Assalamualaikum!
Ada budak tu bertegas nak pergi sekolah pada hari terakhir sekolah. Ibu cakap tak payah sebab kita nak pergi cek gigi kat klinik. Nak bagi doktor tengok dan bagitau kat depa cara nak jaga gigi sendiri. Ni ibu dok blebel jangan makan gula-gula jangan makan cekelat ... lagi sedap depa mengunyah!
Kali pertama datang dulu, staf kat situ bagitau kalau nak daftar sila datang waktu pagi je. Petang untuk yang ada kad temujanji. Tu yang aku nekad nak daftarkan sekali nama kakak dan adik supaya biar diaorang ada rekod pergigian disitu selain boleh rujuk terus kalau ada masalah gigi dikemudian hari. Dah setel daftar, kita cari tempat duduk.
Aku tak pasti la kalau anak-anak neves nak jumpa doktor gigi atau tak. Tapi yang pasti aku memang neves! haha. Bila last aku jumpa doktor gigi ye? Ermmmmm ....ermmmm ..ermmmm ... tak kisah la yang penting nak tak nak aku kena tunjukkan keberanian depan anak-anak yang jumpa doktor gigi itu ...coolllllll 😂
Tunggu punya tunggu nombor aku dipanggil dulu. Cek punya cek, doktor pempuan tu cakap,"karang gigi puan agak tebal. Kita kena scalling ni. Tunggu luar jap ye puan, nanti kami panggil semula" ... assudohhh macam mana rasa scalling tu yek? haihhh... redha je la makkk 😞
Tiba masa aku discalling ....uihhhh ngilunya gigi baq hang! "Tahan sikit ye puan ... jangan keraskan badan buat rileks je. Saya tekan sikit je lagi sebab karang puan tebal ni" huhuhu ... terasa macam budak sekolah pulak bila doktor tegur macam tu hehehe.
Setel scalling, ngilu dia lain macam weh! Gigi aku seperti di'bogel'kan oleh doktor tu. Rupanya karang tu lah yang menutup bahagian bawah gigi aku selama ni... patutla bila mengunyah tu rasa sedap je kan hahaha. Alhamdulillah ..gigi kembali sihat, cuma aku kena datang lagi 3 bulan untuk cek dan pastikan gigiku tidak berkarang😁
Kakak? dia cukup rileks. Doktor puji gigi dia cantik tapi kena buat tampalan sikit kat gigi geraham. Tapi gosok gigi lenkali sila gosok sampai gigi belakang sekali. Yang lain-lain suksess!
Mira? Dia paling bertuah sebab doktor tak buat apa-apa pun kat gigi dia haha. Doktor hanya pesan rajinkan gosok gigi dan boleh makan gula-gula cuma lepas makan gosok gigi atau kumur-kumur.
So, setel bab gigi. Nanti aku citer pulak pasal perkembangan terkini misi berhenti rokok ayah depa a.k.a Pak Jelan. Khabarnya kena tambah ubat baru pulak.
alahaii...memang ngilu..ni pun rasa dah lama tak gi klinik gigi,.,
ReplyDeleteMengalahkan gigi seorang perokok..😂😂
ReplyDeleteBaru tahu betapa azabnya scalling gigi
Kenalah jaga gigi anda dengan baik dan betul
Mai tak pernah bt scalling lagi, haish,ni kalau pegi tak tahu la mcm mana. hahaha.kena pergi nanti ni..
ReplyDeleteharitu masa pregnant, kena buat gak..sebb free..ahaha..dh laam tak cek gigi sekali kene gerudi..adoii ngiluu
ReplyDeleteScalling... Hoho... Ngeri kot... Tapi dua minggu lepas jmpa gak doktor gigi... Cahut terus je..
ReplyDeletekalau scalling memang ngilu, tapi rasa best lepas tu ;)
ReplyDeleteperghhh paling tak best jumpa doktor gigi....heheh tapi bila sakit beranikan diri jumpa juga
ReplyDeletebos sy cakap memang ngilu
ReplyDelete