Breaking

Monday, November 16, 2020

Monday, November 16, 2020

6 Tempat Makan Menu Barat Sebenar Di Kuala Lumpur

 

Berada di Kuala Lumpur? Sedang mencari menu makanan barat yang sebenar di

area KL ini? Ia bukanlah satu kerja yang susah kerana restoran atau tempat

makan di kawasan Kuala Lumpur ini sememangnya sangat-sangat banyak.

Sebut saja nak makan apa, dari menu makanan melayu asli, makanan cina,

india dan barat, semuanya ada dengan pelbagai jenis pilihan. 


Jika kebetulan sedang berada di Kuala Lumpur dan datang kerana urusan kerja

dan sebagainya, masih belum biasa dengan keadaan di sini, tidak tahu tempat

makan mana yang okay, di sini akan dikongsikan enam tempat makan barat

sebenar di Kuala Lumpur yang boleh anda cuba. Sesekali cuba makanan barat

okay juga kan? 


#1 - Burger & Taco



Burger & Taco boleh dikatakan sudah agak terkenal untuk warga kota raya Kuala

Lumpur kerana restoran ini boleh dianggap sebagai salah satu restoran yang

mampu menyediakan menu makanan barat yang sedap. 


Burger & Taco adalah jawapannya turut memilih daging yang 100% adalah daging

lembu Australia sebagai patty dalam hidangkan yang mereka sajikan. Setiap patty

ini bersifat in the house made kerana pihak Burger & Taco membuatnya sendiri

khas dengan kepakaran yang mereka ada. 



Tidak hanya itu, Burger & Taco turut memberikan promosi khusus untuk para

pelanggan yang mahu mencuba menu mereka di sini. Sebagai contoh, boleh

dikatakan saban hari Burger & Taco ini memberikan promosi dengan harga bawah

RM19 dari jam 12 tengahari hingga 3 petang. Jika terasa tidak mahu makan

burger, jangan risau kerana di sini turut ada pelbagai jenis pilihan menu yang

lain untuk di cuba. 


Alamat: E2-04-3A, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya,

Selangor


#2 - Lepaking



Lepaking, namanya saja sudah mampu mengambarkan bagaimana keadaan

restoran ini. Pastinya agak kasual dan santai untuk berada dalam masa yang

lama sambil makan-makan. Ternyata nama yang dipilih benar-benar sesuai

dengan konsep yang dibawa. 


Di Lepaking ini ia tidak hanya mempunyai suasana makan yang hipster malah

makanannya juga turut digunakan konsep yang sama. Tak hairanlah kenapa

ramai pelanggan sering datang ke sini, lagi-lagi untuk golongan anak muda. 


Lepaking menyajikan banyak pilihan menu makanan lagi-lagi untuk makanan

citarasa barat. Terdapat pelbagai jenis pilihan makanan dan minuman untuk

dipilih bersesuaian dengan citarasa masing-masing.                        


Di sini, pemiliknya turut mementingkan keselesaan pelanggan untuk tahap yang

berikutnya dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti tandas dan

surau yang bersih dan selesa. 



Tidak lupa juga, hidangan ala western yang disajikan, sebagai contoh lamb chop,

pasta, chicken chop, sizzling dan lain-lain lagi, semuanya dalam lingkungan harga

yang agak murah dan berbaloi. Jika terasa mahu makan nasi juga boleh cuba

menu nasi ayam penyet yang juga agak popular di sini. 


Jika mahu makanan yang ala snek, Lepaking ada menawarkan menu Vietnam

spring roll dan juga corn dog cheese. Sekali makan pasti kenyang dan besar

kemungkinan akan terasa untuk kembali makan lagi di sini.


Alamat: 3 1/2, Lot 8099, Jalan Gombak, Kampung Sungai Merali, 53000

Kuala Lumpur


#3 - Zazi’s Kitchen


Mahu makan dalam suasana yang agak sunyi dan tenang untuk lari sebentar dari

hiruk pikuk kota? Atau mungkin juga mahu lepaskan tekanan kerja yang ada

supaya diri kembali terasa aman. Apa kata kali ini cuba untuk nikmati hidangan

di Zazi’s Kitchen. 


