Breaking

Friday, July 12, 2024

Friday, July 12, 2024

Vibe Pasar Sungai Besi

 

Aku cakap kat suami, walaupun aku ni lahir dan membesar di KL tapi aku memang tak pernah sampai di Pasar Sungai Besi, KL ni. Arwah abah mungkin pernah sampai tapi tak selalu. Arwah lebih suka pergi pasar Chowkit atau Pudu.


Satu hari aku tertengok video tt tentang port sarapan sedap di KL, antaranya Pasar Sungai Besi ni lah. Ramai juga komen yang aku baca mengatakan tempat ni lejen dari zaman 80an dan ada beberapa gerai makanan otai yang telah menjual makanan berpuluh tahun disini.


Menarik! So, kami pun sampai disini untuk merasa bagaimana sedapnya.




Ada satu gerai nasi lemak yang jadi pujaan ramai disini Pak Chat kot namanya. Tapi pagi tu aku tak nampak pulak gerai tu bukak. So, takpelah kita try makan mi kari. Alhamdulillah sedap ...telur sebiji ye.





Sebelum balik aku tapau nasi lemak sambal paru dan nasi goreng. MasyaAllah suami pon cakap nasi lemak sambal paru dia sedap dan aku makan nasi goreng, ya Allah memang rasa nasi goreng tahun 90an sedap dia. Betul...aku dah lama tak makan nasi goreng yang rasa dia ada nostalgia 90an haha. 


Cuma tempat makan dia tak berapa banyak bila ramai orang. Memang kena tunggu atau beli bungkus je. Tapi vibe dia .... terbaik!



Monday, July 08, 2024

Monday, July 08, 2024

Bila Anak Langgar Peraturan Sekolah

 

Isu ni dah beberapa hari viral di media sosial, tentang seorang bapa yang mengamuk pergi 'serang' ustaz akibat dikatakan tidak berpuas hati kerana ustaz tersebut telah memotong rambut anaknya tanpa keizinan. Itu satu. Kemudian, bapa itu dikatakan membuat ugutan dan tindakan provokasi terhadap ustaz tu.


Mungkin juga ustaz itu pun ada silapnya tidak memaklumkan tindakan memotong rambut kepada ibubapa murid tersebut, namun perkara ini tidak akan selesai dengan mengamuk secara terbuka, dan akhirnya tindakan sendiri memakan tuan.


Yang buat aku tersedak tu, dia samakan situasi rambut anak dia dengan rambut baginda s.a.w. Aku tak pasti samada dia tahu ke tak budak-budak tahfiz di madrasah ada je yang tak simpan rambut panjang. Ramai je yang mengekalkan rambut pendek, kemas dan rapi. 



Nah tengok bawah!



Kredit kepada empunya gambar. Nah kau tengok! Ni gambar budak tahfiz kategori remaja. Takda pulak aku tengok rambut diaorang panjang sampai bahu? Adakah kita nak cakap diaorang ni tak ikut sunnah Nabi? Celah mana yang kena mengena dengan syurga atau neraka? Jadi anak dia terpaling syurga ke? I don't think so... 


Isu dia sebenarnya, anak kau GAGAL IKUT PERATURAN sekolah. Tu je. Semua ibubapa mesti dah sedia maklum peraturan sekolah tak kira rendah atau menengah, rambut pelajar lelaki MESTI PENDEK DAN KEMAS. Umur bapa ni mungkin dalam lingkungan 40an atau 50an, bermakna dia pernah pergi sekolah dan pernah terikat dengan peraturan sekolah kan?


Dah kalau dia sendiri dulu pun kena ikut peraturan sekolah, apa yang special sangat anak tu sampai boleh bela rambut panjang?? Adakah dia terkena penyakit yang kalau simpan rambut pendek boleh kudung sebelah kaki? atau tiba-tiba jadi sesak nafas? Kot ye ada surat dari doktor mengatakan cenggitu ... barulah berbaloi kau mengamuk sampai macam tu.


Aku tak mahu cerita beza murid dulu dengan sekarang, sebab rata-rata semua orang terutamanya generasi 80an-90an telah merasa pedihnya hidup bila kau sengaja langgar peraturan sekolah. Bukan saja cikgu boleh rotan kau, potong rambut kau, cubit, denda ketuk ketampi dan sebagainya tapi bila mak bapak tahu kau kena 'tiau' dengan cikgu, mak bapak akan 'tambah' lagi sambung di rumah hehe. 


Begitulah jugak aku kena dulu haha. Tapi lepas tu, nak buat lagi tak? Takk! At least aku tahu yang next time kalau aku buat hal lagi atau langgar peraturan sekolah, aku tahu yang bapak tidak akan back-up! So what's the point buat jahat kan?


Lagi satu, macam la kau tak boleh simpan rambut panjang tu lepas habis sekolah. Dah habis SPM besok, kau simpan la rambut tu panjang macam pontianak, takda sapa akan gunting rambut kau dah! 


Kepada ibubapa termasuk aku yang mempunyai anak yang masih bersekolah tak kira rendah atau menengah, tolonglah nasihatkan, peringatkan, beri amaran (jika kau tahu anak kau nakal nauzubillah) pada anak-anak kita untuk sentiasa patuh pada peraturan sekolah. Jangan susahkan cikgu dan pihak sekolah. Kau masuk sekolah tu, jadi murid yang taat, hormati cikgu dan siapkan kerja sekolah yang diberi.


Kita semua tahu nak handle anak remaja bukan mudah. Anak nakal, takmo dengar cakap, suka memberontak itu lumrah dalam proses kita membentuk mereka jadi manusia berguna. Aku sendiri kadang-kadang mengucap panjang walaupun anak perempuan haha.


Moga kita semua diberikan kesabaran yang tinggi dalam mendidik dan mengasuh anak-anak kita agar menjadi keturunan yang berhati baik, berperangai baik, hidup dalam keberkatan dan dipermudahkan selalu. Aamiinnn allahuma amiinn..

Tuesday, July 02, 2024

Tuesday, July 02, 2024

Masuk Bundle Di 2nd Street

 

Biar masa berubah namun taste diaorang kekal dengan keindahan dunia bundle. Butik 2nd Street ni kitaorang dah pernah pergi di cawangan Bandar Utama. Lepas tu kitaorang pergi kat cawangan Newtown PJ yang baru dibuka.


Tapi kalini anak-anak rekomen pergi butik 2nd Street di AU2 Keramat. Butik bundle di tingkat 1 dalam mall Aeon ye, so senang la nak cari parking dan selesa untuk bawak anak-anak jalan dalam mall. Agak besar jugak ruang dalam butik ni ye. Rasanya ini butik kedua terbesar lepas di Bandar Utama. Di Newtown PJ tak besar tapi ada 2 tingkat.









Orang perempuan jangan risau, sini banyak pilihan baju, seluar, skirt, beg, kasut dan jaket. Barang untuk orang lelaki pun ada, untuk kanak-kanak pun ada. Tempat besar, selesa, berekon dan cermin dimana-mana hehe. Tak perlu berlaga bahu walaupun penuh orang dalam kedai.










Masuk je bundle, tiga beranak tu hilang tanpa dikesan! Tahu2 je kat tangan masing-masing dah ada baju, beg untuk dimasukkan dalam bakul haha. Takpela nak, ayah yang bayar hahahahaha!

Ayahnya pun rembat sepasang kasut walaupun dirumah dah berlambak kasut. Pasni jangan tanya kenapa orang pempuan beli tudung banyak walaupun kepala ada satu je.

Aku pun amik sehelai jaket blazer, itu pun ayahnya yang tolong pilihkan haha. Selebihnya aku hanya meronda kawasan dan tengok2 apa yang anak-anak tu pilih. Lepas tu nampak cermin ...selfie haha!






Hampir sejam dalam butik bundle, moh le kita pergi makan  perut pun lapar. Kat dalam aeon mall ni makanan dia tak pernah mengecewakan. Sedap dan harga masih ok lagi la. 

Saturday, June 29, 2024

Saturday, June 29, 2024

Sebelum & Selepas Check-Up Mak

 

Kalini giliran aku balik bawak mak pergi check-up di klinik. Pagi tu selepas hantar anak-anak ke sekolah, kami terus pecut balik ke kampung untuk mak. Perjalanan dari KL ke Melaka tak lama memandangkan hari bekerja jadi highway tak berapa jem. Satu kelegaan!


