Cabaran sekolah dalam smartphone
Assalamualaikum! Ingat lagi tak dulu murid-murid dilarang bawa handphone ke sekolah?
Di rumah, mak ayah pulak tak bagi pegang handphone langsung atau hadkan masa bermain handphone.
Termasuk la aku, memang budak-budak ni kalau hari sekolah takkan dapat pegang handphone.
Tapi, bila tiba Jumaat malam Sabtu dapat handphone kat tangan diaorang itulah 'buku teks' untuk dua hari sampai hari Ahad hehe.
Dan sekarang, dengan masalah Covid-19 yang masih berlarutan sehingga ke hari ini, nak tak nak murid-murid semua kena ada gajet dan pandai guna aplikasi untuk belajar secara online di rumah.
Tak aku nafikan, budak-budak ni memang cepat pick-up kalau pasal aplikasi kat smartphone.
Kita tak ajar pun dia tahu buat sendiri. Kadang-kadang kita tak tahu pun aplikasi tu wujud tapi diaorang tahu!😂
Betapa noobnya aku!
Kalau ditanya yang mana best dah tentu-tentu diaorang jawab online, sebab tak perlu gosok baju sekolah!
Huh.
Kalau ditanya pada mak ayah, dah tentu kami prefer belajar dalam kelas sebab kami hidup pada zaman dimana konsep pembelajaran yang terbaik adalah hadir ke sekolah.
Kaedah itu lebih efektif, lebih jitu dan komunikasi terjamin.
Sebab itu, ramai mak ayah risau bila sekolah ditutup berbulan-bulan lamanya.
Tapi apakan daya, Covid-19 semakin 'mengganas' dan kita tiada pilihan selain belajar menggunakan smartphone.
Cabaran tetap ada walaupun murid-murid tak dapat ke sekolah.
Malah aku rasa, cabaran mengajar dan belajar itu lebih tinggi secara online.
Yang ada smartphone sendiri, mungkin takda masalah.
Namun, yang tiada atau berkongsi dengan mak ayah atau tiada langsung gajet itulah yang merisaukan.
Ada juga kes dimana, murid-murid kena tunggu mak ayah balik dari pejabat barulah boleh guna handphone diaorang untuk buat kerja sekolah.
Hadir kelas online mungkin tak tercapai kerana kebanyakan kelas online dibuat pada waktu siang mengikut masa persekolahan.
Banyak lagi cabaran belajar dalam kelas secara online ni.
Walaupun secara online, cikgu-cikgu masih nak kena handle pelbagai ragam anak murid.
Yang on microphone ketika cikgu bercakap, yang bunyi bising, yang tak masuk kelas dan macam-macam lagi.
Aku yang duduk sebelah anak bila diaorang masuk kelas online ni pun boleh gelak sama-sama geleng kepala melihatkan gelagat masing-masing.
Jenuh cikgu eh!
Apapun cabarannya, inilah pembelajaran norma baharu yang kita semua kena tempuhi bersama.
Walaupun cara ini tidak seefektif belajar dalam kelas, tapi inilah cara terbaik buat masa sekarang.
Yang dibekalkan gajet tak kira smartphone ke, laptop ke, tablet ke, chromebook ke gunakanlah dengan sebaiknya untuk belajar.
Moga segalanya yang berkait dengan Covid-19 ini berakhir dengan cepat dan semuanya beransur pulih dan kembali normal seperti sediakala ...aamiinn.