Breaking

Showing posts with label Cerita Kat Opis. Show all posts
Showing posts with label Cerita Kat Opis. Show all posts

Friday, September 20, 2024

Friday, September 20, 2024

APC 2024

 

Pehhh genap dua bulan aku 'bercuti' dari blog. Tak tahulah kemana perginya semangat aku ni pergi hehe. Nak kata sibuk jaga anak, anak-anak dah besar. Tapi kalau nak kata sibuk jaga anak bulus, itu benarrrr! Maklumla dah terlebih kuota 11 ekor! Hari-hari kutip tahik diaorang je haha.


Tu la, sapa suruh sayang kucing kan haha.



Just nak share, apa yang terjadi pada aku selama 2 bulan menghilang ni. Rupa-rupanya cerita pasal APC belum masuk lagi. Banyak kali fikir jugak nak masukkan ke tidak, kang orang cakap takabbur. Aihh pahal pulak takabbur, aku tetap aku. Takda lebih takda kurang, cuma perasaan bila dapat tahu tahun ni aku terima APC, memberikan kegembiraan dan kesyukuran yang lebih dari biasa.


Kalau nak ikutkan, ini kali kedua aku terima APC. Kali pertama tahun 2013. Ada jugak aku ceritakan dalam blog ni. Pergilah carik kalau rajin hehe. Memang aku tak terfikir tentang benda ni dah sebab dah 10 tahun kan. Mana orang nak pandang kita dah haha.


Eh rupanya masih ada yang sayang ...hahahaha.



Alhamdulillah rezeki anak-anak. Moga aku akan jadi pekerja yang lebih cemerlang di tahun-tahun mendatang. Yang penting kerja mau happy-happy, jauhi orang toksik, jangan kita pulak jadi toksik pada orang lain. Jangan campuri urusan orang lain, jangan memandai buat kerja yang bukan dalam bidang kuasa kita.


Enjoy kerja walaupun kerja syif haha. Jalani tugas itu sehabis baik walaupun kita kena bertugas di pagi raya atau public holiday. Biar orang tidur lena di malam hari, kita bersengkang mata. Asalkan pagi orang datang kerja, kita dah ready nak balik tido hahaha. 


Sekian kata motivasi dari orang yang kerja opis hour 7 tahun dan syif 13 tahun hehe. 

Tuesday, June 06, 2023

Tuesday, June 06, 2023

Sambutan Aidilfitri Di Minggu Akhir Syawal

 

Dah berapa tahun kita tak sambut raya kat opis disebabkan oleh Covid. Alhamdulillah tahun ni aku berpeluang beraya bersama kawan sekerja. Macam biasa, langkah kanan ceritanya hehe. Kebetulan balik dari syif keje malam, aku terus stay untuk memeriahkan suasana. Dah lama tak havoc dan meriah macam ni, mestila nak merasai kemeriahan tu macam dulu balik kan.


Kebetulan juga pada hari tu, geng syif wanita semua ada so lagi meriah la jadiknya. Acaranya mudah saja, sepatah dua ucapan bacaan doa dan makan! Juadah raya memang banyak tak terkata. Aku sendiri pun tak sempat nak merasa kesemua makanan, sebab perut dah sengkak dengan laksam, mihun sup, buah-bubuahan dan kek.








Semua ni akan jadi kenangan dan ingatan buatku. Selamat hari raya semua!


Monday, June 05, 2023

Monday, June 05, 2023

Majlis APC & Sambutan Raya 2023

 

Tahun ni pejabat buat dua majlis serentak, meraikan penerima APC 2022 serta sambutan raya sekaligus. Jadi, yang mana datang dari jauh dapat merasa suasana sambutan raya di sini. Kebetulan pulak aku kerja hari tu, memang langkah kanan hehe.


Sebelah pagi acara penyampaian anugerah APC. Tahun ni ramai kawan-kawan satu batch aku yang naik ke pentas menerima anugerah. Tahniah buat diaorang. Tapi ada juga yang tak dapat hadir. Mungkin sebab majlis dibuat tengah bulan belum gaji haha. Takpela, kita meraikan mana yang ada. 




