Breaking

Sunday, May 19, 2024

Sunday, May 19, 2024

Milla Dalam Ingatan

 

Aku masih ingat saat aku adopt Milla dan adiknya Millie dari grup di facebook pada tahun 2021. Kali pertama aku tengok gambar yang dipos oleh tuan lama mereka, terus aku jatuh hati! Tak tunggu lama, aku terus pm dan akhirnya kedua-duanya diserahkan kepadaku untuk dijaga.


Setahun pertama, Milla dan Millie yang asalnya anak kucing yang baru berusia beberapa bulan membesar dengan sihat dan aktif. Merekalah penyeri dalam rumah selain Putam dan Mia. Kedua-duanya aku vaksin dan mandulkan bila dah cukup umur.



Tapi tahun 2023, aku diuji apabila Milla disahkan mengidap sejenis penyakit yang hingga kini tiada ubatnya. Aku mula takut tapi tetap positif dan berusaha untuk merawat Milla ketika itu. Sanggup aku beli booster yang harganya mencecah ratusan ringgit walaupun ianya hanya untuk meningkatkan imun badan dan bukan merawat sepenuhnya.


Namun, penyakit Milla datang semula lepas 2 bulan dan kali ini memberi kesan sehingga dia tidak lagi makan dan minum secara normal hanya terbaring dan terpaksa dipakaikan pampers kucing.


Aku bawa dia ke vet sekali lagi dan doktor cuba untuk masukkan air ke dalam badannya kerana Milla mengalami dehidrasi yang agak teruk. Badannya juga susut mendadak. Tanda-tanda lain, kulit dan matanya berwarna kuning.



25/12/2023

26/12/2023 - Milla dah tiada


Dan malam itu juga, Milla akhirnya pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya pada 26/12/2023. Aku dan adik sempat melihat saat-saat akhir Milla sebelum nafasnya berhenti sebab masa tu aku sedang nak bagi ubat. Kakak pula tak sanggup tengok 😭




Kini setelah beberapa bulan baru aku bersedia untuk berkongsi berita sedih ini. Maafkan kami kerana tak cukup sempurna menjagamu. Moga Milla tenang disana....


Sunday, May 19, 2024

Rasa Nak Boikot Teh Tarik Sebab Menderhaka!

 

Aku takda masalah nak boikot kopi dari mana-mana jenama antarabangsa dan lokal yang support zionis. Sebab aku sendiri bukan peminat kopi. Tak kisah lah macam mana korang cakap sekalipun, kopi tu sedap ke, lain dari yang lain ke, biji kopi terpaling original ke memang aku tak suka minum kopi. Full stop.


Begitu juga nescafe dan yang seumpama dengannya. Lokal atau antarabangsa. Tak boleh masuk tekak langsung. Aku cuma suka teh tarik atau teh o atau teh o limau. I'm a tea person haha. 


Tapi teh tarik ni pun nak kena boikot jugak rasanya. Maksud aku kedai mamak yang buat teh tarik ni! Bukan sebab support zionis ke ape tapi diaorang telah 'menderhaka' resipi!


Derhaka resipi macam mana tu?


Pagi ni aku order kopi o suam (takmo gula) untuk suami dan teh tarik bungkus untuk aku. Dah siap order, aku terus pergi bayar. Aku tengok air teh tarik aku tu macam cair-cair bukan macam teh tarik pekat. Tapi aku husnuzon je la kan haha. Aku pun gerak dari situ.




Dah habis makan aku pun sedut teh tarik tu. Sumpah  tak sedap! Cairrrrrrr tak rasa apa! Teh pun bukan susu pun bukan. Air tu keruh macam Sungai Klang hahahaha. Terus aku pergi balik kedai mamak tu dengan cik suami. Aku sengih tunjuk plastik teh tarik dan cakap,"bos, buat baru boleh. Takda rasa teh tarik ni".


Dia boleh jawab,"eh bukan you mintak teh tarik o ke?"


"Tak pernah dibuat orang minum teh tarik o! Saya kan biasa order teh tarik. Tadi saya cakap kopi o takmo gula. You pergi buat teh tarik o kenapa haha", aku jawab.


"Haahahaa...sorry sorry saya salah dengar la tu. Saya ingat teh tarik pun takmo susu hahaha. Takpa takpa kita kasi ganti baru", kata dia.


Apela mamak ni. Tak pernah dibuat orang lagi minum teh tarik takda susu. Rupa dah macam air Sungai Klang. Kot ye pun nak suruh aku cut sugar janganla sampai menderhaka resipi asli teh tarik hahahaha!


