Breaking

Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Monday, March 20, 2017

Monday, March 20, 2017

Petua Daun Semambu Untuk Campak Halus


Assalamualaikum!


Seminggu yang lepas Mira diserang campak halus! Bintik-bintik merah dalam tekak dan rasa sakit bila nak telan tu rupanya pencetus kepada serangan campak halus. Ingatkan sebab dia tekak dia melecet, kita pun suruh lah dia minum air masak banyak-banyak. Rupa-rupanya 'benda' lain nak datang ye huhu.

Esoknya, naik ruam merah satu badan! Assudoh ...anak ibu kena demam campak halus ni. Pergi klinik, doktor juga mengesahkan. Mujur juga dia tak demam. Tapi doktor beri cuti seminggu berserta ubat demam dan krim untuk gatal badan. 

Monday, February 27, 2017

Monday, February 27, 2017

Bagaimana rasa buah bidara?


Assalamualaikum!


Saiz kecil berkulit hijau. Sekali pandang macam buah kedondong pun ada, macam buah epal kecil pun ada. Sepanjang hayat, inilah kali pertama makan buah bernama buah bidara. Yang aku tahu, daun pokok bidara ni boleh buat mandi jenazah. Lepas tu yang aku tau, Tanjung Bidara je la .... hehe.


Friday, December 23, 2016

Friday, December 23, 2016

Pokok Mahkota Dewa di kebun abah


Assalamualaikum!


Satu perangai abah aku ni kan, dia ni suka mencuba. Dia suka cuba jus tu la, jus ni la. Kalau aku call, dia akan cerita pasal dia ambil jus ni untuk kawal darah tinggi. Dia ambil jus tu untuk kempiskan perut buncit. Tapi, akhirnya kelaut juga hasil dia.

Tapi baru-baru ni dia bagitau yang dia dan mak dah amalkan minum air buah mahkota dewa je untuk kawal darah tinggi dan melancarkan peredaran darah. Diaorang dah tak ambil jus-jus yang ada di pasaran ni. Hawau ..menghabiskan duit je. Dah la mahal, kesan dia sekejap je pastu takda perubahan pun hehe. 


Pokok mahkota dewa


Berbulan-bulan yang lepas memang aku ada perasan pokok abah tanam kat tepi pagar reban ayam ni. Tapi aku ingat tu pokok buah durian belanda, dan masa tu pokok ni pun kecil lagi. Bulan ni aku balik, tengok-tengok dah besarrrr dah dia!

Abah aku terjebak dengan buah mahkota dewa ni pun sebab kawan dia yang rekomenkan. Kalau nak beli mungkin payah kot, so amik je benih kat kawan dia dan tanam sendiri di halaman rumah. 


dah berbuah

Buah Mahkota Dewa

Beginilah rupa buah mahkota dewa yang telah masak. Tapi buah ni tak boleh dimakan begitu sahaja, ia perlu diracik halus dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum direbus atau direndam dalam air panas dan diminum.




Satu lagi, abah cakap buah mahkota dewa ni beracun! Beracun kat mana? kat biji dia. So, bila nak racik tu, elakkan dari terkena pada bahagian biji dia. Katanyaaaa 😊





Untuk dapatkan air rebusan mahkota dewa ni, kepingan buah mahkota dewa yang telah dikeringkan tadi direbus ke dalam periuk tanah dengan sukatan 5 cawan air (seumpamanya). Biarkan ia mendidih sehingga sukatan air menjadi 3 cawan akhirnya. Kemudian, bolehlah diminum.


Khasiat Buah Mahkota Dewa


  • Mengurangi kandungan kolesterol dalam badan serta mengurangi penambahan lemak di dinding pembuluh darah
  • Penyingkiran racun @ toksin daripada sesuatu bahan di dalam tubuh seterusnya dapat meneutralkan racun di dalam badan.
  • Berfungsi  sebagai bahan anti-bakteria dan anti-virus.
  • Meningkatkan sistem ketahanan badan dan daya hidup
  • Meningkatkan daya tahan kepada penderita diabetes dan darah tinggi.
  • Mengurangkan kadar gula dalam darah dan pengumpulan darah.
  • Membantu mengurangkan kadar angin dalam badan.
  • Sebagai bahan untuk anti-virus ,anti-bakteria , anti-oksidan , anti- alergi dan anti-radang
  • Membantu melancarkan peredaran darah di dalam badan dan mengelakkan berlakunya penyumbatan pada pembuluh darah.
  • Membantu mengurangkan kesakitan taktakala berlaku pedarahan dan pembengkakan di tubuh badan
  • Mengurangkan kesan daripada penyakit jantung koroner
  • Mengubati dan mengurangkan penyakit kanser seperti kanser payudara dan kanser rahim.
  • Meningkatkan stamina dan ketahanan  badan tehadap influeza
  • Bertindak sebagai bahan bagi membantu proses penyembuhan penyakit tekanan darah tinggi
info : khasiatherba.com


Monday, September 19, 2016

Monday, September 19, 2016

Petua Melegakan Bengkak Akibat Gigitan Serangga


Assalamualaikum!