Happy dapat jumpa kawan satu batch yang dah lama tak jumpa. Rasa rindu dan teringat balik memori belajar bersama dulu. Ye la, dah 20 tahun kan bukan satu jangka masa yang pendek. Ada yang hampir 20 tahun aku tak jumpa terutama yang dari Sabah. 


Bila dah jumpa tu faham-faham la, macam cerita keluar hehe. Seronok dapat berborak kisah-kisah lama, bertanya khabar dan perkembangan terbaru diaorang. Kebanyakan kawan batch aku ramai yang dah berhenti awal sebab membawa haluan sendiri. 






Walaupun cuaca panas hari tu, tapi khemah tetap diserbu. Panas pun panas la, janji makan best!







Punya banyak gambar khemah aku amik, tapi gambar makanan ada satuuuuu ja! Ya ampunnnn .... punya ralit berborak ngan kawan yang dah lama tak jumpa dan aku pun memang lapar masa tu. Yang mana sempat aku 'sambar' aku terus bedal tak amik gambar dah hahaha.


Bila dah tersedar takda gambar, barulah aku terhegeh-hegeh nak amik. Jadila gambar hidangan kambing panggang ni ha sebagai kenangan. Tahun ni kambing panggang dan satay jadi rebutan. Disebabkan terlampau banyak pilihan juadah, tak semua aku dapat merasa. Macam aku cakap tadi la, ralit sangat berborak!




Tahun ni juga menyaksikan sahabatku kak Sitty terima anugerah APC. Tumpang gembira dengan penganugerahan beliau. Niat asal taknak datang katanya, sebab tiket mahal dan belum gaji tapi gagahkan juga untuk hadir ke majlis sebagai kenang-kenangan. Congratulations kak! 


Rindu juga dengan sahabatku ini. Dulu kami 'jiran' sebelah meja. Ukhwah yang terjalin dari tahun 2016 (kot haha) masih kuat sehingga kini. Tahun 2018 kami terpaksa 'berpisah', beliau dapat transfer ke Sabah dan aku transfer naik tingkat atas hehe. Insan yang banyak membantu ketika aku susah dan menerima aku seadanya (aku kan kasar haha).


Tahniah sekali lagi kepada semua penerima APC 2022 dan selamat maju jaya!


Friday, January 27, 2023

Friday, January 27, 2023

Habuan Kerja Malam

 

Dah dekat 20 tahun keje, ni baru pertama kali time keje jumpa dia. Walaupun aku keje jauh atas kayangan, tapi tengok dari jauh pun nampak geli yo! Malam kelmarin jumpa dia atas jalanraya depan opis. Malam ni dia sangat sangat berani masuk ke dalam premis.


Mujurlah adik-adik guard ambil langkah bijak call bomba. Ingat selalu jangan memandai-mandai nak tangkap sendiri apatah lagi saiz dia besar dan gerak laju. Tengok abg bomba tu pijak kepala dia selamba je huhu. Kalau sendiri yang buat, bukan kepala dia yang kita pijak tapi kaki kita yang dia patuk kang. Nauzubillah!




Boleh tahan besar dan panjang ular sawa tu. Adik-adik guard kat situ pernah cakap, banyak anak kucing hilang tak dapat dikesan, kemungkinan jadi mangsa ular tu. Tapi malam ni baru nampak ular tu masuk dalam kawasan opis.


Terima kasih pada abg bomba, memang profesional dan tangkas melaksanakan tugas. Salute to you guys! Barulah adik-adik guard boleh berkawal dengan tenang. 


Daku yang atas kayangan ni pun kembali tenang.

Friday, December 23, 2022

Friday, December 23, 2022

Terkejut Dengan Berita Pemergian Kawan

 

Masih terkejut dengan berita sedih ini. Rasa macam tak percaya arwah pergi meninggalkan dunia ini dalam usia yang muda. Arwah pergi ketika berusia 37 tahun dan beza umur kami hanya 2 tahun. Arwah yang aku kenal ketika bekerja di pusat data dulu adalah seorang insan yang baik dan peramah.