Mak dah stenbai dengan bakul berisi ayam kampung di hadapan rumah. Mak kata sebelum pergi klinik moh le kita pergi jual ayam-ayam ni dulu.





Kat pakcik ni la kami selalu bawak ayam kampung untuk dijual. Sebelum ni kami pergi di satu kedai lagi di Ayer Molek, tapi yang ni bayaran dia elok sikit la hehe. 

Dah setel ayam, baru kami pergi ke kk Ayer Molek. Macam biasa waktu pagi begini ramai pesakit sedang menunggu giliran untuk dapatkan rawatan. Mak kena jumpa doktor, maka 2 jam disini tak lari.





Satu yang aku perasan perubahan di kk ni, preskripsi ubat dah tak ditulis dengan tangan tapi diprint melalui komputer. Kemudian di kaunter farmasi, preskripsi ubat tu disemak semula dalam komputer farmasi bagi mengesahkan jenis ubat yang bakal diterima.

Walaupun barisan agak panjang dan menunggu sedikit lama tapi demi untuk memastikan ubat yang diterima betul, maka usaha ini aku hargai.

Dah setel ubat, barulah kami beransur pulang. Perut dah lapar!




Waktu makan! Kami singgah di medan selera Semabok. Pelbagai hidangan lauk makan tengahari ada disini. Pilih je la yang mana satu diidamkan. Mak dah nampak lauk nangka masak lemak, itulah dituju dulu hehe.


Alhamdulillah keputusan darah mak haritu menunjukkan bacaan darah tinggi, kencing manis, kolesterol dan kreatinin yang baik dan masih dalam kawalan. Maka, doktor suruh kekalkan ubat yang ada. Syukur sangat! Moga mak diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan selalu.



Thursday, June 20, 2024

Thursday, June 20, 2024

Dari Tealive Ke Mixue

 

Sejak diperkenalkan oleh anak-anak, aku terus jatuh cinta sama ini brand! Sebelum ni aku setia dengan Tealive je. Datang la Boba Chang ke Chatime ke aku tetap pilih Tealive. Tapi tidakla aku jadikan ia minuman wajib ye. Maksud aku, kalau tetiba datang tekak mengidam nak minum air boba, aku akan pilih Tealive la.

Tapi bila anak-anak cakap Mixue lagi best dan murah ma! Aku macam tak percaya je, sampai la aku pergi kat cawangan PJ Newtown barulah aku percaya harga dia murah yakmattttt!




Beza Mixue dengan jenama lain, selain air dia juga ada aiskrim boba. Pilihan aku dah tentu Brown Sugar Milk Tea. Tapi Mixue ni tiada fresh milk macam Tealive tu. So peminat fresh milk boba macam Mira terpaksa tukar selera kepada Milk Tea Boba.

Yang kakak pulak pilihan dia adalah Boba Sundae. Sedap rasa aiskrim dia soooo milky! Boba pun kenyal dan manissss. Harga? Brown Sugar Milk Tea tu hanya lima ringgit lima posen sajo! Boba Sundae pulak hanya lima ringgit sajo!


Of course, tak boleh la minum selalu ye walaupun harga dia sangat mampu milik. Tapi kalau teringin sekali sekala tu dah tentu la aku pilih yang murah dan sedap macam Mixue ni. 




Wednesday, June 19, 2024

Wednesday, June 19, 2024

Vaksin Dakbu & Abel Di Klinik Baru


Dari Putam sampai Bennie, aku bawa pergi klinik vet berdekatan dengan rumah je untuk prosedur vaksin dan mandul. Tapi kali ni, aku nak try bawak Dakbu & Abelisha ke klinik vet baru. Baru tak baru la, dah lama dah establish klinik ni tapi aku baru tahu ada berdekatan dengan rumah hehe.


Ada 2 cawangan yang dekat, satu di Ampang Avenue dan satu lagi di Sri Rampai. Aku pun bawakla dua ketul ni pergi kat cawangan Sri Rampai sebab kata orang sana senang nak parking. Jarak dari rumah pun tak jauh sangat cuma 6.5km gitu.




