Breaking

Sunday, September 18, 2022

Sunday, September 18, 2022

Ikhtiar Untuk Milla Sembuh

 

Bila vet sahkan Milla menghidap penyakit yang tiada ubatnya, hati mamacat mana yang tak luluh. Sedih, buntu memikirkan kalau takda ubat macam mana Milla nak sihat macam dulu? Adakah nyawa Milla semakin menghampiri pengakhirannya??


Allahuakbar .... mama tak bersedia nak kehilangan Milla :'(.


Walaupun tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Milla, tapi vet syorkan untuk mama beri Milla makan immune booster iaitu DMG untuk meningkatkan sistem imun badan Milla melawan penyakit dan virus. Mesti bagi setiap hari tanpa gagal dan perlu diteruskan sehingga ke akhir hayat Milla.


Mula-mula beli kat vet 10ml. Tapi vet kata kat Shopee ada jual, so aku beli terus yang 120ml. Harga?? Mahal lagi dari harga kibble 10kg! Tapi demi Milla, aku pejamkan mata beli jugak.



DMG ada 2 jenama di pasaran, Vetri dan Biovet. Mana2 pun boleh tapi vet ni rekomen Vetri la. Alhamdulillah dah sampai pun dah setiap hari 1ml Milla. Syukurlah jugak dia jenis yang senang telan ubat. Mula-mula je 'drama' sikit, bila sampai di mulut dia elok menjilat hehe.




Setakat ni, Milla menunjukkan kesan positif. Dia masih berselera makan dan minum, aktif dan tidak menyendiri macam dulu. Bengkak gusi pun dah tiada cuma benjol di tekak tu masih boleh dirasa dengan tangan. Membuang pun takda masalah.


Moga Milla sentiasa bertenaga dan sihat. Mama akan berusaha sedaya yang boleh untuk buat Milla selesa.


Thursday, September 01, 2022

Thursday, September 01, 2022

My Lucky Number 7!

 

Cakap dah insaf. Tak nak amik kucing dah. Cukup dah 6 ekor tu. Tak nak bawak balik dah. Biar Dino jadi bongsu. Tapiiiiii dah namanya rezeki yang telah ditakdirkan. Maka, muncul lah kelibat nombor tujuh!


Bukan aku yang bawak balik. Ni en, suami yang punya keje. Kisahnya lebih kurang sama dengan Mochi. Ditinggalkan ibu. Kiranya Mochi dan dia satu ibu. Ibunya galak beranak, bila dah melahirkan dia cuma jaga sekejap kemudian galak cari jantan balik. Kesian anaknya ni, en. suami tak sampai hati nak tinggalkan dia disana.


Balik dari sekolah, adik tunjuk anak kucing dalam dakapan. Dah ceritanya macam tu, tak sampai hati la pulak nak tolak. Bela je la. 




Macam biasa la, kalau ada kucing baru dalam rumah yang lain akan kembang kuncup hidungnya nak tahu siapa gerangan yang baru sampai tu. Dalam enam ekor tu, hanya Dino je yang 'meraikan' kedatangan anak kucing ni haha. Siap pakej raging lagi! Sikit pun Dino tak hiss atau marah atau cakar anak kucing tu.


Yang lain habis berterabur lari menyorok atau hiss bila anak kucing melintas di depan haha. Lantak kan. Biar diaorang kenal mengenal satu sama lain. Aku jenis tak kurung kucing lama-lama sebab nak diaorang cepat mesra. Dalam 2-3 hari masing-masing dah boleh terima anak kucing ni.



Abg Dino ajak main2

Syukur yang lain dah boleh terima si Bennie. Tapi tu la yang peliknye si Bennie ni, dia makan memang cemerlang, cuma bab minum air/susu tu memang gagal! Nak kata dia tak reti jilat, elok je dia jilat wetfood haha. Aku kena bagi air/susu guna syringe baru dia minum. Tapi kencing berak elok pulak tu. Dia pun dah pandai membuang dalam litter box macam kakak2 dan abg2 dia.


