Breaking

Friday, May 31, 2024

Friday, May 31, 2024

Tudung Bawal Bermanik Preloved

 

Koleksi tudung bawal manik material cotton preloved. Kebanyakannya ada yang aku tak pernah atau tak sempat pakai. Tapi harga kasi sama semua.

















Kalau berkenan dengan mana-mana tudung di atas, boleh pm aku kat fb hanimhashim.com

Friday, May 31, 2024

PBAKL 2024 Meriah!

 

Memang kena dengan musim cuti sekolah! Event perbukuan antara event yang kami nanti-nantikan setiap tahun dan pastinya menjadi tumpuan semua lapisan masyarakat. Apatah lagi event ni dilokasi paling strategik iaitu di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.


Sejak poster PBAKL 2024 berterbaran di media sosial, anak-anak memang dah book aku untuk spend time bersama temankan diaorang pergi PBAKL untuk cari buku. Macam tahun lepas, PBAKL tahun 2024 diadakan dia PWTC.




Kami pergi pada hari kedua yang jatuh pada hari Sabtu. Kalau nak datang event PBAKL, dinasihatkan untuk amik public transport je. Janganlah bawa kereta ... memang menempah bala! Jem dia tak boleh bawa bincang haha.

Tahun lepas kami datang dengan kereta, tapi tahun ni kami naik STAR LRT dari Masjid Jamek terus ke PWTC. Laluan pejalan kaki berbumbung disediakan jadi tak la berjalan di bawah panas matahari. 

Pun begitu, tetap juga orang berpusu-pusu nak masuk PWTC sampaikan laluan jalan kaki pun 'jem'! Mana taknya, laluan ni bersambung terus dengan Sunway Putra Mall. Memang menjadi tumpuan orang la kan.



















Matlamat utama kami kat sini ialah nak cari buku latihan SPM untuk kakak. Kat sini, lebih jimat dan boleh beli banyak sebab ada jualan murah dan diskaun kaw-kaw punya! Kakak dah nak SPM tahun ni, memang kena buat banyak latihan dan aku nampak dia bersungguh nak score. Sebagai ibu, aku support sepenuhnya. Sebab tu, buku apapun dia nak aku belikan.






Buku-buku novel pun dijual murah disini. Ada yang serendah 5 novel RM50! Wow, pencinta novel tegar mesti suka ni! 












PBAKL 2024 berlangsung dari 24hb sehingga 2hb Jun 2024. Masih ada masa lagi untuk bawa anak-anak dan famili pergi event ni. Memang berbaloi. Makan minum jangan risau sebab di luar bangunan disediakan food truck dan juga gerai makanan. Sediakan duit je! hehe.

Aku rasa macam nak repeat lagi ke sana minggu ni sebab kakak nak cari buku latihan form 4 pulak. Lepas tu boleh meronda dalam Sunway Putra Mall kejap hehe.



Tuesday, May 28, 2024

Tuesday, May 28, 2024

Abel Hilang!

 

Sabtu malam 25hb aku balik kampung jap. Gerak dari umah kul 12tgh malam. Sebelum keluar umah dah cek segala benda dan suis yang perlu ditutup. Hari Ahad petang 26hb balik KL balik, kiranya tak sampai 24 jam pun.


Sampai di umah dalam jam 7.15pm. Bawa naik segala barang dalam kete ke umah. Aku sedar dalam umah takda bau busuk (Abel je yang berak merata) tapi tak syak apa2 lagi. Dalam hati berkata, mungkin Abel dah jadi cerdik boleh berak dalam jamban macam yang lain.


Sekali mata terpandang tingkap yang terbuka luas! Assudoh!!! Naluri kuat mengatakan Abel dah lompat keluar ikut tingkap. Tapi aku cari dulu dalam umah, kot dia masih ada. Takda! Ya Allah ...Abel hilang!