Akhirnya aku dapat jugak teh tarik yang sebenar. Tapi kali ni teh tarik mamak tak sedap mengancam lah. Tak pekat susu takpe la jugak, ni rasa teh pun kureng. Entah berapa kali tapis teh tu dia guna hmmm.


Friday, May 17, 2024

Friday, May 17, 2024

Road To Braces - Tanya Doktor Dulu

 

Dari tahun lepas lagi, kakak dah menyatakan hasratnya nak pakai pendakap gigi (braces). Tapi masa tu aku tak galakkan sebab gigi bongsu dia masih ada. Lagi satu, sebab masa tu trend pakai braces memang popular di kalangan remaja. Anak aku ni pun terikut sama!


Tapi tak semudah itu aku nak turutkan. Ingat murah ke pasang braces kat klinik swasta? Aku tak suka kalau anak ikut trend sana sini membabi buta. So, aku cakap kalau betul nak pakai braces jom kita pergi klinik gigi. 


Kita dapatkan pandangan pakar samada gigi kakak sesuai atau tidak pakai pendakap gigi? Tak dinafikan gigi dia jarang dan ketara bahagian depan (gigi kapak), tapi aku nak biar doktor gigi yang sahkan. Aku cakap awal-awal dengan kakak, apa saja keputusan doktor gigi (samada layak atau tidak dapat rawatan) kakak kena terima seadanya.


So, awal bulan Februari, aku bawa kakak pergi klinik gigi untuk buat pemeriksaan. 




Disebabkan kakak masih dibawah umur, setiap kali temujanji klinik aku kena duduk sama dalam bilik rawatan. Teringat zaman aku sekolah dulu, form 4 aku start ulang-alik klinik gigi untuk buat rawatan dan pemeriksaan sebelum pakai braces. Satu tahun jugak la nama aku dalam waiting list sebelum dapat pakai braces di klinik gigi bangunan Cahaya Suria, KL.


Berbalik pada kakak, doktor gigi membuat pemeriksaan dan mengukur tahap kejarakan gigi dulu. Alhamdulillah, kondisi gigi kakak memenuhi kriteria untuk pemasangan pendakap gigi (braces). Tapi bukan boleh terus pakai macam tu je!


Next story, aku akan share prosedur seterusnya.

Thursday, May 16, 2024

Thursday, May 16, 2024

Keputusan Ujian Darah

 

Aku mengaku bila dah masuk 4 series ni, ada satu ketakutan yang sentiasa menghantui. Sekarang ni bukan harta dan material dunia yang menjadi impianku tapi kesihatan itulah yang menjadi 'harta' paling bernilai bagi seorang manusia.


Mungkin juga aku sudah tua, maka perkara berkaitan dengan harta benda, fesyen dan keseronokan tidak lagi menjadi sesuatu yang utama melainkan aku kejar untuk jadi lebih sihat dan bersyukur masih dikurniakan kudrat untuk membesarkan anak-anak.



Jujur aku katakan, aku jarang buat pemeriksaan kesihatan menyeluruh di klinik kesihatan. Kalau ada pun, aku buat di opis kalau ada event kesihatan yang boleh cek kolesterol, gula dan tekanan darah tu.


Jadi tahun ini, aku buat keputusan untuk jalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh untuk lebih cakna tentang tahap kesihatan.


Sehari sebelum amik darah, aku kena puasa dari malam sampai keesokannya. Lepas dua minggu amik darah, aku kena hadir semula di klinik untuk temujanji jumpa doktor dan tengok keputusan darah. Tipula kalau tak berdebar. Zaman sekarang penyakit berkaitan dengan organ banyak menyerang orang umur 40an.


Penyakit pun dah tak kira umur, sebab cara hidup dan gaya pemakanan kita yang sangat tak sihat. Tu memang aku akui lah. Sebab tu, aku dah lama tinggalkan fast food. Tambah pulak sekarang musim boikot lagilah kuat alasan aku untuk tidak makan semua tu.



Masuk dalam bilik doktor dan dia meneliti keputusan darah aku. Alhamdulillah tanpa berkias dia menyatakan bahawa semua ok! Paras hbA1c aku 5.1 (tak sempat amik gambar). Cuma paras Kolesterol LDL aku kena turunkan ke 2.6 dari 3.2 (doktor kata ikut skala doktor😅).


So, buat masa ni doktor nasihatkan aku untuk turunkan paras Kolesterol LDL aku dengan ubah cara pemakanan. Means, kena banyak makan sayur dan kurangkan daging. Kalau naik melebihi paras, barulah doktor bagi ubat kolesterol. Tak mau lah!