Bulan depan boleh dah start bawak gi vet untuk vaksin pertama dia. Bennie jangan nakal2 ye. Mama sayang Bennie! Nah mama belanja video Bennie kena raging ngan abg Dino :p.






Monday, August 22, 2022

Monday, August 22, 2022

Jangan Sembarangan Klik Link Kalau Nak Akaun Bank Selamat

 

Assalamualaikum. Berat mata membaca berat lagi bahu yang memikul. Dah viral satu Malaysia tentang perkongsian luahan Dr. Rafidah di fb beliau baru-baru ni pasal kehilangan duit dalam akaun bank 'sotong'. Bukan sikit-sikit hilang pulak tu, 13K!  


Yang menyedihkan lagi tu, pemindahan duit dalam akaun bank beliau dibuat tanpa menggunakan sebarang TAC, macam yang selalu kita dapat tu kalau nak transfer duit ke akaun lain. Aku pun pelik jugak, macam mana duit boleh berpindah tanpa dapat TAC?? Selalunya, kita dengar kes akaun kena hack bila kita dapat TAC walaupun tak login akaun pun masa tu. Penggodam akan mesej kita dan mintak TAC kononnya tersilap tekan.


Tapi sekarang diaorang punya jahat dah naik the next level nampak gaya. Lebih rakus dan ganas. Dalam kes Dr. ni, langsung tak mintak TAC alih-alih duit lesap dalam akaun! Allahuakbar .... 13K bukan sikit kak long. Itu pun Dr. kata dah redha. Kalau orang biasa macam kita ni?? Penat lelah orang, keringat dan kudrat empat tulang semua kat situ :'(.




Balik pada cerita tadi. Umum memang dah tahu kalau duit dalam akaun lesap, bank takkan semudah itu nak ganti balik pada pemegang akaun. Kalau baca komen-komen, rata-ratanya memang cakap bank takkan bayar balik. Kira burn. Disalahkan kita pulak sebab tekan link yang bukan-bukan di media sosial. Bagi aku, kalau bank dah tahu dan dapat detect link tu tak selamat kenapa bank tak sekat? Mereka tentu dah tahu itu adalah phishing web kan? Yang orang ramai persoalkan sekarang adalah tahap keselamatan akaun bank tu yang membolehkan pemindahan duit secara banyak dalam satu hari boleh terjadi tanpa apa-apa syak wasangka.


Ada juga yang berkongsi pengalaman dengan bank lain, kalau ada pemindahan duit secara banyak dan meragukan, pihak bank sendiri akan call pemegang akaun tersebut untuk buat pengesahan. Bagi aku, itu adalah satu effort yang baik dari pihak bank. Kita yang tengah buat kerja tak tahu apa-apa, dalam masa yang sama duit dalam bank lesap! Sedih weiiiiii!


Bila kita daftar online banking kat handphone, maknanya, kita percaya tahap keselamatan sistem apps yang menjaga duit kita. Bila dah jadi macam ni dan bank tak nak bertanggungjawab atas alasan kita yang tekan link dulu, jadi bunyinya bank macam nak 'lepas tangan'. Save at your own risk!


So pengajaran yang boleh kita amik, berhati-hati ketika melayari sosial media. Jangan klik sembarangan link yang meragukan. Buang sikit curiosity tu. Jangan percaya bulat-bulat apa yang ada di fb, ig, tiktok, twitter dan sebagainya. Takda sapa yang akan tolong kita kalau duit dalam akaun dah lesap, apatah lagi bank.


Lagi satu yang kita kena selalu alert dan beringat, kalau buat fpx payment jangan terburu-buru. Layout laman web bank mesti mintak username dahulu. Lepas tu akan keluar gambar security yang minta kita sahkan. Lepas tu baru dia minta password. 


sumber : fb Johan Mohamed

 

Macam yang kat atas ni, kita boleh nampak dia mintak username dan password serentak! Itulah tandanya korang sedang menghampiri lubang scammer. Cepat-cepatla keluar dari situ. Kalau korang pergi isi jugak kemudian dia keluar error, suh isi semula itulah maksudnya akaun korang berjaya digodam menggunakan keylogger. Lepas tu duit dalam akaun pun wassalam.


