Breaking

Tuesday, November 12, 2019

Tuesday, November 12, 2019

Tarikh Rasmi Semak Keputusan UPSR 2019


Assalamualaikum! Pada ibubapa yang sedang menantikan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019, tarikh rasmi telah pun dikeluarkan semalam oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam satu kenyataan media.

Selain keputusan UPSR 2019, ibubapa juga boleh mendapatkan keputusan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) pada tarikh yang sama.


Thursday, November 07, 2019

Thursday, November 07, 2019

Ratah Asam Pedas Ikan Patin



Assalamualaikum! Antara ikan yang aku suka makan ialah ikan patin. Masak lemak tempoyak atau masak asam pedas, kalau jumpa lauk ni memang aku tak pandang ayam, daging atau ikan lain dah. Memang ikan patinlah yang menjadi pilihan tekakku. Nikmat sungguh!

Wednesday, November 06, 2019

Wednesday, November 06, 2019

Wedding Couture Di Tanah Perkuburan


Assalamualaikum! Pagi-pagi dah tersedak tengok gambar 'pengantin'. Ni bukan sebarang 'pengantin' ni. Tak pernah dibuat orang bergambar di tanah perkuburan. Apatah lagi di perkuburan orang yang berlainan agama dengan kita. Astaghfirullahalazim.

Dulu pernah viral gambar selfie ditanah kubur. Hamba Allah yang post gambar tu di media sosial teruk kena kecam dengan warga netizen. Kali ni kes upgrade sikit, grave bride Tu omputih kata, kalau Melayu kata pengantin kubur namanya hehe.


sumber : fb

Tuesday, November 05, 2019

Tuesday, November 05, 2019

Sanah helwah abah!


Assalamualaikum! Dari zaman muda dia dah berkelana mencari rezeki. Walau sekolah hanya setakat darjah enam, tapi dengan kudrat tulang empat kerat itulah dia menyara seorang isteri dan tiga anak yang masih kecil. 

Hidup di bandar pada zaman tu bukanlah senang. Dengan hanya dia seorang bekerja pada masa tu dan anak-anak yang masih kecil, kami hanya mampu berteduh dibawah bumbung rumah setinggan. Tak banyak yang aku dapat ingat tentang kehidupan dirumah setinggan sebab masa tu aku masih kecil. Tapi yang aku ingat, walaupun rumah kami rumah setinggan tapi sangat kemas sangat cantik dengan pokok bunga gantung dihadapan beranda rumah dan tepi tangga. Aku masih ingat abah belikan basikal pertamaku basikal BMX berwarna merah lepas tengok aku terkial-kial menolak basikal kawan dari belakang. Walaupun kami serba kekurangan masa tu tapi abah tak sampai hati tengok anak hanya mampu menolak basikal kawan dari belakang.

Thursday, October 31, 2019

Thursday, October 31, 2019

Kisah telur mata


Assalamualaikum! Wahhh tajuk kemain kau! kita cerita santai-santai je la ye hehe. Kisah telur mata. Berat badan naik pun ada hati mau sembang pasal makan haha. 

Takda telur mata sebiji tak syok makan. Ada masa aku suka telur mata, ada masa aku suka telur dadar. Ikut kesesuaian lauk tu la. Kalau tomyam, asam pedas, masaksyok dengan telur dadar. Kalau Siapa macam aku, angkat kening! hahaha. Kita geng la.

Inilah rupa bekal malamku. Nasi goreng telur mata! Nak dijadikan cerita la, aku dulu tak makan telur kuning yang di tengah tu. Kalau cair lagiiiiiiiiiii aku tolak jauh-jauh! So, siapa yang kena kasi perabih? cik abg aku le hehehe.


Thursday, October 31, 2019

Pageviews paling banyak mengikut negara


Assalamualaikum! Bila aku balik kampung, mak akan tanya "kau masih buat blog ke Nim?". Yes mom! mana boleh tinggal tu. It's my passion! ecececehhh...hehe. Dan aku takda ketetapan satu hari satu entri atau satu hari tiga empat entri kena bubuh kat blog ni. Sebab bagi aku, untuk aktif blogging, bukan kena ada entri setiap hari, tapi entri yang kita taip tu dapat memberi manfaat dan kebaikan untuk orang lain ke tak walaupun satu entri seminggu hehe. Kan? Itu pendapat peribadi aku la.

Boleh je kalau nak letak tiga empat entri satu hari. Ikut kerajinan dan kekreatifan idea masing-masing la. Kalau banyak job, banyak pergi event bolehlah kongsi banyak. 




Dan bila cakap pasal blog, baru-baru ni aku 'tergerak hati' nak tengok pageviews dari mana negara mana yang masih membaca blog aku ni. Ada ke yang masih nak baca blog kesayanganku ini? hehe.

Alangkah terkejutnya aku, bila Singapore berada paling atas dalam senarai pageviews by countries! Hai jiran sebelah(lambai tangan dan flying kiss)!, korang cari apa kat blog aku? Harap korang terhibur dan dapat manfaat dari entri-entri yang aku kongsikan disini.


Thursday, October 24, 2019

Thursday, October 24, 2019

Bolehkah Orang Awam Dapatkan Rawatan Di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT)?


Assalamualaikum! Hari tu borak-borak dengan kawan pasal hospital. Memang semua tau ada beberapa hospital besar dalam bandaraya Kuala Lumpur ni. Antaranya, Hospital Kuala Lumur (HKL), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Ampang dimana orang awam boleh dapatkan rawatan.

Tapi mungkin juga ramai yang tak tahu ada satu lagi hospital kat Kuala Lumpur ni yang juga menerima pesakit dari kalangan orang biasa. Tahu ke tak tahu ni? Haaa tengok tajuk pun tahu dah hospital apa tu kan hehe.  

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.