Breaking

Tuesday, January 18, 2022

Tuesday, January 18, 2022

[Kibbles Kucing] - Beli Online atau Petshop?

 

Assalamualaikum! Ingat lagi masa zaman sekolah rendah bela kucing, aku hanya tahu 2 jenis makanan (kibbles) kucing yang popular ... jenama F****** dan W*****. Dulu aku tak tahu nak jaga pemakanan anak bulus. Main bedal je bagi makan kibbles berwarna dan nasi gaul ikan rebus. Takde fikir tentang kandungan garam ke, kurang nutrisi ke, sesuai ke, tak sesuai ke ... asal kucing boleh telan sudah.


Tapi sekarang dah ada banyak pilihan kibbles di pasaran. Cuma nak kena pandai pilih dan ngam dengan bajet marhaen aku. Sebab itu aku suka baca perkongsian pencinta-pencinta kucing dalam fb tentang pemilihan kibbles. Kalau bajet kayangan, boleh amik kibbles yang super premium. Kalau bajet biasa-biasa, boleh amik yang sederhana premium. 


Bukan bajet harga je yang kita kena tengok, kandungan nutrisi pun kena cakna jugak. Sebab tu nak bela kucing jangan ikut orang. Nak bela nak jaga dia kena ada ilmu. Jangan tengok kucing orang comel gebu gebas, kita pun nak ikut bela jugak tapi pengetahuan zero! Akhirnya, kucing sakit kena bawak pergi vet. Beratus ringgit lebur untuk ubat-ubat dia je.




Permulaan aku bela Putam sekor dulu, aku beli kibbles jenama seperti diatas. Sebalang tu rasanya sebelas ringgit lebih kalau tak silap aku la. Tapi yang ni dia tak berapa berkenan pulak. Nak habiskan sebalang tu cukup payah. Last-last aku beli kibbles lain dan yang ni aku bagi kalau jumpa kucing kat tepi jalan.


Ramai yang cadang bagi Cindy's Recipe, so aku try tengok-tengok dekat Shopee. Harga boleh tahan jugak tu untuk 7-8kg. CR ni kira jenama super premium sebab dia grain free (tiada garam) dan holistik. Haaa giler ah makanan kucing pun kita kena pilih yang grain free tau haha. Malah vet pun galakkan bagi kibbles tidak berwarna dan grain free untuk pencernaan yang sihat. Kandungan protein yang tinggi juga bagus kalau nak gemukkan anak bulus.




Kalau ikutkan taste anak-anak bulus, memang mereka suka CR ni. Tapi CR ni termasuk dalam golongan super premium jugak. Tak boleh beli tiap-tiap bulan, sebab harga takkan dapat lapan puluh ringgit ke bawah. Mama punya bajet marhaen je hahaha.


Kita kena tahu jugak bukan semua anak bulus boleh bagi sembarangan kibbles. Katanya, kalau kucing berbaka macam BSH, DLH, Persian dan yang sewaktu dengannya, kibbles pun kena jenama kayangan seperti TOTW, B&B, Molly, RC. Kalau kau bela BSH pastu kau bagi makan F****** pastu kau gi cerita kat grup kucing, samada kau akan kena kecam, kena sindir atau kena gelak berjemaah disitu haha.






Since anak-anak bulus aku semuanya baka kampung jadi takda masalah kalau aku nak bagi mereka kibbles super premium atau tidak. Yang penting grain free, tidak berwarna dan kandungan protein yang tinggi.


Aku suka tukar-tukar kibbles. Ada masa aku akan beli yang repack punya bagi anak-anak bulus merasa. Kalau ngam, sedap aku akan beli pek besar. Setakat ni aku dah bagi Dormeo, B&B, Reflex, Molly dan EQ. Semuanya mereka suka! 

Dan, yang terkini aku beli Petland untuk mereka. Harga memang terbaik setakat ini. Satu beg 10kg terlebih cukup untuk 6 ekor anak bulus kat umah. Boleh tahan lebih dari sebulan. 






Selain dari kibbles, aku bagi mereka cat treats sekali sekala. Macam snek ringan la untuk kucing haha. Bila kat Shopee ada sale, aku grab banyak-banyak buat stok di rumah. Mula-mula dulu bagi Sheba treats tapi harga dia kayangan sangat haha.