Online banking pun dah tak selamat sekarang. Abis takkan nak delete semua apps bank dan buat urusan di kaunter je lepas ni? Bank-in duit pun guna CDM? Naya pak karim lagutuuuu! Benda semua hujung jari dah sekarang. Tapi inilah risikonya bila tahap sistem sekuriti online banking teruk. 


Haramjadah 'toyol' siber!

Monday, August 15, 2022

Monday, August 15, 2022

Semua naik!

 

Assalamualaikum. Baru-baru ni masa bawak mak pergi check-up kat klinik, aku berhadapan dengan situasi yang menghibakan . Kebanyakan yang datang ke klinik tu adalah orang tua samada ditemani pasangan, atau anak atau datang seorang. 


Kalau datang check-up first kena pergi kaunter pendaftaran letak buku temujanji. Tunggu nama dipanggil, pastu bawak mak pergi cucuk amik darah hujung jari untuk test glukosa. Pastu pergi bilik sebelah pulak amik berat badan tekanan darah. Pastu pergi pulak kaunter satu lagi ikut zon dan letak buku dan tunggu lagi nombor dipanggil. Lepas tu barulah masuk bilik jumpa doktor.



Begitulah rutin aku dan mak setiap kali ada temujanji di klinik. Kalau yang datang ditemani pasangan atau anak takpela. Ni ada yang datang seorang, terkial-kial tak tahu ke mana hala tuju lepas pendaftaran. Ada seorang pakcik ni dia datang seorang, lepas pendaftaran dia pergi ke tempat nak cucuk darah dan terus letak buku dalam bakul dan pergi duduk di kerusi. Aku yang tengok tak sampai nak buat tak tau. Aku panggil pakcik tu balik dan tekankan nombor giliran dan ketip satu nombor di buku dia, satu lagi suh dia pegang. Kalau nombor disebut baru pergi ke kaunter. Terkial-kial dia blur disitu, tak tau la dia faham ke tak aku cakap ape. 


Mak yang turut ada kat situ pun cakap,"macam tu la abah kau dulu. Sorang-sorang datang tak tau nak pergi mana dulu. Mak dulu pun masuk klinik sorang-sorang. Abah kau tunggu kat luar". Hmm terdiam aku. InsyaAllah mak ... pasni mak takkan keseorangan lagi di klinik. Anim akan teman mak selagi anim mampu.


Dan alhamdulillah sejak dari temujanji mak di Hospital Melaka lagi sampai sekarang, aku yang akan balik pastikan mak dapat pergi klinik. Bagi aku perkara sebegini memang jadi tanggungjawab anak. Bukan tanggungjawab cucu atau anak sedara melainkan ada hal mustahak yang tak boleh dielakkan, barulah boleh mintak tolong orang lain. Tapi sebolehnya, aku akan usahakan jugak untuk balik atau paling teruk pun tukar je tarikh temujajanji. Asalkan tidak menyusahkan sedara mara.




Tapi tu la keputusan pemeriksaan kesihatan mak kali ni membuatkan aku sedikit risau. BP naik, gula naik, berat badan pun naik! Mana taknya, makan durian aritu sepuas-puasnya mak cakap. Pastu raya haji dapat sumbangan daging korban makan lagi. Mana tak naik segala. Aku diamkan je la, memang betul pun haha. Tapi pasni mak kena kawal balik ye.


Puas duduk seminggu ngan mak. Bawak mak keluar makan di kedai hampir setiap hari. Happy sangat tengok mak dapat jalan-jalan sekitar pekan walaupun hanya untuk pergi beli barang. Haihh sedih lagi :(. Moga satu hari nanti aku dapat transfer sini balik duduk ngan mak...


