Story Kenit
Wednesday, July 16, 2014
Kalau Tak Kerana Suami ....
Assalamualaikum!
La ni dah kecoh satu Malaya perihal video amukan seorang wanita yang keretanya tergesel oleh kereta milik seorang uncle di Kuantan kalau tak silap aku. Tapi, aku bukan nak citer atau viralkan lagi video provokasi tu. Cuma aku nak kongsikan di sini satu pengalaman yang lebih kurang sama macam apa yang dihadapi oleh wanita dan uncle ni.
Alkisah berlaku pada awal Ramadhan hehe.
Petang tu macam biasa la, Federal jem sampai ke Midvalley. Pak Jelan drive macam biasa mengharung jalan penuh sesak dengan kereta dan lori yang berhimpit-himpit tak ikut lorong.
Ada yang ikut lorong kecemasan, ada yang buat bodo tak bagi signal nak tukar lane, ada yang pegang henset sambil memandu.
So, jalan memang jem dari TUDM Sg. Besi ke Loke Yew. Kereta pun gerak semput-semput je sebab banyak kereta nak masuk Jalan Pudu. Ada jugak yang kuangajo pintas dari kanan terus masuk lane kiri ke susur keluar Jalan Pudu ... haihhh sabo je la.