Selain kibbles dan treats, aku bagi wet food jugak. Wet food ada 2 jenis, satu buat sendiri dan satu lagi dalam tin. 


Kalau tanya aku, mana molek beli online atau masuk petshop? Pilihan aku, semestinya online! Harga dalam online dengan dalam petshop macam langit dengan bumi weh! Nangis aku tengok beza harga bila masuk petshop. Tapi kita fahamla harga dia menjulang tu untuk cover kos segala kan. Sebab tu aku pilih beli kat Shopee je. 


Pilihan ditangan anda...gituuuu!



Membongkang kerana kekenyangan


Thursday, January 13, 2022

Thursday, January 13, 2022

2021 yang produktif!

 

Assalamualaikum! Syukur alhamdulillah last minit aku dapat cuti sehingga tahun baru. Anak-anak memang dah berada di kampung 2 minggu sebelumnya, bersama 6 lagi anak bulus kesayangan hamba. Ya Allah..rindunya pada mereka! Sampai-sampai je salam anak, terus sambar 6 ekor ni dukung peluk bagai hahaha.


Gitulah ... sayang kucing lebih dari sayang anak. Anak-anak pun rindu ....sayang. Giler tak sayang ... kluar dari rahim aku kot. Sayang kucing kategori lain. Bila jiwa kau memang dah sebati dengan kucing, dari kecil membela kucing memang takkan lari perasaan kasih sayang, obsesi dan rindu terlampau tu hehehe.



Bila aku tengok balik gambar ni, macam tak percaya yang aku dah ada enam ekor dalam masa setahun! Tapi ia juga menunjukkan betapa bahagianya aku dikurniakan rezeki untuk jaga anak-anak bulus ni. Anak aku asalnya nak sekor je. Tapi Allah bagi sekor demi sekor. Kucing orang bagi ada, kucing jalanan pun ada. Tapi kasih sayang, kebajikan dan perhatian tuk diaorang sama rata. 


Sekarang kalau balik dari kerja pun, aku akan gomol anak-anak bulus dulu. Anak-anak pun dah faham perangai ibu diaorang. Aku kalau dah bela kucing, memang akan all-out 100% semampu aku. Alhamdulillah anak-anak pun bagi kerjasama yang baik sebab diaorang pun suka dan sayang dengan keenam-enam anak bulus.


Nak cerita benda lain pun takda yang menarik sangat tahun lepas. Takda pegi mana-mana selain dari balik kampung rutin aku setiap bulan. Temankan mak dan tolong mak dapatkan keperluan asas itu pun dah buat aku rasa lega dan bersyukur. Setiap bulan dapat balik jenguk mak adalah nikmat dan rezeki yang terindah bagi aku. So walau apapun dugaan yang aku hadapi kena usahakan jugak demi mak.


Semoga tahun 2022 kita semua dikurniakan rezeki dan nikmat kasih sayang dari ibubapa. Al-fatihah buat arwah abah yang dirindui, Hj. Hashim Ahad...aamiinn.


Wednesday, December 29, 2021

Wednesday, December 29, 2021

Akhirnya, keputusan UPKK Mira dah keluar!

 

Assalamualaikum! Debaran itu datang lagi. Pagi semalam adalah waktu paling genting dalam hidup ibubapa dan anak-anak termasuklah aku sebab berdebar tunggu tengok result UPKK anak masing-masing. Serius aku cakap, dua tahun ni memang sekolah agama Mira tak berapa aktif pdprnya. Harapkan kelas online dan homework yang diberi ustazah, itu sahaja yang menjadi 'bekalan'. Mujurlah sebelum lockdown tahun ni, sekolah ada buat kelas tambahan.Bila sekolah dah buka dan datang sekolah bergilir, barulah dia boleh belajar.


Bila JAKIM umum ibubapa dah boleh semak keputusan UPKK 2021 di fb, maka berbondong-bondonglah ibubapa cuba nak pergi ke website https://simpeni.islam.gov.my .Tapi macam biasalah .... masalah yang sama berulang kembali. Bila dah ramai-ramai 'masuk' memang website jadi jem. Sama la jugak tahun 2018 masa nak semak keputusan UPKK kakak. Website takleh masuk dan hantar sms pun takda reply!