Tuesday, August 09, 2022

Tuesday, August 09, 2022

Khabar Dukacita Buat Milla :(

 


Assalamualaikum. Sedih mengenangkan anak bulus sekor ni. Dalam enam ekor, dia yang paling 'pendiam' dan perangai paling elok. Milla sejenis 'introvert' dan tak suka main buas-buas. Dalam enam ekor tu, dengan abg Putam je dia suka bermain sebab abg Putam 'gentle' dan bila bergurau tak keluar kuku. Tapi kalau dengan Dino, dia pangkah terus haha sebab Dino main buas siap gigit-gigit dan tendang. Mana Mila mau macam tu.


Beberapa bulan lepas, mulut Milla berbau. So bawa dia pegi vet untuk pemeriksaan. Didapati ada gingivitis. Vet bagi ubat antibiotik dan anti-radang. Baik kejap, kemudian selang beberapa bulan jadi lagi. Bila vet tengok rekod macam tu, vet saspek sesuatu.




Vet cadangkan buat ujian darah untuk Milla untuk sahkan Milla ada FIV (kalau pada manusia kita panggil HIV) atau tidak. Disebabkan masalah mulut berbau dan gusi merah serta bengkak sikit di leher yang masih berlarutan, maka nak tak nak kena buat jugak. Buat ujian darah saja dah kena RM120.


Pejamkan mata demi kebaikan Milla. Hati ni pun tak sedap rasa dan kesian kat Milla pun ada. Buat test ni tak sampai 10 minit pun. Vet panggil masuk dan inilah keputusan ujian darah Milla.





Keputusan ujian darah ni sah dalam masa 15 minit saja, kalau lebih dari tu kira tak sah dah. Jadi bila vet titis darah Milla ia akan terus naik satu line atau dua line. Kalau ikutkan penglihatan aku, memang payah nak nampak garisan T tu naik, tapi vet kata dia nampak dan sehalus-halus garisan walaupun kabur tapi kalau nampak sikit pun dah kira positif FIV.


Untuk antibodi (AB) pulak, tak naik langsung garisan T bermakna Milla tak dapat hasilkan antibodi untuk melawan virus tu. Walaupun aku tak nampak garisan tu, tapi simptom yang ada pada Milla seperti bengkak nodus limfa (terasa benjolan bila pegang leher Milla) memang ada.


Simptom FIV:

  • Selera makan kurang
  • Berat badan kurang
  • Demam
  • Sakit bila mengunyah
  • Sawan
  • Cecair keluar dari mata dan hidung
  • Cirit birit
  • Kelenjar limfa bengkak
  • Kulit, pundi kencing atau buah pinggang

Aku perasan juga, sejak Milla sakit mulut dia dah tak makan wetfood. Kalau dulu, dia la yang pertama datang bila tiba masa untuk makan. Sekarang dia masih ada selera makan tapi banyak makan kibble. Lain-lain, Milla masih aktif dan sihat.


Lebih sedih lagi, vet kata FIV masih tiada vaksin atau ubat sehingga kini. Bermakna kucing yang terkena FIV tiada ubat yang boleh diberikan pada mereka melainkan booster untuk meningkatkan imun badan dan perlu diambil sehingga ke akhir hayat.


Booster ini bukanlah penyembuh kepada FIV tapi ia dapat membantu meningkatkan sistem imun kucing melawan virus. Vet cadangkan untuk ambil 1ml DMG setiap hari. Kita juga boleh dapatkan DMG ni farmasi atau beli secara online


Kesian Milla ... tapi mama takkan putus asa. Walaupun penyakit ini tiada ubat, tapi selagi Milla masih aktif dan ceria, ada selera makan, masih boleh bergerak dan bersihkan diri sendiri mama dah happy. Booster DMG ni harga dia agak mahal tapi demi Milla, mama akan usahakan agar badan Milla dapat lawan virus jahat tu.

Monday, August 08, 2022

Monday, August 08, 2022

Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) Baru Sampai

 

Assalamualaikum. Orang lain mungkin dah habis guna pun PPC ni tapi aku baru dapat ha. Sepatutnya dah dapat di tangan awal bulan Mac tapi disebabkan kami laki bini kena Covid berturut-turut selama dua minggu tu, tak boleh keluar ke mana-mana jadi memang ada sentiasa di rumah. 