Wednesday, May 15, 2024

Wednesday, May 15, 2024

Hari Nakbah - Palestin Sentiasa Dalam Doa

 

Sudah lebih 7 bulan berlalu namun jalan keluar bagi permasalahan ini masih tiada penyelesaian. Sudah lebih 40 000 saudara kita di Palestin syahid akibat kaum laknatullah yang  nekad mahu melenyapkan tuan tanah orang Palestin dari muka bumi.


Telah beratus ribu kanak-kanak, wanita, orang tua yang menjadi mangsa pembantaian dan pembunuhan kaum zionis setiap hari. Bayangkan sudah tujuh bulan dan satu dunia masih tidak mampu berbuat apa-apa terhadap kekejaman zionis terlaknat!


Namun, berbeza kali ini penentangan terhadap kaum zionis turut disertai oleh hampir seluruh manusia di serata dunia. Dengan adanya teknologi di hujung jari, mereka terutama yang berada di sebelah Barat tidak lagi 'buta' sejarah mengenai Palestin.


Kini mereka telah mengetahui kebenaran yang telah disorok berpuluh tahun dan pembohongan terkutuk melalui media mereka disana. Generasi muda khususnya generasi Z telah bersatu dibawah nama kemanusiaan mengutuk serangan zionis terhadap Palestin dan menuntut agar Palestin dibebaskan!


Ramai juga yang masih 'buta' dan buat pekak dengan mengatakan ini semua bermula dari serangan 7 Oktober lalu. Jika Hamas tidak menyerang terlebih dahulu, maka semua ini tidak akan berlanjutan. Sungguh mereka 'buta'!


Bacalah sejarah Nakbah dan perang selepasnya. Betapa tanah suci Palestin dan orang Islam telah lama dirobek oleh kaum zionis untuk melunaskan hajat terkutuk mereka bagi menguasai Masjidil Aqsa.


Dan yang terbaru, lebih 1.5 juta orang Palestin telah dipaksa berpindah dari Rafah ke kem Al Mawasi yang telah pun sedia padat dengan beratus ribu manusia. 


Itu belum lagi kekejaman yang mereka lakukan terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat. Ada yang ditangkap dan diseksa tanpa alasan, dipenjara malah rumah mereka dirampas begitu saja. Allahuakbar! Patutlah Allah melaknat mereka dalam al Quran!


Seruan kepada semua umat Islam, walaupun iman kita senipis bawang tapi sekurang-kurangnya titipkanlah doa dan qunut nazilah buat saudara kita di Palestin yang sedang menderita.


Kami juga dah tujuh bulan tak sentuh fast food jenama K, M & D. Anak-anak ada juga mengeluh pada mulanya, tapi aku terangkan pada mereka tentang kepentingan boikot ni. Tiada kompromi.


Lakukanlah apa saja usaha dan daya kemampuan kita untuk menyokong perjuangan mereka disana. Teruskan usaha memboikot produk-produk tertentu dan tunjukkan solidariti kita. 


76 tahun Palestin dijajah dan hari ni adalah Hari Nakbah. Bantulah kami untuk membebaskan Palestin...aamiin amiinn yarabbal alamin.


Wednesday, May 15, 2024

Geng Masak Maggi Di Stesen Minyak

 

Melihatkan kejadian yang berlaku di stesen minyak baru-baru ini membuatkan aku terfikir dimanakah silapnya orang kita dalam mendidik generasi muda. Atau adakah generasi muda itu sendiri sudah tepu dengan keseronokan dunia tanpa mempedulikan tentang keselamatan orang lain.


Sebab tu aku nak kecam orang lain pun kena fikir banyak kali, sebab yang banyak buat onar dan benda pelik ni lagi ramai orang kita. Tapi perbuatan geng ni memang meminta untuk dikecam oleh warga maya. Dalam hal ini, rakyat Malaysia bersatu padu haha. Yang komen suruh husnuzon pun ada.


Husnuzon kejadahnye. Takda alasan logik langsung melainkan otak di lutut. Aku tertarik dengan satu komen, "sekarang aku tahu geng H takda beza dengan rohingya". Tapi aku tak pernah nampak lagi atau viral pasal geng rohingya main masak-masak di stesen minyak haha.


kredit gambar : Diari Zhulaiqa Qhalisa Youhana


Aku tak tahu dimana mereka letak akal masa buat benda ni. Tengok dalam video bukan remaja, tapi semua dah jadi belia dan dewasa. Mungkin juga ada yang dah jadi mak orang bapak orang pun. Tak terfikirkah diaorang yang tempat diaorang masak tu lebih kurang 30m-50m saja dari stesen minyak?