Alkisahnya, malam tu kami empat beranak berjalan kaki gi kedai. Balik dari kedai, singgah duduk kejap atas batu kat tempat pejalan kaki tu sambil melayan kucing dan hirup angin malam. Yang Mira ...berjalan atas rumput halus sebab nak tangkap kucing tu. Tengah dok berborak ngan cik abe, Mira menjerit sambil berlari kearah kami.

"Semut gigit buuuuuu ...!" nangis sambil sapu-sapu kaki dia. Tengok punya tengok rupanya Mira terpijak sarang semut yang tersembunyi di celah-celah rumput halus tu. Kecil je semut tu .. so aku cakap kat dia, "sikit je tu dik ... balik kang letak minyak k"


Wednesday, April 08, 2015

Wednesday, April 08, 2015

Jadi Ejen Cari Madu?


Assalamualaikum!




Best gak kan jadi ejen cari madu ni hehe. Eh ... madu tu bukan madu no.2, no.3, no.4 ye! Jangan ada bapak-bapak yang teruja pulak ye! hehe. Madu yang aku maksudkan ...ni ha madu asli!

Madu ni dipesan oleh kakak ipar aku sejak minggu lepas lagi. Sejak dia mengamalkan makan madu tualang ni alhamdulillah penyakit semput/lelah yang dialami semakin berkurangan dan bertambah baik. Sebelum ni kakak ipar aku biasa makan madu tualang dalam botol sedikit kecil dengan harga RM40 sebotol. Tapi Pak Jelan pergi masjid semalam, yang ada madu tualang pesen gini (atas). Harga RM48 sebotol.




Madu asli ... segar dengan sarangnya sekali! Kawan Pak Jelan kirim jugak! Teruja aku tengok ... ni kali pertama aku tengok madu asli siap dengan sarangnya secara dekat hehe. Besarnya hanya sepotong kek ... tapi harganya RM65 sebekas! Perghhh ....

Pak Jelan cakap kalau beli dengan orang asli harganya boleh cecah RM100+ jugak tau! Memang berbaloi kalau dapat merasa yang original dan asli seperti ini. 


Madu Dari Sudut Perspektif Islam

Firman Allah yang bermaksud;
"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan" 
-Surah An-Nahl (ayat 68-69)-



Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. amat gemar makanan manis-manis dan madu. Rasulullah telah bersabda ;
”Barang siapa yang menelan (minum sedikit) madu tiga kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena penyakit teruk”

Khasiat Madu

Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah:


  • Asma
  • Alahan
  • Barah
  • Buasir
  • Haid
  • Jerawat
  • Keletihan
  • Resdung
  • Rambut gugur
  • Batuk kering
  • Darah tinggi
  • Gastrik
  • Lendir kahak
  • Lemah jantung
  • Mata
  • Pening
  • Penyeri muka
  • Sakit kepala
  • Sukar tidur
  • Sakit sendi
  • Sakit pinggang

Thursday, December 18, 2014

Thursday, December 18, 2014

Petua Hilangkan Miang Serai


Assalamualaikum!




Beginila rupa serai depan laman mak. Cuma kali ni rumput dia memang tebal ... 3 kali tukar tali pemotong rumput tu baru nampak tanah kat bawah huhu. Aritu aku ngan Pak Jelan tolong mak mesin rumput dan bersihkan laman depan terutama serai yang dah lama tak berangkat.

Friday, August 22, 2014

Friday, August 22, 2014

Punca Gusi Bengkak Dan Petua Merawatnya.


Assalamualaikum!


Tak selesa sungguh rasanya! Dah 3-4 hari gusi ni bengkak sampaikan nak makan pun rasa tak syok huhu. Kalau ikutkan kenyataan pakar pergigian, ini mungkin terjadi akibat kekurangan vitamin C dalam badan. Memang lately, aku kurang sangat makan buah-buahan. Sekali tu je la aku makan ... buah manggis huhu.