Bila aku tanya Mira berapa target Mira untuk UPKK, jawabnya 5A. Sebenar dan sejujurnya, aku tak sampai hati nak tetapkan target untuk dia sebab corak pembelajaran dia untuk dua tahun kebelakang ini penuh dengan 'lompang'.


Dengan Covid-19nya, dengan lockdownnya, dengan pdprnya. Kelas tambahan pun setengah jalan je pergi sebab lockdown. Selebihnya belajar sendiri dan secara online dengan ustazah. So aku cakap, asalkan jangan gagal dah la. Cuma macam biasa. subjek Bahasa Arab/Lughatul Quran tu aku cakap siang-siang dengan dia, mama memang takleh bantu haha. 


So semalam, dari pagi aku cuba semak masuk website tapi asyik jem tak boleh akses. Hantar sms dua kali sampai ke sudah tak dibalas! Mira pun asyik wassap mama dah boleh tengok result ke. Alahai anak mama ...tak sabar berdebor jugak le tu😁


Last-last jam 12 tengah malam, aku try refresh lagi dan wallaaaaa! 




Alhamdulillah.....syukur segala puji bagi Allah! Sebak aku tengok result Mira. Alhamdulillah memang bersyukur sangat. Target Mira tercapai malah lebih lagi Allah bagi. Terus aku screenshot dan wassap ke dia dan kakaknya di kampung.


Suka betul dia. Barangkali dia sendiri pun tak sangka boleh capai result sebaik ini. Mama tumpang bangga dan gembira dengan Mira. Nak peluk jauh pulak ... takpe nanti tunggu mama balik, mama peluk adik kuat-kuat!


Congratulation my precious pearl!

Wednesday, November 24, 2021

Wednesday, November 24, 2021

Destinasiku Penang!


Assalamualaikum! Sejak diumumkan kebenaran untuk merentas negeri, hati ini meronta-ronta nak keluar dari bandar dan pergi bercuti. Bukan aku saja, tapi anak-anak pun dah loya duduk di rumah tak keluar ke mana selama hampir dua tahun. Tapi masa tu, program vaksinasi belum bermula jadi aku tangguhkan dulu perancangan tu.



Sekarang kami sekeluarga sudah divaksin sepenuhnya. Aku pun baru je ambil booster hari tu. Walaupun ia tidak diwajibkan tapi sebagai langkah berjaga-jaga ianya digalakkan. So bolehlah kami merancang percutian tanpa sebarang kerisauan dan was-was. 


Bila semua dah lengkap vaksin, tahu tak kemana kami nak pergi bercuti dulu? Tak perlu pergi jauh-jauh sampai ke luar negara tu. Dalam negara kita ni pun ada banyak destinasi-destinasi menarik untuk dikunjungi . Lagipun inilah masanya kita kena #SupportLokal dan naikkan kembali kegemilangan industri pelancongan negara yang terjejas akibat Covid-19.





Arghh rindunya nak tengok laut! Kami memang suka lepak tepi pantai, tengok laut dan main air. Bayangkanlah kali terakhir aku tengok laut ialah pada dua tahun lepas. Jadi kali ni, aku bercadang nak bawak anak-anak bercuti ke destinasi yang ada 'port' kegemaran kami, iaitu pantai. 


Sebelum nak pergi bercuti kena ada perancangan awal kan. Memandangkan pertengahan bulan Disember nanti anak-anak mula cuti sekolah, itulah masanya yang sesuai untuk kami memulakan percutian. Cuti pun tak lama, jadi kena pilih tarikh dan rancang sebaiknya.


Semua orang tahu, kebaikan vaksinasi bukan saja dapat melindungi diri kita dari risiko bahaya Covid-19. Tapi kebaikan vaksinasi juga dapat menjimatkan perbelanjaan untuk beli tiket kapal terbang dan tempahan hotel! 


Iyeeee, betul ...ni bukan auta tapi fakta! Traveloka akan bagi diskaun istimewa 15% bila menempah tiket kapal terbang dan 10% untuk tempahan bilik hotel. Semua ini istimewa untuk mereka yang dah lengkap vaksin. Cun tak? cunnnn...! Bukan tu saja, kita boleh menuntut pelepasan cukai sehingga RM1000 dari promosi ini sehingga 31 Disember 2022.