Dah nama pun kat rumah, jadi kalau ada parcel sampai mesti aku tahu. Tapi hari tu, abg posmen tak ketuk pintu pun sekadar tinggalkan slip suruh tuntut barang dalam peti surat. 


Bila kami dua-dua dah sihat dan dibenarkan keluar, pergi peti surat tengok ada slip dari poslaju suruh pergi collect PPC kat Serahan Pos Pudu. So kami pergila sana, tapi bila serah slip ni abg posmen di kaunter tu kata dah lebih dari 7 hari, jadi PPC tu dah diserahkan balik pada KKM. 




Aik, boleh pulak macam tu? Dah la tak ketuk pintu, tinggalkan slip suruh tuntut dalam masa 7 hari. Habis macam mana kalau kena Covid masa tu? Memang melepas la PPC ni. Tak puas hati aku, sebab tiada percubaan untuk penghantaran kali kedua. Orang lain dah dapat kot, aku je yang tak dapat ni.


Aku masuk website KKM, dan disitu aku buat aduan tentang kes PPC dan situasi yang berlaku pada masa tu. Aku tinggalkan alamat emel supaya mereka boleh berhubung semula. Aku ceritakan dari A sampai Z, tentang aku dan suami kena Covid, tentang abg posmen tak hantar sampai depan pintu, dan tentang slip tuntutan yang telah terlepas tempoh.


Dalam 10 hari lepas tu, aku terima emel dari urusetia jawatankuasa PPC dari KKM dan mereka mengesahkan PPC aku telah dipulangkan untuk diproses semula. Jadi nak hantar balik tu kena ambil masa sebab mereka kena hantar secara berperingkat kepada penerima lain. Pendek cerita, aku punya lepas April baru boleh dapat.





Dalam bulan Mei, aku dapat emel semula dari urusetia jawatankuasa PPC minta butiran peribadi untuk pengeposan semula PPC. Bila diaorang hantar emel, kita kena alert dan cepat respon untuk memudahkan proses penghantaran. 



Lama gak la tunggu lepas bagi alamat tu. Ingatkan diaorang dah lupa kat aku hehe. Tup tup hujung bulan Julai abg posmen datang bawak bungkusan empat segi. Aku cam sangat kalau kotak empat segi macam tu. Sah PPC!


Alhamdulillah, sampai jugak kau ye hehe. Kalau orang ada di rumah dan abg posmen ketuk pintu bagi salam mesti la aku jawab. Walaupun terlambat beberapa bulan tapi syukurlah dapat jugak akhirnya. 

Thursday, July 21, 2022

Thursday, July 21, 2022

Takut Pakai Pelembap Muka? Krim Pelembap Mana Yang Terbaik Untuk Kulit Berminyak?

 

Assalamualaikum! Dah lama tak celoteh pasal skincare. Kalau cerita bab kulit idaman siapalah yang tak nak kulit putih halus mulus macam telur direbus. Teringin juga nak memiliki kulit licin berseri macam orang lain tu.


Masa awal-awal dulu bila sedar kulit ni berminyak dan mula ditumbuhi jerawat, mula la aku nak cuba macam-macam produk di pasaran. Sedangkan masa tu, langkah penjagaan kulit secara asas (basic) pun aku tak buat. Asal ada je iklan produk muka, mesti aku akan beli dan cuba sendiri. Tak kisah langsung sesuai ke tidak untuk kulit berminyak.


Akibatnya, kulit aku bukan makin baik tapi makin teruk jadinya! Jerawat makin banyak naik kat muka ditambah pula dengan kulit berminyak yang tak terkawal. Rupa-rupanya bukan semua produk di pasaran boleh kita guna ikut suka tanpa kita tahu kandungannya dan kesesuaian untuk kulit. 


Tapi tu la, jiwa remaja masa tu mana nak dengar cakap. Ikutkan hati sangat. Pengaruh iklan di televisyen sangat kuat masa tu. Bila dah breakout terus aku stop guna semua produk. Lepas tu, aku hanya guna pencuci muka. Masalah jerawat masih juga tak selesai. Bertahun lamanya aku cuba konsisten dengan pencuci muka saja tapi rupanya aku salah lagi!