Buah limau pun dah lama aku tak makan. Kalau tak, dulu aku la 'hantu' limau segala! Sampaikan satu tahap, aku siap buat tutorial lagi macam mana nak menikmati buah limau! hehe :p. 

Selain kurang vitamin C, pakar pergigian berpendapat mungkin akibat dari malas gosok gigi. Eh, aku rajin gosok gigi ok. Lagi tak selesa kalau tak gosok gigi! dah la hari-hari pun dok bercakap ngan orang, kalau tak gosok gigi nak bercakap ngan orang pun segan!

Monday, May 19, 2014

Monday, May 19, 2014

Tips Latih Anak Tak Pakai Pampers


Assalamualaikum!

Orang selalu kata, kalau anak kita tinggal ngan wan/nenek/opah/tok mesti anak kita akan jadi spoiled ataupun terlajak manja! betoi tak betoi tak?

Well, i beg to differ that statement...! lol.

In my special case, Wan memang pemanja orangnya dan memang suka memanjakan cucu-cucunya tapi Wan juga sangat pandai mengajar anak-anak aku tentang penjimatan hehe.


Friday, January 10, 2014

Friday, January 10, 2014

Ayah Bikin Havoc!


Assalamualaikum!

Hari kedua (8hb) kakak MC dan ayah kena gi outstation ke Kuantan. Jadi, ibu amik cuti sehari lagi untuk jaga kakak adik. Mujur lah ayah gi balik hari je huhu. Bengkak di bahagian buku lali sudah surut walaupun tak sepenuhnya. Seperti kata doktor, kakak dinasihatkan berehat di rumah selama 4 hari ni. 

Satu perubahan positif yang ibu nampak, kakak dah boleh berjalan!! alhamdulillah....! Hari pertama kena, langsung kena dukung ke hulu ke hilir kot! Risau ibu tak tentu arah tengok anak ibu takleh jalan cam biasa T__T.

Tuesday, January 07, 2014

Tuesday, January 07, 2014

Mangsa Tersepit Jugak?


Assalamualaikum!

Memang nak jadi sungguh kan. Benda bukan dirancang, tak siapa rela merasa sakit tersepit. Tapi itulah.... benda nak jadi, tetiba boleh pulak tersepit celah kerusi dan sebagainya. Tak sangka pulak anak ibu pun boleh termasuk dalam kategori 'tersepit' tahun ni huhu. Tapi, ini bukan calang-calang punyer tersepit, ini betul2 sakit punye tersepit! T__T

Alkisah kakak bercerita ....

Thursday, December 12, 2013

Thursday, December 12, 2013

Meredakan Gatal & Kesan Gigitan Nyamuk.


Assalamualaikum!~

Memang annoying rasa bila kita berdiri tepi longkang atau duduk di warung tepi jalan dan digigit nyamuk yang tidak berperikenyamukan! ekekeke. Kalau orang dewasa pun tak tahan asyik tergaru-garu sampai calar balar kulit, bayangkan kalau budak-budak yang kena? bila garu, berdarah-darah kulit dibuatnya; Bila tak garu kemain gatal jadiknya!

Kaki mangsa a.k.a Mira

Wednesday, September 11, 2013

Wednesday, September 11, 2013

Cerahkan Bibir Yang Gelap!

Assalamualaikum!~

Ader kater gelap itu seksi. Tapi tak semua kater bibir gelap itu seksi! hahaha. Pandai korang ye pilih-pilih. Aperpun, kebanyakan dari kita mempunyai bibir gelap yang semulajadi gelap....acaner tu?haha.

sumber : google

Monday, September 09, 2013

Monday, September 09, 2013

Tips & Amalan Untuk Menghadapi Peperiksaan.

Assalamualaikum!~

Eh esok pekse kan?? pekse UPSR kan?? Kenit dulu paling nervous time nak pekse. Dahlah jenis tak berapa nak hadap buku, pastu mulala menggelabah tengok soalan haha. 

Tapi, yang paling best time nak pekse ni sumer perkakas nak nulis mesti beli baru muahaha. Time tu la paling syok dapat 'pau' abah mintak beli pensel baru, pen baru, pemadam baru, konon nak guna dalam dewan pekse nanti haha. Jangan buat begitu pada ibubapa ye anak-anak, sangatla membazir hehe.



sumber : google

Thursday, September 05, 2013

Thursday, September 05, 2013

Aduhh! Sakit Belakangku.