Alhamdulillah parking memang senang, walaupun masa sampai sana dalam pukul 11 lebih. Masuk ke dalam klinik, terus ke kaunter untuk pendaftaran kali pertama. Ramai juga pelanggan yang sedang menunggu giliran masa ni.




                                   Abelisha                                            Dakbu


Aku amik Abel bulan 10 tahun lepas, so umur dia sepatutnya dah 9 bulan. Dakbu pulak baru beranak 3 bulan lepas, tak sempat nak mandulkan dia dah bunting dikerjakan si Bennie hehe.


Alhamdulillah masa menunggu pun tak la lama sangat. Kedua-dua ketul budak ni selamat divaksinkan. Appoinment seterusnya bulan depan pulak, bagi mencukupkan 3 kali vaksin. Lepas tu vaksin setahun sekali je. Ingat nak set tarikh untuk mandulkan diaorang, tapi tarikh yang available hanya bermula pertengahan bulan Ogos nanti. Yang sebelumnya dah fully booked!


Ye la, klinik dr hawa ni terkenal dengan pakej vaksin dan mandul yang murah dan berpatutan berbanding dengan tempat lain. Even, klinik vet yang aku selalu pergi tu jauh lagi mahal dan kalau ada kenaikan barang atau petrol ke dia pun nak naik harga jugak haha.


Takpela, so kita pergi sini je la nanti untuk vaksin dan mandul. Servis pun ok sangat setanding dengan klinik vet lain yang mahal.

Tuesday, June 18, 2024

Tuesday, June 18, 2024

Salam Aidiladha Dari Kuala Lumpur

 

Untuk yang tidak dapat pulang ke kampung, sambutan raya aidiladha tetap meriah dan sederhana di mana saja kita berada. Tahun ini aku berkesempatan melihat ibadah korban dijalankan di masjid berhampiran.


Proses yang bermula dari jam pukul 10 pagi ini melibatkan 12 ekor lembu dan 8 ekor kambing. 







Kanak-kanaklah yang paling eksaited dan happy tengok bagaimana proses korban dijalankan. Bila mereka melihat orang dewasa melakukan ibadah korban ini, ia bukan saja mengajar mereka simbol tentang pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anak baginda Nabi Ismail a.s.

Ibadah korban ini juga memberitahu bahawa untuk melakukan proses penyembelihan haiwan perlulah dilakukan dengan ilmu, iman dan tertib. Sebelum nak tumbangkan dan sembelih haiwan korban, satu plastik kanvas akan dijadikan sebagai pengadang bagi menjaga emosi lembu yang disebelah tu. Bukan mudah nak menumbangkan seekor lembu dewasa besar macam ni.

Zaman aku kecil dulu, kami tak guna pengadang tapi lembu korban diikat jauh dari antara satu sama lain, supaya semasa proses penyembelihan nanti takdala dia tengok 'kawan' sebelah. Begitulah tertibnya Islam, masih menjaga emosi haiwan korban. Nak sembelih pun pisau kena tajam supaya tidak menyakiti haiwan korban. Sebelum sembelih sudah disebut nama Allah dan ketika sembelih takbir raya bergema.







Lebih kurang pukul 3pm, semua dijemput hadir untuk mengambil daging korban. Kebetulan pulak hujan turun lebat menyukarkan sikit proses pengagihan daging korban. 

Asalnya ada 3 kaunter dibuka, untuk warganegara, warga asing dan asnaf. Tapi bila hujan lebat begini maka semua berebut tak sabar. Barisan pun jadi caca merba sebab semua orang tak ikut arahan lagi-lagi warga asing. Tapi tak boleh salahkan diaorang sepenuhnya, sebab kaunter dibuka berdekatan sangat ditambah pula hujan makin lebat, lagi bersesak-sesakla orang bawah khemah yang kecil tu.



Terima kasih pada peserta program korban tahun ini, ajk ibadah korban, ajk masjid dan semua yang terlibat menjadi sukarelawan dalam ibadah korban di masjid tahun ini. Harap pengurusan pengagihan dapat dipertingkatkan dan diperkemaskan lagi untuk kelancaran program.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.