024

Monday, May 20, 2024

Tak Seronok Di Sekolah Baru?

 

Sejak kakak dan adik bertukar sekolah dari PJ ke KL bulan Februari yang lepas, aku takut jugakla kalau diaorang susah nak menyesuaikan diri di sekolah baru ni. Maklumla, separuh dari usia kecil (dari tadika ke sekolah menengah) mereka banyak dihabiskan di Petaling Jaya walaupun kami tinggal di KL. 


Aku risau juga kalau diaorang akan bertukar jadi introvert sebab ini kali pertama diaorang masuk sekolah menengah campur. Dah la tak kenal siapa-siapa pun kat sekolah tu. Sebab tu sebulan yang pertama, aku sering bertanya samada mereka ok ke kat sekolah tu? Cikgu dan kawan-kawan baru ok ke? Faham ke cikgu mengajar? Ada ke kawan yang mengusik? Makanan kantin ok ke? dan bermacam lagi soalan.




Tapi kalau tengok gambar kat atas ni siapa-siapa pun boleh agak samada diaorang happy dan bahagia ke tak kat sekolah baru tu hahaha. Disebabkan sekolah dekat dengan gerai jual makanan, boleh dikatakan hari-hari diaorang 'pau' aku hahaha! 

Walaupun aku ni orang lama yang tinggal di kawasan tu, tapi sumpah aku baru tau gerai makanan tepi jalan tu jual makanan goreng-goreng yang sedap giler! Budak-budak sekolah memang akan mengerumuni gerai-gerai tu untuk mengisi perut selepas waktu sekolah.

Baru-baru ni juga, adik ada bagitau yang kantin sekolah ada jual waffle RM3. Okla tu kan, harga rahmah. Aku marah juga kalau dia selalu beli nugget atau ayam goreng atau sosej je waktu rehat. Sejenis tak suka makan nasi berlauk ni payah!





Selain tu, diaorang cepat buat kawan. Alhamdulillah anak-anak aku takdala introvert sangat rupanya hahaha. Aku tanya juga cikgu mengajar korang faham ke. Alhamdulillah diaorang faham. Kalau tak faham tanya, jangan buat diam je.

Kawan-kawan ada gak yang mengusik. Maklumla, sekolah campur lelaki dan perempuan memang yang lelakinya gemar mengusik dan menyakat terutama budak-budak baru. Aku anggap itu lumrah untuk kenal-mengenal antara satu sama lain. Jangan lelebih dah la.

Overall, diaorang memang happy kat sekolah kat baru. Kakak bagitau dia terpilih dalam sukan lontar peluru mewakili rumah sukan. Adik pulak dapat masuk perbarisan kawad rumah sukan. Memang dia suka kawad haha.

Hari-hari ada je cerita lucu dari sekolah yang adik bawa balik. Aku pun tak risau sebab diaorang dah pandai bawa diri di sekolah baru. Untuk kakak, ini tahun terakhir di sekolah menengah. Kena fokus lebih untuk SPM.

Untuk adik, ada 2 tahun lagi insyaAllah di sini. Mesti akan ada banyak lagi memori dan kenangan yang dapat dilakarkan di sekolah ni.


Sunday, May 19, 2024

Sunday, May 19, 2024

Milla Dalam Ingatan

 

Aku masih ingat saat aku adopt Milla dan adiknya Millie dari grup di facebook pada tahun 2021. Kali pertama aku tengok gambar yang dipos oleh tuan lama mereka, terus aku jatuh hati! Tak tunggu lama, aku terus pm dan akhirnya kedua-duanya diserahkan kepadaku untuk dijaga.


Setahun pertama, Milla dan Millie yang asalnya anak kucing yang baru berusia beberapa bulan membesar dengan sihat dan aktif. Merekalah penyeri dalam rumah selain Putam dan Mia. Kedua-duanya aku vaksin dan mandulkan bila dah cukup umur.



Tapi tahun 2023, aku diuji apabila Milla disahkan mengidap sejenis penyakit yang hingga kini tiada ubatnya. Aku mula takut tapi tetap positif dan berusaha untuk merawat Milla ketika itu. Sanggup aku beli booster yang harganya mencecah ratusan ringgit walaupun ianya hanya untuk meningkatkan imun badan dan bukan merawat sepenuhnya.


Namun, penyakit Milla datang semula lepas 2 bulan dan kali ini memberi kesan sehingga dia tidak lagi makan dan minum secara normal hanya terbaring dan terpaksa dipakaikan pampers kucing.


Aku bawa dia ke vet sekali lagi dan doktor cuba untuk masukkan air ke dalam badannya kerana Milla mengalami dehidrasi yang agak teruk. Badannya juga susut mendadak. Tanda-tanda lain, kulit dan matanya berwarna kuning.