So pada mereka yang dah lengkap vaksin, gunakan MySejahtera anda untuk menikmati tawaran terbaik ini untuk bawa keluarga pergi bercuti. Pada 'kaki' travel, lagilah suka kan! Sekurang-kurangnya MySejahtera tu takdala asyik guna untuk scan masuk keluar pasaraya je kan hehe.



Walaupun rasa happy nak pergi bercuti, kerisauan tu pasti ada sedikit. Ye la, walaupun kita dah lengkap vaksinasi kita tetap perlu menjaga SOP yang ditetapkan oleh KKM. Untuk itu, Traveloka juga menyediakan info-info terkini tentang Covid-19 serta menyediakan perkhidmatan tempahan PCR Test untuk mereka sebelum memulakan perjalanan.


Selain itu, Traveloka juga sedia memberikan refund dan reschedule penerbangan sekiranya diperlukan demi keselesaan kepada pelanggan. Maksudnya, kita boleh minta bayaran balik tiket kapal terbang yang kita dah beli sekiranya berlaku hal kecemasan dan kita juga boleh minta penjadualan semula penerbangan ke tarikh lain.


Dah setel bab tiket kapal terbang, kita pergi ke tempahan hotel. Ada banyak pilihan hotel, chalet, BnB, villa dan apartmen mesra keluarga yang boleh kita pilih di Traveloka. Since aku bawa keluarga, mestilah nakkan penginapan yang selesa dan mempunyai kemudahan asas yang diperlukan sepanjang berada di sana nanti.


So, kita tak perlu pening-pening kepala. Semuanya di hujung jari, hanya perlu cari hotel atau villa yang sesuai. Pilihanku dah semestinya yang dekat dengan pantai. So bila boleh menikmati pemandangan indah dan bila turun jalan kaki sikit dah jumpa pantai! Oh syoknyeeee ...!



Bagi mereka yang ingin tempah bilik hotel untuk tarikh kemudian, tempahan hotel lebih mudah dan fleksibel bila menggunakan aplikasi Traveloka. Dengan aplikasi ini, kita boleh buy now, stay later serta menikmati baucer tempahan pada harga istimewa dan boleh merancang untuk check-in bilik hotel pada tarikh lain serta menikmati room complimentary upgrade.


Tak sabar rasanya nak tunggu cuti sekolah bawa anak-anak ke Pantai Batu Feringgi dan Pantai Teluk Bahang di Penang. Sebab tu kena survey dari sekarang penerbangan dan hotel Penang. Lagipun, kalau tempah sekarang kita boleh dapatkan hotel promo pada harga yang lebih menjimatkan. Barulah boleh pergi jalan-jalan makan angin sepuas-puasnya sambil main air tepi laut!



Saturday, November 20, 2021

Saturday, November 20, 2021

Fully vaccinated and still alive!

 

The time has come for my both precious pearls to get their 2nd dose of vaccine. They both were really excited ever since they got their 1st dose appoinment especially my second pearl, Mira. They have no fear of needles whatsoever which I'm soooooooo grateful for that!😂 But when I asked them to watch the injection process ... they turned their faces away! Still grateful though haha.


The whole process took very little time and faster than the 1st dose. And I took this opportunity to join them when they came for 2nd dose. I really wanted to be with them through the whole process so that they were not scared or anything, but it seemed mommy was just overreacting!😂


Mira's fully vaccinated and happy

Waiting to be called

kakak's fully vaccinated and mommy 
fully boosted!😁


They got their 1st dose in October and it went very well with no complications. So I thought may be I should get ready the Paracetamol after their 2nd dose, but fortunately they passed that too!😁😂


And during kakak's 2nd dose, me and my husband decided to walk-in for the booster at the same center. Thankfully, we got the slots available that day, rolled-in, injected and came out alive!




Not forgetting my mother who also got her booster last week via MySejahtera appoinment. I'm so grateful that we all fully vaccinated+booster finally. Can't wait to bring my pearls for a short vacay which I hopefully can fulfill for them.



Thursday, October 28, 2021

Thursday, October 28, 2021

Siapa kena nebulizer treatment tu?

 

Assalamualaikum! Ginila bila anak-anak bulus ramai mengalahkan manusia hehe. Bila tak sihat mula la mama risau tak lena tidur dibuatnya. Seminggu selepas amik Dino dari pasar, dia mula mengalami selsema. Aku ingatkan selsema biasa macam kucing lain.


