Persiapan Awal Raya 2024 | Jangan Skip Skincare Moisturizer & Sunscreen Terbaik Untuk Kulit Muka Berseri
Bila sebut Hari Raya
Aidilfitri, mesti ramai yang membayangkan suasana meriah dikelilingi oleh sanak
saudara yang pulang ke kampung halaman. Masing-masing mesti lah akan melaram
habis dengan pakaian baru yang cantik dan aksesori yang menarik.
Tapi sebelum nak balik
kampung sambut raya, kita kenalah melalui bulan Ramadan al Mubarak yang mulia
barulah boleh fikir tentang raya! So, macam biasa aku seperti keluarga lain
akan membuat persiapan lebih awal seperti tahun-tahun lepas. Untuk bulan Ramadan,
aku persiapkan dari segi rohani dan jasmani agar tenang menjalani ibadah puasa.
Untuk Syawal pula, aku buat
persiapan awal dari segi pakaian anak-anak dan suami, tempahan biskut raya dan
lain-lain. Maklumlah, sekarang semua nak kena awal supaya tak kalut! Tempahan
jahit baju raya pun dah ditutup, tapi itu aku tak risau sebab boleh beli terus
dari kedai atau secara online.
Persiapan Ramadan dah ada,
persiapan kelengkapan raya pun dah sedia tapi ada satu lagi benda yang kita
kena persiapkan awal-awal, iaitu penjagaan kulit wajah dengan produk skincare
terbaik iaitu Aqua Whitening Cream & Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee
Nature. Kalau pakaian je yang cantik, tapi kulit wajah tak sihat dan berseri
maka tak syok la raya kan!
Hari raya dah semestinya
kita akan sibuk berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Suka atau
tidak, kulit wajah pasti akan terdedah dengan cahaya UV dari matahari yang
terik. Ini akan menjadikan kulit kering, kusam dan berminyak. Tambahan pula jika
kita berada di luar rumah terlalu lama. So, kulit kita perlukan kelembapan dan
perlindungan yang optimum.
Aqua Whitening Cream
Produk skincare
terbaik dari Hansaegee Nature memang sesuai dijadikan sebagai skincare
untuk kulit berminyak macam aku. Tambahan pula, Aqua Whitening Cream ini
adalah moisturizer water-based yang mudah digunakan dan cepat
meresap ke dalam kulit tanpa menjadikan ia berminyak.
Kulit wajah yang sihat dan
bersinar bergantung kepada cara penjagaan muka. Rutin penjagaan kulit
wajahku biasanya dimulakan dengan mencuci wajah dengan pembersih muka.
Kemudian, aku akan sapu Hansaegee Nature Aqua
Whitening Cream moisturizer terbaik yang
aku gunakan sehingga kini.
9 Kelebihan Aqua Whitening
Cream Hansaegee Nature
- Pelembap
Muka Water-Based
- Mengawal
Kulit Berminyak
- Cepat Meresap/Easy To Blend & Fast Absorb
- Mengawal Pori Terbuka/Mengecil Pori Besar
- Mencerah
Tona Kulit
- Tekstur Krim Yang Ringan
- Non-Comedogenic
- Membaikpulih
Kulit Sunburn
- Tiada
Bahan Kimia Merbahaya
Cara Guna Hansaegee Nature
Aqua Whitening Cream
Pelembap muka digunakan
selepas kita cuci muka. Kemudian, calit krim pelembap secukupnya menggunakan
jari dan sapu rata pada wajah dan leher. Korang akan perasan titisan-titisan
air akan terbentuk tidak lama selepas krim disapu.
Korang hanya perlu pedap
lembut dengan jari sehingga krim meresap ke dalam kulit. Lepas itu, kulit akan
terasa lembut, halus dan lembap.
Cara gunanya mudah, tapi
pakai moisturizer berapa kali sehari ye? Pakai pada waktu pagi sebelum
keluar rumah dan waktu malam sebelum tidur. Ia bukan saja memelihara
kelembapan kulit tapi ia juga satu cara untuk memberi kesan glow pada
kulit wajah.
Aloe Vera Sunscreen
Selesai guna moisturizer,
langkah seterusnya aku gunakan Hansaegee Nature Aloe
Vera Sunscreen untuk perlindungan kulit dari sinar UV
yang merbahaya dan mengurangkan tona tidak sekata serta mengurangkan iritasi
pada kulit.
Bagi aku, Aloe Vera Sunscreen ini sunscreen terbaik kerana ia merupakan hybrid sunscreen yang sesuai untuk kulit berminyak. Ia juga mengandungi SPF50+ PA+++. SPF maksudnya perlindungan kulit dari sinar UVB yang boleh menyebabkan sunburn, manakala PA+++ bermaksud perlindungan dari sinar UVA (sinaran UV harian).
So kalau nak pergi berjalan raya ke dari rumah ke rumah, wajib pakai sunscreen tau. Takdala kulit wajah kita tu jadi sunburn disebabkan oleh UV matahari.
Seeloknya, kita apply sunscreen setiap 4 jam supaya perlindungan lebih berkesan dan kulit wajah sentiasa sihat dan cerah.
Cara Guna Hansaegee Nature
Aloe Vera Sunscreen
- Cuci muka dan lap bersih
- Sapukan
Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature pada seluruh wajah
- Krim
sunscreen cepat meresap ke dalam kulit tidak meninggalkan white cast
- Kulit
jadi lembap dan lembut serta tona kulit jadi cerah dan tidak berminyak
- Pakai
sunscreen sebaiknya 2 kali sehari. Pagi sekali, tengahari sekali.
Lepas guna sunscreen
barulah boleh pakai makeup. Serius, tekstur sunscreen sangat ringan dan
tidak melekit. Jangan risau tau, sebab sunscreen ini tanpa white
cast. Teksturnya lembut serta tidak melekit. Bila sapu dimuka, ia cepat
meresap ke dalam kulit dan terasa seperti tidak memakai sunscreen langsung.
Kombinasi Aqua Whitening
Cream dan Aloe Vera Sunscreen melengkapkan persiapan raya aku tahun ini.
Kemana-mana pergi pun aku wajib bawa bersama produk skincare ini.
Jujurnya, bila berada di luar kulit aku rasa dilindungi dari bahang dan
kepanasan cahaya matahari yang membakar. Sebelum ni, aku rasa tak selesa tau
nak pergi beraya kemana-mana. Asyik duduk dirumah menunggu tetamu datang. Tapi
tahun ni, aku tak sabar nak jalan-jalan raya dengan keluarga!
Bukan tu je, aku dapat
rasakan perubahan positif yang ketara pada kulit muka setelah menggunakan
produk skincare terbaik dari Hansaegee Nature ni berbanding tahun-tahun lepas.
Sebab itulah untuk apa-apa keraian atau majlis aku akan pastikan kedua-dua
produk ini sentiasa ada dengan aku.
Barulah rasa lebih yakin dan bersemangat nak berjumpa dengan orang kan!
Mesti meriah raya tahun ini!
So, korang jangan berlengah lagi. Kalau nak nampak cantik berseri di pagi raya
nanti, kenalah mula dari sekarang!
Nak tahu lebih lanjut, boleh
layari :
🍁Brand: Hansaegee Nature
🍁Website: www.hansaegee.com/
🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia