Berhenti Merokok
Monday, November 14, 2016
Berkesan ke ubat yang dia ambil untuk berhenti merokok tu?
Assalamualaikum!
Dah masuk 2 minggu dia berulang alik ke klinik rokok tu. Doktor pun macam tak percaya je Pak Jelan datang balik selepas minggu pertama. Ye la ... doktor tu cakap sebelum-sebelum ni pesakit yang datang ke situ hanya bertahan satu minggu je. Masuk minggu kedua dah tak nampak batang hidungnya. Bila Pak Jelan muncul kali kedua minggu lepas, terkedu juga doktor tu huhu.
Memang harapan kami untuk dia berhenti merokok. Tapi bukan la berhenti mengejut terus! Nasihat doktor kalau boleh kurangkan bilangan batang rokok dan konsisten makan ubat yang diberikan.