Breaking

Monday, July 06, 2015

Projek Biskut Raya 2015 - Tart Nenas Gulung


Assalamualaikum!


Pagi raya tak lengkap kalau takda kuih tart nenas kan. Selain biskut Dahlia & Semperit, tart nenas juga merupakan juadah wajib yang mesti ada di setiap rumah setiap kali hari raya. 

Tart nenas dah melalui pelbagai revolusi, dari pelbagai warna menarik ke penambahan perasa. Dulu mak mak kita guna inti nenas je tapi sekarang ni dah ada blueberry tart la .... raspberry tart la. Namun, aku tetap setia dengan tart nenas sebab yang asli dan asal itulah yang terbaik!hehe

So, tahun ni aku buat tart nenas jugak. Memula aku buat dulu, ia agak mengundang sedikit stress sebab tangan kita ni dah la tak berapa nak lentok, kadang-kadang bunga tu jadi pecah-pecah pulak. Tapi, bak kata pepatah 'latihan membawa kepada kesempurnaan' kan hehe. Satu adunan aku dapat dalam 112 biji tart nenas ...alhamdulillah 




TART NENAS GULUNG

BAHAN-BAHAN

250gm butter/mentega (i is guna Buttercup)
75gm gula aising
1 sudu besar tepung jagung
1 biji kuning telur (i is guna gred A)
1 sudu esen vanilla
300gm tepung gandum (diayak dulu)
1 peket nenas masak

HIASAN

1 biji kuning telur


CARA-CARA

1. Putar butter, gula aising, telur kuning dan esen vanilla. Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Putar hingga adunan menjadi doh dan sebati.

2. Untuk buat tart gulung ni, aku gunakan acuan yang biasa tu je. Ada juga beli yang corak bunga tapi yang gulung ni lagi senang bagi aku. Sebelum tu, pastikan inti nenas digentel-gentel jadi bulatan kecil untuk dimasukkan ke dalam tart nanti. 

3. Ambil doh tadi dan masukkan dalam acuan. Tekan-tekan doh tu kemudian, tolak ibu jari ke dalam acuan dan tarik doh tu supaya jadi memanjang.

4. Ambil inti nenas yang digentel tadi dan letak di atasnya. Kemudian gulung dengan cermat. Letakkan dalam papercup dan susun rapat-rapat dalam dulang pembakar. Ada orang tak suka guna papercup, so terpulang la. 

5. Sapukan kuning telur di atas gulungan tart tadi. Kalau nak campurkan dengan sedikit pewarna kuning pun boleh. Masukkan dulang pembakar dalam oven yang telah panas pada suhu 145°C selama 25 minit dengan api atas bawah.

6. Keluarkan dulang pembakar dari oven dan biarkan kuih sejuk sebelum sedia untuk dimasukkan dalam balang atau dimakan.



SELAMAT MENCUBA! ^^


6 comments:

  1. Replies
    1. tu yang best buat sendiri tu hehehe :D

      Delete
  2. tart nenas bentuk macm mana sekalipon, memang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kan sis, janji dapat masuk masuk dalam mulut ....ngappp! haha :D

      Delete
  3. Bila la nak start buat kuih raya ni..

    ReplyDelete
  4. terbaik la hanim...
    jeles nyer !

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.