Tak terfikirkah diaorang lantai yang diaorang pijak tu ada tempat simpanan minyak? Tak terfikirkah diaorang apa saja yang boleh mencetuskan api adalah bahaya terutama bila berada dikawasan tu? Sedangkan masa isi minyak pun kita dilarang menjawab telefon bimbit atau memegangnya.


Selagi daging tak hancur, tulang tak berterabur selagi tu tak insaf kan? Selagi tak mati, selagi tu lah orang akan mengecam. Mengecam bukan sebab jeles tengok diaorang masak maggi kat stesen minyak. 


Tapi orang mengecam sebab kebodohan dan tiada tanggungjawab terhadap nyawa dan keselamatan orang lain. 


Benda yang sama aku selalu cakap kalau orang bawa kereta macam 'hantu', "kalau nak mati, mati sengsorang. Jangan menyusahkan orang lain!".





Tak salah nak berkonvoi tapi otak kena selalu berfikir, akal kena selalu waras. Kalau nak mati, nak cacat, nak hancur berkecai silalah buat ditempat sunyi yang takda orang awam. Hanya geng-geng dia saja. Buatlah konten, rakamlah video banyak-banyak masa tu. Ha yang tu takda orang marah. Paling kuat pun, orang sedekahkan al-fatihah bila sampai berita.


Ni buat kat stesen minyak. Ada family, ada kanak-kanak, ada orang awam yang tidak berdosa berada dalam kawasan yang sama. Siapa nak bertanggungjawab kalau berlaku apa-apa? Siapa nak dipersalahkan? Nyawa boleh ganti ke??


Ketahuilah di zaman moden ini, semua berita viral di Malaysia boleh sampai ke serata dunia hanya di hujung jari saja. Lepas tu bila orang luar kecam kita kerana perbuatan segelintir, kita nak backup ape lagi? Dah memang tak cerdik!


Tuesday, May 14, 2024

Tuesday, May 14, 2024

Harga Tak Sama? Apa Nak Buat?

 

Aku perasan tahun ni KPDN negeri banyak buat intipan dan serbuan ke atas kedai-kedai dan pasaraya yang melakukan kesalahan berkaitan dengan banyak perkara seperti tidak mempamerkan tanda harga, menjual barang subsidi pada harga mahal, menyorokkan barang subsidi dan banyak lagi.


Aku ucapkan syabas kepada pasukan KPDN negeri yang berkongsi video TT tentang bagaimana mereka melakukan intipan dan seterusnya menyerbu kedai-kedai yang disyaki melanggar peraturan. Memang puas hati hehe.


Baru-baru ni, aku ke sebuah pasaraya untuk beli pasir kucing. Macam biasa sebelum ambil aku cek harga di rak dulu. Dah pasti itu harganya, aku bawa ke kaunter untuk bayar. Bila mamat tu scan dia keluar harga tak sama macam di rak. Mahal seringgit!


Lalu aku tegur, dik kat rak harga dia RM9.90. Mamat tu pun tanpa cakap apa-apa terus keluar kaunter dan menuju ke rak pasir kucing. Kemudian dia datang balik dan mengesahkan bahawa harga di rak itu adalah harga untuk pasir kucing yang aku ambil tadi. Lalu tanpa banyak soal, dia swipe kad dia balik untuk reset harga pada RM9.90.



Perkara sebegini memang banyak kali terjadi dimana-mana kedai ye. Selalu sangat mereka rajin tukar harga di mesin tapi malas tukar harga di rak! Kalau  kena dekat orang yang tak pandai nak fight, memang burn macam tu je la duit kita ye.


Beza seringgit kot!! Sedangkan kita tak cukup lima sen pun diaorang tak bagi lepas ...betul tak? Dah kenapa kita nak kena bermurah hati lebihkan seringgit untuk diaorang? 


Ada juga pekedai yang bila aku argue kenapa harga tak sama dengan yang discan? Alasannya tak sempat update. Oooo kat mesin sempat tukar, kat rak tak sempat tukar. Cantik muka kau! Aku sound terus cashier tu, ni pekerja ramai2 dalam kedai buat ape? jadi patung?? ha terdiam terus.


Dengan aku jangan bagi jawapan kurang bijak a.k.a bodo. Kalau kau bos, kau kuli, kau susun barang, kau buat checklist dan kau jadi cashier mungkin itu masuk akal.


So terpulanglah pada kita nak buat macam mana. Kalau boleh, jangan senyap atau mengalah bila perkara sebegini berlaku. Bagitau diaorang tentang perbezaan harga dan kalau ikut peraturan kita berhak minta harga seperti di rak walaupun bila scan harganya tak sama. Selalulah dapatkan tips untuk jadi pengguna yang bijak daripada video-video KPDN di TT tu.


Ok!



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.