Zazi’s Kitchen merupakan sebuah kafe dengan konsep hipster dalam suasana

tenang dan santai di bawah cahaya lampu yang suram. Ini kalau datang makan

dengan pasangan sudah tentu akan bertukar kepada suasana makan yang

romantik. Tentu-tentunya isteri akan suka. 




Untuk makanannya pula, Zazi’s Kitchen menawarkan pelbagai jenis menu

makanan barat yang tidak kurang enaknya. Jika terasa mahu makan makanan

menu tempatan juga ada di sini. Jangan risau.  


Antara masakan yang boleh dicuba adalah seperti black pepper beef steak yang

sememangnya sudah mendapat banyak reaksi positif dari para pelanggan sebelum

ini. Untuk menu tempatan pula ada pilihan seperti daging tetel asam pedas,

salad set asam pedas ikan pari, nasi lemak kukus dan banyak lagi. 


Alamat: 53, Jalan SG 3/1, Pusat Bandar Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor


#4 - Pak Uda Kitchen & Grill 


Berbeza dengan restoran yang telah dikongsikan di atas, Pak Uda Kitchen & Grill

agak berbeza kerana menu di sini disajikan mengikut nama artis Hollywood yang

popular di tahun sekitar 70an sehingga 90an. Nama selebriti ini digunakan supaya

bersesuaian dengan konsep restorannya yang agak klasik tetapi tetap ada elemen

moden di dalamnya. 



Antara nama menu yang agak menarik di sini adalah seperti Madonna Cheesy

Chicken Chop dan juga Bon Jovi Salmon Fish. Nama yang cukup unik bukan?

Sekaligus membuatkan kita tertanya-tanya bagaimanalah agaknya rupa untuk

sajian tersebut. 


Di sini cukup sesuai untuk makan bersama pasangan mahupun untuk datang

makan bersama keluarga yang terdekat. Dahulu sebelum kita diuji dengan virus

COVID-19 ini, ramai juga yang datang ke restoran Pak Uda Kitchen & Grill ini

untuk menyambut hari istimewa seperti ulangtahun kelahiran, perkahwinan dan

sebagainya di sini. Harganya juga sangat berpatutan sekali. 


Alamat: No. 13-G, Jalan PPS 1, Pusat Perdagangan Selaseh, 68100 Batu Caves


#5 - The Rack Boutique Café


Makanan barat rata-rata mementingkan soal rasa, persembahan makanan dan

juga suasana dekorasi restoran. Ini kerana peminat makanan barat ini selalunya

ingin makan dalam suasana yang cozy dan selesa. Ada mood gitu. 


Menyedari akan hal itu, The Rack Boutique Café turut mementingkan perkara yang

sama. Di sini, hidangan ala-ala Barat fushion telah diperkenalkan supaya dapat

memikat selera peminat makanan di luar sana. Terdapat banyak juga pilihan

hidangan barat yang popular seperti chicken chop, pasta dan steak yang

disediakan dengan resepi rahsia mereka sendiri.



Antara menu yang paling mendapat perhatian di sini adalah seperti Talam Ramen,

Monster Platter dan Cheesy Chicken Korean dan banyak lagi. Minuman di sini

turut di bawa dalam gaya ala hipster dan ada pelbagai pilihan minuman seperti

coffee dan juga chocolate blended


Alamat : 1, Jalan Os 1/4, One Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor



#6 - Code : Black Espresso


Suka minum kopi? Suka juga aroma kopi yang menawan hati? Jika suka bolehlah

cuba nikmati minuman kopi di Code : Black Espresso. Di sini tidak hanya ada

minuman kopi semata-mata malah ada juga pelbagai jenis pastry yang enak-enak

belaka. 



Bayangkan gabungan aroma kopi dan juga pastry yang wangi dan menyelerakan.

Sekali melangkah ke dalam kafe ini terasa aman dan tenteram dengan aroma

yang ada. Suasana kafenya juga cukup menarik dengan warna hitam-kelabu. 




Antara minuman yang sering menjadi pilihan pelanggan di sini adalah seperti

Espresso dan juga Latte. Manakala hidangan pastry yang popular pula adalah

seperti Burnt Cheesecake, Tiramisu dan juga Cinnamon Roll. 