25/12/2023

26/12/2023 - Milla dah tiada


Dan malam itu juga, Milla akhirnya pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya pada 26/12/2023. Aku dan adik sempat melihat saat-saat akhir Milla sebelum nafasnya berhenti sebab masa tu aku sedang nak bagi ubat. Kakak pula tak sanggup tengok 😭




Kini setelah beberapa bulan baru aku bersedia untuk berkongsi berita sedih ini. Maafkan kami kerana tak cukup sempurna menjagamu. Moga Milla tenang disana....


Sunday, May 19, 2024

Rasa Nak Boikot Teh Tarik Sebab Menderhaka!

 

Aku takda masalah nak boikot kopi dari mana-mana jenama antarabangsa dan lokal yang support zionis. Sebab aku sendiri bukan peminat kopi. Tak kisah lah macam mana korang cakap sekalipun, kopi tu sedap ke, lain dari yang lain ke, biji kopi terpaling original ke memang aku tak suka minum kopi. Full stop.


Begitu juga nescafe dan yang seumpama dengannya. Lokal atau antarabangsa. Tak boleh masuk tekak langsung. Aku cuma suka teh tarik atau teh o atau teh o limau. I'm a tea person haha. 


Tapi teh tarik ni pun nak kena boikot jugak rasanya. Maksud aku kedai mamak yang buat teh tarik ni! Bukan sebab support zionis ke ape tapi diaorang telah 'menderhaka' resipi!


Derhaka resipi macam mana tu?


Pagi ni aku order kopi o suam (takmo gula) untuk suami dan teh tarik bungkus untuk aku. Dah siap order, aku terus pergi bayar. Aku tengok air teh tarik aku tu macam cair-cair bukan macam teh tarik pekat. Tapi aku husnuzon je la kan haha. Aku pun gerak dari situ.




Dah habis makan aku pun sedut teh tarik tu. Sumpah  tak sedap! Cairrrrrrr tak rasa apa! Teh pun bukan susu pun bukan. Air tu keruh macam Sungai Klang hahahaha. Terus aku pergi balik kedai mamak tu dengan cik suami. Aku sengih tunjuk plastik teh tarik dan cakap,"bos, buat baru boleh. Takda rasa teh tarik ni".


Dia boleh jawab,"eh bukan you mintak teh tarik o ke?"


"Tak pernah dibuat orang minum teh tarik o! Saya kan biasa order teh tarik. Tadi saya cakap kopi o takmo gula. You pergi buat teh tarik o kenapa haha", aku jawab.


"Haahahaa...sorry sorry saya salah dengar la tu. Saya ingat teh tarik pun takmo susu hahaha. Takpa takpa kita kasi ganti baru", kata dia.


Apela mamak ni. Tak pernah dibuat orang lagi minum teh tarik takda susu. Rupa dah macam air Sungai Klang. Kot ye pun nak suruh aku cut sugar janganla sampai menderhaka resipi asli teh tarik hahahaha!


Akhirnya aku dapat jugak teh tarik yang sebenar. Tapi kali ni teh tarik mamak tak sedap mengancam lah. Tak pekat susu takpe la jugak, ni rasa teh pun kureng. Entah berapa kali tapis teh tu dia guna hmmm.


Friday, May 17, 2024

Friday, May 17, 2024

Road To Braces - Tanya Doktor Dulu

 

Dari tahun lepas lagi, kakak dah menyatakan hasratnya nak pakai pendakap gigi (braces). Tapi masa tu aku tak galakkan sebab gigi bongsu dia masih ada. Lagi satu, sebab masa tu trend pakai braces memang popular di kalangan remaja. Anak aku ni pun terikut sama!


Tapi tak semudah itu aku nak turutkan. Ingat murah ke pasang braces kat klinik swasta? Aku tak suka kalau anak ikut trend sana sini membabi buta. So, aku cakap kalau betul nak pakai braces jom kita pergi klinik gigi. 


Kita dapatkan pandangan pakar samada gigi kakak sesuai atau tidak pakai pendakap gigi? Tak dinafikan gigi dia jarang dan ketara bahagian depan (gigi kapak), tapi aku nak biar doktor gigi yang sahkan. Aku cakap awal-awal dengan kakak, apa saja keputusan doktor gigi (samada layak atau tidak dapat rawatan) kakak kena terima seadanya.


So, awal bulan Februari, aku bawa kakak pergi klinik gigi untuk buat pemeriksaan. 




Disebabkan kakak masih dibawah umur, setiap kali temujanji klinik aku kena duduk sama dalam bilik rawatan. Teringat zaman aku sekolah dulu, form 4 aku start ulang-alik klinik gigi untuk buat rawatan dan pemeriksaan sebelum pakai braces. Satu tahun jugak la nama aku dalam waiting list sebelum dapat pakai braces di klinik gigi bangunan Cahaya Suria, KL.


Berbalik pada kakak, doktor gigi membuat pemeriksaan dan mengukur tahap kejarakan gigi dulu. Alhamdulillah, kondisi gigi kakak memenuhi kriteria untuk pemasangan pendakap gigi (braces). Tapi bukan boleh terus pakai macam tu je!


Next story, aku akan share prosedur seterusnya.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.