Kami mungkin bukan bff, tapi pernah bekerja bersama dan tak dinafikan perwatakan arwah sangat disenangi ramai. Arwah dan suaminya memang baik dan peramah. Aku ingat lagi ketika arwah mintak transfer ke utara, katanya senang dekat ngan kampung. Kemudian rezeki beliau dapat transfer ke sana dan bekerja serta menetap disana sehingga ke akhir hayatnya.



Berita pemergian arwah aku terima pada hari Rabu lepas maghrib dari kawan opis dalam group wassap. Mula-mula dapat tau tu, termenung jap aku sebab dok mikir sape lagi insan yang bernama Zila. Tak mungkin dia .... tapi kat situ ada satu je Zila dan itulah Zila kawan kami.


Melalui perkongsian kawan-kawan, arwah meninggal disebabkan oleh komplikasi buah pinggang. Allahu ... sedihnya mengenangkan anak-anak arwah yang masih kecil dan bersekolah. 


Biasa aku kongsi berita kawan-kawan opis yang dapat transfer atau berpindah, tapi ini kali pertama aku kongsi kesedihan pemergian kawan opis. Sungguh kematian itu sangat hampir. Jaga dan caknalah tentang kesihatan diri. Jika ada simptom atau badan tak berasa sedap jangan lengah pergi jumpa doktor. Jika ada sejarah penyakit pergilah cek di klinik kesihatan dan buat follow-up.


Sempena Jumaat yang mulia ini, ku doakan moga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amiinn ...




“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami dikembalikan.”

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

 "Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, kurniakanlah kesejahteraan untuknya dan ampunkanlah dia."
Amin.



Thursday, December 15, 2022

Thursday, December 15, 2022

Suka Tengok Baki Cuti, Tapi Sayang ....

 

Tahun ni pencapaian terbaik aku dalam perkhidmatan ialah kurang amik cuti rehat hehe. Sekali je aku amik cuti awal tahun ni, lepas tu tak sentuh langsung cuti rehat. Teringat dulu masa keje waktu pejabat, dok berkira-kira nak isi borang cuti rehat walaupun tahu baki cuti tinggal ciput.


Pastu bulan November bila nak isi berapa GCR (Gantian Cuti Rehat), mula buat muka sedih sebab baki cuti pun 'sendu' huhu. Sudahnya, tak isi GCR tapi bawak ke depan cuti rehat tu sebab tahun depan nak guna lagi. Sudahnya, gcr aku tak berisi beberapa tahun. Rugi yakmat!



Bila aku masuk keje syif, aku nekad nak kumpul gcr sebanyak yang boleh. Banyak kelebihan keje syif, salah satunya banyak cuti rehat boleh kumpul. Nak cuti guna cuti off keje je. Tapi tak ramai yang bersedia nak keje syif terutama staf pempuan.


So bila aku tengok baki cuti rehat aku tahun ni, wahhh berbunga-bunga rasa hati haha. Tak pernah aku kumpul cuti rehat sebanyak tu dalam tempoh aku keje. Bila sampai masa nak isi borang gcr ingat nak simpan 40 hari baki 9 hari bawak ke depan. Tapi rupanya aku hanya mampu bermimpi sebab cuti gcr maksimum hanya 15 hari haha.


Nampak gaya banyak tahun lagi la aku nak kena cukupkan cuti gcr aku ni. Baki sebulan lebih cuti tu kena bawak ke tahun hadapan. Belum lagi tambah ngan cuti rehat tahunan tuk tahun depan tu.  Banyak-banyak cuti nak gi mana tuuuuuuu?


Thursday, May 19, 2022

Thursday, May 19, 2022

Perjuangan Orang Lama Untuk Generasi Baru

 

Assalamualaikum! Hari ni genap sudah lima tahun kenangan bergelar 'mahasiswa' di metmalaysia. Masa mula-mula dapat tahu yang gred 17 kena buat assignment dan presentation sebelum dinaikkan gred ke 29, ramai yang tak suka dan ada yang protes takmo buat!


Yang ramai protes ni pun sebab 'tak larat' nak baca dan taip jawapan panjang-panjang dalam bentuk folio. Dah tu kena buat penyampaian depan pegawai pulak. Dah la ramai yang dah nak bersara setahun dua lagi, tapi tetap juga diwajibkan buat.