Alamat: B-G-9, Emerald Avenue, Jalan PS 11, Selayang – Kepong Highway,

Prima Selayang


Nak menu makanan barat yang sedap dan tidak mengecewakan sebagaimana

yang telah dikongsikan di atas? Tak ada masalah, boleh saja. Walaubagaimanapun,

jika terasa tak ada masa atau mungkin kurang sihat, ada baiknya terus saja duduk

di rumah dan elakkan dari berada di tempat awam. 



Rasa teringin untuk makan itu boleh dipenuhi dengan bantuan Foodpanda yang

menawarkan pelbagai pilihan western food near me untuk dibuat pesanan. 


Dengan adanya servis pesanan dan penghantaran oleh Foodpanda begini,

dengan mudah keinginan untuk makan makanan barat dapat dipenuhi walaupun

sama sekali tidak melangkah keluar mana-mana sama sekali. 


Tidak kisahlah jika ada berada di kawasan mana sekalipun, walau termasuk

dengan kawasan Cybercjaya sekali, memang ada pelbagai restoran yang

menyajikan makanan barat yang best-best untuk anda cuba. 

Thursday, November 05, 2020

Thursday, November 05, 2020

5 November dalam ingatanku

 

Assalamualaikum...


Tarikh istimewa untuk insan teristimewa. Namun, insan itu telah tiada. Aku hanya mampu menatap wajahnya dalam gambar dan membayangkan kenangan bersama. 


Ya Allah ... andai rindu itu dapat berkata-kata pasti ia akan menangis sekuatnya. Bukan kerana tak redha tapi kerana rindu yang teramat pada arwah. 


Abah ... 

Tak pernah sekali Anim lupakan abah.

Sungguh Anim redha, tapi Anim terlampau rindu.

Membayangkan abah je dah mampu menitiskan airmata.

Apatah lagi melihat gambar-gambar ketika kita sekeluarga keluar makan bersama.

Mana mungkin Anim tak sedih.


Maafkan di atas kekurangan Anim menjaga abah selama ini.

Namun, abah sentiasa dalam titipan doa Anim.

Hanya mak lah tempat Anim bermanja.

Hanya mak yang Anim ada.

Hanya mak sajalah yang tinggal untuk mendoakan kami semua.


Sunday, September 20, 2020

Sunday, September 20, 2020

Dah sebulan abah ....

 

Assalamualaikum...


Dah sebulan abah pergi meninggalkan kami. Terasa seakan abah masih bersama kami. Takda satu hari pun anim tak rindu pada abah. Takda satu hari pun anim tak ingat pada abah. Abah sentiasa dalam doa anim. 


Terlalu banyak untuk diluahkan ... tapi akhirnya anim mampu diam. Dengan siapa lagi anim nak bercerita...meluahkan...mengadu selain pada Allah. Abah lah tempat anim berkongsi cerita. Abah pun akan berkongsi cerita abah ngan anim.


Setiap kali tiba hari gaji, abah lah orang pertama anim akan wassap bagitau duit untuk abah dan mak dah masuk. Bulan ni dengan siapa anim nak mesej bagitau duit dah masuk ....😭.


Anim kena kuat demi mak. Mak kuat abah ... mak cukup tenang. Anim tak tau kalau mak menangis di belakang kami kerana rindukan abah. Siapalah yang tak rindukan abah. Anim rindu suara abah ....


Thursday, September 17, 2020

Thursday, September 17, 2020

Ujian paling hebat...perginya abah buat selama-lamanya.

 

Assalamualaikum ...


Tahun ini tahun paling getir buatku. Ujian kehilangan insan tersayang sangat melukakan walaupun hati sudah redha. Tiga kali berturut-turut aku mengalaminya dalam satu tahun. Kali kedua ibu mertuaku pada bulan enam. Dan kini ... ayahandaku yang dikasihi telah pergi kembali kepada Maha Pencipta.


Allahuakbar ... sungguh aku rindu pada abah. Aku tak mampu menahan kerinduan ini kerana terlampau sayang padanya. Namun, Allah lebih sayangkan abah ... dan aku redha dan cuba untuk hidup dengan hakikat bahawa abah dah 'pergi' takkan kembali.


Sungguh aku redha ya Allah...kerana perginya abah dalam keadaan yang baik, amalan yang baik, hari yang baik dan dipermudahkan dari awal sampai akhir. 