Satu malam tu kami cari merata sekitar blok. Tiga2 blok aku masuk dan tanya pada orang kalau ada terjumpa. Pergi belakang blok cari panggil nama dia tak senyap sunyi. Dengan selsemanya, dengan pening kepala aku tahan jugak sebab Abel.


Cik suami cari sampai jam 3am! Tetap takda rezeki jumpa Abel ....



Dah la esoknya 27hb kami kena keje. Dengan rasa berat hati, terpaksa juga pergi keje. Punyala tak seronok rasa masa tu. Jasad kat opis tapi fikiran dah melayang kat umah nak mencari Abel. Makan pun tak lalu!


Cik suami balik dari keje pun sambung mencari Abel. Dah la petang semalam hujan lebat. Ya Allah, entah makan apa la si Abel tu. Mesti dia takut, mesti dia tengah basah dalam hujan. Anak-anak dah mencari dari pagi sampai petang. Dalam hati nekad balik ni kang, aku nak sambung misi mencari. Biarlah kukorbankan tidur malamku janji Abel mesti dijumpai!


On the way balik, aku terima panggilan dari cik suami. Dia kata Abel dah dijumpai! Alhamdulilahhhhhhhhhhhh ....! Kat mana? Rupanya dia masuk kebun orang menyorok disitu. Kebetulan cik suami tengok ada kucing jantan kaler oren dok nunggu depan pagar kebun. Cik suami syak mungkin ada Abel dalam tu.


Abel ni penakut dengan orang dan kucing lain. Dia akan cari tempat sunyi untuk menyorokkkan diri ....macam dalam kebun tu lah. Padahal aku dah suluh dah kebun tu malam semalam dan panggil nama dia tapi takda kelibatnya. Ya Allah ....rasa macam batu besar kat kepala ni hilang terus! Sepanjang jalan aku subhanallah alhamdulillah allahuakbar.



Sampai di umah, aku terus amik dan peluk cium Abel. Please Abelisha, don't ever do this again ok. Walaupun kau jenis berat kencing merata (sebab dia takut dengan Dakbu yg suka kacau dia) tapi mama tetap sayang Abel.


Huh....sangat tak best perasaan bila kehilangan kucing.

Saturday, May 25, 2024

Saturday, May 25, 2024

Road To Braces - Seminggu Sebelum Ke Klinik Pakar

 

So, tarikh untuk ke klinik pakar sudah ada. Surat pun dah ada dalam tangan. Sebelum ke klinik pakar, kami sekali lagi ke klinik gigi untuk buat scalling kali terakhir. 


Kami diingatkan sekiranya pakar tidak berpuas hati dengan kebersihan dan kondisi mulut pesakit, kemungkinan untuk kena reject atau kena buat pemeriksaan semula di klinik gigi ada. So, taknak la amik risiko!



Prosedur scalling tak lama sebab gigi kakak tiada masalah. Dah selesai, doktor juga mengesahkan yang kami boleh terus ke klinik pakar mengikut tarikh yang ditetapkan.


Alhamdulillah, selesai urusan di klinik gigi. Kakak tak sabar dah tu! Tapi aku dah cakap awal-awal yang rawatan pendakap gigi (braces) ni bukan dalam masa terdekat, Kat klinik pakar nanti, akan ada prosedur lain pulak yang kakak kena lalui.


Next, aku share lagi ye!

Friday, May 24, 2024

Friday, May 24, 2024

Aku Dapat Cucu ...Lagi!

 

Bila aku cakap dia yang last, betul aku tak tipu! Sejak tu takde dah aku amik kucing dari luar. Macam mana kesian pun kukeringkan hati! Tapi yang baru ni datang dari dalam rumah hahaha.


Tahap ni aku tak tahu nak kata apa dah! haha. Bersyukur dan redho je lah. Benda tereksiden kan haha. Bulan Mac lalu, lahirlah cucu-cucuku sebanyak 5 ekor. Tapi yang sempat hidup hanya 3 ekor.