Kami yang lain-lain ni takda pilihan jugak, kena buat assignment dan presentation. Kalau tak buat, gred tak naik dan duduklah kau di gred 17 sampai pencen hehe. 




Berbulan juga nak menyiapkan assignment ni. Ada 2 jenis, individu dan berkumpulan. Yang geng veteran memang 'lenguh' nak hadap tapi nak tak nak kena buat jugak.


Otak berkarat silalah buka buku balik dan baca haha. Dengan keje hakiki lagi, memang satu tempoh yang mencabar. Aku tak dapat bayangkan macam mana mahasiswa kat universiti tu yang kena hadap assignment untuk course masing-masing. 




Namun bila diingat balik, inilah hasil dari perjuangan orang-orang lama yang menuntut agar dinaiktaraf gred jawatan setelah sekian lama bersuara. Dan bila suara mereka akhirnya didengar, ramai antara mereka tidak sempat merasakan nikmat ini.


Kita sebagai generasi baru kenalah bersyukur dan berterima kasih di atas suara dan perjuangan senior-senior lama. Susahnya sekejap je, tapi nikmatnya dirasai sehingga kini oleh penjawat awam yang baru masuk. So hargailah apa yang mereka telah buat untuk kita.

Tuesday, February 22, 2022

Tuesday, February 22, 2022

Dua belas tahun lalu...

 

Assalamualaikum! Throwback gambar lama kenangan dua belas tahun dulu bersama rakan kerjaku di Kuantan. Pengalaman bekerja dengan senior yang kami anggap macam keluarga sendiri. Dari hari pertama aku menjejakkan kaki di pejabat, mereka inilah yang banyak memberi tunjuk ajar, membimbing kami.


Terlalu banyak kenangan dan memori yang baik bersama mereka. Itulah yang membuatkan aku kadang-kadang rindu dengan mereka semua. Alhamdulillah aku dipertemukan dengan mereka yang kami anggap seperti sebuah keluarga.



Walaupun ramai antara kami yang kerja syif tapi masih boleh memberi komitmen beriadah bersama-sama sambil bawa keluarga masing-masing. Masa ni, kami buat majlis family day di Kuantan Parade main boling. 


Kini, ada antara mereka yang dah lama bersara. Ada juga yang telah berpindah ke pejabat lain, dan ada juga yang masih berkhidmat di tempat yang sama dengan aku. 


Tak lupa juga, ada antaranya yang telah pun kembali ke rahmatullah. Al fatihah buat arwah En. Mustofa, arwah En. Zahari dan arwah En. Kamsan . 


Wednesday, April 29, 2020

Wednesday, April 29, 2020

Bertugas ketika PKP


Assalamualaikum! Sekejap je kita dah masuk fasa ke-4 PKP ye. Yang memang kena keluar bekerja memang kata sekejap, tapi yang duduk terkurung di rumah rasa macam lambat benor masa berlalu kan. Kalau rumah jenis landed-house ada pagar takpela boleh keluar ke halaman bermain. Ni kalau rumah jenis 'atas kayangan', takda balkoni, takda tanah memang bosanla terperuk saja ye tak.

Tapi biarlah bosan asalkan selamat di rumah. Biar terkurung di rumah jangan terkurung di wad hospital. 


Wednesday, April 22, 2020

Wednesday, April 22, 2020

Motivasi bekerja ketika PKP


Assalamualaikum! Kalau kau dah ada satu habit mengunyah ketika bekerja, memang susah nak hilangkan, betul tak hehe. Dia ada dua, tak berhenti bercakap dan tak berhenti mengunyah haha. Takyah cakap orang lain la, diri ni pun kuat mengunyah jugak.

Lalu macam mana nak kurus? macam mana nak hilang buncit di perut ni? paha pun dah takda 'social distancing' ni hahaha! Asyik mengunyah je, tapi itulah terapi kebosanan ketika bekerja. Ngadap komputer berjam-jam memang boleh buat kita lapar. Nak berborak pun orang opis hour semua work from home je time PKP ni.


Friday, October 11, 2019

Friday, October 11, 2019

Kursus Tsunami & Gempa Bumi


Assalamualaikum! Tamat sudah kursus berkaitan tsunami dan gempa bumi hari ini. Alhamdulillah selain dapat belajar ilmu baru, aku juga berjaya kumpul lima hari dari tujuh hari berkursus seperti yang disarankan oleh jabatan. So lagi dua hari aku bercadang amik EPSA je.