Namun tak dapatku halang airmata rindu ini dari terus mengalir bila teringatkan abah. Membayangkan arwah pun aku dah bergenang air mata ... sebak ... rindu yang teramat. Terkenang segala pengorbanan dan keringat abah membesarkan memanjakan anak-anak. Bersusah payah demi kesenangan hidup anak-anak dan cucu-cucu.

Monday, August 10, 2020

Monday, August 10, 2020

5 Restoran Pizza Sekitar Lembah Klang Yang Patut Di Cuba Oleh Pencinta Pizza Luar Sana

 

Bagi peminat pizza pasti akan bersetuju jika saya katakan pizza yang terbaik adalah pizza
yang dibuat dari pelbagai bahan yang berbeza. Apa yang paling penting dalam pembuatan
pizza, adalah doh pizza yang tidak terlalu kenyal atau terlalu rapuh. Topping juga mainkan
peranan penting dalam menambahkan lagi kesedapan sesuatu pizza tersebut.
Topping pizza yang mempunyai bermacam perasa dan yang pastinya topping yang segar
menambahkan lagi keenakan Pizza Delivery Menjadi Pilihan Pencinta Pizza
Untuk Menikmati Pizza Yang Sedap Di Sekitar Lembah Klang

Tetapi apa yang lebih digemari oleh pencinta pizza, ialah mereka boleh memesan pizza
kegemaran kegemaran mereka dengan memilih Pizza Delivery. Walau di mana sahaja,
mereka dapat memesan dengan sangat mudah dan hanya tunggu pizza mereka sampai.
Tapi apabila mempunyai pizza delivery sudah pastinya ia perlulah mempunyai restoran atau
kedai Pizza. Jadi, saya kongsikan dengan anda 5 Restoran Pizza Di Sekitar Lembah Klang
Yang Patut Di Cuba Oleh Pencinta Pizza Di Luar Sana. Antaranya ialah:

1. Enorme @ PJ Centrestage



Antara pizza yang menjadi pilihan ramai adalah pizza yang dibakar dengan menggunakan
cara tradisional iaitu di bakar dengan bakar menggunakan kayu api. Rasanya akan menjadi
lebih enak berbanding dengan pizza yang di baar menggunakan cara moden.
Jadi, sekiranya anda mencari pizza yang dibakar kayu bakar yang sangat sedap, Enorme yang
terletak di PJ Centrestage adalah tempat yang tepat dan tempat yang patut anda pilih jika
hendak makan pizza yang enak dan sedap. Apa yang lagi best anda boleh menggunakan
pizza delivery untuk menempah pizza di sini.

Alamat: P-G-20, Podium PJ Centrestage, No.1, Jalan 13/1, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya

Waktu operasi: Isnin - Jumaat (10.00am - 3.00pm, 6.00pm - 11.00pm), Sabtu - Ahad
(10.00am - 11.00pm)

Nombor Telefon: 03-7661 0651

2. Sassorosso Italian Restaurant @ Lorong Yap Kwan Seng


Jika anda mahukan pizza yang mempunyai rasa asli Itali, Sassorosso Italian Restaurant yang
patut anda pilih. Terletak di tengah-tengah ibu kota negara, pengasas restoran ini iaitu
Giovanni, sangat menekankan soal rasa kesedapan dan keaslian Pizza tersebut. Sehinggakan
bahan-bahan yang digunakan dalam masakannya dan pembuatan pizzanya di import khas
dari Itali.

Alamat: 9, Lorong Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

Waktu operasi: Ahad - Khamis (12.00pm - 3.00pm, 6.00pm - 11.00pm), Jumaat
(12.00pm - 3.00pm, 6.00pm - 12.00am), Sabtu (6.00pm - 12.00am)

Hubungi: 03-2166 6428

 

3. Eatalia @ Telawi

Apa yang anda akan lakukan jika mahu merasakan masakan Itali? Sudah pastinya anda
akan mula mencari makanan itali. Begitu juga dengan Pizza, sudah pastinya ramai antara
anda diluar sana sangat meminati pizza asli dari Itali. Tetapi di mana mahu mencari pizza
Itali yang sangat sedap? Tidak susah manapun, anda boleh mencubanya di Eatalia.
Apa yang lagi best pasal Eatalia ialah, anda bukan sahaja dapat merasa makanan Itali tetapi
dekorasi restoran ini juga mempunyai dekorasi Itali. Jadi, anda akan merasa seperti makan
di Itali.