Muka berminyak dan berjerawat memang tak boleh 'hidup' dengan pencuci muka saja. Dah cuci muka takkan nak biar macam tu je kan. Kulit yang banyak terdedah dengan cahaya matahari ni akan cepat kering dan kesat. Sebab tu kena guna krim pelembap (moisturizer) untuk kembalikan hidrasi dan kelembapan pada kulit.


Nak pilih moisturizer pun kena ada ilmu juga. Jangan tengok iklan terus nak beli. Kita kena tahu samada ianya sesuai untuk kulit berminyak dan apa bahan utama dalam produk tu. Selama ni pun, aku tak pandai pilih moisturizer. Ingat semua moisturizer tu sama je. Rupanya moisturizer ni ada 2 jenis, iaitu cream-based dan water-based.


Sebelum ni aku guna moisturizer yang cream-based punya, memang la makin berminyak kulit aku! Bila masuk tengahari, muka jadi kemerahan dan berkilat bukan disebabkan kelembapan tapi sebab minyak yang berlebihan. Bila minyak berlebihan, pori-pori akan tersumbat dan lagi banyak naik jerawat di muka!




Tipula kalau kata tak stres. Dah la kulit berminyak, jerawat naik sana sini. Tapi nak kata putus asa tu tak la. Aku cuba cari krim pelembap yang lain pula tapi kali ni aku akan pastikan bahan kandungannya dan jenis krim. Satu hari, aku diperkenalkan dengan krim pelembap Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature.


Mula-mula risau juga nak guna, tapi bila tengok bahan kandungan dan jenis krim ni adalah water-based aku fikir why not aku cuba dulu kan? Bahan utama dalam Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream:


Niacinamide

  • Memberikan tona kulit cerah, kawalan minyak, membersihkan dan menganjalkan kulit muka
  • Memberi kesan pencerahan dan kelembapan
  • Mengurangkan liang pori wajah dan boleh mengawal kulit berminyak

Kim pelembap ini juga mengandungi 17 jenis ekstrak herba memberikan kombinasi padu untuk menjadikan kulit wajah lembut dan halus.






Lagi banyak kulit kita terdedah pada cahaya matahari, lagi banyak minyak yang akan terhasil pada kulit wajah. Sebab tu, aku kena pilih krim pelembap jenis water-based untuk memudahkan penyerapan ke dalam kulit. Bila sapu krim pelembap ni, cepat betul ia meresap dan melembapkan kulit. Serius, aku dah mula jatuh cinta kali pertama!


Tekstur dia memang ringan dan tidak melekit. Bila sapu di muka ia cepat meresap ke dalam kulit rasa lembut dan fresh. Yang bestnya, bila aku pergi berjalan di luar pun tak mudah berpeluh. Bila tak mudah berpeluh, kuranglah minyak yang tersumbat dalam pori-pori (non-comedogenic). 






Sekarang aku rasa lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri. Kalau dulu, aku nak kena makeup sebelum pergi kerja untuk tutup cela di muka. Tapi sekarang selain dari sunscreen, aku hanya guna krim pelembap Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream siang dan malam. Kesan paling ketara yang aku rasa kulit dah kurang berminyak walaupun bangun pagi. Terasa lembut dan kurang berjerawat. Tak cukup lagi ke tu? Bagi aku, memang inilah hasil yang aku dah lama nantikan!


Sebenarnya, bukan susah pun nak cari krim pelembap yang sesuai dengan jenis kulit kita. Cuma kita perlu ada sedikit ilmu tentang produk tu dan kena ambil tahu adakah ia sesuai dan selamat untuk kulit kita. Kadang-kadang, beli produk mahal pun tapi kalau tak sesuai dengan kulit, ia tidak akan menyelesaikan masalah betul tak.


Yang penting, aku happy dan puas hati dengan hasilnya. Kalau nak tahu, cubalah sendiri ;)


🍁Brand: Hansaegee Nature 

🍁Website: www.hansaegee.com/shop

🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.