Tapi kali ni Dino selsema terus lepas tu kerap bersin. Hidung basah jangan cakapla hehe sampai kami gelar dia CINGUS!😂 sebab hingus meleleh doploh patjam. Dah la tu sekali pulak ngan pakej nafas berbunyi atau macam orang semput tu ...ha! 


Aku dah risau sebab lain macam bunyi nafas dia. Nafas berbunyi dan seperti ada benda tersekat di kerongkong dia. Tapi selera makan dia ok dan aktif seperti biasa. Cuma kesian sebab kita boleh dengar nafas dia tu dan betapa susahnya dia tarik nafas.




So, aku bawak dia pergi vet. Doktor pun bagitau Dino punya kahak sudah nak sampai ke paru-paru!😱 Dino kena jalani nebulizer treatment sebanyak 3 kali (1 sesi 1 kali) untuk cairkan kahak.


What?? nebulizer treatment? neb macam orang semput selalu amik kat klinik tu ke? Huh ... dah macam kucing semput dah si Dino ni. Aku bayangkan Dino pakai neb letak kat hidung tu😂😁 Maafkan mama tergelak😂


kredit gambar : FB Kitty's Cottage Desa Pandan



Macam mana ye rupa diaorang buat nebulizer treatment kat Dino tu? Di waktu pandemik macam ni, owner tak boleh masuk dalam bilik rawatan dan konsultasi pun hanya melalui telefon saja. Aku kena bawak Dino tiga kali ke vet (selama 3 hari) untuk buat treatment tu.


Sempat aku tanya vet tu macam mana rupa nebulizer treatment tu. Adakah kena pakai alat tekup kat muka tu? Vet cakap, kucing akan diletakkan dalam satu chamber pastu ubat (gas) akan dilepaskan dalam chamber tu untuk kucing sedut selama 30 minit. Senang citer macam gambar di atas la.


Satu sesi RM30/30 minit.






Gitu gini kena dalam RM100+ (ubat + neb 1x) gak la. Doktor bagi ubat antibiotik, ubat anti-radang, ubat cair kahak, ubat selsema, dan multivitamin. Ini tak termasuk untuk dua lagi sesi neb yang Dino kena buat.


Alhamdulillah sekarang dah kurang bunyi nafas dia. Hingus pun dah tak meleleh. Selsema beransur baik. Overall ubat + 3x nebulizer treatment kena dalam RM160+ huhu.

Wednesday, October 27, 2021

Wednesday, October 27, 2021

Berita Tergempar! - Kucing Kena Tuduh (KKT)

 

KUALA LUMPUR - Dua suspek utama yang terlibat dalam satu kejadian meroboh almari tudung di sebuah rumah di kuala lumpur malam tadi telah dikenalpasti.

Kejadian tersebut disyaki ada kaitan dengan komplot untuk panjat naik ke atas oleh kedua-dua suspek dalam satu sesi kejar mengejar dalam rumah.

Ketika kejadian, mangsa (yakni mama) tiada dirumah kerana sedang bertugas. Almari yang penuh dengan tudung mangsa dipercayai roboh bersama besi dan penyambung menyebabkan kesemua tudung mangsa bersepah diatas lantai.

Mangsa hanya menerima panggilan video dari suami mengatakan bahawa almari tudung telah roboh dikerjakan dua ekor suspek. Melalui panggilan video tersebut, jelas kelihatan kelibat suspek-suspek sedang lari bertempiaran apabila menyedari kejadian tersebut.


KKT 1 - Millie

KKT 2 - Dino

Almari tudung milik mangsa



Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Anak-anak mangsa telah dikerahkan untuk memindahkan kesemua tudung mangsa ke tempat yang selamat. Walaubagaimanapun, almari tersebut tidak dapat diselamatkan.

Kedua2 suspek masih belum ditangkap dan disiasat sehingga kini dan masih bebas. Mangsa yang baru saja pulang dari kerja dan masih terkejut dengan kejadian itu telah bertindak mendukung,memeluk dan mencium kedua2 suspek utama sebagai amaran keras. Mangsa berharap suspek2 itu akan insaf dengan jenayah yang dilakukan.


Dilaporkan oleh : Mama (mangsa redho)

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.