Ibunya (Dakbu) tak sempatku mandulkan, rupanya dah bunting dek perbuatan si Bennie! Lepas aku dapat tahu Bennie mengandungkan Dakbu, aku terus bawa dia pergi vet kasi 'sunat' haha.




Dia menggatal time kewangan aku tak stabil (tengah bulan). Lepas dua bulan keluarlah 5 ekor budak yang comel-comel. Walaupun Dakbu baru jadi ibu kali pertama, tapi cara dia jaga anak-anak dia sangatlah aku respek. 

Dakbu sangat berhati-hati dan tak pernah meninggalkan anak-anak dia sejak lahir. Kami terpaksa letakkan makanan dan air dekat dengan dia supaya dia tak perlu bangun dan berjalan jauh untuk pergi makan. Setianya dia disisi anak-anak.

Yang lagi dua ekor tu mati pun sebab Dakbu gonggong anak dia pergi bawah meja. Habis berdarah mulut anak tu sebab Dakbu tak pandai lagi gonggong.



Tinggalah 3 ekor ni je sampai sekarang. Membesar dengan sihat. Dikelilingi dan disayangi oleh 'pakcik-pakcik' dan 'makcik-makcik' dalam rumah hahahaha. Beruntung sungguh diaorang ni, mak pak tinggal sekali hahahaha.


Bennie dah selamat aku 'sunat'kan. Kalau si Dabkbu ni nak menggatal sekalipun tiada jantan dalam rumah ni yang akan dapat membuntingkan dia lagi pasni hahahaha. Aku sunatkan Bennie sebab kos dia lebih rendah berbanding sunat betina. Betina kalau nak menggatal pun, dia berbunyi je. Tapi kalau jantan menggatal, habis satu blok dengar suara dia manggil betina lain hahaha.


Thursday, May 23, 2024

Thursday, May 23, 2024

Road To Braces - Temujanji Oral Hygiene

 

Bila doktor dah buat pemeriksaan dan sahkan yang kakak layak untuk rawatan braces, prosedur seterusnya adalah  pemeriksaan oral hygiene. Apa benda oral hygiene ni? Ia adalah pemeriksaan berkaitan dengan kebersihan mulut termasuk gigi dan gusi.


Prosedur ni memerlukan tiga kali datang ke klinik setiap dua minggu untuk memastikan pesakit menjaga kebersihan mulut dengan baik dan berdisplin. Kalau sebelum pakai braces kita kena jaga gigi dengan baik, dah pakai nanti lagilah rumit penjagaannya.


So, sepanjang tiga kali kehadiran kakak hanya kena scalling dan buat tampalan sikit saja. Secara keseluruhannya, doktor berpuas hati dengan gigi kakak. Kemudian barulah doktor buat surat rekomendasi ke klinik pakar.



Kami diberi tiga pilihan klinik pakar dalam KL :

  1. Klinik Pergigian Cahaya Suria
  2. Klinik Pergigian Kuala Lumpur (Titiwangsa)
  3. Klinik Pergigian Dato' Keramat

Masa aku pakai braces dulu, aku pergi dekat klinik gigi Cahaya Suria. Tapi sekarang kalau nak pergi sana waktu pagi memang menaiki kereta sangatlah tak praktikal haha. 

Sama jugak dengan klinik gigi Titiwangsa, jalan ke sana ya Allah jangan ditempuh belah pagi! 

Doktor suruh kami fikir dulu sebelum buat keputusan. Aku pilih klinik gigi Dato' Keramat sebab berdekatan dengan rumah dan walaupun jalan ke sana agak jem, tapi ada jalan baru ke Dato'Keramat yang lebih mudah dan cepat sampai. Lagipun, depan klinik gigi tu besar giler parking lot dia ye! Takyah pusing dua tiga kali cari parkir. Tapi kena bayar tiket masuk lah sebab ada orang jaga.

Next, nanti aku share apa kata doktor pakar pulak.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.