Tsunami dan gempa bumi tidak termasuk dalam skop kerja aku secara rasmi, tapi memandangkan subjek ini tidak diajar secara lebih mendalam masa kursus asas enam bulan, maka semua yang diajar dalam kelas tu memang baru dan sangat menarik bagiku!


Tuesday, September 10, 2019

Tuesday, September 10, 2019

Happy One Month-versary!


Assalamualaikum! Memula lapor diri aku ditempatkan di Kuantan, Pahang. Enam tahun di forecast dan setahun di stesen. Kemudian, aku minta ditukarkan ke HQ. Di HQ, aku masuk bahagian satelit masih juga syif, tapi hanya 6 bulan saja. Lepas tu anak dah sekolah, aku minta tukar masuk office hour.

Tujuh tahun aku di bahagian data. Walaupun kerja aku dah tak cerap cuaca macam dulu, tapi di bahagian data ni masih mendekatkan diriku dengan kerja pencerapan di stesen yang pernah aku buat dulu. Kenangan? Memang la tersangat banyak kenangan manis disitu. Di Kuantan pun ada, di sini pun ada. 


Friday, September 06, 2019

Friday, September 06, 2019

Malam merdeka


Assalamualaikum! Orang selalu cakap, jangan tanya apa sumbangan negara pada kita tapi tanyalah apa sumbangan kita pada negara. So, apa sumbangan kita sebenarnya? Adakah dengan hanya mengibar bendera atau melekatkan bendera pada kenderaan atau memakai pakaian seperti bendera itu tanda sayangkan negara?

Terpulang. Bagaimana kita sayang atau bagaimana kita menghargai itu adalah benda yang subjektif dan tidak tertumpu kepada satu bahagian je. Bagi aku, jangan buat perkara yang cenderung menghina kedaulatan dan kebebasan negara, serta pelihara dan hormat bendera kita.



Friday, August 23, 2019

Friday, August 23, 2019

I love my job


Assalamualaikum! Dah 2 minggu aku tak bersiaran, apo kabo semua? Harap semuanya sihat mehat ye. Dah masuk bulan Ogos dah kita ye. Aku satu kursus pun tak pergi lagi ni. Acaner nak capai KPI 7 hari berkursus macam ni? hehe.

Aku jarangggg sangat nak bercerita pasal kerja. Tapi meh la kita sembang pasal kerja sikit ok. Sikitttt je!

Sebenarnya, aku tak pernah jangka yang aku akan bekerja dalam bidang ini. Malah tak pernah ada dalam checklist aku sebagai pekerjaan yang diidamkan sejak dibangku sekolah. Nak jadi cikgu, doktor, peguam tu ada la. Tapi bukan sebagai pemerhati cuaca a.k.a meteorologi.


Friday, July 19, 2019

Friday, July 19, 2019

Waktu Bekerja Fleksibel Berkuatkuasa 1 Ogos 2019




Assalamualaikum! Sejak skim waktu bekerja yang baru diperkenalkan beberapa bulan yang lepas, aku tengok banyak perubahan positif. Kebanyakan staf penjawat awam kat opis ni pun dah tak kelam kabut terkejar-kejar masa nak sampai di opis tepat pada masa.

Sebelum ni, yang mana masuk keje awal terutama pukul 7.30am pasti akan buat 'larian balapan' dari kereta ke tempat thumbprint sebab nak kejar lagi seminit tu. Kalau 7.31am lambat lah jadinya. Cukup bulan laporan attendance keluar, nampak merahhhhhh je atas kertas tu hehe.

Oppss! sebelum tu nak bagitahu, WBF ni untuk yang bekerja waktu pejabat aje ye. Yang syif tu kena patuhi lah waktu bekerja syif yang sedia ada ye. Jangan terkeliru pulak!

Thursday, July 04, 2019

Thursday, July 04, 2019

Aku tak suka nescafe, tapi ....