Alamat: 25, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Dibuka setiap hari (11.00 pagi - 12.00 pagi)

Hubungi: 03-2288 8188

4. Bello @ Pavilion


Pavilion merupakan salah pusat membeli belah yang terkenal di negara kita.
Disini, bukan sahaja menjadi lubuk untuk mereka membeli belah dan juga menjadi lubuk
makanan yang sedap dan menyelerakan. Dalam Pavilion terdapat satu restoran yang diberi
nama Bello yang diasaskan oleh salah seorang chef Itali yang paling lama berkhidmat di KL,
aka Federico Michieletto. Tempat makan kontemporari ini mungkin mencerminkan lokasi
kosmopolitan di mana restoran itu berada, tetapi menunya juga banyak menu Itali termasuk
juga Pizza itali yang terdapat pada restoran ini.

Alamat: Lot. 6.01.03, Level 6, Pavilion, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari (10.00 pagi - 10.00 malam)

Hubungi: 03-2148-8108

5. Nerovivo @ Bukit Ceylon


Sebagai sebahagian daripada restoran yang di miliki oleh Nerogrup, Restoran Nerovivo
mempunyai reputasi yang sangat baik yang dimiliki oleh kumpulan ini dalam masakan Itali
salah satu menu mereka ialah Pizza mereka yang sangat sedap. Bukan sahaja, menunya
yang sedap tetapi juga gaya kontemporari yang terdapat pada restoran ini membuatkan
restoran ini menjadi pilihan pencinta pizza di sekitar Lembah Klang.

Alamat: 8, Lorong Ceylon, Bukit Ceylon, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

Waktu operasi: Dibuka setiap hari (11.30 pagi - 11.00 malam)

Hubungi: 03-2070 0530

Kini Anda Boleh Menempah Pizza Hanya Dengan Hujung Jari Sahaja



Pada masa kini, untuk menempah pizza sangat mudah. Malah, anda tidak perlu bersusah
payah keluar rumah dan meredah kesesakan lalu lintas semata-mata mahu membeli pizza
kegemaran anda. 

Apa yang anda lakukan ialah dengan hanya menempah pizza yang anda gemari melalui
Aplikasi Pizza Delivery yang ada pada setiap restoran atau menggunakan aplikasi Foodpanda
dan hanya menunggu Pizza kegemaran anda sampai di hadapan pintu rumah anda.

Friday, July 24, 2020

Friday, July 24, 2020

Bukan mudah nak handle seorang remaja!


Assalamualaikum! Bila aku ajak dia makan nasi, dia menolak. Katanya nak diet takmo makan nasi. Pastu aku diajaknya pergi berjogging di taman. Katanya aku dah makin gemuk, badan tak fit. Ibu kena eksais. Rasa nak nangis dengar ayat pedih menikam kalbu dia tu!

Aku memang terhibur dengan keletah dia tapi kadang-kadang akal dia memang boleh buat aku urut dada. 

Kebelakangan ni dia asyik tanya soalan boleh ke tidak dia nak tukar sekolah. Paling 'best', dia cakap nak tukar sekolah kat kampung! Awak dah kenapooooooo? Kalau takda isu kritikal memang ibu tak suka melayan permintaan mengarut awak ni.



Monday, July 06, 2020

Monday, July 06, 2020

Mira dapat 'kaki' baru!


Assalamualaikum! Mira punya pesen kalau kayuh basikal dia akan tekan pedal tu ke belakang. Boleh bayangkan la kan basikal tu gerak ke tak haha. Tapi tu dulu la, masa dia umur 2-3 tahun. Sekarang dah pandai kayuh ke depan hehe.

Tapi satu basikal yang dari dulu lagi dia takut nak naik ialah basikal ibu. Sebab basikal ibu besar dan tinggi. Hanya kakak yang 'lulus' naik basikal ni. Kesian Mira, hanya mampu duduk belakang je bila kakak dia atau aku mengayuh.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.