Assalamualaikum!~

Duduk tercongok 8 jam depan pc memang memeritkan. Walaupun, bukanlah kita nak duduk sampai tak bangun-bangun langsung tapi, kadang2 bila terlampau bizi dan keje menimbun-nimbun kita tak sedar yang sebenarnya kita dah duduk situ dekat 2 jam!

Bila nak tegakkan posisi badan barulah terasa sengal pinggang dan sebagainya. Kat opis memang ader poster bergambar cara-cara nak kurangkan stress tu. Alaaa yang kawan tolong picit bahu la, tumbuk-tumbuk belakang la. Tapi, 'kempen' tu memang la sangat tak berjaya.

Wednesday, August 14, 2013

Wednesday, August 14, 2013

Tabiat Buruk Di Hari Raya.

Assalamualaikum!~

Selama seminggu beraya ni, banyak tabiat buruk yang Kenit perhatikan berlaku di kalangan orang2 kita. Terutama bila tetamu datang ke rumah. Biasa kita dengar tetamu buat perangai, ini kali tuan rumah pulak buat perangai. Sangatlaaaaa tak bagus!


Sunday, August 04, 2013

Sunday, August 04, 2013

Tips Sebelum Balik Kampung.

Assalamualaikum!~

Wahhhh! ready dah nak balik kampung? ready doh nok kelik kapom? atau dah ada kat kapom? hehe. Wahhh seronokla korang ye. Kenit jugak yang dok stuck kat KL ni. Sok kena keje sehari lagi...mood bukan kelaut lagi dah kelombong terus!muahahaha.

Bagi yang baru nak kelik kapom sumo barang bereh dah ko? Tadop tinggal? Anda pasti? Jom kita check (^_^)

Sebelum balik kampung....

Saturday, June 15, 2013

Saturday, June 15, 2013

Tips & Doa Untuk Elak Jadi Mangsa Rogol - Peranan Lelaki

Assalamualaikum!~

Apa perasaan anda jika isteri/adik perempuan/kakak/ibu anda menjadi antara salah seorang mangsa statistik rogol dan jenayah? Tentunya anda tidak mahu ia terjadi bukan? Lelaki diberikan tanggungjawab dan amanah oleh Allah s.w.t untuk menjadi pelindung kepada wanita bukan perosak wanita.


gambar hiasan

Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." 
(Surah an-Nisa, ayat 34)

Tanggungjawab lelaki/para suami bukan setakat memberikan nafkah buat wanita yang dibawah tanggungan mereka. Lelaki sebagai pemimpin dalam konteks masyarakat perlu bertindak menjadi pelindung kepada wanita secara keseluruhannya.

Akhlak yang baik bermula dari rumah. Begitu juga ingin menjadi lelaki yang bertindak sebagai pelindung perlu bermula dengan diri sendiri. Menuding jari menyalahkan antara satu sama lain tidak menyelesaikan masalah. Apa yang perlu dilakukan adalah check diri sendiri dan betulkan mana yang salah.

Wednesday, June 12, 2013

Wednesday, June 12, 2013

Petua Orang Lama - Bagi Senang Meneran Beranak.

Assalamualaikum!~

Masa dapat tahu pregnant 1st child memang suke bebenor la melompat2 kan. Tapi, bila orang ceghita pasai sakit nak beranak, terkentut-kentut mendengarnya! muahahaha. 1st child dik non...tatottttt! 

Memang banyak cara bagaimana nak memudahkan proses kelahiran ni. Nak bagi tak sakit langsung tu kind of impossible sebab sakit itu nikmat yang dikurnia Allah untuk wanita dan penghapus/ kafarah dosanya yang lalu. Sebab tu, kita jangan mengeluh sakit bila dekat2 nak melahirkan, sebaliknya basahilah lidahmu dengan bacaan zikir dan doa sebanyak-banyaknya kepada Allah. Hati akan jadi tenang...percayalah...

Saturday, June 08, 2013

Saturday, June 08, 2013

Tips & Doa Untuk Elak Jadi Mangsa Rogol - Peranan Wanita

Assalamualaikum!~


Perkara terakhir yang seorang perempuan ingin dalam hidupnya adalah menjadi sebahagian dari statistik rogol. Memang ia suatu perkara terkeji dan terburuk pernah berlaku dalam hidup seorang wanita. Bagi masyarakat timur, kehormatan dan maruah seorang gadis masih menjadi kunci utama kepada penghormatan masyarakat terhadapnya.


Demonstrasi bantahan terhadap perogol susulan kes seorang pelajar dirogol
beramai-ramai di India bulan lepas.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.