Assalamualaikum! Dah masuk bulan Zulkaedah bulan Julai. Moga perancangan kita semua untuk bulan ini dan akan datang dipermudahkan olehNya. Apapun, kita kerja macam biasa, hidup macam biasa, makan macam biasa, tido macam biasa ye hehe.

Sapa sini suka minum nescafe? I'm a tea person actually. Aku tak suka nescafe. Tak suka tu bukanlah tak boleh minum langsung, tapi nescafe bukan my type of drink kata omputih hehe. Kalau orang dah hidang dalam cawan tu aku minum juga sikit tanda hormat. Tapi kalau gi kedai, pilihan utama aku ialah teh tarik. 


Wednesday, July 03, 2019

Wednesday, July 03, 2019

Jamuan Raya Di Perkarangan Pejabat


Assalamualaikum! Hari ni last Syawal, ada lagi ka buat open house? Aku baru je turun dari tingkat 5, rupanya arini diaorang buat open house! Alhamdulillah kenyang perut, jimat duit takyah kuar beli lunch hehe.

Ok, jamuan raya opis sudah, open house kengkawan sudah, tinggal lagi jamuan raya HQ je. Tu pasal la tajuk dia begitu ye hehe. Jamuan raya HQ telah pun selamat diadakan di perkarangan pejabat minggu lepas. 

Berbagai juadah raya disediakan samada melalui catering atau potluck dari setiap bahagian. Bahagian aku order roti jala hehe. 

Anyway, meriah suasana macam biasa, makanan pun banyak pilihan belaka. Cuma tak larat nak perabih suma, so yang mana berkenan di tekak je kita amik makan ye.

Tuesday, June 25, 2019

Tuesday, June 25, 2019

Sambutan Aidifitri Di Ofis Meriah!


Assalamualaikum! Macam mana raya korang? Minggu ni last la pun kalau nak gi open house atau buat makan-makan raya kan. Minggu pertama dan kedua raya tak berapa nak meriah sangat jemputan open house kan. 

Tapi masuk minggu ketiga (minggu lepas) bapak punye jem jalan KL-SELANGOR ni hehe. Rupanya orang pakat gi open house sana sini. Masuk hiway pun jem...pacitaaa? hehe. Anyway, kita pun ada cerita raya nak kongsi, cerita di ofis jeeee hehe.

Alhamdulillah dah 7 tahun aku keje office hour, masih diberikan peluang dan nikmat meraikan Aidilfitri bersama kengkawan office. Dari segi makanan meriahnya jangan cakap la. Tak pernah tak havoc makanan bahagian aku ni hehe. Tapi yang penting bab kerjasama tu penting ye adik-adik. Kita ni tuan rumah, so buat cara tuan rumah. Gi la tolong apa yang patut, tunjuk muka dan sama-sama buat kerja. Jangan tau makan je hehe.


Wednesday, May 15, 2019

Wednesday, May 15, 2019

Projek Onde-onde


Assalamualaikum! Kalau dah tempat tu ramai perempuan lebih dari lelaki, mesti ada je projek mak-mak yang akan dilaksanakan. Asal ada masa terluang, ada geng nak buat, ada bahan dan ringkas pula cara nak buatnya mesti akan ada yang nak join sekali.

Untuk bulan Ramadan ni, kitaorang plan buat onde-onde atau buah melaka. Actually bukan aku la yang plan sekali, tapi diaorang la plan aku just bayar dan join sekali nak buat. Dapat juga sorang bawa balik sikit bekalan onde-onde untuk berbuka puasa.

Monday, May 13, 2019

Monday, May 13, 2019

Dari sahabat untuk sahabat


Assalamualaikum! Dah 4 hari sejak kak Sitty tinggalkan meja dia. Sekarang dengan rasminya, meja kiri dan kanan aku kosong tidak berpenghuni. At least untuk 2-3 hari lagi, itu pun kalau pengganti dia jadi datang lapor diri.

Beberapa bulan lepas bila kak Sitty dapat surat tawaran balik Sabah. Aku mampu tersenyum sekejap lepas tu aku diam sepanjang hari. Aku happy tapi dalam masa yang sama sedih. Sedih sebab aku dah anggap dia macam kakak aku. Walaupun diluar aku tersenyum, tapi dalam hati aku dah start menangis sebenarnya.



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.